Selasa, 1 Januari 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Nabil, Elfira menerjah 2013

Posted:

Nabil, Elfira menerjah 2013

Nabil, Elfira menerjah 2013

SENGAJA Kosmo! menggandingkan pelawak dan pengacara terkenal Nabil dengan pelakon semakin meningkat naik, Elfira Loy pada satu sesi fotografi khas.

Pertama kali digandingkan, biarpun nampak canggung di mata tetapi sebenarnya kedua-dua figura ini berkongsi satu persamaan iaitu kerjaya seni yang bakal sukses pada tahun 2013.

Kerjaya seni Nabil mahupun Elfira dilihat bakal lebih menyinar pada tahun 2013 berbanding 2012.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, akhirnya mengambil keputusan untuk muncul semula di kaca TV setelah menjadi penyampai radio di Suria FM selama setahun bermula Januari 2012.

Mengakui selama setahun wajahnya kurang muncul di kaca TV menyebabkan namanya sedikit merudum, ujar Nabil, disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio walaupun menyedari kerjaya itu menarik.

Penghujung 2012, kerjaya Nabil dalam bidang seni nampaknya semakin menyinar dengan tawaran 'lebat' daripada beberapa stesen TV.

Nabil juga dilihat berjaya 'memancing' kembali peminat menerusi program kendaliannya iaitu Meletop dan Kan Dah Kena di Astro serta turut muncul dalam Lawak Ker Der dan Maharaja Lawak Mega 2012.

Bagi Elfira, jika sebelum ini umum hanya mengenalinya sebagai pelakon kanak-kanak tetapi tahun 2012 merupakan tahun cemerlang bagi pelakon berusia 18 tahun itu.

Ini kerana dia meraih kepercayaan oleh pengarah Micheal Ang untuk membawakan watak remaja dan bukan lagi kanak-kanak khususnya menerusi telemovie Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan drama bersiri, Dalam Hati Ada Taman.

Jadi, tahun 2013 adalah tahun untuk kedua-dua selebriti ini mengekalkan momentum populariti dan juga menyahut cabaran untuk lebih sukses daripada tahun-tahun sebelumnya!

Nabil takut lupa diri

Keinginan Nabil untuk mempunyai anak telah terkabul pada tahun 2012. Tahun 2013, bapa kepada Naira Mikayla ini berazam mahu jadi bapa yang bertanggungjawab dan setia menyayangi isterinya, Nazirah Ayub.

Itu jawapan Nabil tatkala diajukan soalan mengenai azam baharunya.

Anak perempuan Nabil lahir pada 25 November 2012. "Pengalaman paling manis pada tahun 2012 apabila doa saya untuk mendapat anak dimakbulkan Tuhan," ungkapnya ketika ditemui pada sesi fotografi bersama pelakon Elfira Loy di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Sudah menjalani rutin sebagai seorang bapa, akuinya, dia kini sudah berani memandikan anaknya malah jika Naira terjaga di waktu malam dia yang akan tersedar dan mengambilnya untuk disusukan Nazirah dan kemudian mendodoikan anaknya itu sehingga tidur.

"Naira walaupun sudah kenyang menyusu, dia tidak akan tidur macam bayi lain. Dia mahu didodoikan tetapi dia mahu saya sahaja yang dodoikan baru dia tidur," kongsinya sedikit mengenai kehidupan sebagai bapa.


DUA bintang terkenal ini yang dijangka membawa sinar gemilang dalam dunia seni tempatan sepanjang tahun 2013 ini.


Di luar kehidupan cahaya mata Nabil, menjelang akhir 2012 Pelakon Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2008 itu membuat keputusan untuk meninggalkan dunia penyampaian radio dan membuat kemunculan semula di kaca TV pada tahun 2013.

Sebanyak 11 buah program termasuk beberapa telefilem dan filem diluncurkan untuknya namun Nabil tidak mahu terbuai oleh prestasi yang dicetaknya pada tahun-tahun terdahulu.

Bermula dengan kemenangannya pada Juara Raja Lawak musim kedua, Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Komedi Lelaki Popular dan seterusnya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular (ABP2008), ujar Nabil, cukuplah dia pernah lupa diri saat dirinya menjadi fenomena satu ketika dahulu.

Ditebak apakah sasarannya pada tahun 2013, harapan Nabil, bukan populariti yang dikejar sebaliknya dia mengharapkan agar peminat menghargai dan terus percaya akan bakatnya terutama dalam komedi.

Berkongsi perkara paling bodoh dan bermakna yang pernah dilakukan Nabil sepanjang tahun 2012, dedahnya, terbaharu, perkara paling bodoh yang pernah dilakukan olehnya apabila secara tidak sengaja mengunci anaknya di dalam rumah.

"Ketika itu bapa dan ibu mertua datang ke rumah. Masa nak hantar mereka balik dekat luar pintu rumah dengan tidak sengaja pintu tertutup dan terkunci. Pintu rumah saya memang auto lock.

"Pada ketika itu kami semua ada dekat luar rumah kecuali Naira. Anak pula tiba-tiba menangis di dalam. Isteri saya pula menangis di luar.

"Saya panik sangat sebab fikir mungkin dia (anak) akan tercekik atau bedung dia mungkin melemaskan dia sebab dia memang lasak suka keluarkan tangan.

"Namun, akhirnya nasib baik pintu dibuka oleh pihak keselamatan rumah," jelasnya yang turut berkongsi perkara bermakna yang dilakukannya iaitu memandi dan mendodoikan anaknya.

Bukti jitu Elfira

Bagi Elfira, jika dahulu pelakon kecil molek ini dipertikaikan kredibilitinya untuk membawa watak dewasa tetapi tahun 2012, dia sudah membuktikan kemampuannya.

Menerusi kepercayaan yang diberi pengarah Micheal Ang dan juga bakat lakonannya yang bersahaja dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang serta Dalam Hati Ada Taman di samping Randy Pangalila, nama Elfira serta-merta melonjak naik termometer industri hiburan tanah air.

Terbaharu, Elfira bakal berlakon di sisi pelakon popular sinetron Benci Bilang Cinta, Baim Wong pula menerusi telefilem Untuk Terakhir Kali.

Kini, dia tidak lagi digelar pelakon kanak-kanak sebaliknya bergelar heroin drama.

"Sebelum ini ramai yang pertikaikan saiz badan saya kecil tidak mampu bawa watak dewasa. Namun, apabila saya bawa watak gadis dewasa yang bercinta dalam Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan Dalam hati Ada Taman, baru mereka sedar hakikat tersebut," kongsinya mengenai memori manis tahun 2012 apabila orang dapat terima dia berlakon watak dewasa.

Tidak hanya sukses dalam bidang lakonan, anak kedua daripada empat beradik itu juga berjaya di luar lapangan seni apabila menerima biasiswa sambung belajar di Kolej Damansara Utama.

Tahun 2012 juga, Elfira berani menyahut cabaran menyertai program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia. Menjadi peserta termuda dan terkecil dalam program tersebut tidak bermakna gadis berasal dari Kuala Lumpur itu tidak mampu melakukan cabaran lasak dan gerun di dalam program tersebut.

Penghujung tirai 2012, Elfira yang mula terjun ke dunia seni menerusi teater muzikal kanak-kanak, Ali Baba pada tahun 2006, sekali lagi beraksi di gelanggang pementasan teater menerusi cerita yang sama iaitu teater muzikal Ali Baba tetapi untuk karakter dewasa iaitu Marjinah.

Berkongsi jadual seni pada 2013, ungkap Elfira, selain tayangan telefilem Untuk Terakhir Kali, dia juga bakal muncul dalam drama siri sejarah dan aksi arahan Datin Paduka Suhaimi Baba iaitu Arka.


KEMUNCULAN 2013 bakal menjadi landasan buat Nabil dan Elfira untuk terus mara menongkah arus ke arah kemajuan dalam kerjaya seni masing-masing.


Menurutnya, drama lapan episod itu mengisahkan tentang pendekar bernama Raja Haji dan puterinya, Puteri Hamidah yang berjuang melawan penjajahan Belanda sekitar kurun ke-17 di Asia Tenggara.

"Selain itu, ada beberapa drama dan telefilem lain juga untuk tayangan Astro iaitu Si Tanggang Ayu dan Puteri dan Putera Hodoh yang dilakonkan saya," jelasnya yang turut menerima enam tawaran filem yang masih lagi dalam pertimbangan.

Kongsinya tanpa mendedahkan siapa, salah satu daripada tawaran filem yang diperoleh Elfira adalah daripada penerbit terkenal dan terhebat di Malaysia.

Esliza ikhlas berhijab

Posted:

Esliza ikhlas berhijab

Esliza ikhlas berhijab

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


ESLIZA terbuka hati untuk berhijab selepas mengalami mimpi yang menakutkan tentang hari kiamat.


SEPANJANG tahun 2012, kelihatan semakin ramai artis wanita yang terbuka hati untuk berhijrah dengan memakai hijab.

Namun, pelakon yang baru berumur 16 tahun ini juga telah mengambil keputusan yang merupakan suatu perubahan besar dalam hidupnya.

Esliza Loy iaitu adik kepada aktres Elfira Loy yang baru-baru ini ditemui ketika sidang akhbar drama bersiri Debunga Lalang yang bakal ditayangkan di slot Azalea menerusi saluran TV3, tampil manis berhijab pada majlis yang diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama.

Masih baru dalam menempuh fasa hijrahnya itu, akui Esliza, dia memang pernah memasang niat untuk berhijab sejak setahun lalu.

Namun, kerana belum benar-benar bersedia, dia menangguh keputusannya untuk berhijab.

Justeru, apakah sebenarnya yang membuatkan Esliza mengambil keputusan drastik dalam hidupnya ini?

Ikuti pengakuan jujur Esliza kepada Kosmo! tentang perkara yang benar-benar membuka hati gadis remaja ini untuk berhijab.

Kosmo!: Bilakah agaknya anda terfikir mahu berhijab?

Awal bulan Disember ini. Sebenarnya saya sudah lama terfikir iaitu dari tahun lepas lagi. Namun ketika itu hati saya masih lagi berbelah bahagi mahu pakai atau tidak. Akhir tahun ini, barulah saya ambil keputusan untuk berhijab.

Apakah perkara yang mendorong Esliza untuk betul-betul terbuka hati berhijab dengan ikhlas?

Ia perkara yang agak peribadi untuk saya. Sebenarnya, saya mendapat mimpi yang menakutkan iaitu tentang hari kiamat. Sebulan sebelum memakai hijab saya bermimpi di mana waktu itu saya seorang diri dalam perjalanan ke masjid.

Secara tiba-tiba seperti meteor jatuh dari langit dan ketika itu saya berasa sangat takut. Kebetulan pula, mama dan keluarga lain tiada bersama saya dan saya perlu melaluinya seorang diri. Walaupun bermimpi, saya rasa seolah-olah ia benar-benar terjadi. Akhirnya, saya jumpa juga mama dan terus tersedar daripada tidur.

Apabila tersedar saya menangis dan terus berlari kepada mama. Saya lantas ceritakan kepada mama kenapa saya menangis begitu.

Selepas itu adakah anda terus memakai hijab?

Sebelum itu, saya buat apa yang patut dahulu seperti cukupkan solat dan selebihnya. Selepas itu, baru saya berhijab.

Jadi, selepas berhijab adakah anda mengalami mimpi seumpama itu lagi?

Tiada lagi, Alhamdulillah. Namun, sebenarnya, sebelum itu juga saya pernah bermimpi kiamat tetapi tidaklah menakutkan seperti yang baru-baru ini dan memang banyak kali terjadi pada saya.

Adakah Esliza pernah beritahu pada sesiapa tentang niat untuk berhijab ini?

Sebelum berhijab, saya ada seorang rakan lelaki yang sering bercerita tentang kisah-kisah Nabi, dosa dan pahala serta berkenaan agama. Namun tidak pula dia bercerita tentang menutup aurat. Dia juga bercerita tentang Persatuan Tabligh yang diikutinya kepada saya.

Bagaimana pula dengan karier, adakah akan terus aktif atau sebaliknya?

Jika ada tawaran yang memakai hijab, saya akan terima. Alhamdulillah, saya sudah terima satu watak yang juga berhijab berjudul Nana, Nini, Nunu yang akan ditayangkan di RTM.

Kini, Esliza sedang meningkat remaja dan masih jauh perjalanan karier untuk berjaya. Tidakkah Esliza rasa keputusan seperti ini memerlukan anda menjaga tata tertib sebagai pelakon berhijab. Boleh komen?

Saya tidak kisah kerana fokus utama saya bukan pada lakonan. Jika ada tawaran, saya akan ambil. Saya bukan berlakon untuk popular. Saya berlakon untuk memperoleh wang sendiri dan mungkin boleh beli apa yang saya mahu atau idamkan.

Bagaimanakah penyesuaian anda terhadap persekitaran setelah berhijab. Adakah masih berasa kekok?

Biasa sahaja, Alhamdulillah saya selesa. Komen orang pula, pasti akan selitkan soalan seperti, bila kakak (Elfira Loy) pula ingin memakai tudung. Nanti pujuklah kakak pula pakai tudung. Sebenarnya, perkara ini kita tidak boleh paksa kita perlu punya niat sendiri untuk pakai. Jika dipaksa, kelak lain pula jadinya.

Apakah pula komen kakak anda, Elfira?

Kakak saya banyak menasihati saya dan dia juga umpama penasihat fesyen saya. Tudung yang dipakai ini juga dia yang beli dan pakaikan untuk saya. Dia lebih teruja daripada saya sebenarnya. Ini kerana, bab berfesyen, saya kurang mahir dibandingkan dengan kakak.

Hrithik bercuti di Bangkok

Posted:

Hrithik bercuti di Bangkok

Hrithik bercuti di Bangkok


HRITHIK ROSHAN


BINTANG terkenal Bollywood, Hrithik Roshan akhirnya membuat keputusan untuk bercuti bersama keluarga sempena sambutan Tahun Baru 2013 dan memilih Bangkok sebagai lokasi pilihan.

Hrithik akan meluangkan masa beberapa hari di ibu kota Thailand itu sebelum kembali ke India pada minggu pertama bulan Januari untuk menyambung penggambaran filem terbaharunya.

"Hrithik kini sedang bercuti di Bangkok bersama keluarganya termasuk ibu dan ayahnya, Rakesh dan Pinky Roshan, datuk, nenek, adiknya Sunaina, isterinya Sussanne, bapa saudaranya Rajesh Roshan dan anak saudaranya Hrehaan dan Hridhaan," ujar sumber terdekatnya kepada portal BollywoodCelebden.com.

Pelakon filem Kaho Naa Pyar Hai itu kali terakhir menyambut tahun baru bersama keluarganya dua tahun lalu ke Dubai dan semenjak terlepas sambutan yang sama tahun lalu, Hrithik sering mengintai peluang untuk ke Bangkok.

"Tahun lalu dia menjalani pemulihan akibat kecederaan dan filemnya Agneepath keluar pada bulan Januari lalu. Jadi, dia tidak boleh meluangkan terlalu banyak masa bersama keluarganya untuk bercuti.

"Tahun ini pula, percutian keluarga Hrithik berjalan lancar seperti yang dimahukannya. Dia seorang yang sangat rapat dengan anggota keluarganya dan gemar meluangkan masa bersama-sama terutama kedua-dua datuk dan neneknya," tambah sumber itu lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved