Jumaat, 22 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


OUM sasar 130,000 pelajar pada 2015

Posted:

OUM sasar 130,000 pelajar pada 2015

OUM sasar 130,000 pelajar pada 2015

22/07/2011 8:20pm

BATU PAHAT – Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menyasarkan pengambilan kumulatif sekurang-kurangnya 130,000 pelajar menjelang tahun 2015.

Presiden dan Naib Canselor OUM, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali berkata, sehingga kini lebih 100,000 pelajar memasuki universiti berkenaan dengan 32,000 daripadanya sudah berjaya bergelar siswazah.

"OUM melalui moto "Universiti Untuk Semua" percaya bahawa pendidikan tinggi adalah hak milik semua tanpa mengira usia, jantina, bangsa , keupayaan fizikal dan kedudukan sosioekonomi.

"Sambutan baik dari masyarakat menunjukkan OUM merupakan antara universiti pilihan utama golongan yang ingin belajar sambil bekerja," katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan pusat pembelajaran OUM oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.

Anuwar berkata, universiti tersebut sentiasa berusaha mengembangkan lagi sistem pendidikan terbuka dan jarak jauh yang telah dipelopori lebih 10 tahun lepas dengan kini terdapat 60 program dari peringkat diploma sehingga doktor falsafah.

Beliau berkata, sebanyak 55 pusat pembelajaran disediakan di seluruh negara termasuk pusat pembelajaran baru di Shah Alam, Petaling Jaya dan Bangi di Selangor, Kuantan, Pahang serta di bandar ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dasar belajar sepanjang hayat hampir siap?

Posted:

Dasar belajar sepanjang hayat hampir siap?

Dasar belajar sepanjang hayat hampir siap?

22/07/2011 7:45pm

BATU PAHAT – Kementerian Pengajian Tinggi sedang dalam peringkat akhir untuk merangka dasar pembelajaran sepanjang hayat yang bertujuan menjadikan amalan pembelajaran sepanjang hayat sebagai gaya hidup masyarakat di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dasar berkenaan dijangka siap hujung tahun ini dan ia diharap dapat memantapkan program pembelajaran sepanjang hayat sebagai usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dalam membentuk negara maju.

"Kita lihat banyak pihak yang menyediakan program pembelajaran sepanjang hayat selain dari institusi pengajian tinggi.

"Jadi, dasar ini juga dapat mengkoordinasikan program pembelajaran sepanjang hayat yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi dengan pihak lain terutama pihak industri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pusat pembelajaran Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan melancarkan Facebook OUM di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, perangkaan dasar berkenaan dilakukan oleh satu jawatankuasa penasihat yang terdiri dari wakil swasta, pendidik dan wakil industri bagi memastikan ilmu yang dipelajari dapat diiktiraf oleh pihak majikan serta pekerja mendapat gaji yang setimpal.

Beliau berkata, pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu dasar pendidikan yang diberi penekanan oleh kerajaan malah ia dianggap sebagai tonggak ketiga dalam sistem pendidikan negara selepas pendidikan sekolah dan pengajian tinggi. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

WPC: Permata Seni Koir berlepas ke Vienna

Posted:

WPC: Permata Seni Koir berlepas ke Vienna

WPC: Permata Seni Koir berlepas ke Vienna

22/07/2011 7:05pm

KUALA LUMPUR – Seramai 37 kanak-kanak kumpulan Permata Seni Koir yang menyertai Festival World Peace Choral (WPC) 2011, festival koir kanak-kanak sedunia di Vienna, Austria, akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang, 11.50 malam ini.

Pengurus Permata Seni Koir, Tunku Marina Tunku Zubir berkata, penyertaan kali pertama menerusi festival bertaraf dunia itu dilihat dapat memartabatkan kesenian dan budaya masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

"Kita ingin memperkenalkan budaya dan kesenian yang terdapat di Malaysia khususnya kepada negara luar di samping itu dapat menimba pengalaman dan pengetahuan ketika berada di sana," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, sesi latihan akan turut diadakan di sana sebelum persembahan yang akan bermula dari 25 hingga 28 Julai ini.

"Saya difahamkan 18 buah negara menyertai festival tersebut antaranya, Jerman, Rusia, China dan Austria. Melalui penyertaan ini kita dapat bertukar pandangan, idea dan pendapat mengenai kesenian dan budaya sesuatu negara itu," katanya.

Kumpulan itu yang terdiri daripada kanak-kanak berumur antara tujuh dan 12 tahun, dipilih daripada 150 peserta yang diuji bakat oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan (JKKN). – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved