Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 212 murid SK Desa Jasmin lawat Melaka
- Pelajar SMK Air Keroh lawat Loji Percetakan Utusan
- Belia Sabah berhimpun perangi dadah
212 murid SK Desa Jasmin lawat Melaka Posted: 212 murid SK Desa Jasmin lawat Melaka![]() SEBAHAGIAN daripada murid SK Desa Jasmin, Nilai, Negeri Sembilan bergambar di hadapan Taman Tema Air Melaka Wonderland, Melaka baru-baru ini. SERONOK. Seramai 212 orang murid dari Kelab Sains dan Rekreasi Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Jasmin, Nilai, Negeri Sembilan mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka baru-baru ini. Murid-murid tersebut yang disertai 12 orang guru pengiring itu melawat beberapa tempat menarik di negeri tersebut seperti Zoo Melaka dan taman tema air Melaka Wonderland. Menurut ketua program, Mohd. Anuar Saed, program tahunan sekolah itu juga memberikan pengalaman berharga pada lawatan sehari itu. Ketika melawat Zoo Melaka, murid-murid didedahkan dengan pelbagai spesis haiwan yang boleh didapati di dalam dan luar negara manakala di Taman Tema Air Melaka Wonderland pula murid-murid melepaskan kepenatan dengan bermandi-manda. |
Pelajar SMK Air Keroh lawat Loji Percetakan Utusan Posted: Pelajar SMK Air Keroh lawat Loji Percetakan Utusan![]() PARA pelajar SMK Air Merah, Kulim menunjukkan akhbar Kosmo! ketika melawat Loji Pencetakan Utusan Melayu, Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini. LAWATAN ILMU. Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim Kedah mengadakan lawatan sambil belajar di Loji Pencetakan Utusan Melayu (M) Bhd. Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini. Pelajar tersebut terdiri daripada pengawas Pusat Sumber dan Makmal Bestari sekolah berkenaan. Guru pengiring, Adianah Samam Juis berkata, hasil daripada lawatan tersebut, pihaknya menerima maklum balas positif daripada pelajar terbabit. "Ini merupakan lawatan pertama pihak sekolah ke loji pencetakan akhbar. Lawatan itu bertujuan menimba pengalaman sekali gus mempelajari bagaimana proses penerbitan akhbar dilakukan," katanya. |
Belia Sabah berhimpun perangi dadah Posted: Belia Sabah berhimpun perangi dadah![]() SEBAHAGIAN daripada belia yang menyertai Perhimpunan Skuad 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2012 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu baru-baru ini. KESEDARAN. Kira-kira 5,000 belia hadir pada program Perhimpunan Skuad 1Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2012 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Perhimpunan anjuran Persatuan Komuniti China Bersatu Sabah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan itu bertujuan membentuk generasi sihat tanpa dadah. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Yee Moh Chai yang melancarkan program itu mengingatkan belia supaya menjauhi kegiatan tidak bermoral dan merosakkan masa depan mereka. "Kerajaan tidak akan berjaya memerangi gejala sosial terutama dadah dalam kalangan masyarakat tanpa sokongan golongan belia," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan