Rabu, 5 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Tuntutan naik pangkat pensyarah dibenarkan

Posted:

Tuntutan naik pangkat pensyarah dibenarkan

Tuntutan naik pangkat pensyarah dibenarkan

05/12/2012 6:59pm

ALOR SETAR — Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini membenarkan tuntutan kenaikan pangkat seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai pensyarah kanan yang dihalang universiti itu empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab juga memerintahkan UUM membayar faedah gaji tertunggak kepada plaintif, Dr. Abdul Halim Mohamed, 46, pada kadar empat peratus setahun mulai Jun 2008.

Mahkamah turut membenarkan faedah lapan peratus setahun mulai tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh dan memerintahkan kos ditanggung oleh defendan pertama, bekas Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi dan UUM sebagai defendan kedua.

Abdul Halim pada 11 April 2010 memfail saman menuntut kedua-dua defendan membuat deklarasi bahawa beliau telah memegang jawatan pensyarah kanan sejak Jun 2008 dan berhak jawatan profesor madya.

Plaintif turut menuntut defendan kedua membayar tunggakan gaji, ganti rugi teladan sebanyak RM500,000, pembayaran balik kos pengajian RM200,000 dan ganti rugi akibat tekanan (stres). — BERNAMA

Pasar raya dipecah masuk, rugi RM200,000

Posted:

Pasar raya dipecah masuk, rugi RM200,000

Pasar raya dipecah masuk, rugi RM200,000

05/12/2012 6:49pm

PEKAN — Sebuah pasar raya di Jalan Tanah Putih di sini kerugian wang tunai RM200,000 selepas premis berkenaan dipecah masuk awal pagi semalam.

Kejadian terbabit hanya disedari penyelia pasar raya berkenaan yang terkejut apabila mendapati ruang dalam pejabat pasar raya itu berselerak ketika membuka premis berkenaan kira-kira pukul 8 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman, penyelia terbabit kemudian menghubungi majikannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan pukul 9 pagi semalam.

"Kejadian terbabit dipercayai dilakukan lebih daripada seorang suspek antara pukul 12 tengah malam sehingga pukul 5 pagi.

"Suspek dipercayai menceroboh masuk selepas memanjat bumbung premis berkenaan sebelum mengumpil pintu pejabat pasaraya itu.

"Polis juga tidak menolak kemungkinan beberapa suspek lagi berkawal di luar premis terbabit," katanya.

Katanya, selepas mengumpil pintu berkenaan, suspek kemudian menggeledah ruang pejabat terbabit dan juga mengumpil peti besi yang menyimpan wang tunai berkenaan.

Kata beliau, suspek juga dipercayai melarikan diri melalui laluan yang sama dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

Sepasang kekasih pengedar dadah diberkas

Posted:

Sepasang kekasih pengedar dadah diberkas

Sepasang kekasih pengedar dadah diberkas

05/12/2012 6:46pm

KUANTAN — Sepasang kekasih berjaya diberkas selepas dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah di Taman Amalina Lestari, dekat Raub.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi semalam itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub membuat serbuan ke rumah berkenaan selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Raub, Supritendan Wan Samsudin Wan Osman berkata, lelaki berkenaan berusia 50 tahun sedang berada di ruang tamu bersama teman wanitanya, 30, yang berasal dari China.

"Lelaki terbabit dan teman wanitanya cuba bertindak agresif bagi melarikan diri. Bagaimanapun, berjaya diberkas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui lebih 1,000 biji pil Eramine 5 (E5) bersama 37 karton rokok seludup di dalam rumah berkenaan.

"Polis turut menemui 110 lagi pil E5 yang disembunyikan di dalam kenderaan pacuan empat roda milik lelaki terbabit serta peralatan menghisap dadah," katanya.

Beliau berkata, semua barangan yang dirampas itu dianggarkan bernilai lebih RM10,000.

Menurutnya, lelaki terbabit yang dipercayai pengedar secara kecil-kecilan di daerah ini juga pernah ditangkap beberapa kali atas kesalahan jenayah dan dadah sebelum ini dan pernah dipenjarakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved