Jumaat, 1 Julai 2011

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cabaran Daisy tema flora

Posted:

Cabaran Daisy tema flora

Cabaran Daisy tema flora


PUSAT beli-belah Star Parade menjadi lokasi untuk acara Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 bagi zon utara.


KEHANGATAN saingan cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang sebelum ini berlangsung di Giant Kuala Terengganu pada 18 Jun dan Aeon AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur (26 Jun) kini diteruskan di zon utara hari ini.

Kali ini, kompleks beli-belah Star Parade, Alor Setar dipilih sebagai lokasi. Seramai 30 orang peserta bakal bersaing dengan mempamerkan kreativiti menghasilkan adunan kek dan biskut ciptaan sendiri bertemakan flora.

Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 merupakan kerjasama antara akhbar Kosmo! dan minyak jagung Daisy serta rakan strategik Tupperware.

Program Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 berlangsung di empat lokasi utama seluruh negara dengan acara saringan akhir bakal berlangsung di Johor Bahru pada 10 Julai.

Ia terbuka kepada golongan suri rumah, peniaga kecil-kecilan dan individu yang mempunyai minat mendalam dalam bidang pembuatan kek dan biskut.

"Pada masa yang sama, pertandingan ini bertujuan membimbing dan berkongsi dengan orang ramai teknik-teknik menggunakan minyak jagung dalam masakan. Seperti yang diketahui, penggunaan minyak jagung Daisy amat digalakkan memandangkan ia yang berasaskan 100 peratus minyak jagung asli dan bebas kolesterol.

Peserta perlu menampilkan resipi unik kek dan biskut menggunakan minyak jagung Daisy.


CHEF Liza (kiri) dan chef Erin melakukan demonstrasi membuat biskut keju udang asin kepada pengunjung pusat beli-belah Star Parade.


"Lagipun kandungan poli-lembut dan cairan poli tidak tepu yang diekstrak daripada jagung menjadikan adunan biskut dan kek lebih gebu, ringan dan cair di mulut," jelas duta minyak jagung Daisy, Chef Liza Zainol. Minyak tersebut juga diperkaya Vitamin E dan Omega 6.

Chef Liza yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan dan pembuatan kek juga memberitahu, kriteria pemarkahan para peserta diambil berdasarkan ketulenan resipi, inovatif dan kreativiti menghias kek serta biskut.

Pada hari yang sama, Chef Liza turut menyajikan 400 potong roti pisang kacang campuran dan 400 biji biskut keju udang asin untuk dirasai pelanggan.

Serentak dengan itu pengunjung di Star Parade juga berpeluang menebus minyak jagung Daisy 500 gram dengan membawa keratan dua kepala akhbar Kosmo!.

"Penebusan ini terhad kepada 200 pembaca Kosmo! yang terawal. Kaunter dibuka bermula dari pukul 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi," kata Eksekutif Iklan Kosmo!, Mohd. Nizam Baharuddin.

Pada acara itu, orang ramai juga dihiburkan dengan persembahan daripada artis tempatan iaitu Rafidah Ibrahim atau Feeda dan artis program realiti televisyen Akademi Fantasia musim keenam (AF6) Nubhan.

Rafidah yang juga pemenang pertandingan Juara Pencarian Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene 2007 terkenal menerusi lakonannya Cinta Tikar Sejadah dan Epilog Syurga Cinta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved