Rabu, 7 November 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Chef Riz mengaku sudah bercerai

Posted:

Chef Riz mengaku sudah bercerai

Chef Riz mengaku sudah bercerai

Oleh Yusman Awang
yusman.awang@kosmo.com.my

Perkahwinan Chef Riz dan Ana Dahlia pada 1 Disember tahun lepas di Taiping, Perak hanya tinggal kenangan.


KUALA LUMPUR – Chef selebriti, Chef Riz, mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia.

"Ya, saya memang sudah bercerai," kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.

Baru-baru ini, pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.

Chef Riz mengakui perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.

Dia juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina.

"Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tengku Fakhry kalah kes saman

Posted:

Tengku Fakhry kalah kes saman

Tengku Fakhry kalah kes saman

KUALA LUMPUR - Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra (gambar) yang memfail saman berjumlah RM150 juta terhadap polis kerana mendakwa ditahan secara salah, gagal dalam tuntutannya semalam.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd. Yusof menolak permohonan Tengku Fakhry dengan kos RM40,000 di dalam kamar.

Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad memberitahu pemberita bahawa Hakim Zabariah memutuskan demikian dengan alasan bahawa Tengku Fakhry tidak pernah dihalang untuk keluar ataupun memasuki Istana Mahkota, Kubang Kerian di Kelantan pada Julai 2009.

Katanya, Hakim Zabariah juga menyatakan bahawa penahanan yang wujud hanyalah terhadap kereta Bentley yang dilaksanakan atas titah Pemangku Sultan ketika itu iaitu Tengku Muhammad Faris Petra.

Sepanjang prosiding yang bermula 8 Oktober lalu, seramai lima saksi plaintif dan lima saksi defendan, memberi keterangan.

Tengku Fakhry memfail saman itu pada 9 Disember tahun lepas dengan menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan, Asisten Superintendan Noorazman Ismail, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Naik gred tanpa perlu temu duga

Posted:

Naik gred tanpa perlu temu duga

Naik gred tanpa perlu temu duga


KERAJAAN berusaha melaksanakan pakej kerjaya guru baharu bagi meningkatkan kualiti perguruan di negara ini. - Gambar hiasan


SEREMBAN - Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu hadir temu duga.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu semalam berkata, guru berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temu duga.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian, akan dilantik terus tanpa proses temu duga sebagai guru pelatih mulai tahun depan.

Pada bulan lepas beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved