Jumaat, 15 Julai 2011

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Farah-Johan nikah atas bot pesiaran

Posted:

Farah-Johan nikah atas bot pesiaran

Farah-Johan nikah atas bot pesiaran


FARAH bersama Johan bergambar di sebelah bot pesiaran Cruise Tasik Putrajaya selepas diijabkabulkan semalam.


PUTRAJAYA - Impian penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar, 26, untuk bernikah di atas kapal menjadi kenyataan apabila dia dan pasangannya, Johan Johari, 26, selamat diijabkabulkan di atas bot Cruise Tasik Putrajaya, petang semalam.

Farah yang berwalikan bapanya, Anuar Ali dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.

Finalis Akademi Fantasia kedua (AF2) itu mengenali Johan, seorang ahli perniagaan pada tahun 2005. "Johan adalah cinta pandang pertama saya. Apa yang membuatkan saya menerima dia adalah kerana kesabarannya selain selalu mengutamakan saya dalam setiap perkara,'' ujar Farah yang ditemui selepas majlis akad nikah.

Farah menerima mas kahwin sebanyak RM2,500 dan wang hantaran berjumlah RM25,185, simbolik kepada tarikh lahir penyanyi itu beserta tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang. Pasangan itu yang akan berbulan madu di Maldives sebelum Ramadan mengadakan majlis resepsi di Putrajaya hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki didakwa bunuh gadis

Posted:

Lelaki didakwa bunuh gadis

Lelaki didakwa bunuh gadis

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my


GAMBAR fail menunjukkan seorang lelaki melihat tempat cebisan mayat Nur Rahayu ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai.


JOHOR BAHRU - Seorang pengawal keselamatan semalam didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh Nur Rahayu Qomarodin yang mayatnya ditemui dibakar di ladang kelapa sawit Sungai Masai 18 Jun lalu. D. Kalaiselvan, 46, bakal berdepan dengan hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor.

Kalaiselvan bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan sebaik mendengar pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Tamil. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nur Rahayu, 16, di ladang yang terletak di Jalan Masai-Kong Kong, Masai di sini di antara pukul 2.30 hingga 2.50 pagi pada 18 Jun lalu. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Keluarga mangsa turut melantik peguam, Khairul Azwad Sariman sebagai pemerhati bagi kes tersebut. Hafizah Johor menetapkan 20 September depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes. Pada 5 Julai lalu, Kosmo! melaporkan, Nur Rahayu yang dilaporkan hilang sejak 18 Jun lalu ditemui dibunuh dan dibakar sebanyak dua kali sebelum cebisan mayatnya ditemui di Tanah Perkuburan Hindu, Masai dekat sini.

Mayat Nur Rahayu dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan di tanah perkuburan tersebut yang jarak di antara kedua-duanya kira-kira 20 kilometer bagi menghilangkan bukti. Rumah mangsa pula terletak di Bandar Sri Alam, Masai iaitu kira-kira 40 kilometer dari lokasi mayat Nur Rahayu ditemui. Ketika ditemui, mayat anak pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib seru kemakmuran dunia

Posted:

Najib seru kemakmuran dunia

Najib seru kemakmuran dunia


NAJIB menyampaikan ucapan di hadapan 200 anggota komuniti perniagaan pada Forum Pelaburan Global di London semalam.


LONDON - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komuniti global tidak boleh menolak pandangan kepelbagaian hala bagi memastikan kemakmuran dikecapi semua pihak di seluruh dunia. Perdana Menteri berkata, dalam dunia global yang baharu hari ini, "kita tidak boleh mengabaikan sahaja sesuatu kejadian yang menimpa pihak yang lain dari jauh."

Ketika menyampaikan ucaptama di Forum Pelaburan Global sempena lawatan rasminya ke United Kingdom (UK) semalam, Najib berkata, peningkatan kemakmuran bagi semua perlu menjadi matlamat era global baharu. Katanya, adalah mengelirukan untuk menyatakan pasaran global dikendalikan seperti 'ekonomi jongkang jongkit' di mana apabila satu penjuru menaik, satu penjuru lagi secara automatiknya menurun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved