Isnin, 19 September 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Bertudung bukan kerana fesyen

Posted:

Bertudung bukan kerana fesyen

Bertudung bukan kerana fesyen

SEPANJANG bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat tersendiri dan masih lagi mampu bertahan sehingga kini.

Sudah lumrah menjadi seorang artis, apa sahaja yang dilakukan pastinya akan dinilai oleh peminat. Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap penyanyi yang bergelar ibu tunggal ini.

Biarpun jarang terpalit dengan kontroversi hangat, namun namanya pernah sedikit terjejas gara-gara penampilannya ketika hadir pada majlis yang dianjurkan oleh sebuah majalah pada tahun lalu.

Pada majlis berkenaan dia telah mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan gaya yang cukup seksi, sedangkan selama ini dia dikenali sebagai artis yang sering tampil dengan gaya yang sopan.

Gambar-gambarnya pada majlis itu telah tersebar di laman-laman blog sehingga mengundang kecaman pelbagai pihak yang seolah-olah tidak dapat menerima imej yang ditampilkannya itu.

Bagaimanapun, berkesempatan menemui penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Nana itu dalam sebuah majlis, sekali lagi mengejutkan ramai pihak terutama yang hadir pada majlis berkenaan.

Pada kali ini, penyanyi berkenaan tidak lagi tampil dengan gaya seksi seperti sebelum ini. Sebaliknya, kini Nana lebih kelihatan anggun dan menarik apabila dilihat sudah memakai tudung.

"Sebenarnya saya sudah mula memakai tudung sejak bulan puasa yang lalu. Keputusan saya memakai tudung ini bukanlah disebabkan fesyen semata-mata, tetapi ini adalah imej terkini saya dan berharap ia akan kekal sampai bila-bila.

"Lagipun perubahan imej yang saya lakukan ini adalah satu kesedaran terhadap tanggungjawab sebagai seorang wanita muslim. Malah, ini juga adalah langkah awal untuk saya berubah ke arah menjadi seorang insan yang lebih baik," jelasnya.


SITI NORDIANA atau Nana kini selesa dengan imej baharunya, bertudung.


Menurutnya lagi, dia sebenarnya sudah lama mempunyai niat untuk bertudung memandangkan anaknya iaitu Mohamad Rayyan Nakhaie semakin membesar. Namun, hanya pada bulan puasa yang lalu hasratnya itu dapat direalisasikan.

Sementara itu, ketika ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka untuk memakai tudung, Nana menjelaskan kesedaran tersebut bermula apabila dia banyak membaca majalah yang berbentuk islamik.

"Dalam kebanyakan majalah yang dibaca, saya sebenarnya cukup tertarik ketika membaca kisah-kisah mengenai saudara baharu. Walaupun baru memeluk Islam, tetapi saya lihat saudara baru terutama yang perempuan tidak keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

"Selepas itu baharulah timbul kesedaran dalam diri sehingga saya mengambil keputusan untuk bertudung. Saya akui yang saya ini bukanlah terlampau baik, tetapi saya merasakan sudah tiba masanya untuk saya berubah sedikit demi sedikit," ujarnya.

Rezeki

Memandangkan kini dia sudah tampil dengan imej yang baharu, Nana menjelaskan tidak bermakna selepas ini dia akan terus berhenti daripada bidang nyanyian. Ujarnya, karier seni masih lagi tetap diteruskan seperti biasa.

"Saya akui pasti ada tanggapan yang mengatakan tawaran untuk saya membuat persembahan akan berkurangan apabila bertudung. Walaupun ada kebenarannya, namun saya sendiri tidak kisah kalau ia benar-benar berlaku.

"Kalau dah rezeki saya tidak lagi di bidang nyanyian, mungkin rezeki saya di bidang yang lain pula. Lagipun bertudung bukanlah satu masalah yang besar kerana peminat sekarang pun sudah terbuka dan mereka tetap boleh terima penyanyi yang bertudung," ujarnya.


NANA sudah mula memakai tudung sejak Ramadan lalu.


Pada masa yang sama, penyanyi berkenaan memberitahu bahawa syarikat rakamannya iaitu FMC Music Sdn. Bhd. turut menerima dengan terbuka perubahannya dan kini mereka sedang mencari lagu baru yang sesuai untuk imej barunya itu.

Ditanya mengenai projek terbarunya ketika ini, Nana berkata, dia akan terbabit untuk membuat persembahan di beberapa buah negeri dalam siri jelajah yang dibuat oleh syarikat Fablous Global Sdn. Bhd.

"Alhamdulillah, meskipun sekarang saya sudah tampil dengan imej bertudung tetapi rezeki untuk menyanyi masih lagi ada. Saya juga sangat berterima kasih kepada pihak Fablous Global kerana sudi mengundang saya untuk sama-sama menjayakan siri jelajah mereka yang akan bermula pada bulan Oktober ini," ujarnya.

Selain Nana, antara artis-artis yang turut menjayakan siri jelajah syarikat jualan langsung yang diterajui oleh Datuk Sarimah Ahmad ialah Pian Cecupak, Mama Rina, Din Belon dan Boy Iman.

Lan teruja nak jadi bapa

Posted:

Lan teruja nak jadi bapa

Lan teruja nak jadi bapa

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


LAN kini sedang sibuk menyiapkan single terbaharu Azlan & The Typewriter.


BERCAMPUR baur, bergulir rasa antara teruja dan takut, intuisi itu pasti akan dialami buat setiap individu yang bakal menjengah ke fasa baharu dalam kehidupan menyandang panggilan seorang bapa.

Begitu juga yang dirasa vokalis kumpulan Azlan And The Typewriter, Norazlan Rosle atau lebih mesra disapa Lan, 28 yang kini menanti detik istimewa itu.

Isterinya, Normala Hassan, 28, kini sudah enam bulan mengecapi kebahagiaan mengandungkan anak sulung pasangan itu setelah selamat melangsungkan perkahwinan pada awal bulan Januari lalu.

Bagi Lan sendiri, cabaran dan nikmat berdepan dengan pelbagai situasi menyambut kelahiran anak pertamanya tidak tergambar dengan kata-kata.

"Syukur Alhamdulillah, kandungan isteri saya kini sudah berusia enam bulan dan setakat ini tiada sebarang komplikasi.

"Perasaan? Goyang ada, takut dan suka bercampur-campur, ibarat kata orang rosak bapa rosaklah anak," ceritanya ceria ketika pertemuan ringkas usai majlis perasmian Konsert Suara Kami di Kelab Zouk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pertama kali mendapat berita gembira itu, kata Lan, tiada kata-kata boleh diucapkan.

Tambah Lan, kandungan isterinya sudah diimbas menerusi mesin ultrasound dan 80 peratus hasil analisis mendapati kebarangkalian pasangan itu bakal menimang cahaya mata perempuan.

"Kami sudah pergi scan dan kata doktor bayi itu adalah bayi perempuan dan Insya-Allah tarikh jangka kelahiran pada 2 Januari 2012," luah Lan bersulam senyum.

Berdepan dengan cabaran mendidik anak pada zaman serba canggih ini, ujar Lan itu antara cabaran terhebat buatnya.

"Apa yang dibimbangkan adalah didikan ketika anak meningkat dewasa, tahu sajalah sekarang ini cabaran dunia moden tidak sama seperti zaman saya kecil-kecil dulu," katanya.

Isteri mengidam bukan perkara asing buat pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata. Cerita Lan, isterinya juga tidak lari daripada mengidam makanan yang pelik-pelik.

"Pernah sekali dia mengidam mahu makan bihun Singapura, merata-rata saya mencari, mujur juga waktu itu ada kedai masih buka kalau tidak naik buntu kepala hendak mencari menu itu," getusnya yang juga berdepan dengan sikap isterinya yang lebih banyak membebel berbanding biasa.

Bagaimanapun, segala persiapan menyambut kelahiran bayi perempuannya belum lagi dilaksanakan dan kemungkinan akan dibereskan dalam tempoh dua bulan.


LAN mengakui anak sulungnya berkemungkinan besar perempuan.


Album baru

Dalam pada itu, di samping kesibukannya melengkapkan diri bergelar seorang bapa, kariernya juga masih berjalan seiring dengan kehidupan peribadi.

"Buat masa sekarang, saya hanya meluangkan masa di dalam studio untuk menyiapkan single baharu dan sedang menyelesaikan urusan membuka studio rakaman dan jamming baharu di Jalan Gurney, Kuala Lumpur," ujarnya.

Ditanya bila agaknya album kumpulannya yang sudah siap dirakam diedarkan kepada peminat setianya, kata Lan, ia hanya menunggu masa yang sesuai.

"Single daripada album itu belum kami pilih lagi dan rasanya kebanyakan lagu di dalamnya tidak sesuai dengan zaman sekarang, jadi lebih elok kami tangguh dulu," katanya yang kini bereksperimen dengan muzik elektro dan pop untuk album kedua kumpulannya.

Berbalik kepada kisahnya membuka studio rakaman dan jamming baharu di Jalan Gurney, selain sedang mengubah suai interior dan exterior rumah lama itu, dia juga sedang mencari ilham untuk memberikan nafas terkini kepada premis itu.

"Setelah siap kelak, studio itu boleh disewa dan digunakan untuk penggambaran filem atau drama, dalam studio itu juga menempatkan bilik khas untuk penggunanya tidur dan berehat termasuk semua kemudahan lengkap seperti TV dan penyaman udara," katanya yang memperoleh sendiri idea dan konsep studio berharga RM500,000 itu.

Selain itu, studio yang terletak di banglo setingkat itu juga boleh menempatkan ruang parkir untuk 30 buah kereta dan pastinya akan diuruskannya sendiri.

"Saya sebenarnya sudah lama mengintai peluang untuk membina sebuah studio sendiri dan untuk menguruskan studio itu saya tidak akan sesekali melibatkan isteri atau keluarga saya," tegasnya.

Scarlett ancam saman

Posted:

Scarlett ancam saman

Scarlett ancam saman


SCARLETT JOHANSSON


SELEPAS beberapa keping gambar bogelnya tersebar di Internet awal minggu lalu, aktres Scarlett Johansson mengancam untuk menyaman beberapa laman web yang telah menyiarkan gambar-gambar tersebut.

Menurut laporan TMZ, aktres tersebut mengarahkan agar semua gambar yang disiarkan dikeluarkan dengan segera atau pihaknya akan menyaman mereka.

Scarlett turut mendakwa gambar-gambar tersebut adalah gambar curi yang sengaja disebarkan sedangkan ia diambil untuk tujuan peribadi.

Dia yang mengaku gambar-gambar tersebut miliknya melalui satu keterangan berkata: "Itu adalah rangkaian gambar peribadi yang diambil untuk satu edisi di kediaman saya.

"Jika gambar-gambar bogel itu gagal dibuang dari laman web, tindakan saman akan diambil dan sila beri kerjasama."

TMZ turut melaporkan aktres tersebut juga mendapatkan bantuan pihak berkuasa untuk mencari dalang yang mencuri gambar-gambar tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved