Selasa, 2 Ogos 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Capati M.Nasir, menu Khatijah

Posted:

Capati M.Nasir, menu Khatijah

Capati M.Nasir, menu Khatijah


M. NASIR dan Khatijah mempunyai cara dan cerita Ramadan dan Aidilfitri masing-masing untuk dikongsi bersama peminat.


MENYAKSIKAN kehadiran figura ini sahaja, gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu bakal berlegar di segenap tubuh. Belum lagi mendengar suara emas mereka yang mampu menggetarkan jiwa dan rasa. Itulah aura yang dimiliki penyanyi Datuk M. Nasir, 54.

Bagi Datuk Khatijah Ibrahim pula, biarpun kehadirannya dalam industri seni menjangkau hampir usia 40 tahun. Pesona yang dimilikinya masih kuat menjamah hati setiap individu.

Berpeluang bertemu secara empat mata dengan dua figura hebat ini selepas rakaman raya program Sedetik Muzik untuk Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) di Sri Pentas 2, Shah Alam, Selangor baru-baru ini, agenda seni diajukan dahulu kepada mereka sebagai pembuka bicara.

"Setakat ini dua program aku sudah terima untuk hari raya iaitu Sedetik Muzik untuk TV3 dan juga program Ekspresi Kembara bersama Jamal Abdillah untuk TV9.

"Aku ambil ikut rasa dan jika ada kelapangan. Ada lagi tawaran untuk program lain tetapi masih tidak confirm," kata M. Nasir mengenai program terbaharunya yang selesa membahasakan dirinya sebagai aku.

Menyentuh mengenai projek nyanyiannya pula, pemilik nama Mohd. Nasir Mohamed itu bakal menghasilkan lagu buat bekas vokalis kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), Nor Azlan Rosle.

Untung Azlan yang kini dikenali sebagai Azlan & The Typewriter apabila mendapat sentuhan komposer M. Nasir.

Sebelum ini, kesemua lagu yang dicipta komposer yang menerima jolokan sifu itu popular sehingga menjadi siulan orang ramai yang termasuklah Fantasia Bulan Madu (Search), Sejati (Wings), Mahligai Syahdu (Hattan), Senja Nan Merah (Awie dan Ziana Zain), Ghazal Untuk Rabiah (M. Nasir dan Jamal Abdillah), Takdir Penentu Segala (Jamal Abdillah), Nafas Cahaya (Misha Omar, Angan dan Sedar (Mawi), Cinta Dewa Dewi (Spider), Ada Masa Mata (Datuk Siti Nurhaliza) dan banyak lagi.

Cipta 50 lagu

"Projek lagu untuk Azlan itu masih lagi dalam perancangan," ujarnya yang kini sudah menghasilkan lebih 50 buah lagu.

Masih tidak tahu lagu-lagunya itu sama ada akan dinyanyikan sendiri olehnya atau diberi kepada penyanyi lain, pemilik syarikat Luncai Emas Sdn. Bhd. itu sememangnya sangat selektif memberikan lagunya untuk dinyanyikan oleh orang lain.

Baginya, kena ada kombinasi yang bagus antara lagu dengan penyanyi.

"Aku buat lagu ikut rasa. Kadang-kadang bila sesebuah lagu itu siap aku tidak nampak orang lain boleh sampaikan lagu tersebut. Mungkin terlalu sukar untuk orang lain nyanyikan," katanya yang turut memberitahu banyak sebab sesebuah lagu itu boleh diterima orang ramai sama ada disebabkan penyanyi, pasaran lagu, lirik atau melodi sesebuah lagu tersebut.

Selepas album Sang Pencinta pada tahun 2006, sehingga kini tiada sebarang album yang dikeluarkan M. Nasir biarpun lagu yang dicipta mencecah angka 50. Ditanyakan mengenai perkara itu, katanya yang serasi bekerjasama dengan arwah Loloq itu, semuanya masih dalam perancangan lagi.

Jika dulu M. Nasir begitu serasi bersama arwah Loloq, katanya, kini dia serasi pula bekerjasama dengan AD Samad dalam menghasilkan lagu.

Menganggap lagu dulu lebih mudah didengar, penyanyi, pengubah lagu, pelakon, pengarah dan penerbit filem serta pelukis itu turut menganggap lagu raya malar segar (evergreen) lebih sedap berbanding lagu raya masa kini.

Katanya, lagu raya masa kini lebih ke arah alunan muzik berbanding lirik.

"Bukan mahu prejudis pada lagu baharu, tetapi kita sering mahukan lagu yang ada unsur nostalgia. Sebagai contoh, lagu Tan Sri P. Ramlee yang meninggalkan kesan psikologikal. Lagu baharu juga ada yang sedap didengar," katanya yang mengaku masih minat berlakon tetapi tetapi tidak berminat dengan jalan cerita skrip-skrip yang diterimanya.

Kali terakhir kelibat M. Nasir di layar perak apabila muncul untuk watak cameo sebagai Naga Tasik Chini menerusi filem Magika.

Lontong hari raya

Beralih pula kepada persiapan puasa dan raya, dia yang terkenal dengan watak Hang Tuah dalam iklan Kit Kat itu memberitahu, tidak suka berlebihan semasa bersahur mahupun berbuka puasa. M. Nasir turut mengajar anak-anaknya untuk bersederhana setiap kali berpuasa.

"Setiap kali bersahur atau berbuka aku lebih selesa makan secara minimal, sebab sedar mengenai ekonomi," katanya yang menggemari menu capati setiap kali berbuka.

Ditanya kepada isterinya, Datin Marlia Musa pula, dia berkata: "Dia (M. Nasir) sangat simple tetapi cerewet. Setiap kali bulan puasa dia akan cakap pada anak-anak apa tujuannya kita berpuasa.

"Setiap kali berbuka selama sebulan dia dan anak-anak akan makan capati. Anak-anakpun sudah biasa dan tidak merungut. Cuma pada hujung minggu baru kami berbuka dengan nasi".

Bercerita tentang hari raya pula, M. Nasir mahupun Marlia sepakat beraya di sebelah keluarga Marlia dahulu sebelum pulang ke negara kelahiran M. Nasir, Singapura.

"Kebanyakan keluarga Marlia ada di Kuala Lumpur, jadi pagi raya kami akan beraya di Kuala Lumpur. Pada sebelah petangnya barulah kami balik Singapura," ujar M. Nasir yang menggemari menu lontong setiap kali sambutan hari raya.

Sibuk memasak

Sementara itu bagi pelantun lagu Doa Buat Kekasih, Datuk Khatijah Ibrahim atau nama pentasnya Khaty, kebiasaannya pada setiap kali bulan puasa dia akan sibuk memasak di restoran miliknya, Khatijah's Kitchen yang terletak di Jalan Bukit, Petaling Jaya, Selangor.

Tahun ini katanya, sebanyak 40 menu termasuk rendang tok, kambing tomato, ikan panggang kuali, terung goreng telur dan sambal serta kuih kasui bakal menghiasi menu restorannya.

"Tahun ini macam tahun-tahun sebelumnya, Khatijah's Kitchen ada menyediakan bufet Ramadan. Antara menu yang akan disediakan untuk bulan puasa tahun ini ialah rendang tok dan daging dinding," katanya.

Adik kepada Latiff dan Sophia Ibrahim itu juga membuat tiga jenis biskut raya iaitu Almond London, tat nanas dan cornflake untuk dijual kepada rakan-rakannya sahaja.

Walaupun sibuk dengan restorannya, ibu kepada sepasang anak itu akan tetap menyediakan juadah berbuka untuk anak-anaknya. Namun, bila menyentuh mengenai bersahur pula, kata Khaty, jika bersahur dia tidak boleh makan terlalu banyak.

"Biasanya kalau bersahur saya tidak boleh makan terlalu banyak. Sekadar air masak dan kurma sahaja. Anak-anak pula biasanya akan makan sebelum tidur," ungkapnya yang setiap tahun akan beraya di rumah abangnya di Hulu Klang.

Kesibukannya pada tahun ini kian bertambah apabila Khaty turut melancarkan album baharunya pada 28 Julai lalu.

Diminta mengulas mengenai album baharunya, kata Khaty terdapat dua buah lagu yang dihasilkan oleh arwah adiknya, Tahir Ibrahim. Salah satu daripadanya ialah Kamar Sepi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

FFM ke-24 pecah rekod

Posted:

FFM ke-24 pecah rekod

FFM ke-24 pecah rekod

Oleh HARYATI KARIM

JIKA tahun lalu sebanyak 29 buah filem yang layak dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia (FFM), tahun ini menerusi FFM24, sebanyak 42 buah filem layak bertanding menjadikan jumlah itu merupakan yang terbanyak sepanjang 31 tahun dan 23 kali festival itu berlangsung.

Berbangga dengan jumlah penyertaan, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) selaku pengarah FFM24, Jurey Latiff Rosli berkata, jumlah tersebut diambil berdasarkan skim wajib tayang.

"Alhamdulillah, buat pertama kalinya Gafim menjadi penganjur FFM, kita dapat banyak penyertaan. Angka itu sendiri sudah cukup untuk membuktikan industri perfileman tempatan sedang rancak berjalan dan sedang berada di puncak.

"Jika dulu, kita tidak terfikir bahawa filem Melayu mampu mengutip sehingga RM10 sehingga RM12 juta tetapi sekarang sudah jelas terbukti dengan kejayaan kutipan filem KL Gangster," katanya.

Dia yang ditemui selepas majlis prapelancaran FFM24 di Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur baru-baru ini turut berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh penggiat seni bukan Melayu tetapi kecewa kerana kelibat pelakon popular tidak ramai yang kelihatan.

"Kita sudah menjemput semua orang dan ramai yang mengesahkan kehadiran mereka tetapi mungkin pada saat-saat akhir mereka terlibat dengan penggambaran, sebagai orang seni saya faham kekangan mereka.

"Cuma saya mohon mereka memberikan lebih sokongan, majlis ini cuma prapelancaran untuk kita menghebahkan tentang FFM24, selepas ini kita akan adakan majlis pelancaran rasmi, jadi saya harap ramai penggiat seni terutamanya, pengarah, penerbit dan pelakon boleh hadir kerana ini FFM24 merupakan majlis untuk meraikan mereka.

"Pihak penganjur FFM24 sudah mencuba sehabis baik, harus diingat festival filem seperti ini hanya setahun sekali, kalau mereka (penggiat seni) tidak menyokong majlis sendiri, siapa lagi yang mahu sokong," ujar Jurey lagi.

Apabila disoal adakah FFM24 terjejas dek penggunduran Persatuan Penerbit Filem (PFM) daripada Gafim yang pada asalnya dinaungi oleh 12 persatuan seni, Jurey enggan memberikan penjelasan lanjut kerana mahu memberi fokus kepada penganjuran FFM24 yang sedang rancak berjalan.

"Saya minta PFM fikir balik soal pengunduran mereka, setakat hari ini penganjuran berjalan lancar. Itu sahaja yang boleh saya cakap, selebihnya saya akan beritahu selepas kami mengadakan mesyuarat pada 29 Julai ini," katanya.

Berbalik kepada festival filem, FFM24 yang mempertaruhkan 33 anugerah secara keseluruhannya termasuk satu kategori baru iaitu kategori filem bukan bahasa Melayu yang setakat ini telah menerima lima penyertaan akan diadakan dalam dua majlis berbeza.

Majlis pertama, malam Anugerah Gemilang Cipta FFM24 yang akan diadakan di Panggung Anniversary, Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur pada 16 November depan. Pada malam itu sebanyak 12 kategori anugerah akan diberikan kepada pemenang.

Kemudian, pada 19 November yang dinamakan malam Anugerah Gemilang Perdana yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebanyak 14 kategori akan diberikan termasuklah tiga anugerah khas iaitu, Anugerah Khas Perdana (tiga anugerah) dan Anugerah Khas Juri (empat anugerah).

Bagi kategori utama, selain trofi, pihak penganjur memperuntukkan hadiah berupa wang tunai bermula RM10,000 sehinggalah RM25,000 untuk anugerah tertinggi iaitu filem terbaik.

Tambah Jurey, kelainan yang cuba ditonjolkan oleh Gafim dalam menganjurkan FFM24 adalah cuba mendekatkan festival filem ini pada masyarakat dengan menyasarkan seramai 17 juta rakyat Malaysia sedar akan kewujudan FFM24.

Kami menyasarkan angka itu kerana kami ingin FFM24 bukan sahaja diraikan oleh penggiat seni tetapi juga seluruh rakyat Malaysia termasuk mereka yang berada di ceruk kampung.

"Jadi, kami akan bekerjasama dengan kerajaan negeri seluruh Malaysia untuk mengadakan siri jelajah ke setiap negeri. Selain membawa pelakon bagi memperomosikan FFM24, kita juga akan mengadakan bengkel serta aktiviti menonton filem tempatan.

"Setakat hari ini negeri yang telah mengesahkan penglibatan mereka adalah Perak pada 10 sehingga 12 September dan Pulau Pinang pada 16 September. Selain dua negeri itu, kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan kerjasama kerajaan negeri untuk melakukan siri jelajah di Kuantan, Pahang; Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak; Johor Bahru, Johor, Melaka dan Seremban, Negeri Sembilan," tutur Jurey.

Tidak terhad dengan itu, bagi mencapai sasaran kesedaran seramai 17 juta rakyat Malaysia, FFM24 turut mendapat promosi secara percuma sebanyak RM1.8 juta daripada syarikat pengiklanan Asia Media.

Syarikat tersebut akan mengiklankan FFM24 di dalam 1,500 buah bas merangkumi rangkaian pengangkutan Rapid KL, Plusliner, Causewaylink yang beroperasi sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Singapura.

Antara senarai filem yang tercalon dalam FFM24 adalah Sini Ada Hantu, Khurafat, KL Gangster, Libas, Kembar Siang, Kongsi, 3,2,1, Cinta, Sekali Lagi, Flat 3A, Hikayat Merong Mahawangsa, Karak, Ratu The Movie, Raya Tak Jadi, Cun, Tolong Awek Aku Pontianak, Seru, Di Larang Masuk, Senjakala, Penunggu Istana, Nur Kasih The Movie, Klip X 3Gp, Momok Jangan Panggil Aku, Rasuk, Karipap-Karipap Cinta, Al-Hijab, Sumpahan Puaka, Toyol Nakal dan ... Dalam Botol.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved