Rabu, 5 Disember 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Pembunuh serangga bebas racun

Posted:

Pembunuh serangga bebas racun

Pembunuh serangga bebas racun

Oleh NASRI JAMALUDIN

NAQUIYUDDIN (kiri) dan Naib Presiden Kanan LF Asia, Chan Kar Ming menunjukkan produk Bio-D yang mesra alam dan bebas toksik.


MENYEMBUR atau memasang ubat serangga di dalam bilik sebelum tidur sudah menjadi satu kebiasaan masyarakat di negara ini. Bagaimanapun, perbuatan itu sering menimbulkan perasaan ragu-ragu sama ada ia berbahaya atau tidak kepada diri dan keluarga.

Ekoran itu, EntoGenex Industries Sdn. Bhd., syarikat pengawalan denggi dan malaria berasaskan kaedah bioteknologi memperkenalkan rangkaian produk pengawalan serangga daripada sumber tumbuhan dan bebas toksik bagi kegunaan di rumah.

Pembangunan produk Bio-D bagi mengawal serangga tanpa bahan kimia bertoksik merupakan yang pertama di negara ini. Ia dihasilkan daripada tumbuhan dikenali EGX-101 yang menggunakan teknologi Amerika Syarikat (AS).

EGX-101 merupakan teknologi pengawal serangga perosak berasaskan bahan-bahan yang diperoleh daripada tomato liar di AS. Ia telah diuji di sebuah makmal bebas di negara tersebut iaitu Perbadanan Perkhidmatan Makmal dan Penyelidikan Profesional, Virginia dan terbukti lebih berkesan berbanding serai wangi.

Produk-produk itu berkesan menghalau dan menghapuskan serangga dan binatang perosak seperti nyamuk, lalat, semut, lipas, pepijat dan hama tanpa memberikan sebarang kesan buruk kepada pengguna.

EGX-101 adalah mesra alam dan mendapat pengiktirafan daripada badan-badan yang berkaitan racun perosak di Malaysia dan Singapura.

"Penggunaan penyembur atau racun serangga konvensional telah lama dikaitkan dengan alergi, keracunan dan risiko kesihatan kepada orang ramai.

"Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan antara satu hingga lima juta kes membabitkan racun perosak setiap tahun mengakibatkan ribuan kematian. Majoritinya adalah bayi dan kanak-kanak," kata Pengerusi EntoGenex, Tunku Naquiyuddin Almarhum Tuanku Ja'afar pada majlis pelancaran produk berkenaan di GSC Signature@The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rangkaian produk Bio-D termasuk Penyembur Pengawal Nyamuk dan Serangga, Penyembur Pengawal Pepijat dan Hama serta Losyen Penghalau Serangga dan Nyamuk.

Produk-produk tersebut kini boleh didapati di pasar-pasar raya besar di seluruh negara pada harga antara RM19.90 hingga RM29.90.

Pada majlis tersebut diumumkan kerjasama antara syarikat berkenaan dengan LF Asia iaitu pengedar tunggal produk Bio-D di Malaysia dan Brunei.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved