Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Majlis makan malam rai ahli Harimau Keramat
- Kakitangan USM bersara diraikan
- 30 pelajar sertai Klinik Bola Jaring Remaja Elit
Majlis makan malam rai ahli Harimau Keramat Posted: Majlis makan malam rai ahli Harimau Keramat![]() SEBAHAGIAN daripada ahli Harimau Keramat dan beberapa badan kebajikan lain bergambar pada majlis makan malam di Kuala Lumpur baru-baru ini. MERIAH. Satu majlis makan malam sempena perasmian Pertubuhan Kebajikan Harimau Keramat (Harimau Keramat) diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini dengan menghimpunkan lebih 400 orang. Program julung-julung kali itu telah dirasmikan penaung pertubuhan tersebut, Datuk Wan Nordin Che Murat. Pengerusi Harimau Keramat, Izani Mohd. Said berkata, majlis tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim ahli-ahli pertubuhan tersebut dengan pertubuhan kebajikan lain. Selain Harimau Keramat, ahli-ahli daripada pertubuhan lain turut hadir termasuk Pertubuhan Kebajikan Epanco, Pertubuhan Belia Segitiga Keramat, Majlis Sepanji Alam Bersatu dan Pertubuhan Persahabatan Malaysia Kawasan Bandar Shah Alam, Selangor. |
Kakitangan USM bersara diraikan Posted: Kakitangan USM bersara diraikan![]() SEBAHAGIAN daripada pesara USM bagi tahun 2012 merakamkan kenangan pada Majlis Jasa Mu Dikenang di Pulau Pinang baru-baru ini. BERJASA. Seramai 84 kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM) dari kampus induk dan kampus cawangan yang akan bersara diraikan pada majlis Jasamu Dikenang di universiti itu di Pulau Pinang baru-baru ini. Seramai 49 orang daripada kakitangan tersebut bersara wajib manakala yang lain bersara pilihan. Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman dalam ucapannya berkata, pihaknya berterima kasih di atas sumbangan setiap kakitangan yang diraikan itu kerana mereka mempunyai peranan masing-masing terhadap kemajuan universiti itu. Katanya, tanpa pengorbanan dan komitmen kerja yang diberikan oleh para kakitangan, termasuklah di peringkat sokongan, sudah pasti sukar untuk USM berada pada tahap sekarang. |
30 pelajar sertai Klinik Bola Jaring Remaja Elit Posted: 30 pelajar sertai Klinik Bola Jaring Remaja Elit![]() PARA pelajar sekolah menengah dipilih menyertai Klinik Bola Jaring Remaja Elit Daerah Kuala Muda 2012 di Gelanggang Futsal 1Malaysia Taman Semarak Sungai Petani baru-baru ini. SEMANGAT. Seramai 30 pelajar sekolah menengah yang berbakat dalam sukan bola jaring dipilih mengikuti Klinik Bola Jaring Remaja Elit daerah Kuala Muda 2012 selama tiga hari di Gelanggang Futsal 1Malaysia Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Pengerusi persatuan itu, Norfauzian Kasim berkata, program kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda itu mampu melahirkan lebih ramai remaja berbakat bagi mewakili daerah Kuala Muda dalam pertandingan bola jaring peringkat negeri dan kebangsaan. Katanya, jika langkah tertentu tidak diambil, sukan bola jaring pasti ketandusan pemain berkaliber. Pegawai di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Aziah Osman ketika merasmikan klinik bola jaring itu baru-baru ini berkata, program tersebut perlu dicontohi oleh persatuan bola jaring dari daerah-daerah lain di Kedah kerana ia mampu melahirkan ramai pemain hebat. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan