Kosmo Online - Negara |
- Tipu guna nombor Bukit Aman
- Rugi RM10 juta dalam tempoh enam bulan
- 800,000 peminjam bakal pilih ujrah
Posted: Tipu guna nombor Bukit AmanOleh ATIKAH DALI
KUALA LUMPUR – Kes-kes penipuan tidak pernah surut. Saban hari pasti ada individu yang menjadi mangsa penipuan sama ada oleh sindiket yang berpangkalan dalam negara mahupun di seberang laut. Pelbagai modus operandi digunakan oleh sindiket-sindiket terbabit untuk meraih wang daripada mangsa-mangsa. Tren paling mudah kebelakangan ini ialah ahli sindiket terbabit membuat panggilan telefon dengan menyamar sama ada sebagai pegawai polis atau pegawai bank. Macau Scam merupakan salah satu sindiket yang berpangkalan di Taiwan dan Hong Kong, Sindiket itu dikesan paling aktif melakukan penipuan dengan membuat panggilan secara rambang kepada mangsa-mangsa termasuk rakyat negara ini. Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Supritendan Victor Sanjos berkata, berdasarkan laporan diterima, suspek-suspek yang menyamar sebagai pegawai polis kebiasaannya akan mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap dan boleh ditahan. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | |
Rugi RM10 juta dalam tempoh enam bulan Posted: Rugi RM10 juta dalam tempoh enam bulanKUALA LUMPUR – Polis menerima sebanyak 454 laporan berhubung kes panggilan telefon dengan menyamar sama ada sebagai pegawai polis atau pegawai bank dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang melibatkan kerugian mencecah RM10 juta. Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Supritendan Victor Sanjos berkata, dalam tempoh sama polis menahan seramai 39 orang dan ada dalam kalangan suspek telah dituduh di mahkamah. "Kegiatan sindiket Macau Scam ini dikesan aktif memperdaya rakyat negara ini sejak tahun 2008. Jumlah laporan diterima pada tahun tersebut sebanyak 21 kes," kata beliau. Menurut beliau, jumlah kes tersebut kemudian bertambah pada tahun 2009 sebanyak 333 kes dan pada 2010 sebanyak 1,201 kes. "Mengikut aduan dalam tempoh dua tahun itu kerugian mangsa-mangsa mencecah RM24 juta," kata beliau. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | |
800,000 peminjam bakal pilih ujrah Posted: 800,000 peminjam bakal pilih ujrah![]() PEMINJAM PTPTN diberi tempoh sehingga 30 September ini untuk memberi respons pertukaran skim pembiayaan kepada skim ujrah sebelum tawaran itu luput. – Gambar hiasan. PASIR PUTEH – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan 800,000 peminjam akan menukar kaedah pinjaman mereka daripada sistem konvensional kepada sistem pinjaman Islam atau ujrah pada tahun ini. Pengurus Kanan Pelaburan PTPTN, Tuan Din Tuan Mat berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada 1.8 juta individu yang mendapat pinjaman selepas tahun 2008. PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (tiga peratus) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (satu peratus) secara berperingkat-peringkat. Beliau berkata, tarikh akhir untuk menukar kaedah pinjaman ialah sebelum 30 September ini. Mereka yang tidak memberikan maklum balas sebelum tarikh itu akan kekal dengan skim lama yang mengenakan caj kos pentadbiran tiga peratus. Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said sebelum ini dilaporkan berkata, hampir 600,000 peminjam tidak layak menukar skim konvensional kepada ujrah kerana terlibat dengan tindakan saman, melanggar perjanjian terdahulu atau sudah menyelesaikan keseluruhan pinjaman. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan