Isnin, 19 September 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Gejala Emo mula menular

Posted:

Gejala Emo mula menular

Gejala Emo mula menular

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
berita@kosmo.com.my

ANTARA gambar yang dimuatkan pengikut fanatik kumpulan Emo di Facebook yang memaparkan perlakuan sumbang ahlinya seperti bercium antara lelaki dan wanita.


KUALA LUMPUR – Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.

Kosmo! difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.

Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.

Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.

Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk Welcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya 'And though you're dead and gone, believe me your memory will carry on' (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).

Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi.

Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.

Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.

Pengarah Urusan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal (gambar) yang mendedahkan trend terbaharu remaja perempuan itu berkata, pengikut fanatik kumpulan Emo mendakwa mendapat kepuasan apabila mereka melakukan semua ritual tersebut.

"Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat," katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Thailand bantu rakyat Malaysia mangsa letupan bom

Posted:

Thailand bantu rakyat Malaysia mangsa letupan bom

Thailand bantu rakyat Malaysia mangsa letupan bom


KESAN letupan bom sudah dibersihkan di Jalan Charoen Khet, bandar Sungai Golok semalam.


SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) – Kerajaan Thailand akan memberi sumbangan wang tunai kepada warga Malaysia yang maut dan cedera dalam kejadian letupan bom di bandar Sungai Golok malam Jumaat lalu.

Pemangku Datuk Bandar Sungai Golok, Rosdi Che Omar (gambar kecil) memberitahu, keluarga setiap mangsa yang maut akan diberi RM10,000 manakala mangsa yang cedera dan dirawat di hospital di Thailand akan ditanggung kos rawatannya di antara RM1,000 dan RM5,000.

"Selain itu, Bahagian Keselamatan Bencana Alam Wilayah Narathiwat juga akan memberi RM5,000 kepada mangsa yang maut dan RM500 hingga RM2,000 kepada yang cedera," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, untuk mendapatkan sumbangan itu, mereka yang terlibat perlu membuat laporan kecederaan yang dialami terlebih dahulu di Pejabat Daerah Sungai Golok.

Dalam perkembangan lain, Rosdi memberitahu, jumlah mereka yang tercedera termasuk maut dalam kejadian itu adalah 120 orang.

Katanya, sebanyak 40 orang daripadanya dirawat di Hospital Sungai Golok dengan lima daripadanya rakyat Malaysia.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tiada sebab tukar Jalur Gemilang

Posted:

Tiada sebab tukar Jalur Gemilang

Tiada sebab tukar Jalur Gemilang

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Jalur Gemilang tidak perlu ditukar kerana ia adalah lambang negara ini yang mempunyai simbol dan warna yang membawa maksud tersendiri.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kesemua simbol dan lambang itu sudah membawa maksud kedaulatan dan kemerdekaan.

"Biru melambangkan perpaduan, bulan sabit pula agama Islam, bintang pecah 14 pula melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan manakala kuning pula lambang diraja," jelasnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Katanya, Jalur Gemilang tidak perlu ditukar hanya atas alasan kelihatan sama dengan bendera negara lain.

"Macam juga lagu, walaupun ada yang hampir sama dengan lagu lain, ia tidak akan sama seratus peratus, begitu juga bendera, walaupun bintang hampir sama tetapi ia bintang jenis lain," ujarnya lagi.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved