Jumaat, 15 Julai 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Peminat Liverpool teruja bertemu pemain

Posted:

Peminat Liverpool teruja bertemu pemain

Peminat Liverpool teruja bertemu pemain

15/07/2011 10:07pm

KUALA LUMPUR – Lebih 3,000 peminat tempatan dan luar negara Liverpool FC teruja apabila dapat bertemu dan beramah mesra dengan pemain pujaan mereka di ruang legar pusat beli-belah Pavilion di sini hari ini.

Anggota Kelab Peminat Liverpool FC Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina berkumpul di ruang legar itu sejak 12 tengah hari meskipun sesi bertemu peminat itu dijadualkan berlangsung pada 3 petang.

Pada sesi itu, Liverpool diwakili penolong jurulatihnya Steve Clarke, penyerang Andy Carroll, pemain sayap Raul Meireles, pemain tengah Sotiros Kyrgiakos dan Christian Poulsen serta pemain pertahanan Jamie Carragher dan John Flanagan.

Poulsen berkata, beliau dan rakan sepasukan lain tidak menjangka menerima sambutan sebegitu rupa daripada peminat di Malaysia, yang membanjiri sebahagian kawasan pusat beli-belah itu.

"Saya harap kami boleh menebusnya dengan mempamerkan permainan mantap di stadium. Kami tidak sabar untuk bermain esok," katanya.

Sesi bertemu peminat itu adalah sempena pelancaran rasmi kad debit Standard Chartered Liverpool FC Mastercard yang mengandungi logo kelab tersebut iaitu "Liverbird" serta gambar pemain Liverpool FC yang baru. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu, anak lelaki maut nahas lebuh raya

Posted:

Ibu, anak lelaki maut nahas lebuh raya

Ibu, anak lelaki maut nahas lebuh raya

15/07/2011 9:48pm

SEREMBAN – Seorang wanita dan anak lelakinya maut, manakala suaminya cedera apabila lori yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km252.9 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Senawang dekat sini, hari ini.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua beranak itu yang cedera parah di kepala dan badan, mati di tempat kejadian.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata, ketika kejadian pada pukul 5.45 petang itu, lori kosong yang dipandu suami wanita terbabit, Che Rosdi Ahamad, 37, dalam perjalanan menuju ke utara.

"Siasatan awal mendapati sebuah kereta melanggar sisi kanan lori itu, menyebabkan pemandunya hilang kawalan dan lori itu berpusing-pusing sebelum terbabas dan terbalik di tepi longkang lebuh raya.

"Isteri Che Rosdi dan anak lelakinya berusia satu tahun dikatakan tercampak keluar," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiket bola Malaysia-Singapura jadi rebutan

Posted:

Tiket bola Malaysia-Singapura jadi rebutan

Tiket bola Malaysia-Singapura jadi rebutan

15/07/2011 8:25pm

SINGAPURA – Peminat-peminat bola sepak Malaysia yang merancang untuk ke Singapura pada 23 Julai ini untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia Malaysia-Singapura, dinasihat supaya memastikan tiket-tiket menyaksikan perlawanan itu masih sedang dijual, sebelum terus bergegas ke stadium.

Nasihat itu disampaikan oleh tuan rumah, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), kepada peminat-peminat bola sepak Malaysia yang berhasrat untuk ke stadium Jalan Besar di sini nanti.

Pegawai Media FAS, Kelvin Leong berkata, peruntukan tiket-tiket buat peminat Malaysia diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), dan peminat Malaysia yang ingin menyaksikan perlawanan itu perlu merujuk kepada FAM untuk memastikan tiket-tiket masih ada.

"Tidak adil bagi penyokong Malaysia sekiranya nanti mereka datang dari jauh ke Singapura, dan mendapati sudah tiada tiket lagi untuk perlawanan itu," katanya di sini hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved