Selasa, 2 Ogos 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kari kepala ikan di tingkat 39

Posted:

Kari kepala ikan di tingkat 39

Kari kepala ikan di tingkat 39


SAJIAN pengenalan PNB Darby Park kari kepala ikan.


SEPERTI ada yang kurang jika juadah berbuka puasa tanpa menu tradisional dihidangkan di atas meja. Menyedari hakikat itu, PNB Darby Park pada tahun ini menyediakan bufet Ramadan dengan lebih 100 jenis lauk autentik Malaysia.

Di The 39 Restaurant, mereka menyediakan sajian pengenalan dan salah satunya ialah kari kepala ikan yang menggunakan pelbagai rempah terpilih.

Menurut Chef Sous Eksekutifnya, Ard Abd. Aziz, kari kepala ikan adalah sajian yang dihidangkan setiap tahun dan sentiasa mendapat perhatian pengunjung.

"Rahsianya terletak kepada pemilihan dan cara mengadun bahan-bahan tersebut," ujarnya ketika ditemui pada sesi prarasa bufet Ramadan di PNB Darby Park baru-baru ini.

Tambah Ard, selain lauk pengenalan, restoran yang terletak di aras 39 itu turut menyediakan tujuh jenis sup seperti sup ayam kampung, sup lembu, sup ekor dan sebagainya.

Bagi yang gemarkan makanan berkhasiat seperti salad dan sayur-sayuran, PNB Darby Park menyediakan sebanyak 12 jenis kerabu seperti kerabu ayam, kerabu tauge dan kerabu perut.

"Kami turut menyediakan kambing panggang setiap hari bermula 1 Ramadan lalu. Ia bertujuan untuk memberi kelainan kepada pengunjung merasa pelbagai jenis hidangan," ujarnya.

Hidangan lain yang turut disediakan adalah kupang dengan sos asam jawa, udang sambal petai, daging masak hitam, nasi beriani gam dan lain-lain.

Para pengunjung yang berbuka puasa di PNB Darby Park bukan sahaja dapat menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat 39 tetapi turut dihiburkan dengan nyanyian sebuah band tempatan.

PNB Darby Cafe yang terletak di aras pertama pula menawarkan hidangan bufet makanan tempatan dengan tema ala bazar Ramadan.

Antara hidangannya adalah ayam golek percik, terubuk asam pedas, roti jala, kepak ayam madu, popiah basah dan lain-lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Ihsan Ramadan Anjung Singgah YKN

Posted:

Ihsan Ramadan Anjung Singgah YKN

Ihsan Ramadan Anjung Singgah YKN

Oleh ADLAN JAAFAR


PARA sukarelawan YKN bertungkus-lumus menyiapkan bungkusan makanan dan kelengkapan diri kepada golongan tidak berumah.


SUASANA petang di Anjung Singgah YKN pada 1 Ramadan lalu sedikit berbeza berbanding hari-hari biasa. Orang ramai yang terdiri daripada golongan gelandangan beratur seawal pukul 2 petang di pusat sehenti di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur itu untuk menerima bungkusan makanan.

Bagi kelompok yang banyak menghabiskan masa menyusuri kehidupan di jalanan itu, pemberian ihsan sedemikian adalah satu peluang yang bernilai.

Tanpa mengira peringkat usia dan bangsa, kelompok penerima bantuan itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasih dengan senyuman di bibir tatkala bungkusan berisi barang keperluan diri dan makanan lazat bertukar tangan.

Pada petang itu, ada antara mereka yang bertuah kerana menerima bungkusan tersebut terus daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turun padang bersama-sama sekumpulan para sukarelawan.

Dalam masa tidak sampai dua jam, kesemua bungkusan tersebut telah habis diagih-agihkan kepada mereka.

Majlis Salam Ramadan Anjung Singgah yang kali pertama diadakan itu dianjurkan oleh KPWKM, Puspanita dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk meraikan golongan itu.

Diadakan sempena kedatangan bulan Ramadan, pihak YKN menyediakan lebih 700 bungkusan yang mengandungi tuala, produk penjagaan diri dan peti kecemasan yang menjadi keperluan asas kepada golongan tersebut selain sebekas kuih.


PERSEDIAAN awal dan sidang media sebelum pengagihan bantuan ihsan Ramadan di Anjung Singgah YKN dimulakan.


Selain itu, sebanyak 1,500 buah bungkusan makanan nasi bukhari dan nasi beriani turut disediakan untuk juadah berbuka puasa pada hari tersebut.

Shahrizat berkata, program-program kelolaan KPWKM tidak pernah memilih bangsa dan agama. Semua bantuan akan diberi selagi mereka termasuk dalam golongan tidak berumah atau hidup susah.

"Penubuhan Anjung Singgah dan pelaksanaan program-program sebegini adalah supaya bilangan golongan tidak berumah dapat dikurangkan di Kuala Lumpur.

"Sehingga kini, seramai 1,387 orang gelandangan telah berdaftar dengan kementerian. Anjung Singgah pula adalah tempat untuk mereka berteduh dan makan," ujar beliau.

Dapat bantuan

Bagi Siti Suzana Zakaria, 45, dia berasa gembira dengan bantuan yang diberikan tambahan pula pertolongan diterima pada hari pertama berpuasa.

Dia bersama ratusan yang lain menerima kupon khas daripada pihak Anjung Singgah sebagai tanda layak menerima bungkusan bantuan berkenaan.

"Saya pernah tinggal di Anjung Singgah selama sebulan sebelum mendapat pekerjaan tetapi kini masih lagi hidup gelandangan di Dataran Merdeka," katanya yang hidup tidak berumah selepas terlibat dengan kes mahkamah.

Luahnya, walaupun sudah mendapat pekerjaan, dia mendakwa ditipu oleh majikan sehingga dipaksa bekerja selama lebih 16 jam.

Mendapat respons daripada Pengerusi Jawatankuasa Projek Khas Anjung Singgah, Toh Puan Sri Wan Hibatul Hidayah Wan Ismail berkata, pihaknya sentiasa prihatin dengan masalah seperti yang dialami Siti Suzana itu.


SHAHRIZAT beramah mesra dengan golongan tidak berumah ketika majlis pemberian bungkusan ihsan.


"Kami ada juga menerima aduan daripada pihak majikan. Sesetengah daripada mereka (golongan gelandangan yang dibantu mendapatkan pekerjaan) akan lari apabila ujian air kencing hendak dilakukan.

"Selain itu, kami tidak mahu ada individu yang mengambil kesempatan dengan Anjung Singgah. Jadi, kami sedang dalam perancangan membangunkan sistem bantuan terbaharu," jelasnya.

Bantuan modal

Menurut Hibatul Hidayah, program bantuan tersebut akan memberi peluang kepada golongan tersebut membuka perniagaan dan dijangka akan dimulakan dalam masa enam bulan lagi.

Bantuan yang akan diberikan adalah berbentuk sumbangan modal kecil. Pada masa yang sama, program itu turut membantu dan menggalakkan golongan tersebut berdikari dengan berniaga.

Dalam pada itu, Shahrizat menambah, semenjak pusat sehenti bagi orang gelandangan itu ditubuhkan pada 9 April lalu, seramai 250 orang telah berdaftar di Anjung Singgah.

"Namun, amat sukar untuk menentukan jumlah orang yang tinggal di sini kerana penghuninya sentiasa keluar dan masuk," kata Shahrizat di sidang media majlis tersebut.

Sehingga tahun lalu, seramai 1,387 orang gelandangan telah berdaftar dalam senarai yang dipantau pihak KPWKM. Sementara itu, angka terkini golongan yang berdaftar dengan Anjung Singgah adalah seramai 213 orang lelaki dan 37 orang perempuan.

"Daripada jumlah itu pula, seramai 101 orang telah mendapat pekerjaan dan selebihnya dirujuk kepada pelbagai agensi berkaitan," kata Shahrizat.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Datuk Sayed A. Rahman Sayed Mohd. yang sama-sama mengagih-agihkan bungkusan sempena Majlis Salam Ramadan Anjung Singgah tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Set Ramadan Papa Johns

Posted:

Set Ramadan Papa Johns

Set Ramadan Papa Johns

Oleh NIZHA PERIASWAMY


PAPA Johns mempunyai sembilan lokasi di seluruh Malaysia dengan pengalaman kulinari piza sebenar.


BULAN Ramadan bukan sahaja bulan yang mewajibkan Muslimin berpuasa dan meningkatkan amalan bahkan, pada bulan ini jugalah banyak restoran, kafe dan hotel-hotel berlumba-lumba untuk mempromosi juadah berbuka puasa. Tidak ketinggalan rangkaian restoran makanan segera yang pasti dipenuhi pelanggan saat menjelang waktu berbuka. Salah sebuah restoran makanan segera yang memperkenalkan menu dan pakej khas sempena berbuka puasa ialah restoran piza, Papa Johns.

Walaupun berasal dari Amerika Syarikat, sebagai menghormati amalan berpuasa masyarakat Islam di negara ini, restoran tersebut memperkenalkan menu khas bersama-sama dua pakej hidangan yang boleh didapati pada harga yang berpatutan.

Piza Shish Kebab iaitu resipi piza dari Maghribi adalah hidangan istimewa yang ditawarkan selain sate ayam pedas yang kenyal, satu lagi tarikan mesti cuba.

Kedua-dua hidangan itu diperkenalkan dalam dua pakej berlainan. Pakej khas pertama memuatkan piza shish kebab saiz 9, sate ayam pedas dan dua minuman ringan. Sesuai untuk pasangan, hidangan pakej khas pertama itu bernilai RM29.90 sahaja.

Jika anda berbuka dengan lebih daripada dua orang iaitu sehingga empat orang, anda boleh memilih untuk mencuba pakej khas kedua. Didatangkan dengan Piza Shish Kebab saiz 12, dua set sate ayam pedas dan empat minuman ringan, ia hanya berharga RM49.90.

Menurut Pengarah Operasi Papa Johns, Logan Erusia, piza tersebut menggunakan kepingan ayam yang kenyal disaluti sos salsa istimewa dan disudahi dengan bahagian atas keju mozzarella selain cili benggala hijau dan kentang potongan yang rangup.

"Kami memastikan semua bahan dan resipi yang digunakan tidak dibekukan tetapi segar dan menggunakan bahan-bahan semula jadi asli. Malahan, sate ayam juga dipanggang dan tiada yang digoreng bagi memastikan ia baik untuk kesihatan," katanya.

Sebagai sos sampingan, Papa Johns yang mahu mengekalkan budaya negara asal piza Papa Johns dengan tidak menawarkan sos cili sebaliknya, menyediakan sos halia bersama keju dan sos tomato bagi melengkapkan hidangan.

Di Malaysia, Papa Johns dibuka di sembilan lokasi iaitu di Berjaya Times Square Kuala Lumpur, IOI Mall Puchong, Aeon Bukit Tinggi Klang, Sunway Pyramid Petaling Jaya, Aeon Bandaraya Melaka, Aeon Mahkotha Cheras, Aeon Equine Park Seri Kembangan, Tropicana City Mall Petaling Jaya, Jusco Alpha Angle Wangsa Maju dan Lucky Garden Bangsar.

Dengan tema Better Ingredients, Better Pizza, Papa Johns juga bersedia menawarkan sistem penghantaran di restoran terpilih dengan jarak 12 minit perjalanan dari restoran tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved