Selasa, 2 Ogos 2011

Kosmo Online - Rencana Utama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Rambut mengikut kepercayaan Sikh

Posted:

Rambut mengikut kepercayaan Sikh

Rambut mengikut kepercayaan Sikh

Oleh BASIR ABU BAKAR



BAGI penganut agama Sikh, menyimpan rambut panjang sejak kecil adalah satu amalan yang dituntut. Tuntutan yang melambangkan kesyukuran kepada tuhan itu tidak mengecualikan jantina.

Bahkan setiap helaian bulu atau rambut yang tumbuh tidak boleh diganggu bentuk asalnya kerana ia adalah salah satu ciptaan tuhan.

"Ia perlu dibiarkan dalam keadaan semula jadi tanpa mengubah kejadiannya. Setiap penganut Sikh dituntut mengikuti falsafah ini, jika tidak mereka akan dianggap berdosa besar," kata Presiden Institut Falsafah, Penyelidikan dan Pendidikan Sikh (InSPIRE), Prof. Madya Autar Singh.

Bagi masyarakat Sikh, mereka berpegang kepada 5K yang menjadi tuntutan agama iaitu rambut (kesh), sikat kayu (kangga), gelang besi (khada), senjata kerambit (kirpan) dan seluar dalam khas (kelshaira).

Tahap kesetiaan penganut Sikh dapat dilihat apabila mereka mempraktikkan 5K yang diwajibkan kepada mereka dan pada hari pembaptisan untuk menjadi seorang Sikh yang taat.

Bagaimanakah penganut Sikh menjaga rambut dan bulu di badan mereka? Autar Singh menjelaskan, setiap penganut Sikh dituntut menjaga kebersihan rambut dan bulu yang tumbuh di badan mereka.

"Kami perlu mencuci rambut dengan kerap dan sapu minyak kelapa pada rambut sebelum disikat dengan sikat khas (kangga) dua kali sehari atau lebih bagi menjaga kesuciannya.

"Sehubungan itu, setiap kaum lelaki dituntut memakai serban dan wanita sekadar memakai selendang di kepala selain digalakkan memakai serban," katanya ketika ditemui di Pusat Aktiviti Belia Sikh Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Menyimpan rambut


BALJIT menunjukkan seluar dalam khas yang dipakai oleh setiap lelaki Sikh yang alim.


Sikat kayu bukan sahaja untuk berfungsi untuk menyisir rambut malah diletakkan di dalam serban kaum lelaki. Amalan itu sebagai mencontohi tindakan Guru Nanak iaitu seorang penyebar agama itu.

Kaum lelaki Sikh juga dituntut tidak mendedahkan atau membenarkan rambut mereka disentuh oleh orang lain. Rambut, serban dan janggut serta seluruh bahagian kepala mereka dianggap sangat mulia dan sensitif.

Baljit Singh, 27, berkata, menyimpan rambut yang panjang adalah satu tindakan yang bersifat peribadi walaupun ia sangat dituntut oleh ajaran Sikh, namun jika ada penganut Sikh yang ingkar ia bukan satu paksaan.

Bagi memelihara rambut dan mematuhi ajaran yang dituntut, seseorang penganut Sikh perlu mempunyai kefahaman mengenai kepentingan ajaran berkenaan.

"Semasa zaman kanak-kanak, saya pernah berasa sedih kerana diejek oleh rakan-rakan. Namun lama-kelamaan perasaan itu hilang dan saya lebih berkeyakinan dengan imej sekarang.

"Dengan imej ini orang lebih mudah mengenali diri saya selain imej ini dianggap sebagai salah satu fesyen yang menarik. Malah saya juga bebas mengikuti fesyen terkini muda-mudi tanpa mengetepikan tuntutan agama," kata jurutera di sebuah syarikat swasta itu.

Berbeza dengan kaum wanita Sikh, mereka dibenarkan mendedahkan rambut sahaja dan tuntutan yang lain sama seperti kaum lelaki.

Jika penganut Sikh menganggap rambut sebagai maruah diri yang sangat mulia di sisi agama dan tuhan, lain pula ceritanya dengan pelakon Fouziah Gous, 29.

Pelakon yang memiliki rambut hingga ke paras pinggang itu mengakui rambut yang sihat bukan sahaja mampu membuatkan seseorang itu tampil cantik, bahkan lebih berkeyakinan.

Sumber rezeki


KANGGA merupakan sikat kayu yang disimpan di dalam serban dan mudah dibawa ke mana-mana.


Fouziah atau nama sebenarnya Norfouziah Mohd. Gous tidak menafikan rambut bukan sahaja aset berharga bahkan ia adalah sumber rezekinya.

"Saya menjaga kesihatan rambut sejak kecil. Amalan penjagaan rambut ini diwarisi daripada ibu," katanya kali terakhir memotong rambut pendek lapan tahun lalu.

Menurut Fouziah, beliau akan ke salun tiga bulan sekali untuk mencuci dan melakukan rawatan rambut.

Duta produk Alaisyah itu menjelaskan amalan tradisional untuk menjaga rambut tidak lagi diamalkan kerana kesibukan bekerja.

"Sejak kecil ibu selalu menyapu minyak kelapa pada rambut dan melumur rambut dengan bunga raya. Saya akan petik dan tumbuk bunga raya sehingga lumat lalu disapu terus ke rambut dan dibiarkan semalam lalu dicuci sehingga bersih," kata pelakon yang popular dalam drama Tahajud Cinta itu.

Selain bunga raya dan minyak kelapa, Fouziah juga meletakkan mayonis pada rambut. Amalan tersebut dilakukan ketika beliau bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka negara.

"Selepas menjadi artis, aktiviti penjagaan rambut saya semakin terhad sehinggakan untuk ke salun rambut pun tiada kesempatan," katanya yang tidak pernah mewarnakan rambut.

Ekoran kesibukan bekerja, Fouziah akan menyapu minyak bayi pada rambut sebelum tidur setiap hari jika rambutnya kelihatan tidak sihat.

Amalan itu bagi memastikan rambutnya yang mudah kering itu kembali bertenaga dan bersinar.

Sementara itu, pakar pendandan rambut, Noraini Wahid, 38, bersependapat dengan Fouziah Gous bahawa rambut merupakan mahkota wanita yang sangat bernilai. Namun, penjagaan rambut panjang agak remeh.

Menurutnya, seorang wanita yang berambut panjang kelihatan lebih seksi berbanding mereka yang berambut pendek.

Dengan potongan rambut yang sesuai, wanita yang berambut panjang akan tampil dengan gaya wajah yang berbeza.

Pilihan syampu


DARI ATAS: Sikat kayu, gelang besi dan kerambit merupakan antara peralatan yang dimiliki oleh setiap penganut Sikh.


"Wanita yang berambut panjang dengan potongan yang sesuai kelihatan lebih ayu berbanding mereka yang berambut pendek.

"Ada pendapat yang mengatakan wanita berambut pendek itu seksi adalah tidak benar. Pandangan itu hanyalah satu persepsi. Hakikatnya wanita berambut panjang lebih kelihatan seksi," kata pemilik salun rambut e-GO yang terletak di KL Sentral itu.

Noraini yang lebih mesra dipanggil Nora turut memberi beberapa petua dan kaedah penjagaan rambut panjang yang sesuai dari segi tradisional atau moden.

Ketika bangun tidur anda dilarang menyikat rambut menggunakan sikat sebaliknya digalakkan menyikat menggunakan jari untuk meleraikan rambut yang kusut dan berpintal.

Kepada mereka yang memiliki rambut panjang, gunakan berus rambut berbulu dengan permukaan bulat.

Mulakan memberus dari bahagian atas kepala sehingga ke bawah. Kemudian berus dari bahagian rambut yang dalam ke luar. Selepas memberus, gunakan jari untuk memberi kesan yang lebih semula jadi.

"Pemilihan syampu dan perapi rambut yang sesuai dengan struktur rambut adalah penting. Bagi wanita yang memiliki rambut normal mereka perlu membasuh rambut setiap dua hari sekali berbanding rambut yang bermasalah.

"Sekurang-kurangnya rawatan rambut perlu dilakukan tiga kali sebulan," kata Nora ketika ditemui di salonnya baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai kaedah penjagaan rambut cara tradisional, Nora berkata terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan.

Selain bunga raya, kacang hijau, lidah buaya, telur ayam kampung, santan kelapa dan minyak kelapa antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mendapatkan rambut yang sihat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Industri perdagangan rambut Selatan Asia

Posted:

Industri perdagangan rambut Selatan Asia

Industri perdagangan rambut Selatan Asia

Pemain dalam industri perdagangan rambut palsu kini dalam kebimbangan jika upacara keagamaan di India iaitu mencukur rambut kurang mendapat sambutan daripada golongan mudanya.


RAMBUT mereka yang berasal dari India mempunyai nilai yang tinggi kerana kualitinya. - Gambar hiasan


KEPERCAYAAN agama yang diikuti dengan kefahaman kerohanian yang kuat melonjakkan lagi permintaan perdagangan rambut palsu dari India ekoran kesedaran fesyen wanita Barat.

Negara Selatan Asia itu telah lama menjadi pengeksport rambut manusia terbesar dunia. Beberapa syarikat yeng terlibat dalam sektor itu menjangkakan bahawa perniagaan itu bernilai 8.5 bilion rupees (RM56 juta) setahun.

Kepada penganut agama Hindu, rambut menjadi simbol pengorbanan sejak beratus ribu tahun lalu atas sebab-sebab yang berbeza. Antaranya mahu mengatasi kesihatan diri yang kurang baik, mencegah nasib malang dan mencari tuah.

Amalan itu merupakan satu kebiasaan di selatan India terutama di kuil-kuil di wilayah Tamil Nadu. Lokasi itu menjadi tumpuan hampir kebanyakan orang dari seluruh India untuk mencukur kepala.

Namun mereka yang terlibat dalam industri perdagangan rambut palsu dalam kebimbangan jika upacara keagamaan itu terus pudar pada masa hadapan.

Masyarakat India moden berubah mengikut perkembangan ekonomi negara mereka sekali gus membuka ruang untuk negara itu menjadi lebih sekular, berteras kepenggunaan dan pengaruh-pengaruh dari luar.

Mencukur rambut


UPACARA keagamaan mencukur rambut di kuil semakin kurang
diminati oleh golongan muda di India.


"Terdapat satu perubahan yang berlaku iaitu orang-orang mudanya semakin kurang pergi ke kuil dan tidak melakukan amalan mencukur rambut.

"Mereka mungkin akan memotong separuh rambut mereka tetapi tidak semestinya akan mencukur kesemua rambut mereka," kata Ketua Eksekutif Raj Hair International, George Cherian di ibu kota Chennai.

Pada hari festival keagamaan, kira-kira 1,000 orang termasuk 50 hingga 60 wanita menjalani ritual memotong rambut di kuil Tiruttani di utara Chennai.

Wanita India seperti Anandi Perumalswany merupakan tulang belakang dalam industri itu. Walaupun mereka menetap di kawasan yang jauh dari salun-salun yang beraneka bentuk seperti Amerika Syarikat dan Eropah namun lokasi itu menerima permintaan penyambungan rambut yang tinggi.

"Tuhan kegemaran kami ialah Tuhan Muruga. Kami mempunyai banyak hutang dan pelbagai masalah lain.

"Saya telah berdoa untuk anak lelaki saya agar dia cepat kahwin. Saya kemudian menawarkan rambut saya," kata Perumalswamy yang berusia 45 tahun dan ibu kepada dua anak itu.

Eksport rambut

Bertan-tan rambut panjang dipotong setiap hari dan kebanyakannya dijual dalam jualan lelong kepada pemborong.

Pemborong kemudian akan mengurus dan mengeksport rambut untuk kegunaan di seluruh dunia.

Amalan seumpama itu telah menjadi kerja sampingan yang menguntungkan pihak kuil. Kuil akan mengunakan kutipan daripada duit jualan rambut itu untuk aktiviti kebajikan.

Sebahagian pembekal telah melakukan sendiri perniagaan tersebut dengan memotong rambut mengikut kehendak pemborong.

Kecantikan gaya rambut yang disambung dalam kalangan artis Hollywood seperti Gwyneth Paltrow dan beberapa artis lain telah melonjakkan lagi permintaan untuk barangan kecantikan.

Rambut sintetik yang murah dan pernah popular pada tahun 1990 menyebabkan kejatuhan harga dalam perniagaan untuk firma-firma India. Namun rambut manusia kini menjadi kegemaran sekali gus menjadi nilai tambah kepada pasaran India.


RAMBUT-RAMBUT yang digunting pada upacara keagamaan di kuil-kuil di India dijual untuk pembuatan rambut palsu.


Pada masa ini, satu kilogram (kg) rambut yang dipotong di India secara purata dijual pada harga AS$250 (RM735) berbanding 15 tahun lalu yang bernilai AS$20 (RM59) sekilogram, jelas Cherian.

Jenis rambut yang paling mahal ialah remy yang dicukur terus dari pangkal leher. Ia bernilai 25 peratus daripada harga pasaran rambut non-remy.

"Rambut masyarakat India merupakan rambut yang paling dikehendaki kerana ia menyamai dengan rambut asal orang kulit putih.

"Malah warna semula jadinya iaitu hitam menyamai warna rambut kaum Afrika dan bila diwarnakan rambut tersebut menyamai warna rambut orang Eropah atau AS," kata Cherian.

Kualiti rambut

Produk itu kemudiannya dibekalkan kepada wanita seperti Fereena West yang gemar ke salun ColourNation di pusat bandar London. Harga untuk satu kepala rambut asal dari India berharga lebih AS$3,000 ((RM8,823) dan memerlukan empat jam untuk disiapkan.

"Rambut sambung yang diperoleh sangat berkualiti. Ia merupakan 100 peratus rambut manusia dan agak mahal," kata model sementara yang berusia 25 tahun.

Seorang pelanggan di salon eksklusif Michaeljohn, di London yang mahu dikenali sebagai Natasha berkata, penyambungan rambut tersebut sangat berbaloi.

"Ia bernilai $970 (RM2,853), termasuk harga rambut dan kos penggayaan. Jadi bagi saya untuk menggayakannya tiga kali setahun ia memang berbaloi.

"Penyambungan rambut menjadi popular kerana artis seperti Cheryl Cole menyukainya dan dia menjadi lebih terkenal.

"Namun saya berpendapat ia turut digemari oleh kebanyakan orang dan bukan sahaja kelompok artis. Saya rasa ramai orang memilikinya kerana ia sangat bergaya dan membantu menyerlahkan penampilan mereka," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved