Ahad, 11 November 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Paras air sungai melepasi aras amaran

Posted:

Paras air sungai melepasi aras amaran

Paras air sungai melepasi aras amaran

11/11/2012 9:28pm

KUALA LUMPUR — Paras air beberapa batang sungai di Selangor telah melebihi paras amaran, demikian menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

Portal itu mendedahkan paras air Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor melebihi aras amaran 7.60 meter malam ini.

Ia juga melaporkan paras air di Sungai Selangor, Kuala Badong dan Sungai Langat di Bukit Changgang telah melepasi aras bahaya iaitu masing-masing mencatat 4.03 meter dan 4.36 meter.

Di Pahang, paras air Empangan Repas, Bentong naik sehingga 113.67 meter iaitu melebihi aras amaran.

Sehubungan itu, penduduk di sekitar kawasan terlibat dinasihat agar berjaga-jaga.

Sementara itu, bilangan mangsa banjir di Selangor kekal 1,273 orang setakat 8.30 malam.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), jumlah mangsa banjir di Melaka tidak berubah iaitu 90 orang, dan di Johor, ia meningkat kepada 160 orang berbanding 140 petang tadi.

Sejumlah 12 pusat pemindahan masih dibuka di tiga negeri itu, dan tiada penutupan jalan atau korban banjir dilaporkan setakat ini, kata MKN. — BERNAMA

3 termasuk pelajar maut berlumba haram

Posted:

3 termasuk pelajar maut berlumba haram

3 termasuk pelajar maut berlumba haram

11/11/2012 9:09pm

JOHOR BAHRU — Akibat berlumba haram dua pelajar tingkatan dua dan seorang mekanik maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 14 Jalan Simpang Lima-Parit Sulong, di sini awal pagi ini.

Dua pelajar berkenaan, Muhamad Sharul Ramadhan Maharami, 14, dan rakan sebayanya, Syazwan Muhammad Rosdi, masing-masing dari Parit Haji Abdul Salam dan mekanik, Muhamad Fetri Kamsani, 21, meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 1.45 pagi itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketiga-tiga mangsa yang menunggang dua buah motosikal disyaki sedang berlumba, meninggal akibat kecederaan parah yang dialami.

"Siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggang oleh Muhamad Fetri dari arah Parit Sulong bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhamad Sharul dan dibonceng oleh Syazwan sebelum melanggar kereta Toyota Unser yang berada di laluan sama.

"Ekoran hentaman yang kuat, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah," katanya di sini hari ini. — BERNAMA

Atlet renang Olahragawan, Olahragawati SUKIPT

Posted:

Atlet renang Olahragawan, Olahragawati SUKIPT

Atlet renang Olahragawan, Olahragawati SUKIPT

11/11/2012 8:44pm

SHAH ALAM — Dua atlet renang institusi pengajian tinggi hari ini dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012 edisi pertama tahun ini.

Olahragawan SUKIPT 2012 disandang oleh Ian Leondy Bell dari Universiti Sains Malaysia (USM) dengan pencapaian tujuh pingat emas, satu pingat perak dan satu gangsa.

Bekas atlet kebangsaan Chui Lai Kwan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dianugerahkan sebagai Olahragawati SUKIPT 2012 dengan pencapaian terbesar iaitu 13 pingat emas dan dua pingat perak bagi acara renang.

Lai Kwan memenangi 12 pingat emas dalam acara individu dan satu pingat emas dalam acara berpasukan mengatasi calon-calon lain sekaligus merupakan atlet wanita paling cemerlang pada temasya dwi tahunan itu.

"Saya tidak menjangka dengan kejayaan ini, Saya berharap kejayaan ini akan memberi semangat kepada perenang IPT yang lain untuk terus cemerlang dalam sukan renang Saingan di SUKIPT sama seperti kejohanan-kejohanan yang saya sertai sebelum ini.

"Pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos pada bulan depan, saya berharap dapat meraih kesemua pingat emas yang akan disertai nanti," kata Lai Kwan kepada pemberita selepas majlis penutup SUKIPT 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved