Kosmo Online - Negara |
Posted: Dawama tidak sepatutnya rugiMASALAH yang dihadapi Dawama menjejaskan pengedaran buku dan majalah DBP KUALA LUMPUR - Masalah kewangan yang dihadapi Dawama Sdn. Bhd., syarikat konsesi yang diberi tugas mencetak dan mengedarkan buku serta majalah terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) menimbulkan kesangsian banyak pihak termasuk Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong. Dalam laman twitternya semalam, Ka Siong menyatakan, adalah mustahil Dawama rugi sedangkan jualan buku teks sekolah menerusi kontrak Kementerian Pelajaran adalah besar dan terjamin. Katanya, Dawama harus bertanggungjawab ke atas segala masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan hampir 380 pekerjanya terpaksa diberi cuti tanpa gaji sejak kelmarin. "Kementerian membayar beberapa ratus juta ringgit kepada Dawama sejak tujuh tahun lepas, sampai sekarang kita tidak berhutang sesen pun dengan mereka. "Kita tidak tahu siapa yang sepatutnya dipersalahkan.'' kata Ka Siong semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Nafi layan macam banduanPUTRAJAYA - Jabatan Penjara menafikan dakwaan 32 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda di Johor Bahru, bahawa mereka didera secara fizikal semasa menyertai kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lepas. Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar (gambar) berkata, hasil siasatan awal mendapati, dakwaan para pelajar terbabit bahawa mereka ditumbuk, dipukul dan mendapat layanan di luar daripada batasan adalah tidak benar. Bagaimanapun katanya, siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya terdapat pihak tertentu mempunyai maklumat tambahan yang boleh membantu menyelesaikan aduan itu, bolehlah kemukakan kepada beliau di talian 03-8732 8081. Beliau berkata, mereka juga boleh e-mel maklumat itu kepadanya di zulkifli@prison.gov.my atau menghubungi Pegawai Komunikasi Korporat Jabatan Penjara (Puan) Rusmiza Anuar di talian 03-8732 8388. "Pihak kami akan memaklumkan hasil siasatan terperinci dari semasa ke semasa dan berharap dapat selesaikan kes pada 5 Ogos ini," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Dalam Negeri di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: Dapat duit raya RM42.6 jutaKUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) semalam mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta. Beliau berkata, pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang hari lebaran. Dalam satu kenyataan semalam, Najib berkata, kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda. "Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta. "Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka lagi yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta," katanya. Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Najib berkata, bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta. Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang, manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang. Menurut beliau, bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan