Isnin, 10 Disember 2012

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Laluan final masih terbuka

Posted:

Laluan final masih terbuka

Laluan final masih terbuka

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

NORSHAHRUL (kanan) memiliki sentuhan yang cukup berbisa.


PELUANG melangkah ke final masih terbuka buat Harimau Malaya biarpun sekadar melakar keputusan seri 1-1 ketika menentang Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal memberitahu, beliau tetap berpuas hati dengan corak yang ditampilkan anak-anak buahnya meskipun menyifatkan kemenangan sepatutnya berjaya diraih oleh skuad negara ketika menentang juara Kumpulan A itu.

"Saya berpendapat, perlawanan malam ini (kelmarin) adalah satu perlawanan menarik yang ditunjukkan oleh anak-anak buah saya.

"Jika dilihat secara keseluruhannya, kami berhak untuk menang pada aksi tersebut dengan jumlah minimum sekurang-kurang 3-1.

"Saya tidak boleh minta lebih daripada pemain-pemain saya memandangkan kami memulakan kejohanan ini tanpa beberapa tonggak utama yang ditimpa masalah kecederaan.

"Peluang (untuk mara ke final) masih ada dan kami perlu menempuhi perlawanan kedua nanti dengan penuh keyakinan.

"Saya juga fikir barisan pemain ini telah mempamerkan persembahan terbaik serta bertenaga dan saya bangga dengan mereka pada aksi tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Tambah jurulatih berusia 56 tahun itu, beliau menyedari laluan sukar menanti Harimau Malaya menjelang aksi kedua Khamis ini.

"Saya tahu perlawanan kedua di Thailand bakal menjadi laluan sukar buat kami tetapi saya tetap optimis dengan skuad kendalian saya.

"Kami tiada pilihan lain dan kami akan bertandang ke sana dengan membuat aksi yang lebih baik berbanding perlawanan separuh akhir pertama," katanya.

Sasar benam Laos

Posted:

Sasar benam Laos

Sasar benam Laos

VIENTIANE, Laos - Tiga mata penuh menjadi buruan skuad bola sepak negara menjelang pertemuan menentang tuan rumah, Laos pada aksi pembukaan Kumpulan B Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2012 di Stadium Chou Anou Vong hari ini.

Jurulatih skuad negara, Azman Eusoff berkata, beliau secara peribadi yakin dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk mencatatkan kemenangan ke atas Laos.

"Kami memang meletakkan sasaran untuk memenangi perlawanan pertama menentang Laos. Saya yakin kami boleh mendapat tiga mata penuh.

"Namun, pada masa yang sama, saya tidak mahu pemain-pemain negara terlalu memandang rendah kemampuan Laos.

"Ini kerana, mereka tetap mempunyai kelebihan selaku tuan rumah," katanya kepada Kosmo! semalam.

Secara matematiknya, anak-anak buah Azman akan mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir jika berjaya menewaskan Laos tanpa perlu menunggu aksi terakhir Kumpulan B menentang Singapura, Khamis ini.

Bagaimanapun, Azman menganggap situasi itu masih belum boleh menjamin laluan mudah buat skuad negara ke pentas final seandainya sekadar bergelar naib juara kumpulan.

"Sasaran awal kami pada AUG kali ini adalah untuk bergelar juara Kumpulan B bagi mengelakkan berdepan Thailand pada aksi peringkat separuh akhir nanti.

"Saya percaya Thailand memiliki kelebihan untuk bergelar juara Kumpulan A memandangkan mereka hanya akan berdepan Myanmar dalam saingan kumpulan selepas Vietnam menarik diri pada saat-saat akhir," katanya.

Pada AUG edisi ke-16 tahun ini, cabaran skuad negara diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain yang mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Mereka terdiri daripada K. Reuben yang beraksi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Norhafizzuan Jailani (PKNS), Khairul Akhyar Husain (Polis Diraja Malaysia) dan Saiful Ridzuan Selamat (Harimau Muda).

Menurut Azman, kehadiran keempat-empat pemain tersebut dilihat dapat mengimbangi kekuatan pada setiap posisi skuad negara.

"Mereka memiliki skil individu yang tinggi dan saya harap dengan pengalaman mereka beraksi dalam Liga M itu dapat membantu pemain-pemain lain meningkatkan lagi tahap prestasi masing-masing."

Sementara itu, Reuben yang membantu ATM muncul naib juara Piala Malaysia tahun ini mengakui tekanan mula menghantui mereka selepas diletakkan harapan tinggi bagi memenangi pingat emas pada AUG kali ini.

Piala FA 2013: Perak jumpa Johor

Posted:

Piala FA 2013: Perak jumpa Johor

Piala FA 2013: Perak jumpa Johor

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

"SAYA yakin banyak pasukan mahu menguji pasukan Johor atau Darul Takzim FC musim ini."

Demikian respons pengendali Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah (gambar) ketika diminta mengulas keputusan undian Piala FA 2013 di Hotel Bluewave di Shah Alam semalam.

Pada undian tersebut, Perak diundi menentang Johor pada pusingan pertama kejohanan tersebut.

Azraai mendedahkan, beliau yakin pertemuan tersebut akan melonjakkan semangat pemainnya memandangkan Johor dianggap sebagai pasukan yang perlu diawasi musim depan selepas berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat bintang-bintang dari Eropah dan tempatan.

Menurut Azraai, beliau akan pastikan Perak betul-betul bersedia bagi menghadapi saingan yang dijangka lebih sengit musim depan.

"Kami akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Johor pada 22 Disember ini.

"Biarpun sekadar perlawanan persahabatan, saya berpendapat ia masa terbaik untuk menguji tahap kebolehan pemain-pemain saya sebelum aksi sebenar Piala FA bermula," katanya ketika ditemui selepas majlis undian Piala FA 2013 di Shah Alam semalam.

Johor yang dibimbing Fandi Ahmad akan diperkuatkan beberapa pemain kebangsaan termasuk Azmi Muslim, Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Mohamad Aidil Zafuan dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak.

Selain itu, skuad yang mendapat jolokan Harimau Selatan itu turut berjaya menyunting khidmat dua pemain import sensasi, Simone Del Nero dari Itali dan Dani Guiza (Sepanyol).

Sementara itu, jurulatih Johor, Fandi menegaskan, pasukannya telah bersedia untuk memberikan aksi terbaik biarpun mengakui kesukaran yang bakal dihadapi ketika menentang Seladang pada 25 Januari depan.

Jelasnya, beliau masih mencari formula terbaik dalam usaha untuk membentuk keserasian dalam kalangan pemain.

"Setakat ini, persiapan berjalan dengan lancar, cuma agak sukar untuk mengumpul semua pemain kerana mereka terlibat dengan skuad kebangsaan yang kini mengharungi saingan peringat separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.

"Mengenai undian Piala FA 2013, saya akui ia merupakan perlawanan pertama yang begitu sukar buat kami.

"Perak merupakan sebuah pasukan yang bagus, namun untuk menjadi juara, kami harus menewaskan semua pasukan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved