Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Mahu terus mengembaraMAYA lebih selesa dengan kehidupannya yang kini kurang diterpa gosip. SEJAK lebih dua bulan lalu, kelibat aktres Maya Karin tidak dilihat dalam banyak acara hiburan. Dia juga tidak muncul di media massa. Perkembangan tentang dirinya hanya dapat diketahui melalui Twitter miliknya. Maya Karin, sejak dua bulan lalu telah kembali menikmati kecintaan lamanya, mengembara. Menariknya, kembara Maya kali ini adalah destinasi yang tidak dijangka umum. Dia yang diketahui sebagai seorang wanita yang gemarkan cabaran dan mencintai alam sekitar memilih Brazil, Venezuela, Colombia dan Peru sebagai destinasi terkini kembaranya. Destinasi-destinasi itu diketahui sebagai kawasan hitam untuk diteroka. Aktres itu senyum lebar saat dirinya sebagai seorang wanita lasak yang berani untuk masuk ke empayar yang terkenal sebagai wilayah dadah itu. Dia kemudian menjelaskan momokan tentang 'kehitaman' destinasi yang disinggahi tidaklah seteruk mana. Katanya yang mengaku berasa bebas dan lebih bersemangat sebaik kembali daripada mengembara: "Memang satu dunia tahu Colombia misalnya sangat terkenal dengan kisah dadah dan gangster. "Tetapi apabila saya sampai ke sana, ia tidaklah seburuk yang disangka. Saya kira mungkin 10 tahun lalu, ia memang satu wilayah hitam. Namun seiring masa beredar, Colombia boleh dikatakan agak selamat untuk dilawati." katanya yang bagaimanapun tidak menggalakkan wanita mengembara ke negara seperti itu seorang diri. Mengutip sejuta pengalaman baru seperti perjalanan di dalam hutan selama empat hari untuk sampai ke Machu Picchu, Peru serta memerlukan masa selama hampir dua hari dengan menaiki pesawat, bas dan kemudian berjalan kaki masuk ke hutan untuk melihat keajaiban air terjun tertinggi di dunia, Air Terjun Angel's Falls di Venezuela, semua itu tidak mungkin diperoleh jika dia tidak bersetuju untuk menerima pelawaan adiknya, Armin. Namun ada kisah di sebalik kembaranya itu. Selain menerima pelawaan Armin, 29, untuk menikmati keindahan dan mengenali budaya negara luar, Maya sendiri secara jujur mahu lari daripada suhu 'panas' yang menerjah dirinya lewat kebelakangan ini. Dia mahu mengembalikan suhu seorang Maya Karin kepada suhu yang seimbang, tidak mahu lagi terus diterpa dengan gosip-gosip terutama yang berkaitan isu peribadi. "Antara salah satu sebab saya mengembara juga adalah kerana saya rimas dengan gosip yang terlalu banyak menerpa sejak kebelakangan ini. "Saya mahu meredakan semua gosip tersebut dan mahu khalayak kembali memberi tumpuan kepada kerjaya saya," ujarnya jujur. Tambah Maya, lagi pula dia sendiri sudah lama tidak mengembara melihat dunia luar. Melaksanakan mimpi Memberitahu sudah enam tahun tidak mempunyai waktu untuk diri sendiri menjalani aktiviti kegemarannya ini, tahun lalu dia menanam azam agar niat mengembara harus dilaksanakan tahun ini. Sementelah, jadual kerjanya tidak terlalu padat, lantas ini menjadi masa terbaik untuk dia melaksanakan mimpinya itu. Namun yang menariknya, perancangan untuk menerima pelawaan Amir hanya dibuat dalam masa empat hari selepas dia tamat menjalani penggambaran filem terbaharunya, Lagenda Budak Setan. Lebih menarik, agenda asal mahu mengembara selama dua minggu sahaja bertukar kepada dua bulan sebaik dia menjejakkan kaki ke Brazil. "Perancangan untuk mengembara telah saya fikirkan sejak setahun lalu selepas saya hanya pergi mengembara ke negara-negara Asia seperti Bali dan Thailand. "Kebetulan adik saya mengajak saya mengikut dia mengembara ke Brazil kerana dia mahu mempelajari bahasa Portugis jadi selepas melihat jadual saya agak tidak sibuk, saya bersetuju. "Maka saya hanya melakukan persiapan dalam masa empat hari iaitu mencari tiket penerbangan dan mengetahui serba sedikit tentang geografi, budaya dan bahasa tentang negara yang ingin saya lawati. "Namun sebaik sampai di Brazil, saya yang pada mulanya hanya ingin bercuti selama dua minggu telah memanjangkan cuti menjadi dua bulan!," ceritanya sambil ketawa. Ujar aktres berkaliber ini lagi, jika dia tidak mengembara sekarang, dia tidak tahu bila masanya lagi dia akan dapat meneruskan kelangsungan cintanya terhadap aktiviti riadah tersebut. "Sementara saya mempunyai waktu, kemampuan dan paling penting tidak terikat dengan sebarang komitmen, saya tidak mahu melepaskan peluang meneruskan kecintaan saya terhadap dunia ini," beritahu Maya yang mengaku hanya merindui masakan Melayu seperti Nasi Kandar berbanding merindui teman-teman di Malaysia sepanjang dia mengembara. Ramadan dan Aidilfitri Mengalih topik mengenai agenda seninya, Maya memberitahu sehingga akhir tahun dia tidak mempunyai sebarang komitmen di lokasi. Dua buah filem terbaharunya iaitu Lagenda Budak Setan dan Ombak Rindu hanya menanti untuk ditayangkan pada tahun hadapan. Sebaliknya dia kini kembali memberi fokus terhadap bidang nyanyian dengan single pertamanya, Terbang, sedang digiat menjalani promosi. Sementara selebihnya, dia mempunyai banyak masa untuk diri sendiri - satu hal yang sudah lama tidak dapat diberi perhatian kerana terlalu sibuk dengan kerja. Disoal tidakkah bimbang jika ada yang mula terlupa mengenai dirinya, dalam senyum Maya menjawab: "Secara jujur, saya senang dengan suasana yang agak tenang sekarang. "Saya selesa dengan perjalanan suku tahun kedua karier saya ini dan saya tidak keberatan jika cerita saya tidak banyak di media massa. Paling penting, saya kini makin bersemangat untuk terus mengembara ke destinasi yang lain pula." Sementara itu, menyentuh tentang bulan Ramadan yang baru bermula, ia disambut Maya sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Tiada yang terlalu berlebihan, sebaliknya selain mempertingkatkan ibadat, dia memilih untuk menghabiskan masa lebih banyak dengan keluarganya. Ini kerana, sepanjang Ramadan, Maya tidak terikat dengan sebarang komitmen. Dia masih lagi dalam tempoh 'bulan madu' sehingga selepas Aidilfitri nanti. "Jadi saya akan habiskan banyak masa bersama emak saya. Selain berada di Kuala Lumpur, mungkin saya akan pulang ke Pulau Pinang untuk berpuasa bersama sanak saudara di sana. Selebihnya, saya akan memenuhi undangan majlis berbuka puasa yang memerlukan saya hadir," ujarnya yang tidak suka bermewah makanan kala berbuka puasa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Lawak Minggu Ini bukan lawak slapstik Posted: Lawak Minggu Ini bukan lawak slapstikOleh RONI HIDAYAT RIDWAN STESEN televisyen berbayar Astro menerusi salah satu salurannya yang semakin diminati ramai iaitu Astro Warna dilihat sering menyajikan rancangan-rancangan komedi yang menarik. Selepas menyiarkan Maharaja Lawak selama 13 minggu yang menyaksikan kumpulan Sepah dinobatkan sebagai juara, kini saluran tersebut bakal menyediakan sebuah lagi rancangan komedi yang cukup menarik dan mencuit hati. Bermula 5 Ogos ini pada setiap hari Jumaat pukul 10 malam, para penonton saluran berkenaan akan dihiburkan dengan sebuah rancangan berjudul Lawak Minggu Ini. Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, rancangan yang akan berlangsung selama 12 minggu itu akan menampilkan seramai 12 orang pelawak popular tanah air. "Setiap minggu seorang pelawak akan bertindak sebagai hos dan mengemudi pentas lawak menerusi cara masing-masing. Malah, mereka turut diberi kebebasan untuk memilih dan menyusun sendiri kandungan persembahan. "Selain mempersembahkan idea dan pengisian lawak masing-masing, setiap pelawak turut diberi kebebasan untuk menjemput dua orang teman-teman artis yang terdiri daripada pemuzik dan penyanyi," jelasnya pada majlis pelancaran baru-baru ini. Menurut Nizam, rancangan komedi terbaharu tersebut yang akan bersiaran selama sejam itu menampilkan empat buah segmen. Setiap segmen pelawak akan diberikan masa untuk membuat persembahan selama 15 minit. Antara pelawak-pelawak yang menyertai rancangan tersebut seperti Abon, Apek, Yassin, Datuk Jamali Shadat, Sathiya, Nabil, Caca, Johan, Zizan dan Angah serta tiga buah kumpulan iaitu Jambu, Sepah dan Balas. Pada masa yang sama, Nizam memberitahu ketika ini rancangan-rancangan yang berteraskan komedi dan lawak jenaka amat popular dan yakin rancangan Lawak Minggu Ini akan mendapat sambutan dan mampu menghiburkan penonton. Ujarnya, ia dilihat berdasarkan kepada kejayaan beberapa buah rancangan komedi yang pernah diterbitkan oleh Astro sebelum ini seperti Raja Lawak, Spontan, Lawaking, Redah Kasi Pecah dan Maharaja Lawak. "Kini lawak berbentuk slapstik semakin kurang digunapakai oleh pelawak generasi sekarang dan mereka dilihat lebih mementingkan kreativiti dan pengisian bahan-bahan lawak berdasarkan perkembangan semasa serta mampu menghiburkan orang ramai. "Lagipun bukan mudah untuk membuat orang ketawa dan sebab itu Astro kini menyediakan pula sebuah lagi rancangan komedi yang menampilkan pelawak-pelawak terkenal tanah air," ujarnya. Sementara itu, pelawak Shahrizan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon berkata, dia sangat tertarik dengan konsep rancangan Lawak Minggu Ini yang memberi kebebasan kepada pelawak untuk persembahan mereka. Terkenal sebagai seorang pelawak yang sering bertutur dalam loghat Jawa dalam kebanyakan persembahan, dia bagaimanapun cukup berdebar sewaktu menjalani rakaman untuk rancangan tersebut. "Saya merupakan pelawak pertama yang membuat rakaman memandangkan akan muncul dalam minggu pertama nanti. Sudah tentu saya berdepan dengan cabaran kerana tiada sebarang rujukan yang boleh dibuat agar dapat menepati konsep rancangan ini. "Bagaimanapun, saya gembira kerana telah dipilih oleh pihak Astro untuk menjayakannya dan telah memilih dua orang pelawak untuk bergandingan dengan saya iaitu Ali Mamak dan Pak Akob," ujarnya. Bagi pelawak bukan Melayu terkenal iaitu Sathiya, dia berasa sangat teruja menyertai rancangan Lawak Minggu Ini biarpun sudah 25 tahun terbabit dengan rancangan komedi menerusi pelbagai saluran televisyen. Menurutnya, apa yang paling mencabar buat dirinya untuk menghiburkan penonton dalam rancangan tersebut apabila terpaksa menyanyi bagi menepati tema muzikal seperti yang telah ditetapkan oleh pihak penerbit. "Saya adalah pelakon komedi dan bukan penyanyi, namun saya berharap orang ramai akan tetap terhibur dengan persembahan yang ditampilkan. Selain itu, saya turut menerapkan nilai 1Malaysia dengan mengundang Angeline Tan dan Cha Cha Raja Lawak sebagai rakan gandingan," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Beckham resah jauh dari keluarga Posted: Beckham resah jauh dari keluargaBECKHAM bersama tiga anak bujangnya. Paling kiri, Cruz, Romeo dan di kanan, Brooklyn. DAVID BECKHAM mendapati dirinya berada dalam keresahan jika berada berjauhan daripada isterinya, Victoria Beckham dan empat orang anaknya. Malah dia mengakui melalui saat-saat yang sukar tanpa mereka. Bintang bola sepak tersohor itu baru-baru ini terpaksa terbang ke New Jersey, Amerika Syarikat dan meninggalkan keluarganya di London untuk perlawanan bola sepak antara MLS All Stars yang disertainya untuk berhadapan dengan kelab bola sepak lamanya, Manchester United. "Saya asyik mengira masa bila saya dapat kembali ke pangkuan Victoria dan anak-anak kami kerana saya berasa sangat bersalah meninggalkan Victoria yang baru dua minggu melahirkan anak keempat kami. Harper Seven," luah Beckham kepada UsMagazine. Selain Harper Seven, Beckham mempunyai tiga anak lelaki terdiri daripada Brooklyn, 12 tahun, Romeo, 8, dan Cruz, 6. Katanya lagi: "Saya cukup bertuah kerana beristerikan Victoria dan apabila terpaksa meninggalkan dia dan anak-anak biarpun buat seketika membuatkan saya berada dalam keresahan dan kesukaran. Saya tidak sabar untuk kembali kepada Victoria dan anak-anak." Beckham yang melabelkan Harper Seven sebagai 'sangat hebat' itu juga mengakui dia begitu gembira kerana tiga anak lelakinya itu boleh menerima kehadiran anggota baharu dalam keluarga mereka itu. Ujarnya: "Anak-anak lelaki saya cukup gembira dengan kelahiran Harper Seven. Mereka asyik ingin berada di sampingnya, jadi saya harap biarlah keadaan itu berkekalan 20 tahun lagi." Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan