Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Kem bina semangat kelolaan Lighthouse di Ulu Yam
- Pelajar SMK Air Keroh lawat Loji Percetakan Utusan
- 38 murid hadiri majlis konvokesyen Tadika Rini Centre
Kem bina semangat kelolaan Lighthouse di Ulu Yam Posted: Kem bina semangat kelolaan Lighthouse di Ulu Yam![]() SEBAHAGIAN peserta pada program kem bina semangat di Nur Laman Bestari Resort, Ulu Yam baru-baru ini. MANTAP. Kerja dan suasana pejabat kadangkala memberi tekanan kepada kakitangan sesebuah organisasi. Melalui kem bina semangat ia memberi suasana baharu dan meningkatkan semangat kerjasama sesama rakan sekerja. Baru-baru ini, seramai 30 kakitangan akhbar Kosmo! menyertai program kem bina semangat di Nur Laman Bestari Resort, Ulu Yam, Selangor. Program selama tiga hari dua malam itu anjuran Lighthouse Consulting. |
Pelajar SMK Air Keroh lawat Loji Percetakan Utusan Posted: Pelajar SMK Air Keroh lawat Loji Percetakan Utusan![]() PARA pelajar SMK Air Merah, Kulim menunjukkan akhbar Kosmo! ketika melawat Loji Percetakan Utusan Melayu, Seberang Jaya baru-baru ini. LAWATAN. Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah mengadakan lawatan sambil belajar ke Loji Percetakan Utusan Melayu di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini. Pelajar tersebut terdiri daripada pengawas pusat sumber dan makmal sekolah berkenaan. Guru pengiring, Adianah Samam Juis berkata, hasil daripada lawatan tersebut, pihaknya menerima maklum balas positif daripada pelajar. "Ini merupakan lawatan pertama pihak sekolah ke loji percetakan akhbar. "Lawatan ini bertujuan menimba pengalaman sekali gus mempelajari bagaimana proses penerbitan akhbar dilakukan," katanya. |
38 murid hadiri majlis konvokesyen Tadika Rini Centre Posted: 38 murid hadiri majlis konvokesyen Tadika Rini Centre![]() SYED HAMID (berdiri tengah) bersama murid-murid dan guru pada majlis Konvokesyen dan Anugerah Kecemerlangan Tadika Rini Centre di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi baru-baru ini. TAMAT PENGAJIAN. Seramai 38 murid Tadika Rini Centre (TRC) menerima sijil pada majlis Konvokesyen dan Anugerah Kecemerlangan di Dewan Sri Tanjung, Tanjung Sedeli, Kota Tinggi, Johor baru-baru ini. Konvokesyen berkenaan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar. Konvokesyen itu bagi meraikan murid-murid yang berjaya menamatkan pengajian di tadika tersebut. Murid-murid yang memakai jubah kelihatan bersemangat menerima sijil sambil diperhatikan ibu bapa masing-masing. Syed Hamid dalam ucapannya berkata, pendidikan ibu bapa, guru dan persekitaran mempengaruhi jiwa kanak-kanak. "Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi didikan sejak kecil dan apabila mereka meningkat dewasa, sifat jati diri telah sebati dalam diri dan mereka akan dapat membuat perbandingan yang mana baik dan buruk," katanya. Hadir sama, Penghulu Mukim Sedeli Besar, Mohd. Aidil Masek dan Pengerusi Pengelola Tadika TRC, Mohd. Fakrurazy Hazran. TRC yang diasaskan Rini Sharida Hazran pada tahun 2009 kini ditukar nama kepada Tadika Bijak Minda Gemilang. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan