Ahad, 11 November 2012

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Keajaiban Chicharito

Posted:

Keajaiban Chicharito

Keajaiban Chicharito

LONDON – Pemain gantian, Javier Hernandez menjadi inspirasi kebangkitan Manchester United selepas meledak dua gol ketika membantu skuad kendalian Alex Ferguson itu menewaskan Aston Villa 3-2 pada aksi Liga Perdana England di Villa Park awal pagi semalam.

Selepas menyaksikan persembahan cemerlang Hernandez yang juga dikenali sebagai 'Chicharito', Ferguson mengakui dia kini bersedia untuk menyenaraikannya dalam kesebelasan utama United.

Pada aksi tersebut, Chicharito yang beraksi pada separuh masa kedua selepas menggantikan pemain sayap, Ashley Young berjaya memadamkan kelebihan dua gol Villa yang dijaringkan oleh Andi Weimann.

Kemenangan tersebut sekali gus mengekalkan kedudukan The Red Devils di puncak liga.

"Chicharito sangat 'segar' pada musim ini. Dia telah melalui masa rehat dengan baik dan kini, Chicharito sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang ketika menentang Villa.

"Itulah sikap Chicharito. Dia sentiasa menjadi ancaman ketika berada di dalam kotak penalti. Dia memang tangkas serta sentiasa waspada ketika berada di dalam ruang tersebut.

"Dia telah meledak tiga gol (satu gol dikira sebagai jaringan sendiri pemain Villa, Ron Vlaar) dan saya yakin dia sudah bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama pada minggu depan," ujar Ferguson.

Di sebalik kemenangan tersebut, pengendali kelahiran Scotland itu juga tidak terlepas melahirkan rasa gusar terhadap benteng pertahanan United.

Ferguson menyifatkan situasi tersebut sebagai 'kurang sihat' apabila menyaksikan skuad kendaliannya bertungkus-lumus untuk mendapatkan tiga mata berharga.

"Kami berjaya bangkit daripada ketinggalan dua gol dan ia merupakan satu kejayaan yang menakjubkan," ujarnya.

Pada perlawanan tersebut, kedudukan United dilihat terancam dengan rentak permainan pantas yang diamalkan oleh Villa.

United bagaikan sudah hilang tumpuan selepas ketinggalan dua gol, namun mereka tetap berjuang untuk memulihkan keadaan.

Pertukaran pada separuh masa kedua yang dilakukan Ferguson ternyata membawa hasil.

Selepas berjaya merapatkan jurang gol, United terus bangkit garang dengan melakukan beberapa asakan berbahaya ke depan pintu gol lawan.

Hasilnya, mereka berjaya meloloskan diri daripada kekebalan benteng Villa yang seolah-olah sukar digugat sepanjang separuh masa pertama.

Hernandez telah mengubah keadaan dan tiga percubaannya telah menghasilkan gol, sekali gus menghadiahkan tiga mata berharga buat United.

"Walaupun ketinggalan, pemain kami tetap berjuang untuk mengubah keadaan dan usaha mereka berhasil.

"Kami memang berhak memenangi perlawanan ini kerana semua pemain telah bekerja keras sehingga ke wisel penamat.

"Kemenangan ini bukan nasib tetapi pemain kami memang hebat," Ferguson. –Agensi

Parlimen mana bakal juara?

Posted:

Parlimen mana bakal juara?

Parlimen mana bakal juara?

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


PASUKAN Parlimen Puchong menjadi juara kategori lelaki pada edisi pertama Kejohanan Futsal Parlimen 1Malaysia awal tahun ini.


KEJOHANAN Futsal Perlimen 1Malaysia Kebangsaan 2012 kembali.

Ia akan berlangsung di Kompleks Futsal 1Malaysia di Presint 18, Putrajaya pada 16 hingga 18 November ini.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan sekali lagi menjadi medan pertarungan buat pasukan-pasukan futsal dari seluruh kawasan Parlimen di negara ini untuk mempamerkan bakat masing-masing.

Selain acara futsal, para pengunjung juga bakal dihiburkan dengan beberapa acara sampingan yang menarik.

Antaranya pertandingan mewarna, pertunjukan kereta cantik, pertandingan kereta kawalan jauh, cabutan nombor bertuah serta persembahan daripada artis-artis tempatan.

Pada edisi pertama, kejohanan tersebut berjaya menghimpunkan sebanyak 444 pasukan lelaki dan wanita yang mewakili 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

Seramai 4,440 pemain yang mewakili pasukan masing-masing termasuk dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berentap dalam kejohanan selama tiga hari itu.

Pada edisi pertama sebelum ini Parlimen Puchong gah muncul sebagai juara selepas menewaskan Parlimen Seremban 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti.

Bagi kategori wanita pula, Parlimen Kuala Kedah mempamerkan aksi bertenaga untuk menang bergaya dengan menewaskan pasukan Parlimen Parit Sulong 3-0.

Lebih manis lagi, pemain kedua-dua pasukan, Mohd. Fauzi Abdul Hamid, 30, dan Noorhartini Jasni, 30, ditabalkan sebagai pemenang anugerah Bola Emas ekoran mempamerkan aksi hebat sepanjang kejohanan berlangsung.

Mereka masing-masingnya menerima hadiah wang tunai, RM200 dan trofi penghargaan.

Seperti mana edisi terdahulu, juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000

Harimau perlu menang

Posted:

Harimau perlu menang

Harimau perlu menang


RAJAGOBAL mahukan skuad negara meraih kemenangan pada dua aksi persahabatan, Rabu ini dan 20 November.


MALAYSIA perlu menang dalam dua perlawanan persahabatan menentang Hong Kong dan Bangladesh bagi memulihkan semangat dan keyakinan pasukan Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012.

Ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bertekad menjadikan dua perlawanan itu sebagai medan kebangkitan semula skuad tersebut selepas kalah 0-1 kepada Vietnam dan 0-2 kepada Thailand dalam dua perlawanan persahabatan awal bulan ini.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Hong Kong pada Rabu ini (14 November) dan Bangladesh seminggu kemudian (20 November) di Stadium Shah Alam sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki, 25 November ini.

Ekoran kekalahan kepada Vietnam dan Thailand, skuad Rajagobal dikritik hebat oleh peminat bola sepak tempatan.

"Sudah tentu kita memerlukan kemenangan bagi meningkatkan moral dan keyakinan pemain," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah motivasi kepada 50 anak peneroka Felda di Akademi Pembangunan Agrobank (ABADI) di Bangi semalam.

Mereka dipilih oleh 1Malaysia Cardiff City (1MCC) untuk menyertai lawatan sambil belajar ke Akademi Kelab Bola Sepak Cardiff City di Wales, United Kingdom dari 15 November ini hingga 4 Disember depan.

Pada masa yang sama, Rajagobal turut menepis tanggapan sesetengah pihak bahawa pemainnya tertekan ekoran persembahan hambar skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini sehingga mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat tempatan.

"Saya tidak beri tekanan kepada pemain, namun saya akui kita tidak tunjukkan kualiti permainan yang boleh saya banggakan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini," katanya.

Beliau turut mengesahkan bahawa skuad akhir 22 pemain yang bakal menggalas cabaran negara mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki dijangka diketahui selewat-lewatnya pada 24 November ini.

Pada kejohanan Piala AFF Suzuki, skuad kebangsaan yang muncul juara pada edisi 2010 di Indonesia, diundi dalam Kumpulan B.

Mereka bakal berdepan Singapura (25 November), bertemu Laos (28 November) sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember.

Kesemua perlawanan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved