Selasa, 1 Januari 2013

Kosmo Online - Infiniti


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Usaha Zoo Negara biakkan haiwan

Posted:

Usaha Zoo Negara biakkan haiwan

Usaha Zoo Negara biakkan haiwan

Oleh ADLAN JAAFAR

PADA pandangan mata kasar, tiga ekor gajah di Zoo Negara, Hulu Klang, Selangor itu sama seperti gajah-gajah lain baik di dalam zoo mahupun yang tinggal di hidupan liar.

Namun, bagi penjaga haiwan tersebut, Mohd. Hisham Ahmad, 30, dan Alias Ismail, 36, yang setiap hari menjaga serta memberi makan dapat mengesan perbezaan antara ketiga-tiga gajah itu.

Tiga ekor gajah Zoo Negara terdiri daripada seekor jantan dan dua ekor betina masing-masing diberi nama Bol serta Siti, manakala yang jantan dipanggil Triang.

"Memang apabila melihat gajah-gajah ini tiada beza dengan gajah-gajah lain tetapi jika diperhatikan, boleh melihat terdapat perbezaan ketara.

"Pergerakan Bol lebih ayu dan lembut berbeza dengan Siti yang kelihatan kasar. Siti pun ada gading kecil," kata Mohd. Hisham ketika ditemui di Zoo Negara baru-baru ini.

Celah Alias, terdapat gelaran yang diguna pakai bagi gajah jantan yang memiliki ciri-ciri betina seperti tiada gading di seluruh dunia iaitu Makna.

Bukan sahaja sifat fizikal tetapi kecenderungan seksual Siti turut menjadi persoalan kerana gajah yang berasal dari Fraser Hill, Pahang itu tampak cemburu setiap kali Triang dan Bol hendak mengawan.

Kata Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhamad Danial Felix, 46, Siti akan menolak Triang apabila gajah jantan itu mahu 'menunggang' Siti.

Ketika mula-mula Mohd. Hisham bekerja sebagai penjaga seksyen gajah, dia hanya diberitahu mengenai perkara tersebut oleh pekerja yang lebih senior, namun selepas setiap hari bersama Triang, Bol dan Siti, perlakuan itu dapat diperhatikan.

Maka, pihak Zoo Negara kini sedang membina kandang baharu untuk ketiga-tiga gajah tersebut supaya apabila Triang dan Bol mahu mengawan, Siti boleh diasingkan.

Gajah merupakan salah satu haiwan yang dalam perancangan Zoo Negara untuk dibiakkan pada tahun 2013. Haiwan daratan terbesar itu mempunyai masa bunting yang panjang iaitu sekitar 18 hingga 22 bulan.


ZOO NEGARA mempunyai lebih kurang 500 spesies dalam koleksi haiwannya.


Program konservasi

Zoo Negara merupakan satu-satunya zoo yang mengadakan Program Konservasi Pelepasan Burung Botak Upeh (Mycteria cinerea) di Kuala Selangor, Selangor dan Kuala Gula, Perak.

Taman haiwan yang dilancarkan pada 14 November 1963 itu juga telah berjaya membiakkan empat spesies burung enggang iaitu enggang papan (Buceros bicornis), enggang badak (Buceros rhinoceros), enggang jambul hitam (Aceros corrugatus) dan enggang belulang (Anthtracoceos albirostris).

Kata Muhamad Danial, burung enggang merupakan haiwan yang bersifat monogami sepanjang hayat menyebabkan pembiakan amat mencabar dan ia juga menjadi fokus pada tahun ini.

Selain gajah, orang utan turut menjadi fokus pada tahun ini untuk dibiakkan. Orang utan mempunyai kepandaian yang hampir dengan manusia.

"Kami boleh memasang jantan dan betina tetapi orang utan mempunyai sifat memilih dalam mencari pasangan. Jika tidak berkenan boleh menyebabkan si jantan memukul pasangannya," terang Muhamad Danial.

Ular sawa juga perlu teliti dalam menjodohkan jantan dan betina untuk pembiakan kerana jika tidak mempunyai saiz yang sama, ular bersaiz besar akan membaham yang kecil.

Tapir, harimau dan binatang seperti rusa pula boleh membiak setiap tahun.

Zoo Negara menggunakan kaedah pembiakan normal untuk semua haiwan yang terdapat di situ yang memiliki lebih kurang 500 spesies.

Menurut Muhamad Danial, terdapat juga beberapa kes di Zoo Negara apabila haiwan mahu melakukan proses pembiakan terbantut disebabkan binatang-binatang itu tidak tahu caranya.

Dalam kurungan

Apabila sampai musim mengawan, kura-kura gergasi Aldabra (Geochelone gigantea) mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat sehingga kedengaran ke pintu masuk utama Zoo Negara tetapi masalah terjadi apabila organ pembiakan jantan tidak masuk ke dalam organ pembiakan betina.


Syawal, bayi badak air yang berumur empat hari ini berenang bersama ibunya, Kibu. Dilahirkan pada 1 Syawal tahun lalu, Syawal hanya sempat hidup selama dua bulan sebelum disahkan mati akibat jangkitan virus.


Masalah tersebut turut berlaku pada badak sumbu putih (Ceratotherium simum).

"Perkara tersebut berlaku kerana haiwan-haiwan itu membesar dalam kurungan," terang Muhamad Danial lagi.

Dia menambah, jika mahu membiakkan haiwan di Zoo Negara supaya populasi terutamanya yang terancam boleh meningkat merupakan perkara yang boleh dilakukan.

Namun, terdapat beberapa hal yang mengekang pembiakan berterusan untuk dilakukan seperti makanan dan kawasan peliharaan.

"Sebagai contoh, harimau. Haiwan ini boleh dibiakkan setiap tahun tetapi Zoo Negara mempunyai keluasan terhad dan tidak membesar akibat pembangunan sekeliling.

"Mengikut Akta 716, setiap harimau mesti mempunyai keluasan tertentu. Jika ia tidak diikuti boleh menyebabkan lesen zoo ditarik," ujarnya.

Spesies seperti rusa yang mudah membiak juga memberi masalah secara tidak langsung kerana memerlukan makanan yang banyak, kenaikan harga tiket merupakan salah satu cara untuk menangani perkara tersebut.

Selain itu, perkara berkaitan seperti sarang atau kawasan kurungan juga memainkan peranan seperti hal yang berlaku pada buaya jenjulung.

Cerita Muhamad Danial, haiwan tersebut sudah lama berada di Zoo Negara tetapi tidak pernah membiak.

Secara kebetulan sekitar tahun 2005, penjaga kurungan zoo tersebut jatuh sakit menyebabkan sarang buaya itu terbiar dan tidak dibersihkan.

"Daripada situ kami dapati ada sesetengah haiwan yang memerlukan sarang yang kotor untuk membiak seperti buaya jenjulung apabila didapati sang betina bunting.

"Pembiakan haiwan memerlukan pemerhatian dan kajian yang panjang dan dalam masa yang sama, kami menjalankan program pendidikan kepada pengunjung dengan memberi penerangan," terangnya sebagai cara apabila terdapat aduan daripada pengunjung mempersoalkan tahap kebersihan Zoo Negara.

Binatang-binatang yang lahir di dalam zoo juga tidak mudah untuk dilepaskan ke dalam hutan kerana ia sukar mengadaptasi dengan persekitaran.

Sesetengah zoo juga ada memberikan vaksin pada haiwan dalam kurungan, ia boleh menyebabkan jangkitan penyakit kepada spesies sama dengannya dalam hidupan liar jika dilepaskan begitu sahaja.


HARIMAU bintang betina ini antara haiwan yang dalam proses dipasangkan.


Ekosistem hutan juga boleh terganggu jika bilangan haiwan tertentu bertambah mendadak seperti harimau.

Sehubungan itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti sebelum pembiakan dibuat seperti usia haiwan dalam kurungan.

Penukaran haiwan

Setiap haiwan yang berada dalam kurungan mempunyai fail yang mengandungi maklumat keturunan, tarikh lahir, rekod kesihatan dan negara asal.

Rekod tersebut penting supaya haiwan-haiwan dalam kurungan tidak berlaku pembiakbakaan dalam yang boleh menyebabkan penyakit genetik berlaku.

"Haiwan juga berbeza dengan manusia. Binatang-binatang yang dibiakkan perlu mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) tulen tanpa ada kacukan," ujarnya.

Selain itu, pembiakan haiwan dibuat apabila terdapat program kerjasama penukaran haiwan dengan zoo-zoo luar negara.

Buat masa ini, pihak Zoo Negara sedang dalam program penukaran haiwan dengan zoo di India. Pihaknya akan menyerahkan zirafah sebagai tukaran harimau putih.

Ketika lawatan di Zoo Negara, terdapat dua ekor anak zirafah yang diberi nama MAS Beacon dan MAS Sinaran sedang asyik menikmati makanan manakala seekor lagi zirafah betina sedang bunting.

Tambah Muhamad Danial, semua haiwan yang dilahirkan tidak boleh dipamerkan serta-merta kepada umum mahupun untuk dirakam.

Anak-anak haiwan perlu menjalani proses latihan paling singkat selama enam bulan bergantung pada tahap kepandaian spesies haiwan.

Simpanan data lebih bergaya

Posted:

Simpanan data lebih bergaya

Simpanan data lebih bergaya


PEMACU mudah alih Backup Plus Seagate berwarna silver ini mampu menarik perhatian pengguna.


TAMPIL dengan rekaan edisi terhad terbaharu, pemacu mudah alih Backup Plus berwarna violet pasti mampu mencuri perhatian pengguna.

Produk berjenama Seagate itu merupakan tambahan terkini dalam keluarga pemacu mudah alih Backup Plus bersaiz 2.5 inci.

Boleh didapati dalam kapasiti 500Gb dan 1TB, pengguna berpeluang membuat pilihan yang diingini. Selain warna violet, terdapat juga pelbagai warna lain bagi pemacu mudah alih Backup Plus Seagate yang sedia ada di pasaran.

Produk Backup Plus Seagate adalah cakera keras luaran pertama di dunia yang menyediakan sandaran untuk kandungan pada rangkaian sosial seperti Facebook dan Flickr serta mampu melindungi kehidupan digital anda dengan hanya satu klik.

Untuk menambahkan satu lagi tahap fleksibiliti, Seagate mereka rangkaian itu untuk berfungsi secara tukar ganti dengan kedua-dua komputer Windows dan Apple.

Selain itu, ia menampilkan ciri-ciri baharu untuk melindungi, berkongsi dan menyimpan hampir setiap aspek kehidupan digital.

Produk-produk itu dimuatkan dengan perisian Seagate Dashboard baharu sekali gus, membantu pengguna menghilangkan segala halangan untuk melaksanakan sandaran dan penyimpanan kandungan dengan mudah.

Selain untuk kegunaan peribadi, pemacu anggun dan elegan itu amat sesuai dijadikan hadiah istimewa buat keluarga atau insan tersayang.

Pemacu mudah alih Backup Plus Seagate boleh didapati di kedai peruncit utama di Plaza Low Yat (IT Mall) pada harga RM189 (500GB) dan RM289 (1TB). Untuk maklumat lanjut, layari www.seagate.com. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Keselamatan peranti berasaskan awan

Posted:

Keselamatan peranti berasaskan awan

Keselamatan peranti berasaskan awan

Oleh ADLAN JAAFAR


TERRENCE (dua dari kiri) dan Andrew (dua dari kanan) diapit oleh wakil pengedardi Malaysia pada majlis pelancaran Trend Micro Titanium di Kuala Lumpur.


DUNIA komunikasi mengalami evolusi, bermula daripada menggunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan dan menghantar mesej serta melayari internet melalui komputer peribadi.

Kini, komunikasi dihubungkan dengan laman sosial dan juga aplikasi lain yang boleh dimuat turun dengan cepat dari storan aplikasi melalui telefon bimbit.

Semua itu boleh berlaku dengan adanya perkomputeran awan (cloud computing) yang membolehkan orang ramai mengakses data mereka pada berbilang peranti walau di mana sahaja.

Kebanyakan pengguna telefon pintar dengan capaian internet mahukan mereka sentiasa berhubung dengan rakan-rakan selain mengekalkan rangkaian senarai hubungan.

Namun, dunia tanpa sempadan sebenarnya boleh menyebabkan sifat negatif timbul dalam diri tanpa disedari seperti pasif, mudah terpedaya, ingin tahu yang keterlaluan, bangga diri, terlalu beremosi dan pengumpul aplikasi yang boleh dimuat turun tanpa menggunakannya.

Serangan virus

Sifat-sifat tersebut mampu mendedahkan pengguna kepada serangan virus dan aktiviti phishing yang boleh menyebabkan semua data yang disimpan seperti nombor telefon dan kad kredit 'dirompak' tanpa sedar.

Peneraju keselamatan perkomputeran awan, Trend Micro Incorporated (Trend Micro) melancarkan Trend Micro Titanium 2013 bagi menangani masalah terbabit berasaskan teknologi perkomputeran awan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Trend Micro Titanium 2013 merupakan sebuah perisian yang dapat melindungi fail penting dan data termasuk privasi pengguna dan keluarga tanpa mengira peranti yang digunakan sama ada Windows, Mac atau Android.

"Amat penting kepada pengguna untuk kekal berjaga-jaga dan dilindungi sepenuhnya dengan peralatan yang betul, mudah digunakan merangkumi semua jenis peranti dan platform," kata pengarah serantau, bahagian pemasaran digital dan pengguna Trend Micro, Terrence Tang baru-baru ini.

Melalui Titanium 2013, semua laman pautan pada laman sosial dapat dipantau dengan mudah dalam masa pantas iaitu sekitar beberapa milisaat.

Semua pautan tersebut akan diimbas menggunakan Privacy Scanner dan keputusan ditunjukkan dengan cara mesej pop-up. Amaran berwarna merah menunjukkan link tersebut berpotensi sebagai malicious link.

Warna hijau pula sebagai penunjuk pautan laman web tersebut selamat untuk diklik. Antara laman sosial yang dapat dipantau dengan Titanium 2013 ialah Twitter, Facebook, Google+, LinkedIn, Pinterest dan Sina Weibo.

Kata Pengurus Pemasaran Produk (pengguna), Asia Tenggara, Trend Micro, Andrew Tan, laman sosial seperti Facebook akan mengemas kini dan menambah baik laman mereka secara berkala setiap tahun.

"Pihak laman sosial akan melakukan setting privasi semua pemilik akaun menjadi default. Bagi mereka yang tidak mempunyai tabiat memeriksa setting privasi, pendedahan maklumat kepada penceroboh boleh berlaku," katanya.

Maklumat peribadi

Privacy Scanner juga boleh mengenal pasti tetapan yang perlu diberi penekanan terutamanya informasi peribadi sekali gus privasi pemilik akaun.

Trend Micro Titanium 2013 didatangkan dalam pakej satu dan tiga peranti untuk kegunaan platform Windows, Mac serta Android.

Sistem yang berasaskan perkomputeran awan itu juga membolehkan setiap aplikasi berjumlah lebih 650,000 buah yang terdapat dalam storan seperti Google Play dipantau setiap hari bagi mengesan identiti baharu virus.

Selain itu, terdapat Trend Micro DirectPass yang menguruskan semua kata kunci yang pelbagai dalam sebuah lokasi selamat, pengguna hanya perlu menghafal satu kata kunci untuk mengakses yang lain.

SafeSync pula merupakan storan awan sebanyak 5 gigabait untuk pengguna menyimpan data yang dibuat dengan selamat dan sebagai penyimpanan sandaran (backup).

Titanium 2013 juga memiliki Perlindungan Lost-Device iaitu membolehkan pengguna mencari, mengunci dan menghapuskan data jika peranti hilang. Online Guardian pula untuk ibu bapa mengawal kandungan yang dilayari oleh anak-anak.

Ia telah berada di pasaran pada harga RM109 untuk satu peranti manakala RM159 bagi tiga peranti. Pengguna bebas mereka kombinasi penggunaan platform dan gajet untuk pakej tiga peranti.

Ujar Andrew, pengguna Titanium 2013 juga membolehkan kemaskini identiti virus baharu tidak perlu dibuat setiap hari seperti perisian antivirus tradisional kerana ia telah dilakukan di awan lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved