Ahad, 11 November 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Parkson sambut jubli perak

Posted:

Parkson sambut jubli perak

Parkson sambut jubli perak

Najib bersama isteri, Rosmah memotong kek sambil diperhatikan oleh William dan isteri, Puan Sri Chelsea Cheng (tiga kiri) pada makan malam sempena sambutan ulang tahun Parkson ke-25 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SEBUAH kisah menakjubkan. Begitu sekali perbandingan yang ditujukan bagi melambangkan kejayaan Parkson, gedung beli-belah terkemuka di rantau Asia.

Majlis ulang tahun ke-25 atau majlis Makan Malam Gala Jubli Perak Parkson baru-baru ini di Kuala Lumpur menandakan detik bersejarah bagi rangkaian gedung beli-belah itu.

Keraian tersebut bukan sahaja disertai 1,300 jemputan, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, selaku tetamu kehormat turut menyerikan majlis.

Hos majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Lion Group merangkap Pengerusi bagi Parkson Holdings Bhd., Tan Sri William Cheng.

"Dengan kolaborasi bersama jenama-jenama terkenal antarabangsa di samping jenama popular di Asia dan pasaran tempatan, kami berupaya menawarkan perkhidmatan dan rangkaian barangan yang menepati keperluan seisi keluarga," kata William yang percaya perkembangan pantas Parkson didorong oleh inovasi berterusan, visi yang jelas dan falsafah pelanggan yang diutamakan.

Najib dalam ucapannya mengangkat Parkson sebagai contoh menyerlah dalam konteks syarikat tempatan yang berjaya dalam perniagaan melalui kerja keras dan kebijaksanaan dalam memahami keperluan pelanggan di rantau ini.

Turut diberi perhatian pada majlis itu ialah program tanggungjawab korporat sosial (CSR) dengan kerjasama World Vision Malaysia dalam menyokong Tabung Kebuluran 30 Jam.

Usaha itu menyumbang kembali kepada masyarakat melalui penerimaan sumbangan yang signifikan iaitu untuk mengumpulkan kira-kira RM750,000. Jumlah itu akan disalurkan bagi membantu kanak-kanak yang tidak berkemampuan agar mereka dapat menjalani kehidupan lebih baik selain meringankan beban komuniti yang memerlukan pertolongan.


NAJIB (dua dari kiri) diiringi William (kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada Tong Ngan (kanan) dan duta World Vision Malaysia, Francisca Peter.


Sumbangan diterima melalui pelbagai medium. Antaranya menerusi jualan barangan istimewa Parkson yang dikeluarkan sempena ulang tahun ke-25, iaitu jualan beg tote mesra alam yang diperbuat dari botol plastik. Selain mendapat kerjasama para deejay stesen radio Capital FM, sumbangan juga diperoleh daripada rakan niaga Parkson.

Ketua Pegawai Eksekutif World Vision Malaysia, Liew Tong Ngan dan Duta World Vision Malaysia, Francisca Peter menerima cek sumbangan tersebut bagi pihak World Vision Malaysia yang disampaikan oleh William.

Pada upacara ucap selamat dan pemotongan kek ulang tahun, semua pandangan hadirin tertumpu kepada kek unik yang direka khas menjadi replika beg beli-belah mesra alam gergasi sempena ulang tahun ke-25 Parkson.

"Tempoh 25 tahun akan datang bakal menjadi perjalanan mengujakan buat Parkson. Cara orang ramai berbelanja kian berbeza. Sebagai persediaan, kami telah memulakan usaha dalam mencipta platform dan saluran pelbagai yang akan melibatkan urusan dalam talian.

"Selaras dengan imej sebagai gedung yang pantas mengikuti selera pelanggan, kami tidak hanya memenuhi cita rasa fesyen terbaharu malah keperluan keseluruhan pengguna kami dalam kehidupan mereka," ujar William.

Tetamu majlis tersebut juga dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved