Isnin, 10 Disember 2012

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Morsi batalkan dekri cetus kemarahan penduduk

Posted:

Morsi batalkan dekri cetus kemarahan penduduk

Morsi batalkan dekri cetus kemarahan penduduk

BEBERAPA penunjuk perasaan anti-Morsi berhimpun di luar Istana Presiden di Kaherah semalam.


KAHERAH - Sebuah blok pembangkang, Barisan Penyelamat Kebangsaan menyatakan tindakan Presiden Mesir, Mohamed Morsi untuk membatalkan dekri yang dibuatnya pada bulan lalu tidak memenuhi jangkaan untuk mengurangkan ketegangan di negara ini.

Morsi menarik semula dekri yang mengumumkan sebarang keputusan yang dibuatnya tidak boleh dicabar di mahkamah.

Bagaimanapun, Morsi menyatakan bahawa satu pungutan suara yang akan diadakan pada 15 Disember ini berhubung draf perlembagaan baharu akan tetap diteruskan.

"Salah satu tuntutan kami adalah untuk menangguhkan undian pungutan suara itu.

"Gagal untuk memenuhi tuntutan bagi menangguhkan undian tersebut akan menyebabkan lebih banyak konfrontasi berlaku," kata seorang pegawai blok pembangkang itu, Selim Al-Awa.

Menurut pihak pembangkang, draf perlembagaan itu mengabaikan kebebasan rakyat dan hak-hak wanita.

Beberapa kumpulan pembangkang memulaukan perbincangan berhubung isu tersebut.

Menurut Selim, jika undian pungutan suara tersebut menyebelahi Morsi, presiden berkenaan akan mengumumkan satu pilihan raya diadakan dalam tempoh tiga bulan untuk memilih anggota-anggota dewan perwakilan yang baharu.

Tindakan Morsi untuk melaksanakan dekri tersebut sebelum ini mencetuskan bantahan ganas sehingga menyebabkan tujuh orang terbunuh sejak dua minggu lalu.

Krisis itu adalah yang terburuk sejak Morsi menjadi presiden menerusi pilihan raya pada Jun lalu. - Agensi

Deejay radio diberi kaunseling

Posted:

Deejay radio diberi kaunseling

Deejay radio diberi kaunseling


Mel Greig (kiri) dan Michael Christian.


SYDNEY - Dua orang penyampai radio stesen 2Day FM di sini menyembunyikan diri selepas tersiarnya berita bahawa mereka akan disoal siasat polis kerana menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles, menurut beberapa buah akhbar semalam.

Penyampai radio itu, Mel Greig dan Michael Christian melakukan penyamaran itu semasa menghubungi jururawat Hospital King Edward VII di London, England pada minggu lalu untuk mengetahui tentang keadaan kesihatan menantu ratu tersebut, Kate Middleton.

Kate dimasukkan ke hospital selepas dia mengadu berasa loya kerana mengandung anak kepada cucunda ratu tersebut, Putera William.

William yang merupakan pewaris kedua takhta Britain dan Kate berkahwin pada April tahun lalu.

Ekoran penyamaran itu, maklumat tentang kesihatan Kate dapat diketahui dan didedahkan oleh media.

Bagaimanapun, penyamaran itu telah menyebabkan jururawat tersebut, Jacintha Saldanha, 46, yang berketurunan India ditemui mati di kediaman yang disediakan pihak hospital dan dia dipercayai membunuh diri di sini pada Jumaat lalu selepas Kate dibenarkan keluar hospital selepas empat hari dirawat.

Beberapa orang rakan penyampai radio itu berkata, Greig dan Christian telah mengalami tekanan jiwa akibat perbuatan mereka.

Menurut mereka, kedua-dua penyampai radio itu turut mendapat khidmat kaunseling.

Seorang jurucakap syarikat Southern Cross Austereo yang memiliki radio itu menyatakan, Greig dan Christian disediakan perkhidmatan kaunseling bagi membolehkan mereka berdepan dengan situasi tragis tersebut.

Pihak syarikat itu turut menyuarakan kebimbangan tentang tahap kesihatan mental kedua-dua penyampai radio berkenaan selepas kejadian tragis itu berlaku, lapor akhbar The Australian.

Ekoran penyamaran itu dan kematian jururawat tersebut, kedua-dua penyampai radio berkenaan menerima kritikan daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.

Menurut akhbar dalam talian MailOnline, bapa Greig menyatakan, dia tidak tahu lokasi anaknya kini.

"Saya telah bercakap dengannya tetapi saya diberitahu supaya tidak memberitahu sebarang maklumat lagi," kata bapa Greig.

Punca kematian sebenar Saldanha yang merupakan ibu kepada dua orang anak masih belum diumumkan polis.

Bagaimanapun, ramai penduduk dari London sehingga Sydney membuat spekulasi bahawa dia mati kerana tekanan akibat memberitahu tentang keadaan kesihatan Kate kepada kedua-dua penyampai radio tersebut.

Polis Britain telah menghubungi pihak berkuasa Australia tentang kemungkinan untuk menyiasat tentang penyamaran tersebut.

Pengerusi Hospital King Edward VII, Lord Simon Glenartur menulis sepucuk surat kepada pengerusi kumpulan Southern Cross Austereo yang memiliki radio tersebut kelmarin bagi membantah tindakan kedua-dua penyampai radio tersebut.

"Ia merupakan sesuatu yang amat bodoh kerana para penyampai radio cuba untuk menipu," katanya.

Dalam perkembangan sama, pihak syarikat yang memiliki radio itu juga akan mengkaji semula dasar-dasar penyiarannya selepas kematian jururawat itu.

Pengerusi syarikat itu, Max Moore-Wilton berkata, pihaknya mengambil beberapa langkah terkini dan sedang mengkaji proses penyiaran radio berkenaan.

Menurutnya, kejadian tersebut amat dikesali dan tidak dapat dijangkakan.

Suami jururawat itu, Ben Barboza, 49, yang merupakan seorang akauntan menyatakan hatinya berkecai ekoran kematian isterinya itu dalam keadaan tragis.

Dalam laman Facebook, anak perempuan jururawat itu, Lisha yang berusia 14 tahun menyatakan dia amat merindui ibunya.

Sebelum ini, kedua-dua penyampai radio itu telah meminta maaf ekoran kejadian tersebut. - Agensi

Cruise lawat stadium Manchester City

Posted:

Cruise lawat stadium Manchester City

Cruise lawat stadium Manchester City


CRUISE (empat dari kanan) melawat Stadium Etihad di Manchester semalam.


LONDON - Pelakon terkenal, Tom Cruise (gambar) melawat Stadium Etihad, di Manchester, utara England semalam sebelum perlawanan bola sepak antara kelab Manchester City dengan Manchester United (MU) berlangsung.

Cruise melayan sekumpulan peminat yang mahu bergambar dengannya semasa dia melawat stadium tersebut.

Turut bersama Cruise ialah pelakon Robert Duvall.

Seorang rakan pelakon itu ialah David Beckham yang merupakan bekas pemain kelab bola sepak MU.

Cruise berminat untuk menonton perlawanan itu selepas dipujuk oleh Beckham, 37, yang pernah bermain untuk kelab LA Galaxy di Amerika Syarikat.

Pelakon filem Mission: Impossible itu menaiki sebuah helikopter untuk tiba di stadium tersebut.

Dia berada di Britain kerana menjalani penggambaran filem All You Need Is Kill di Hertfordshire.

Cruise juga dijadulakan untuk menghadiri tayangan perdana filem Jack Reacher lakonannya di London pada hari ini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved