Jumaat, 22 Julai 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kecemerlangan anak-anak ATM

Posted:

Kecemerlangan anak-anak ATM

Kecemerlangan anak-anak ATM

Oleh ZAKI SALLEH


PELAJAR cemerlang SPM dan PMR menerima insentif daripada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera pada majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM.


WALAUPUN membesar tanpa ayah sejak lima tahun lalu, Nur Syamimi Amanina Kamdan, 16, bersyukur kerana kebajikan pendidikannya sentiasa mendapat perhatian Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Allahyarham bapanya, Sarjan Kamdan Makon yang bertugas di Markas Staf Stesen Taiping, Perak meninggal dunia akibat penyakit paru-paru berdarah.

Keputusan cemerlang 7A 1B yang diperolehnya dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu menyaksikan beliau terpilih menerima sumbangan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) berjumlah RM750.

"Alhamdulillah, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menunaikan cita-cita bergelar doktor," ujar anak sulung daripada dua beradik yang kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, Sungai Petani, Kedah.

Ditemani ibunya, Pegawai Waran 2 Norliza Ismail yang bertugas di Kor Agama Pangkalan Tentera Udara Butterworth, Pulau Pinang, Nur Syamimi Amanina memberitahu, sumbangan itu menguatkan lagi semangatnya untuk terus berjaya dalam pelajaran.

Sejak pemergian ayahnya, tanggungjawab membesarkan Nur Syamimi Amanina dan adiknya, Nur Syuhada Asyikin, 13, dipikul oleh Norliza yang baru dua tahun ditukarkan ke Butterworth dari Taiping, Perak.

"Walaupun ayah tiada, tetapi ATM tetap menjaga kebajikan saya dan adik menerusi bantuan wang pencen yang kami terima.

"Insya-Allah, saya akan tunaikan impian ibu dan arwah ayah yang mahu lihat kami (adik-beradik) menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat," ujarnya.

Sumbangan kecemerlangan TKAT turut diterima Muhammad Zakwan Abu Bakar, 18, yang mendapat keputusan 7A1 dan A2 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menerima wang tunai RM1,500.

Beliau kini melanjutkan pengajian di bidang kejuruteraan di Kolej Mara Banting untuk meneruskan cita-citanya bergelar jurutera kimia untuk dihadiahkan kepada bapanya, Leftenan Kolonel Abu Bakar Musa.

Ujar anak ketiga daripada lima beradik itu, beliau bertuah kerana bapanya sentiasa mengutamakan keperluan pendidikan beliau adik-beradik selain menekankan kepentingan ilmu agama sebagai bekalan hidup.

"Prinsip saya dalam belajar mudah iaitu ikut suruhan agama, jangan lupakan solat selain sentiasa mendengar kata-kata ibu bapa serta ikut nasihat guru," katanya.


MOHD. NOOR (tengah) dan isteri, Datin Samsiah Abd. Samad semasa meraikan salah seorang pelajar cemerlang.


Jelas Muhammad Zakwan lagi, pangkat yang tinggi bukan penentu kejayaan seseorang (anak) kerana katanya, ramai dalam kalangan rakan-rakannya yang cemerlang dalam pelajaran datang daripada keluarga sederhana dan miskin.

Selain Nur Syamimi Amanina dan Muhammad Zakwan, seramai 98 anak-anak warga ATM dari Zon Utara yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM tahun lalu menerima sumbangan sama.

Ia disampaikan oleh Panglima Markas 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud pada majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Angkatan Tentera Malaysia 2011 peringkat Zon Utara di sini.

Hadir sama ialah Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia, Brigadier Jeneral Datuk Anuar Sabtu serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat yang lain.

Pelajar cemerlang bertambah

Daripada jumlah itu, 24 pelajar adalah pelajar cemerlang SPM dan 76 lagi cemerlang dalam PMR. Ia merupakan peningkatan kira-kira 25 peratus berbanding hanya 75 pelajar cemerlang (bagi kedua-dua kategori tahun lalu).

Pada tahun ini juga, TKAT telah menaikkan kadar bagi anugerah kecemerlangan akademik iaitu RM750 bagi PMR, manakala RM1,500 bagi SPM berbanding RM500 dan RM1,000 sebelum ini.

Dalam ucapannya, Mohd. Noor berkata, ATM menyediakan pelbagai insentif biasiswa, hadiah pelajaran serta pinjaman tanpa faedah kepada anak-anak warganya bagi memastikan pencapaian mereka cemerlang dalam bidang akademik.

Katanya, inisiatif tersebut merupakan penghargaan ATM bagi memastikan anak-anak warganya terus berusaha (dalam akademik) bagi mencapai cita-cita seterusnya menyumbang tenaga demi kemajuan negara.

"Anak-anak anggota yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi mempunyai peluang dan ruang menerima insentif-insentif ini, justeru rebutlah peluang dan manfaatkan peluang ini.

"Kepada para anggota pula (ibu bapa), mainkanlah peranan masing-masing dengan sebaik-sebaiknya kerana anugerah ini merupakan pengiktirafan ATM terhadap pencapaian anak-anak anda," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Derma darah selamatkan nyawa

Posted:

Derma darah selamatkan nyawa

Derma darah selamatkan nyawa


ORANG ramai memenuhi khemah di Taman Tasik Titiwangsa untuk mendapatkan maklumat mengenai kempen derma darah.


PERNAHKAH anda menderma darah? Jika tidak jawapannya, apa kata, hari ini anda menyemai azam berbuat demikian bagi membantu mereka yang memerlukan kerana setitik darah anda mampu menyelamatkan nyawa.

Bagi memastikan bekalan darah yang mencukupi, setiap individu dalam masyarakat harus memahami kepentingan menderma darah.

Kebanyakan orang awam seringkali memberikan pelbagai alasan apabila disuruh tampil menderma darah. Antara alasan yang popular ialah menyebabkan kegemukan dan lemah, walhal ia tidak benar sama sekali.

Mereka yang layak menderma darah tetapi, belum lagi menderma darah perlu mengubah sikap. Persepsi negatif bahawa menderma darah boleh menimbulkan pelbagai kesan sampingan seperti kegemukan, rasa tidak selesa dan lemah perlu dikikis sama sekali.

Ia seharusnya dilihat sebagai suatu proses yang memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat malah, kepada penderma itu sendiri.

Sempena dengan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia yang disambut pada tanggal 14 Jun setiap tahun yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pusat Darah Negara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyambut Karnival Hari Penderma Darah Sedunia 2011 baru-baru ini.

Dengan membawa tema Lebih Banyak Darah, Lebih Banyak Nyawa, penganjurannya kali ini bertujuan memberi penghargaan dan mengenang jasa baik penderma-penderma darah selain meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menderma darah.


PELATIH Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) menunjukkan sijil derma darah pada Karnival Hari Penderma Darah Sedunia 2011 di Taman Tasik Titiwangsa.


Di samping itu, ia secara tidak langsung memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepentingan menderma darah serta menggalakkan mereka menderma darah secara berulang.

Karnival tersebut yang mengambil tempat di Tasik Titiwangsa dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin.

Kebanyakan hadirin yang hadir seawal pukul 8 pagi membuka acara dengan aktiviti senaman ringan yang disertai oleh orang awam yang rata-ratanya memakai kemeja T berona merah yang sememangnya sinonim dengan darah.

Pada karnival tersebut juga, Pusat Darah Negara mengambil kesempatan memberi anugerah serta meraikan para penderma darah di samping meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menderma darah.

"Sambutan ini diadakan bagi menghargai dan memperingati sumbangan penderma darah yang telah banyak berkorban bukan sahaja dari segi mendermakan darah tetapi, tanpa jemu membelanjakan wang dan meluangkan masa mereka untuk menderma darah.

"Diharapkan lebih ramai golongan yang sihat akan tampil untuk menjadi penderma darah bagi menjamin bekalan yang berterusan untuk jangka masa panjang," kata Pengarah Pusat Darah Negara, Dr. Roshida Hassan.

Seorang pesara tentera laut, Donald Charles Pereira, 60, telah menderma darah sebanyak 420 kali sejak tahun 1968 lagi terpanggil untuk menderma darah ketika salah seorang rakannya terlibat dalam kemalangan.


SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang hadir pada Karnival Hari Penderma Darah Sedunia 2011 menderma darah untuk keperluan Pusat Darah Negara.


"Sejak pertama kali menderma darah di Hospital Assunta petaling Jaya, saya seringkali menderma darah sehingga ke hari ini.

"Kebanyakan orang kata menderma darah boleh menyebabkan gemuk tetapi, ia sekadar alasan semata-mata kerana tidak mahu menderma darah.

"Sebenarnya menderma darah menjadikan anda seorang yang lebih sihat kerana ia digantikan dengan darah yang baru," katanya yang aktif bermain badminton dan berjoging.

Dalam pada itu, seorang lagi penderma darah yang menderma sebanyak 344 kali, Chin Jeck Leng, 50, menyifatkan membantu orang dengan memberikan wang sangat mudah berbanding menderma darah.

"Kebanyakan orang kini lebih suka menerima daripada memberi. Saya mula bertekad menderma darah apabila sesuatu berlaku kepada ibu saya yang perlu menjalani pembedahan ketika usia saya 12 tahun.

"Kesukaran mendapatkan penderma darah membuatkan saya berazam menderma darah sebaik sahaja umur 18 tahun iaitu umur yang dibenarkan untuk menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan walaupun tidak kenal siapa pun mereka," ujarnya. - NURUL IZZA ROSLY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved