Rabu, 7 November 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Miniatur Ferrari daripada Shell

Posted:

Miniatur Ferrari daripada Shell

Miniatur Ferrari daripada Shell

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

TERDAPAT enam koleksi jentera Lego Ferrari yang boleh dibeli pelanggan Shell.


ADAKAH anda peminat setia Ferrari? Atau mungkin pelanggan tetap Shell yang tidak pernah ketinggalan mengisi minyak saban minggu di stesen petrol jenama tersebut? Jika salah satu daripada soalan di atas mempunyai jawapan ya, pasti berita ini menggembirakan anda.

Bermula hari ini, Shell melancarkan satu promosi besar-besaran iaitu kempen kereta mini Ferrari yang diperbuat daripada blok-blok Lego untuk dikumpulkan pelanggan setia mereka.

Melalui kolaborasi dengan dua jenama terkemuka antarabangsa, Ferrari dan Lego Group, ia menyaksikan Malaysia menjadi antara negara pertama di dunia yang melancarkan kempen ini.

Model unik kereta dan figura mini Lego itu boleh dibeli secara eksklusif di stesen petrol Shell di seluruh negara dengan pembelian minimum produk Shell bernilai RM40.

Sebanyak enam model kenderaan ikonik Ferrari yang dibina daripada Lego boleh menjadi koleksi peribadi terbaik anda atau dihadiahkan pada insan tersayang terutamanya anak-anak.

Apa yang pasti promosi mengujakan itu menyatukan tiga jenama terkemuka global tersebut dan meraikan lebih 60 tahun semangat untuk prestasi terbaik antara Shell dan Ferrari.

Merentasi dekad warisan permotoran yang meliputi trak, jalan raya dan kenderaan trek, model yang direka oleh Lego Group itu menggambarkan perkongsian semangat dan inovatif teknikal antara Shell dan Ferrari.


TIDAK sampai 10 minit anda boleh memasang sendiri jentera lego Ferrari yang boleh dibeli daripada stesen Shell di seluruh negara mulai hari ini.


"Kempen ini amat sempurna bagi mewakili semangat kebersamaan yang kami (Shell dan Ferrari) pegang di samping gabungan keseronokan serta imaginasi daripada produk lego.

"Sama ada mereka merupakan peminat Ferrari, sukan permotoran atau blok-blok Lego, kami percaya koleksi mainan ini akan membuktikan ganjaran menarik bagi pelanggan setia kami," kata Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. dan Shell Timur Sdn. Bhd., Azman Ismail.

Enam model kereta mini Ferrari yang termasuk dalam promosi itu ialah Lori Scuderia, F40, 150 Italia, 458 Italia, FXX dan Ferrari 250 GT Berlinetta.

Setiap model kereta perlu dipasang sendiri dan ia boleh dilakukan dengan pantas kerana panduan berbentuk gambar rajah yang ringkas dan mudah difahami turut dibekalkan.

Menariknya, apabila ditarik ke belakang edisi terhad kereta itu mampu bergerak lebih dua meter. Ia boleh dilakukan dengan sekurang-kurangnya minimum 300 kali tarikan.

Motor pendorongan mikro itu cukup kuat untuk memacu setiap kenderaan bersaiz poket pada kelajuan tinggi sekali gus menjadikan ia bersedia untuk berlumba di mana sahaja anda berada.

Bagaimanapun, jika tidak mahu digunakan untuk berlumba, kereta mini Ferrari itu amat sesuai dijadikan hiasan di atas papan pemuka kenderaan anda untuk nilai prestij dan gaya tersendiri.

Promosi itu bermula hari ini hingga 3 Februari 2013. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.shell.com.my/Lego Pelanggan boleh memiliki miniatur Ferrari itu pada harga RM12.90 apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM40 untuk produk Shell.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved