Jumaat, 22 Julai 2011

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Henry bertemu jerung

Posted:

Henry bertemu jerung

Henry bertemu jerung



BERUNTUNG menjadi Henry Golding. Untung yang dimaksudkan bukan kerana dia memiliki wajah yang tampan hasil darah campuran Inggeris daripada bapa dan Iban daripada ibunya. Tetapi untung jejaka kelahiran Betong, Sarawak itu apabila dirinya berpeluang menikmati pengalaman mewah dan berharga mengelilingi seluruh pelosok darat mahupun ke dasar laut di Malaysia dalam usia baharu 24 tahun.

Dua program 8TV, Welcome To The Rail World dan terbaharu Without Boundaries - Islands and Beaches menjadi platform buat pengacara muda itu mendapat pengalaman yang jarang-jarang diperoleh oleh orang lain.

Program Welcome To The Rail World memperlihatkan Henry pergi ke setiap negeri, mempelajari sejarah dan budaya setiap kaum di Malaysia manakala program Without Boundaries - Islands and Beaches pula menyaksikan Henry menjejakkan kaki ke setiap pantai dan pulau di Malaysia serta melalui pengalaman julung-julung kalinya menyelam ke dasar laut.

Peluang bertemu dengan jejaka kacak ini pada sidang akhbar program Without Boundaries - Islands and Beaches yang berlangsung di Full House, Sunway Giza, Kota Damansara, perkara tuah mengenai pengalamannya itu diajukan kepadanya.

"Sememangnya saya sangat suka mengembara. Peluang menjadi pengacara untuk kedua-dua program itu merupakan pengalaman berharga buat diri saya. Ia merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan beremosi sekali.

"Dalam program ini, saya berpeluang kembali ke tempat tinggal saya di Dungun, Terengganu selepas hampir 15 tahun meninggalkan tempat itu. Saya sangat emosional apabila mengimbau kembali kenangan kami sekeluarga mengadakan barbeque di halaman rumah dan kami adik-beradik sering menghabiskan masa di pantai yang berdekatan dengan rumah," katanya yang menetap di sana ketika usianya empat sehingga 10 tahun.

Henry juga berkesempatan bertemu Chef Anne yang dikenalinya semasa kecil.


SALAH satu tarikan dalam program ini adalah keindahan habitat dan alam semula jadi.


Kata Henry, wanita itu kelihatan sudah berusia tetapi masih mengenalinya.

"Saya juga berpeluang bertemu dengan Chef Anne di restoran yang sama dia bekerja dahulu. Paling menyentuh hati, apabila dia masih mengenali saya biarpun sudah 15 tahun tidak bertemu," ungkapnya.

Mengenali Henry, ketika usianya dua tahun, keluarganya berhijrah ke Surrey di Selatan London selama dua tahun. Henry dan keluarga kemudiannya pulang semula ke Malaysia dan menetap di Dungun selama enam tahun. Selepas itu, mereka sekeluarga berpindah semula ke Surrey dan akhirnya pada tiga tahun lepas Henry kembali ke tanah airnya semula dan menganggap Malaysia sebagai platform untuk dirinya melebarkan sayap di bidang pengacaraan.

Bertemu jerung

Tidak pernah menolak cabaran yang dihadapkan kepadanya, Henry juga mencabar diri mencuba pelbagai aktiviti semasa mengacarakan program kembaranya.

Episod pertama program tersebut memaparkan Henry belajar permainan api Red Indian di Pulau Perhentian, Terengganu. Biarpun berkali-kali badan dan kakinya terkena api, Henry tetap mencubanya sehingga mahir dan menganggap permainan itu menyeronokkan.


PROGRAM Without Boundaries - Islands and Beaches menyaksikan Henry 'melompat' dari satu pulau ke pulau di Malaysia.


Mengaku sangat sukakan cabaran, namun saat bertemu dengan ikan jerung Hammerhead ketika menyelam di Pulau Layang-Layang, Henry seakan-akan kaku dan takut.

"Ketika di Pulau Layang-Layang, saya menyelam ke dasar laut sedalam 35 meter. Semasa menikmati panorama di sepanjang terumbu karam, dengan tiba-tiba kelihatan seekor ikan jerung Hammerhead dan membuatkan saya terkejut dan kaku.

"Jerung itu agak besar dan ia menghampiri saya. Saya cuba memberitahu rakan-rakan tetapi jerung tersebut kemudiannya beredar," katanya yang mengaku merasa sangat kecil apabila berada di dasar laut.

Henry juga mengaku sangat beruntung kerana dapat melakukan skuba ke dasar laut yang menarik seperti Sipadan, Kepalai, Tenggol dan Mabul, Sabah. Namun, saat ditanya pulau manakah paling menarik baginya, Henry teruja memberitahu, Pulau Layang-Layang.

Katanya,"Bagi saya Pulau Layang-Layang sangat cantik. Kami menyelam bersama lebih 30 ekor ikan lumba-lumba dan berpeluang bertemu dengan ikan jerung".

Suka ulat sagu


KATA Henry dia suka untuk fokus terhadap hanya satu bidang iaitu pengacaraan sahaja.


Meletakkan Anthony Bourdain dan Samantha Brown sebagai garis panduan dalam bidang pengacaraan, Henry merasakan jiwanya lebih ke arah bidang pengacaraan terutamanya program kembara.

Dia juga mengaku lebih suka fokus kepada satu-satu perkara daripada mencuba pelbagai bidang. Mengacara juga baginya tidak perlu bergantung kepada skrip tetapi mengikut kreativiti seseorang pengacara itu menyesuaikan skrip mengikut situasi yang berlaku.

"Buat masa ini hati dan fikiran lebih ke arah pengacara. Saya suka fokus kepada satu benda sahaja tetapi tidak menolak jika mendapat tawaran di bidang lakonan," katanya.

Namun bila disoal tentang mencuba bidang nyanyian, jawapannya: "Oh tidak sekali tetapi mungkin ya kalau di bilik air."

Saat diajukan tentang kegemarannya selain mengembara, jawapan daripada mulut pengacara itu barangkali mengejutkan orang ramai.

Kata Henry: "Saya suka makan ulat sagu. Rasanya seperti sup ayam sejuk," katanya yang juga menggemari durian dan tempoyak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Indo Pek ganti saluran Aruna

Posted:

Indo Pek ganti saluran Aruna

Indo Pek ganti saluran Aruna

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN


PENGERUSI Broadway Media, Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed (enam dari Kiri) bersama Naib Presiden Peniagaan Melayu ASTRO, Khairul Anwar Salleh (empat dari kiri) dan barisan artis Indonesia serta tetamu khas memotong pulut kuning bersama tanda gimik pelancaran saluran baru di Astro dan pakej Pek Indo iaitu Bintang dan Pelangi.


SEBELUM ini saluran televisyen berbayar Astro telah menyediakan saluran yang dikenali Astro Aruna secara percuma khusus buat para pelanggan yang meminati rancangan sinetron dari Indonesia.

Bagaimanapun, ia telah dihentikan secara tiba-tiba atas sebab tertentu sehingga mengecewakan sebilangan para pelanggan Astro yang sudah sebati dengan saluran berkenaan.

Kini, Astro dengan kerjasama Broadway Media Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pakej yang dikenali sebagai Indo Pek dengan dua saluran iaitu Bintang (saluran Astro 141) dan Pelangi (saluran Astro 142).

Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, pakej Indo Pek yang baharu diperkenalkan itu agak berbeza dengan saluran Aruna yang pernah disediakan kepada pelanggan Astro dahulu.

"Kalau di saluran Aruna, kandungan yang disediakan hanyalah rancangan sinetron sahaja. Namun, untuk pakej yang kami sediakan ini kandungan rancangan hiburannya adalah lebih meluas meliputi drama, filem dan muzik.

"Untuk saluran Bintang, selain sinetron terdapat pelbagai lagi rancangan yang berbentuk hiburan disediakan, manakala saluran Pelangi pula akan menyiarkan pelbagai filem Indonesia yang menarik dari tahun 1970-an sehingga sekarang," ujarnya.

Menurut Khairul lagi dalam satu majlis pelancaran pakej berkenaan baru-baru ini, para pelanggan Astro hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM12 sebulan untuk melanggan pakej berkenaan.

Namun begitu, pihak Astro menyediakan perkhidmatan kedua-dua saluran berkenaan secara percuma selama sebulan sebagai langkah promosi dan saluran berkenaan telah mula beroperasi sejak 16 Julai yang lalu.

"Memandangkan kini sudah ada saluran khas untuk rancangan dari Indonesia, maka rancangan seperti sinetron yang disiarkan di saluran lain seperti Astro Ria dan Astro Prima akan dikurangkan," jelasnya.


PENYANYI Indonesia menghiburkan tetamu yang hadir.


Dalam majlis yang sama, beberapa pelakon terkenal dari Indonesia turut hadir seperti Acha Septriasa, Lenny Marlina serta hos yang cukup popular menerusi program bual bicara Just Alvin iaitu Alvin Adam.

Ditanya mengenai lambakan rancangan dari Indonesia dengan kemunculan kedua-dua saluran tersebut yang mungkin menyebabkan sesetengah pihak menjadi kurang senang, Khairul menjelaskan perkara ini sebenarnya bukanlah satu isu yang besar.

Ujarnya, untuk pelanggan Astro bagi kaum Cina dan India, pihaknya juga turut menyediakan saluran-saluran khusus yang mana isi kandungan rancangannya turut diambil dari luar negara seperti di Hong Kong dan India.

"Lagipun Indo Pek diletakkan di bawah pakej yang perlu dibayar dan terpulang kepada pelanggan sama ada mahu melanggan atau tidak. Malah, saya merasakan bayaran sebanyak RM 12 sebulan tidaklah terlalu membebankan," jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Broadway Media Sdn. Bhd., Datuk Syed Ahmad Khalid Syed Mohammed berkata, melalui kerjasama yang terjalin pihaknya akan bertindak sebagai pembekal kandungan, manakala Astro badan penyiar serta promosi dan pemasaran.

Ujarnya, salah satu tujuan pakej Indo Pek ini disediakan adalah untuk memenuhi citarasa pelanggan yang meminati sajian program dari Indonesia dan ingin menikmati lebih banyak lagi rancangan daripada apa yang telah disediakan.

"Sekarang ini ramai yang begitu meminati rancangan sinetron dan kebanyakan saluran televisyen menayangkannya, namun sebenarnya terdapat banyak lagi rancangan hiburan menarik yang dapat memenuhi citarasa penonton di negara ini.

"Saya yakin pakej ini akan mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan Astro kerana rancangan yang akan disediakan di kedua-dua saluran ini dapat memenuhi kehendak seluruh golongan penonton," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Katy Perry bengang

Posted:

Katy Perry bengang

Katy Perry bengang


KATY PERRY


RUSSELL BRAND dan Katy Perry kini menjadi mangsa laporan tidak berasas dari tabloid Daily Mail dan majalah mingguan, Heat yang mendakwa rumah tangga mereka sedang mengalami masalah.

Dalam laporan tersebut, Brand dikatakan dilihat bertemu perempuan lain, manakala jadual Perry yang sangat sibuk sehingga membuat pasangan itu hanya sempat berjumpa empat hari sahaja dalam tempoh enam bulan menjadi sebab utama rumah tangga mereka goyah.

Hal tersebut membuatkan pasangan tersebut bengang. Ini kerana menurut Perry, rumah tangga mereka tidak berhadapan dengan masalah dan mereka bahagia.

"Hanya kerana kami tidak menggembar-gembur tentang hubungan rumah tangga kami yang bahagia, kami dikatakan menghadapi masalah. Privasi adalah keutamaan kami," luah Katy dalam Twitter miliknya, sebelum suaminya, Brand bersetuju dengan luahan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved