Jumaat, 15 Julai 2011

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Kelebihan hargai kekurangan diri

Posted:

Kelebihan hargai kekurangan diri

Kelebihan hargai kekurangan diri

Oleh ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my



MENYUSURI perjalanan bekas pemilik mahkota Ratu Cantik Malaysia Dunia 2007, Deborah Priya Henry ibarat menyelak lembaran kisah dongeng yang penuh warna-warni disusuli noktah bahagia abadi.

Seringkali wanita berbintang Cancer itu dijadikan contoh tauladan serta idola ribuan wanita lain yang bercita-cita memiliki semua tuah yang bergolek dalam hidup Deborah.

Kesempurnaan yang dilabelkan pada dirinya masih terasa kelat untuk ditelan meski pun secara fizikalnya, anak kelahiran Dublin, Ireland itu tampak tiada cacat celanya.

Menolak kata sempurna itu, Deborah tidak berselindung tentang kekurangan yang ada pada dirinya serta mahu semua wanita di luar sana menerima diri mereka seadanya.

"Tiada manusia dilahirkan sempurna. Dalam diri setiap orang pasti terselit ketidaksempurnaan yang mahu kita rahsiakan daripada pandangan umum.

"Selagi kita mencuba untuk menidakkan ketidaksempurnaan itu, selagi itu kita tidak mampu menyayangi diri dengan baik," kemas sahaja ayat daripada wanita berusia 26 tahun itu.

Baru dimahkotakan gelaran Miss Malaysia Universe 2011 Januari lalu, dia juga tidak lari daripada kekurangan serta kelemahan diri tetapi, dia menerima perkara tersebut dengan hati terbuka.

Siapa sangka, wanita yang pernah menjadi model bagi jenama Ungaro, YSL dan Gucci di London itu memiliki karakter lasak dan cenderung kepada aktiviti sukan.

Suka bersukan

Sepanjang menuntut ilmu di Sayfold International School, Kuala Lumpur, Deborah cukup dikenali sebagai atlet sekolah dalam sukan bola keranjang dan bola tampar.

"Pelajar perempuan lain ketika itu suka berdandan dan berpakaian cantik, saya pula langsung tidak peduli tentang perkara sebegitu.


DEBORAH menjadi wanita Malaysia pertama yang memenangi dua gelaran ratu cantik Malaysia iaitu Miss Malaysia World 2007 dan Miss Malaysia Universe 2011.


"Memandangkan saya aktif dalam sukan, personaliti saya juga tampak kasar tetapi, hari ini kelemahan tersebut telah dapat saya atasi," ujarnya yang pernah menerima anugerah atlet wanita terbaik di sekolahnya.

Transisi personaliti Deborah bertukar pada umur 14 tahun setelah dia dihampiri seorang wakil agensi model tempatan ketika sedang bermain bola keranjang di kawasan perumahannya.

Walaupun di peringkat permulaan, dia tidak berminat terhadap tawaran itu, namun langkah pertamanya ke agensi tersebut telah membuka pintu buat Deborah dalam dunia peragaan hingga mampu menempa nama ke luar negara.

Jika dahulu gelanggang bola keranjang menjadi rumah keduanya, kini pentas peragaan serta lembaran muka surat majalah fesyen menjadi cinta hatinya.

Pembedahan plastik

Sinonim masyarakat mengaitkan personaliti ternama dengan pembedahan plastik serta suntikan kecantikan sedikit sebanyak memberi tempias kepada golongan wanita di luar sana mencuba teknik tersebut bagi mendapatkan hasil serupa.

Tetapi bagi Deborah, usaha drastik sedemikian tidak wajar dilakukan oleh wanita yang masih muda kerana khuatir akan memberikan kesan negatif pada masa mendatang.

"Saya tidak membangkang jika seorang wanita itu memilih untuk melakukan pembedahan plastik atau mengambil apa-apa suntikan kecantikan.

"Apa yang mereka perlu fikirkan adalah sejauh mana kewajaran bagi mereka melakukan perkara tersebut dan adakah ia benar-benar berbaloi?

"Saya sedih melihat ramai wanita muda yang terlalu obses untuk mendapatkan tubuh badan menarik hingga melakukan pembedahan plastik secara drastik," luahnya.

Menurut Deborah, obsesi tersebut didorong oleh rasa tidak yakin dalam diri terhadap tubuh badan serta kecantikan semula jadi yang dimiliki.

Kesan obsesi tersebut akan menyebabkan tubuh badan yang sebelum ini sihat mengalami pelbagai masalah kesihatan dan menjurus kepada tekanan diri yang lebih teruk lagi.

Anak kedua daripada empat beradik itu juga menyatakan memiliki badan yang kurus tidak bermakna wanita itu sihat dan cergas.

Merujuk kembali pengalaman dirinya ketika berumur 16 tahun, Deborah tidak malu mendedahkan dia pernah berdepan masalah keyakinan diri terhadap bentuk badannya.

Ketika itu, obsesi Deborah terarah kepada membentuk tubuh badan langsing yang melampau sehingga dia menyedari perkara tersebut hanya akan mengundang masalah kepadanya.


DEBORAH (kiri) adalah jelitawan berdarah campuran Malaysia-Ireland.


Alternatif cantik

Akui Deborah, alternatif untuk tampak jelita tidak semestinya menerusi pembedahan mahupun suntikan. Cara mudah yang boleh dilakukan wanita seperti bersolek, bersenam dan menjaga pemakanan.

Ujarnya, bentuk tubuh badan seseorang wanita bukan ukuran kecantikan kerana bagi dirinya, wanita yang cantik mesti memiliki tubuh badan yang sihat, cergas dan tahan lasak.

Riadah juga mampu membuatkan tubuh badan menjadi lebih menarik dan secara tidak langsung meningkatkan keyakinan dalam diri seorang wanita.

Tambah Deborah, bagi mengekalkan seri wajah, amalkan mencuci muka sebelum tidur dan jangan tidur dalam keadaan wajah yang bersolek kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan kulit muka.

Mengaku tiada rahsia kecantikan untuk dikongsikan, Deborah hanya menyarankan golongan wanita agar banyakkan minum air masak serta menolak pengambilan makanan segera.

Tidak dinafikan alternatif yang disenaraikan Deborah bukan lagi perkara baharu malah, telah diketahui umum sejak dahulu lagi tetapi, harus diketahui amalan tersebut perlu dilakukan ketika usia masih muda agar keremajaan diri dapat dikekalkan.

"Jika wajah telah berkedut, sukar bagi kita mengembalikan keremajaan kulit dan ketika itulah kita akan menyesal kerana tidak menjaganya daripada muda lagi.

"Dengan menjaga tubuh badan pada peringkat awal kehidupan membuatkan kita lebih menghargai diri dan belajar menerima ketidaksempurnaan yang dimiliki," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biru dan hidupan laut warnai Zon Selatan

Posted:

Biru dan hidupan laut warnai Zon Selatan

Biru dan hidupan laut warnai Zon Selatan


COMEL. Biskut air tangan Norulsakinah berbentuk kerang yang dihasilkan bagi mengikut tema dasar laut.


MENGAGUMKAN. Mungkin itulah perkataan yang dapat menggambarkan keghairahan para peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef peringkat Zon Selatan yang bersungguh-sungguh tampil dengan tema yang diberikan oleh pihak penganjur.

Ruang legar pasar raya Giant, Tampoi bukan sahaja meriah dengan kehadiran peserta dan orang ramai yang ingin memberi sokongan, bahkan hasil air tangan para peserta menjadi tarikan utama.

Warna biru yang menggambarkan air laut menjadi asas dalam kebanyakan hasil kreativiti para peserta. Bahkan hidupan laut seperti nemo, ikan duyung, tapak kaki sulaiman, kerang, terumbu karang, cengkerang siput dan sebagainya menghiasi kek dan biskut mereka.

Bagi pengusaha biskut, Rogayah Mat Taib, 55, dia menggunakan sumber laut sebagai bahan utama resipi biskutnya.

Daya kreativiti Rogayah jelas terlihat apabila berjaya mengadun bahan perasa tambahan, udang kering dengan tepung dan minyak jagung Daisy menjadi Biskut Keju Daisy Udang Asin.

Bentuk biskut juga tidak ketinggalan mengikut tema. Juara kategori biskut, Norulsakinah Mohammad Hanan menjadikan fizikal kerang sebagai ilham menghasilkan Biskut Kerang Mutiara Daisy.

Wanita yang berusia 27 tahun itu menggunakan herba habbatus sauda sebagai bahan utama mencipta biskut tersebut sekali gus mengalahkan calon-calon lain.

Paling ketara penggunaan tema laut adalah dalam kategori kek apabila setiap peserta pasti meletakkan hidupan laut dan batu karang sebagai fokus hiasan.

Animasi

Rata-rata peserta menjadikan filem animasi terbitan Hollywood, Finding Nemo sebagai rujukan utama. Peserta yang telah berpengalaman selama 13 tahun bekerja dalam bidang pembuatan kek, Rohazri Razali merupakan salah seorang menggunakan rujukan itu.

Satu-satunya peserta yang membawa kek terbesar seberat 3 kilogram, Rohazri menjadikan watak ikan badut itu sebagai titik fokus utama dalam resipi Kek Span Lautan Daisy.


IKAN duyung turut menjadi hiasan mengindahkan kek peserta.


Bagi juara kategori itu, Misliha Juki dengan Kek Lemon Cheese Chocolate Rice Daisy benar-benar membawa pengunjung ke alam dasar lautan tatkala para pengunjung menatap keknya yang sudah siap dihias.

Pemilihan rona biru begitu dominan serta dekorasi lautan yang begitu terperinci dengan batu-batu karang melatari hiasan kek selain hidupan laut seperti ikan pari, siput dan ikan.

Menurut Misliha, dia mengambil masa hampir empat jam untuk membuat bentuk ikan pari yang menjadi tarikan kepada kek keju lemonnya itu.

Selain filem Finding Nemo, animasi klasik, The Little Mermaid turut menjadi pilihan Fadilah Mustafa, 49, dengan menjadikan karakter tersebut sebagai watak utama dekorasi Kek Coklat Moist D'la.

"Sebaik sahaja saya tutup kedai, saya akan menguli bahan untuk membuat hiasan bagi sirip duyung ini. Sirip sahaja memakan masa dua hingga tiga jam tidak termasuk hiasan lain," ujarnya yang sudah 10 tahun terlibat dalam perniagaan berasaskan kek.

Beza

Terdapat juga beberapa peserta yang cuba keluar daripada penggunaan rona biru. Pelajar Institut Hospitaliti Yayasan Pelajaran Johor (IHYPJ), Raja Mohd. Ameerul Raja Abdul Aziz, 19, memilih coklat sebagai warna utama.

Bentuk keknya yang berasaskan kayu manis juga berbeza apabila ia dipersembah dalam bentuk kepingan hirisan kek berbanding bulat atau petak.

"Saya mahu berikan kelainan kerana setiap kali perkataan kek disebut, bentuk bulat pasti terlintas di kepala. Tetapi saya masih mengekalkan tema laut dengan dekorasi yang kelihatan seperti dasar laut," kata Ameerul yang sedang belajar tahun dua di IHYPJ.

Lain pula ceritanya dengan Rusnita Paiman, 33, yang mempersembahkan hasil terakhirnya yang kelihatan sedikit berbeza dengan peserta lain.

"Saya tidak tahu tema pertandingan peringkat Zon Selatan adalah dasar laut. Ketika sampai di sini, baru diberitahu mengenai perkara tersebut oleh Cef Liza.

"Mujur saya mendapat idea dan bahan-bahan pula dapat disediakan dengan pantas dan mudah," kata Rusnita yang mencipta kek lobak dan coklat bertujuan menggalakkan kanak-kanak makan makanan berkhasiat.

Kek Rusnita berbentuk bintang itu menggunakan warna hijau dan merah jambu selain beberapa dekorasi berbentuk hidupan laut.


SERAMAI 30 orang peserta Cabaran Daisy Sehebat Chef peringkat Zon Selatan bergambar bersama Chef Liza.


Cabaran Daisy Sehebat Chef peringkat Zon Selatan digamatkan lagi dengan celoteh deejay KLFM, Juliyana Hussain, 30.

Sebelum pertandingan bermula, Chef Liza Zainol selaku jurucakap Minyak Jagung Daisy mengadakan demonstrasi dua jenis masakan iaitu Biskut Kacang Daisy dan Kek Prune Wallnut selain berkongsi tip-tip masakan kepada peminat.

Acara turut diserikan dengan persembahan daripada Ana Raffali dan juga rapper, Altimet yang menyanyikan lagu-lagu popular mereka selain persembahan kebudayaan Johor oleh kumpulan Sanggar Pengembangan.

Selain itu, acara mengukir buah oleh para pelajar dan pensyarah IHYPJ turut diadakan bagi menunjukkan teknik menghias.

Menurut Ketua Kursus Kulinari IHYPJ, Mohd. Faizal Mohd Jaffar, 31, di institut itu terdapat dua jurusan yang ditawarkan iaitu Diploma Pengurusan Perhotelan dan Kursus Penyediaan Makanan dan Kulinari.

Di gerai Tupperware pula, Pengarah Tiga Bintang cawangan Bukit Indahnya, Aliyah Tahir, 51, berkata, pihak mereka mengadakan demonstrasi menggunakan produk Tupperware yang mesra pengguna.

"Kami juga menjalankan aktiviti menambah ahli selain memberi penerangan bagaimana bisnes Tupperware mampu menjadi sumber pendapatan kepada mereka," ujarnya yang sudah 10 tahun terlibat dalam perniagaan itu.

Juara peringkat Zon Selatan bagi kategori kek dimenangi oleh Misliha manakala biskut pula, peserta dari Butterworth, Norulsakinah adalah individu bertuah membawa hamper Daisy dan wang tunai RM300.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlindungan mandian Dettol

Posted:

Perlindungan mandian Dettol

Perlindungan mandian Dettol


MANDIAN Dettol melindungi tubuh daripada kuman.


KANAK-KANAK memang sentiasa bergerak aktif, bersikap ingin tahu dan suka bermain.

Bagaimanapun, aktiviti-aktiviti sebegini menyebabkan kanak-kanak mudah terdedah kepada jangkitan kuman.

Kini, ibu-ibu boleh berasa lega dengan rangkaian baharu sabun buku dan gel mandian Dettol yang memberi pengalaman mandian menyegarkan.

Dettol jenama yang dipercayai untuk perlindungan daripada jangkitan kuman berusaha meningkatkan pengalaman mandian harian anda dengan rangkaian gel mandian dan sabun buku yang melindungi anda daripada kuman.

Rangkaian gel mandian dan sabun buku unik Dettol yang dipertingkatkan kini boleh memenuhi keperluan individu berbeza yang unik.

Sama ada ia wangian menyegarkan varian Fresh, perlindungan daripada bau badan sepanjang hari melalui varian Active atau rumusan pH seimbang dalam varian Sensitive, rangkaian sabun buku dan gel mandian Dettol memenuhi pelbagai keperluan pengguna.

Rangkaian baharu sabun buku Dettol ditawarkan di semua farmasi dan pasar raya terkemuka dengan harga runcit RM6.25 (pek tiga sabun buku 70 gram) dan RM8.20 (Pek tiga sabun buku 120 gram).

Gel mandian baharu itu pula berharga RM8.50 (250 ml), RM18.50 (625 ml), RM19.90 (950 ml) dan RM12.90 (pek isian semula 550 ml).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved