Ahad, 11 November 2012

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Dakota, cintanya terhadap lakonan

Posted:

Dakota, cintanya terhadap lakonan

Dakota, cintanya terhadap lakonan

"SAYA tidak pernah gemarkan gelaran pelakon cilik," ujar Hannah Dakota Fanning dalam satu temuramah sambil mengerutkan hidungnya. Tambahnya, dia cuma seorang pelakon yang berusia tujuh atau sepuluh tahun. Itu sahaja.

Aktres yang bermula seawal usia muda itu punya satu frasa yang menjengkelkan. Namun itu tidak mampu memahat titik hitam dalam hatinya. Kecintaan terhadap lakonan lebih daripada sebuah gelaran. Setiap patah katanya tertumpah cinta matinya terhadap dunia glamor yang dijejak sejak usia tujuh tahun lagi.

Memasuki alam selebriti melalui filem I Am Sam pada tahun 2001 memberikan Dakota enam anugerah daripada enam pencalonan dalam anugerah yang berbeza. Filem pertama bersama Sean Pean itu diiktiraf melalui penganugerahan Aktres Muda Terbaik di Broadcast Film Critics Association Award.

Adik jadi anak

"Saya suka melihat skrip, pakaian berlakon, solekan dan gaya rambut. Selain itu saya juga gemar melihat apakah plot yang ditawarkan dan melihat keseluruhan sebuah cerita," luah Dakota yang kini berumur 18 tahun.

Dia mengaku selain bersikap penuh keinginan, dia juga seorang yang sangat teliti dalam jalan hidupnya.

"Saya memang mahu menjadi aktres, sejak dari kecil. Saya selalu berlakon menjadi ibu dan menyuruh adik saya menjadi anak. Saya ingin menjadi aktres di televisyen dan filem," ceritanya tentang impian ranum zaman kecil.

Selepas dikenali melalui penampilan perdana bersama Sean Pean, setiap lakonannya ditunggu khalayak. Dia bukan muncul cemerlang di permulaan sejarah lakonannya. Tetapi lanjutan itu, kegilaan dirinya terhadap lakonan dipamerkan melalui filem Taken, Sweet Home Alabama, War of The World, Charlotte's Web, Houndog, The Runaways, The Twiligh Saga: New Moon dan bakal keluar kelak The Twiligt Saga: Breaking Dawn - Part 2.


TAHUN ini, Dakota akan muncul dengan filem The Twilight Saga: Breaking Dawn - Part2, The Motel Life dan Now is Good.


"Terlibat dalam produksi filem dan bertemu pelbagai orang, saya juga gemarkan cerita dalam sesebuah filem. Selain itu saya juga gemarkan nama yang akan diberikan. Apabila saya diberikan skrip dan saya terus melihat muka surat pertama yang mempamerkan nama. Saya terus berkata, 'mari lihat, nama akah yang bakal saya terima'," ketawanya yang gemar membawa buku berisi nama-nama bayi.

Belum terdesak berpacar

Kini selepas 32 buah filem dan siri drama, Dakota yang lahir pada 23 Februari 1994 mengaku masih kekal waras dalam perjalanan dirinya sebagai selebriti Hollywood.

Ketika rakan seperjuangan terkena atau mengundang sendiri permasalahan bergelar artis, rekod Dakota pada usia 18 tahun masih kekal bersih. Jarang kedengaran cerita atau suara-suara nakal yang membabitkan perangai nakal klise artis Hollywood dalam portfolio hidupnya.

Dakota memberi penerangan bahawa dia berjaya kekal waras dalam industri seni kerana mencintai apa yang dilakukan. Dia juga mengaku meletakkan kehidupan romantiknya secara santai.

"Anda tahu, saya bukanlah gadis yang terdesak untuk mempunyai teman lelaki. Saya jenis orang sebegitu. Hidup dan rasa saya berwarna hitam dan putih. Saya juga tidak mahu hidup dengan seseorang yang tidak akan hidup lama bersama saya," jujur penerangan gadis muda ini.


WAJAHNYA sekali pandang kelihatan seperti aktres, Kate Hudson.


Dalam garis yang sama, dia tidak terkecuali melihat teman sepermainannya bergelumang dengan gosip dan pahit manis bergelar selebriti Hollywood. Perkenalannya dengan aktres, Kristen Stewart melalui filem siri The Twilight Saga: New Moon dan The Runaways membuatkan dirinya terpanggil memberi komentar.

Kristen heboh tentang cerita kecurangannya dengan 'puntianak' Robert Pattinson dan berubah angin kepada sutradara Rupert Sanders. Cerita yang membikin galau hati peminat pasangan hero-heroin Twilight tersebut.

"Semua orang berfikir mereka mempunyai hak terhadap diri anda (selebriti). Mereka memberi publisiti, kesedihan dan patah hati. Ia seperti lesen untuk mereka menghakimi pengalaman orang lain," ujarnya dalam nada kurang senang apabila kehidupan privasi Kristen diterjah pemburu sensasi.

Dia mempelajari tentang dirinya, tentang suasana dan adaptasi terhadap dunia pilihannya. Dakota terlihat cantik dalam balutan pengalaman dan pelajaran kedewasaan menjadi gadis dan aktres yang sudah menempa laluan glamor dan kini masuk ke alam kedewasaan. Dia menerima itu.

"Apabila seseorang memilih untuk melakukan ini tentang hidupnya, dia berdepan dengan khalayak dan mereka melihat anda. Tetapi saya lebih rela berdepan dan melakukan ini daripada tidak melakukannya langsung," ujarnya dalam nafas dan status seorang aktres.

Ramalan Anugerah Industri Muzik

Posted:

Ramalan Anugerah Industri Muzik

Ramalan Anugerah Industri Muzik



SEBUAH anugerah yang bakal memberi pengiktirafan dan apresiasi kepada anak-anak seni tempatan bakal berlangsung lagi pada 17 November ini. Walau pernah diterjah kekalutan dan persoalan, namun Anugerah Industri Muzik terus berjalan bagi mengangkat martabat karya anak tempatan yang bertungkus-lumus mempamerkan karya mereka saban tahun.

Bakal berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam pada pukul 8.30 malam, anugerah untuk pengkarya dan penyanyi ini bakal menghadirkan penghargaan buat anak-anak seni baharu dan lama.

Semua pasti membuat tebakan sendiri namun satu kata dan keputusan telah diputuskan untuk malam tersebut.

Sekadar menambah seri prapenganugerahan, Kosmo! Ahad turut mengambil bahagian menjadi 'juri luar' sebagai pemerhati. Ini ramalan Sensasi Bintang, apa pula keputusan anda?

Eddie, Wani pertaruh Aku Janji

Posted:

Eddie, Wani pertaruh Aku Janji

Eddie, Wani pertaruh Aku Janji


EDDIE HAMID bersyukur Aku Janji mampu membawa Wani untuk bergelar penyanyi di mata peminat.


SIAPA tidak kenal dengan komposer kelahiran Kelantan yang sinonim dengan lagu-lagu bernada melankolik. Eddie Hamid yang pernah mencipta lagu hit Halimah Jongang dan beberapa lagu tangkap leleh lain mengecapi puncak populariti pada 1990-an. Dia kini tampil dengan duet dengan seorang pendatang baru, Nurul Syazwani Mohd. Basri, 18, atau nama komersialnya, Wani menerusi single terbaharu Aku Janji.

Kata Eddie, dia secara tidak sengaja dipertemukan dengan Wani tidak lama selepas mencipta satu lagu perkahwinan atas permintaan seorang kawan yang akan dihadiahkan kepada anaknya.

"Saya cipta lagu itu untuk kejutan seorang bapa kepada anaknya dalam majlis perkahwinan anaknya, selepas itu saya jumpa Wani dan ajak dia berduet dalam lagu berkenaan," ujarnya yang bersyukur lagu Aku Janji ciptaannya mendapat sambutan menggalakkan dari peminat.

Jelasnya, lagu itu dilancarkan pada majlis perkahwinan anak kawannya di Tanah Merah, Kelantan pada dua bulan lepas. Tetamu majlis itu turut diberikan cakera padat percuma sebagai pengganti bunga telur.

Lebih manis lagi, kata Eddie, pelancaran lagu itu turut disaksikan oleh seorang menteri yang hadir di majlis perkahwinan berkenaan.

"Saya bersyukur lagu Aku Janji duet bersama Wani dapat maklum balas positif, saya juga mahu Wani dapat bertapak lama dan lebih dikenali selepas menyanyikan lagu berkenaan," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Eddie, Wani juga akan muncul dengan lagu terbaharu ciptaannya nanti iaitu Bukan Aku Yang Berjanji hasil kesinambungan lagu Aku Janji yang berkisar mengenai kehidupan selepas perkahwinan.

"Wani, saya lihat ada kekuatan sebab dia bukan hanya tahu menyanyi tetapi boleh membaca not-not lagu. Dia ada kelainan sebab itu saya beri kepercayaan untuk menyanyikan dua lagu berkenaan," ujarnya.

Katanya, Wani juga tidak mengambil masa lama untuk merakamkan lagu Aku Janji sebaliknya lagu berkenaan siap dalam masa dua jam sahaja disebabkan selok-belok muzik sudah sebati dalam dirinya.

Sementara itu, Wani yang sebelum ini merupakan penyanyi latar kepada beberapa penyanyi terkenal seperti Saleem dan Najwa Latif berkata, kemunculannya sebagai penyanyi adalah satu yang tidak dirancang.

"Saya tidak merancang untuk menjadi penyanyi utama, tidak sangka lagu Aku Janji boleh diterima pendengar pula, apabila sudah diterima saya teruskan sahaja dalam bidang ini," ujarnya yang bercita-cita untuk menjadi guru vokal sebelum ini.

Wani menambah, dia akan mencuba yang terbaik untuk bersama penyanyi yang sedia ada dan kemunculannya bukan untuk bersaing dengan mana-mana artis lain.

"Saya hendak mencuba nasib dalam bidang ini, kalau berjaya, saya bersyukur," katanya yang akan menyambung pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam bidang muzik vokal selama dua tahun tidak lama lagi.

Wani yang tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman menambah, dia lebih selesa bergerak solo dan dibimbing oleh Eddie sendiri.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved