Selasa, 1 Januari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


3 jam tersepit batu di kolam renang

Posted:

3 jam tersepit batu di kolam renang

3 jam tersepit batu di kolam renang

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

AZLINA menunjukkan kesan lebam di belakang anaknya, Putera Faisal akibat tersepit di celah batu kolam renang di Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA – Anak lelaki seorang jutawan jualan langsung terkenal mengalami trauma dan calar di bahagian belakang badannya setelah tersepit selama hampir tiga jam di celah batu ketika mandi-manda di kolam renang sebuah hotel lima bintang di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika mangsa, Putera Faisal Stapa, 13, mandi-manda bersama sembilan lagi ahli keluarga yang lain di kolam berkenaan.

Datuk Stapa Omar dan isterinya, Datuk Azlina Che Abdullah merupakan pengasas syarikat jualan langsung terkenal, De' Classic Life (M) Sdn. Bhd. (DCL).

DCL merupakan syarikat jualan langsung bagi pelbagai produk kesihatan, kecantikan, herba tradisional dan banyak lagi yang menjadi kegilaan ramai.

Azlina berkata, dia yang bergegas ke kolam renang itu sebaik dimaklumkan oleh pengawal peribadinya terkejut apabila melihat Putera Faisal menahan kesakitan selepas tersepit di celah batu yang agak besar.

"Sebaik tiba, saya lihat dia sudah tersepit dan cuba menenangkannya dengan memberikan motivasi serta menyuruhnya menarik nafas sekuat hati.

"Pihak bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian sebaik dihubungi pihak pengurusan hotel kira-kira pukul 11 pagi terpaksa mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan anak saya," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

30 sekolah ditutup akibat banjir

Posted:

30 sekolah ditutup akibat banjir

30 sekolah ditutup akibat banjir

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


BEBERAPA pelajar SMA Mahmudiah, Hulu Terengganu terpaksa pulang apabila sekolah mereka ditutup akibat banjir semalam. - Gambar Azlan Bahrum


HULU TERENGGANU - Kira-kira 12,000 pelajar gagal memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun baru 2013 semalam apabila 30 buah sekolah di Terengganu ditutup akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan bakinya tujuh sekolah menengah.

Beliau berkata, daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbanyak membabitkan 12 buah sekolah diikuti daerah Besut sebanyak 12 buah dan masing-masing tiga buah sekolah di Kemaman dan Setiu.

Katanya, sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara atau masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan.

Tinjauan Kosmo! mendapati kesemua sekolah berkenaan mula dinaiki air sejak kelmarin selain Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang di sini yang mula dinaiki air kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Usah bangkitkan lagi isu persaraan 60 tahun

Posted:

Usah bangkitkan lagi isu persaraan 60 tahun

Usah bangkitkan lagi isu persaraan 60 tahun

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta semua pihak menghentikan sebarang desakan mahupun permintaan mengenai umur persaraan minimum sektor swasta, sebaliknya, mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Sumber Manusia.

Presidennya, Mohd. Khalid Atan berkata, dakwaan beberapa pihak sejak kebelakangan ini bahawa pelaksanaan had umur persaraan kepada 60 tahun pada 1 Julai ini sebagai terlalu lambat dan bakal menimbulkan masalah kepada pekerja berusia 55 tahun tidak benar.

"Pihak yang membuat dakwaan itu seharusnya meminta penjelasan daripada kementerian dan tidak melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan pada tahun lepas," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved