Jumaat, 1 Julai 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Belanja RM250 dapat pas eksklusif

Posted:

Belanja RM250 dapat pas eksklusif

Belanja RM250 dapat pas eksklusif


BARISAN bintang Liverpool dengan diketuai Gerrard (kanan) bakal bertandang ke bumi Malaysia buat julung kalinya bulan ini.


PEMINAT setia Liverpool sudah tidak sabar menanti kunjungan kelab Liga Perdana England itu ke Malaysia. Itu reaksi sebahagian besar pengikut skuad The Reds yang akan bertandang ke bumi Malaysia buat julung kalinya pada bulan Julai ini.

Ia merupakan sebahagian daripada program Jelajah Asia Liverpool yang turut bertindak sebagai persediaan bagi menghadapi EPL musim 2011/12.

Lawatan pertama mereka itu ditaja oleh Courts (Malaysia) Sdn. Bhd. (Courts), syarikat barangan elektronik pengguna dan perabot terbesar di negara ini.

"Setiap kali kami berkunjung ke Asia, peminat kami memberi sokongan yang sungguh menakjubkan," kata Steven Gerrard selaku kapten skuad dari Anfield itu dalam satu kenyataan semalam.

"Liverpool mempunyai penyokong yang kuat di rantau ini dan kami teruja untuk memberi peluang kepada penyokong kami melihat dengan lebih dekat pasukan kami beraksi."

Sempena lawatan mereka ke Malaysia, Courts akan memberi peluang kepada peminat The Reds bertemu dengan pemain pujaan mereka.

Peminat juga akan dapat bertemu dengan dua pemain Liverpool di gedung Courts, Setapak dan Cheras pada 15 Julai bermula pukul 3 petang.

Menurut Pengarah Negara Courts, Chris Yong: "Kami benar-benar teruja dengan kunjungan pertama Liverpool FC ke gedung kami. Ini juga akan membolehkan pelanggan kami berinteraksi dengan mereka dan juga menjadikan pengalaman menonton bola sepak menerusi pelbagai tawaran produk elektronik Courts lebih bermakna.

"Pakatan perkongsian Courts dengan Liverpool FC menyatukan dua jenama yang memiliki kualiti dan sudah pasti ia akan menarik perhatian masyarakat," tambahnya.

Bermula sekarang hingga 3 Julai, untuk setiap pembelian berjumlah RM250 di mana-mana gedung Courts di seluruh negara, pelanggan layak menyertai peraduan dan berpeluang untuk memenangi pas VIP eksklusif untuk menyaksikan latihan skuad Liverpool serta tiket perlawanan dengan tempat duduk terbaik.

Pelanggan Courts juga boleh mendapatkan tiket perlawanan Liverpool FC menentang skuad Malaysia yang berharga RM58 dari gedung Courts di The Mines, Jalan TAR, Jusco di Seberang Prai, Setapak, Cheras, Shah Alam, Klang, Puchong, Ipoh, Johor Bahru, Kuantan, Tesco, Pulau Pinang dan Kuching.

Lawatan Liverpool FC dilakukan serentak dengan pembukaan gedung utama Courts yang melalui transformasi penjenamaan semula di Setapak.

Gedung baru ini membawakan reka bentuk dalaman dan susunan yang lebih segar dengan persekitaran membeli-belah lebih menarik untuk pelanggan.

Ia juga menawarkan produk digital dan elektronik pengguna terkini daripada semua jenama utama seperti Apple, Sony dan lain-lain.

Courts akan membuka tujuh gedung lagi pada tahun ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Liverpool FC Courts, orang ramai boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan Courts secara percuma menerusi 1 800 88 1832.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gandingan mantap

Posted:

Gandingan mantap

Gandingan mantap

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menerima suntikan baharu bagi mengendalikan perjalanan sukan badminton tanah air apabila bakal menandatangani kontrak penajaan selama lima tahun bersama Maybank Berhad.

Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh berkata, Maybank yang merupakan salah sebuah institusi perbankan terbesar di Malaysia bakal menjadi penaja utama badan induk tersebut berkuat kuasa Ogos depan.

"Saya ingin mengumumkan bahawa Maybank bakal menjadi penaja utama BAM dan majlis menandatangani MOU (Memorandum Persefahaman) akan diadakan pada 5 Julai ini," kata Nadzmi.

Nadzmi berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco BAM di Bukit Kiara semalam.

Bagaimanapun, Nadzmi enggan mendedahkan nilai tajaan yang diterima badan induk badminton negara itu kerana mahu ia diumumkan sendiri oleh Maybank pada majlis menandatangani MOU nanti.

Ditanya mengenai status Proton Holdings Berhad yang sebelum ini merupakan penaja utama kepada BAM, Nadzmi menjawab: "Proton akan kekal sebagai penaja kepada BAM.

"Namun, tidak lagi sebagai penaja utama yang bakal digantikan dengan Maybank.

"Ini bermakna, loga Maybank akan berada di bahagian depan jersi pemain badminton negara setiap kali berlangsungnya kejohanan manakala logo Proton akan menjadi lebih kecil," ujar Nadzmi.

Untuk rekod, Proton telah menjadi penaja utama BAM sejak tahun 1985 lagi.

Dalam perkembangan lain, Nadzmi turut mengesahkan bahawa barisan Exco BAM telah meluluskan cadangan Jawatankuasa Kejurulatih dan Latihan (C&T) untuk mengenakan hukuman penggantungan terhadap pemain perseorangan negara, Tan Chun Seang selama dua tahun daripada menyertai sebarang kejohanan di peringkat Asia ekoran keputusannya yang mahu meninggalkan BAM.

Selain isu mengenai Chun Seang turut dibincangkan ialah hasrat perseorangan wanita, Julia Wong yang juga mahu meninggalkan badan induk badminton negara itu.

"Selepas meneliti pelbagai aspek, kami bersetuju untuk melepaskan Julia tanpa sebarang hukuman ataupun tindakan," tambah Nadzmi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Stadium khusus untuk bola sepak di Kelantan

Posted:

Stadium khusus untuk bola sepak di Kelantan

Stadium khusus untuk bola sepak di Kelantan

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

PEMINAT dan penyokong setia bola sepak Kelantan bakal menyaksikan pasukan mereka beraksi di stadium yang dibina khusus untuk perlawanan bola sepak sekiranya permohonan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan peruntukan bagi membina stadium baru itu diluluskan oleh kerajaan Pusat.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa (gambar) memberitahu, segala perincian telah pun hampir siap dan kini pihaknya berada di fasa terakhir untuk mengkaji beberapa aspek lagi mengenai pembinaan sebuah stadium yang berkapasiti 30,000 penyokong.

Menurutnya, tanah seluas hampir 16 hektar sudah dikenal pasti oleh pihaknya di sekitar kawasan Tunjong kira-kira lima kilometer dari bandar Kota Bharu yang dianggap paling sesuai untuk dijadikan tapak stadium.

"Pada dasarnya kita mempunyai dua cadangan tapak iaitu satu di Kampung Gading Galoh, Machang dan satu lagi di Tunjong. Tapi kita kini sedang memfokuskan tapak di Tunjong kerana ia hampir dengan Kota Bharu.

"Stadium yang akan dibina nanti adalah khusus untuk perlawanan bola sepak sahaja di mana standardnya sesuai untuk perlawanan domestik dan antarabangsa selain dibina dengan berbumbung," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, KAFA hanya memohon bantuan kewangan untuk pembinaan sahaja manakala pihaknya bersedia memikul tanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan stadium tersebut kelak tanpa meminta bantuan pihak kerajaan.

Katanya, sebelum ini pihaknya bercadang untuk mengambil alih atau memajak Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSM IV) yang menjadi venue perlawanan melibatkan pasukan Kelantan sebelum ini namun, permohonan tersebut ditolak oleh kerajaan negeri.

"Memang SSM IV menjadi pilihan pertama kita kerana sebelum ini juga kita telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kos untuk menaik tarafnya hanya menelan belanja sekitar RM6 juta sahaja namun, ia tidak menjadi kenyataan.

"Kerja-kerja menaik taraf juga hanya memerlukan masa yang lebih singkat berbanding membina sebuah stadium baru. Bagaimanapun, selepas permohonan tersebut ditolak kita optimis untuk memohon bantuan kerajaan Pusat dan ia akan dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10)," ujarnya.

Dalam perkembangan yang sama, Annuar berkata, KAFA telah menghantar sepasukan pegawai yang terlibat untuk meneliti serta membuat pemerhatian terhadap beberapa buah stadium di Eropah termasuk Cardiff City, Stamford Bride dan Emirates sebagai rujukan dalam pembinaan stadium baru tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved