Isnin, 10 Disember 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Flash mob Monster High

Posted:

Flash mob Monster High

Flash mob Monster High

WATAK-WATAK istimewa dalam Monster High kini menjadi kegemaran golongan remaja di seluruh dunia.


PADA petang Sabtu 24 November lalu, suasana luar biasa berlangsung di ruang legar pintu masuk utama Pavilion, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Lebih 40 remaja yang kelihatan aneh pada pandangan orang awam berdansa dengan penuh keterujaan diiringi lagu berjudul Fright Song.

Senario itu sebenarnya adalah sebahagian daripada acara yang dikendalikan jenama boneka antarabangsa, Monster High bagi meraikan peminat mereka. Remaja yang terlibat pada acara itu juga berpakaian seperti karakter-karakter popular jenama unik tersebut.

Turut menyertai persembahan itu ialah finalis program realiti 8TV, Showdown 2012, iaitu kumpulan Walawei.

"Sejak pengenalan Monster High di Malaysia, respons dan penerimaan terhadap jenama ini sangat positif. Ibu bapa dan anak-anak mereka dilihat memahami mesej yang cuba disampaikan jenama ini dalam menggalakkan remaja menjadi diri sendiri dan menjadi unik," ujar Pengarah Perniagaan Monster High bagi Asia Tenggara, Anthony Frangos.

Dilancarkan secara rasmi pada tahun 2010, Monster High kemudiannya berkembang menjadi salah satu jenama anak patung utama di Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan beberapa negara besar Eropah.

Fenomena Monster High juga memberi impak kepada Malaysia dan kejayaannya menarik minat penggemar-penggemar boneka cukup luar biasa walaupun ia baru memasuki pasaran tempatan pada bulan September lalu.

Penerimaan berkembang

"Populariti jenama ini sedang berkembang di lebih 30 buah negara dan telah berjaya mengumpulkan jutaan peminat di seluruh dunia. Flash mob yang kami adakan ini adalah acara biasa yang dilakukan oleh peminat Monster High di negara lain.

"Ia menjadi medium berkesan dalam merapatkan hubungan peminat dengan jenama ini dan sekali gus memperkenalkan mereka kepada lagu tema Monster High," tambah Frangos.

Negara-negara lain yang turut mengadakan flash mob yang sama ialah Itali dan Sepanyol. Ia melibatkan ribuan peminat yang menonjolkan semangat tinggi dalam menyokong wadah yang dibawa Monster High. Video muzik lagu tema jenama itu, Fright Song pula telah ditonton lebih 23 juta orang di YouTube.

Monster High diinspirasikan daripada karakter-karakter hantu remaja popular seperti anak perempuan Frankenstein, Frankie Stein; anak gadis Dracula, Draculaura; puteri kepada Werewolf, Clawdeen Wolf; cahaya mata Zombie, Ghoulia Yelps; anak perempuan Sea Monster, Lagoona Blue; waris The Mummy, Cleo de Nile; putera kepada Medusa, Deuce Gorgon dan ramai lagi.

Penampilan karakter tersebut dilihat bertepatan dalam memberi refleks kepada gaya klasik legenda ciptaan Barat tersebut. Ia diterjemahkan dalam boneka yang bijak berfesyen dan amat sofistikated, unik dan tersendiri.

Bagi menonton video flash mob tersebut, sila layari YouTube dan cari Monster High Malaysia Flash Mob. Untuk maklumat lanjut tentang Monster High, kunjungi laman web rasmi jenama tersebut di www.monsterhigh.com. Boneka Monster High boleh didapati di gedung-gedung Toys R Us.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved