Rabu, 5 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Koperal terlepas hukuman jel

Posted:

Koperal terlepas hukuman jel

Koperal terlepas hukuman jel

JENAIN berpelukan dengan rakan selepas dia dibebaskan daripada hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dua tahun lalu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan tersebut.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan demikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September, tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati bahawa anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Menurut beliau, Jenain tidak seharusnya dipersalahkan kerana menyebabkan kematian mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jenain mohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid

Posted:

Jenain mohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid

Jenain mohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

SHAH ALAM – Koperal Jenain Subi yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah memohon maaf kepada keluarga remaja itu atas kejadian tersebut.

Bagaimanapun, Jenain berkata, keputusan mahkamah membuktikan bahawa dia tidak bersalah dalam kes tersebut.

"Alhamdulillah, semua ini kuasa Tuhan dan selama ini saya berserah kepada-Nya. Hari ini terbukti siapa salah dan siapa tidak salah dan akhirnya saya mendapat keadilan sewajarnya.

"Saya minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid atas apa yang berlaku," katanya yang ditemani peguam M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd. Hilmi di luar mahkamah selepas selesai prosiding.

Bapa kepada empat orang anak yang telah 25 tahun dalam pasukan polis memberitahu, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai anggota polis.

Sementara itu, isteri Jenain, Siti Nuraniza Tamrin, 38, pula bersyukur dengan keputusan mahkamah dan menganggap doanya dimakbulkan oleh Allah.

Katanya, sepanjang tempoh pertuduhan ke atas Jenain, hidupnya sekeluarga merana kerana ada segelintir pihak memandang serong terhadap mereka.

"Keputusan ini melegakan hati saya apabila suami mendapat pembelaan sewajarnya," kata wanita itu.

Tambah Nuraniza lagi, jika suaminya berhasrat untuk meneruskan perkhidmatan dalam polis, dia berharap Jenain tidak diberi tugas yang melibatkan penggunaan senjata api.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jurusolek artis mati dibunuh

Posted:

Jurusolek artis mati dibunuh

Jurusolek artis mati dibunuh

Oleh ATIKAH DALI dan NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my


ANGGOTA polis menyiasat kematian Dicky di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul kelmarin.


KUALA LUMPUR - Seorang mak nyah yang juga merupakan jurusolek artis pada tahun 1990-an ditemui mati dengan keadaan leher dijerut selepas disyaki diliwat di rumah sewanya di Jalan Mangga, Kampung Kasipillay, Sentul di sini malam kelmarin.

Mayat Othman Hassan, 52, atau lebih dikenali sebagai Dicky dan popular dalam kalangan wartawan hiburan ditemui oleh abangnya yang dikenali sebagai Why, 50-an kira-kira pukul 8 malam selepas mangsa gagal dihubungi.

Dicky pernah menjadi jurusolek kepada artis seperti Amy Mastura, Ziana Zain, Erra Fazira dan Nasha Aziz pada tahun 1990-an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat Dicky ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat menggunakan tali langsir berwarna merah di bilik tidur utama.

"Ketika ditemui mangsa berpakaian lengkap baju-T dan berseluar pendek. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai dijerut pada leher mangsa malah kakinya turut berdarah.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek kejadian merupakan orang yang rapat dengan mangsa dan mempunyai hubungan intim dengannya," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Menurut beliau, siasatan juga mendapati pintu bilik mangsa berkunci dari dalam tetapi terdapat kesan umpil pada tombol pintu tersebut.

"Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah sewa itu dipercayai mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.

Difahamkan, barang-barang peribadi milik mangsa termasuk komputer riba dan telefon bimbit hilang.

Satu sumber memberitahu, mangsa dipercayai diliwat sebelum dibunuh.

"Polis merampas bantal dan puntung rokok di dalam bilik tersebut.

"Ketika mayat ditemui pukul 9 malam, badan mangsa sudah kembung," katanya.

Tinjauan Kosmo! di tempat kejadian mendapati, ramai keluarga serta kenalan mangsa termasuk dalam kalangan wartawan hiburan turut meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Dicky.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved