Isnin, 4 Julai 2011

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Misi benam Singapura

Posted:

Misi benam Singapura

Misi benam Singapura

Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my


JURULATIH skuad negara, Datuk K. Rajagobal (kanan) bersama-sama anak didiknya meraikan kejayaan mereka melangkah ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.


TAIWAN sudah ditunjuk jalan keluar, inikan pula Singapura. Justeru, pertembungan Malaysia dengan barisan skuad kebangsaan 'import' Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai depan pasti sengit. Andai berjaya mengatasi Singapura kelak, Malaysia mempunyai alasan tersendiri untuk bermegah kerana lawan mereka merupakan pasukan yang diwakili pemain import dan bukannya seratus peratus anak jati tempatan.

Malaysia layak ke pusingan kedua selepas membenam cabaran Taiwan dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Agregat terikat 4-4 tetapi skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu telah menghasilkan dua gol di tempat lawan malam kelmarin meskipun pada aksi tersebut Malaysia tewas 2-3. Pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lepas, Malaysia menang 2-1. Ranking antara Malaysia dengan Singapura juga tidak jauh berbeza. Malaysia berada di tangga ke-144 dunia manakala Singapura menghuni tangga ke-142.

Rekod kemenangan juga agak seimbang namun, Singapura yang dibimbing Rodojko Avramovic itu mendapat bye pusingan pertama dan telah mengadakan dua perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi saingan pusingan kedua. Pada 7 Jun lalu, Singapura mudah menewaskan Maldives 4-0 menerusi dua jaringan Qiu Li, Shi Jiayi dan Aleksandar Duric. Pada Khamis lalu pula, Singapura berjaya menewaskan kelab Perancis yang beraksi di Liga Singapura, Etoile FC 2-1 hasil jaringan Li dan Duric. Kemenangan yang mereka raih itu memang hebat tetapi, semuanya disumbangkan oleh 'warganegara import' mereka.

Malaysia pula seri 1-1 dengan Etoile FC pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar, Mac lalu. Li, 30, dan Jiayi, 28, merupakan dua pemain kelahiran China yang mendapat kerakyatan Singapura manakala Duric, 41, dari Bosnia mula beraksi untuk Singapura sejak 2007. Biarpun Avramovic telah menggugurkan beberapa muka lama seperti Baihakki Khaizan, Noh Alam Shah, Precious Emuejeraye dan Agu Casmir untuk senarai 33 pelatih bagi kelayakan Piala Dunia 2014, majoriti daripada pemain utama lain masih dikekalkan dalam skuad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Kami perlu bekerja keras jika mahu meneruskan kemaraan'

Posted:

'Kami perlu bekerja keras jika mahu meneruskan kemaraan'

'Kami perlu bekerja keras jika mahu meneruskan kemaraan'

TAIPEI - "Kami perlu bekerja keras dan tampil dengan rentak yang lebih agresif."

Itu peringatan kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim (gambar) kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang aksi pusi- ngan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura penghujung bulan ini.

Jelas Safiq, dia dan barisan pemain Harimau Malaya harus mempertingkatkan rentak permainan seandainya berhasrat melangkah lebih jauh pada saingan kelayakan kali ini.

Peringatan Safiq itu bersandarkan kepada prestasi mereka ketika menentang Taiwan pada aksi kedua pusingan pertama malam tadi yang menyaksikan Harimau Malaya tewas 2-3.

"Kami banyak melakukan kesilapan sehingga membolehkan Taiwan menghukum kami. Saya harus akui, ini bukan permainan kami yang sebenar.

"Kami perlu bangkit dengan segera jika mahu meneruskan langkah. Dengan masa yang ada sebelum menentang Singapura, saya harap kami dapat memperbaiki beberapa kelemahan yang ada," kata Safiq.

Pada aksi kelmarin, barisan kendalian Datuk K. Rajagobal dilihat gagal menyerap tekanan pihak lawan, lebih-lebih lagi apabila diasak menerusi serangan balas.

Untuk memburukkan keadaan, pengadil dari Vietnam, Vo Minh Tri telah menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada Taiwan dengan menyaksikan dua daripa- danya menghasilkan gol buat tuan rumah.

"Perkara seperti ini tidak harus berterusan. Kami tidak boleh ulangi kesilapan yang sama ketika menentang Singapura nanti," jelasnya.

Bagaimanapun, Safiq tetap berterima kasih kepada rakan-rakan sepasukannya yang telah berjaya merealisasikan impian Harimau Malaya mara ke pusingan kedua.

"Walaupun tidak memberikan aksi terbaik tetapi para pemain Malaysia telah memberikan komitmen yang tinggi bagi meraih kejayaan hari ini (malam tadi).

"Semangat serta komitmen seperti inilah yang kami harus bawa bagi menghadapi pusingan kedua menentang Singa- pura nanti," kata Safiq yang meledak gol kedua pasukan negara pada perlawanan malam kelmarin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlu menang di Likas

Posted:

Perlu menang di Likas

Perlu menang di Likas

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

SELEPAS hampir tiga minggu berehat, saingan Liga Super kembali menerjah peminat bola sepak tanah air esok yang menyaksikan tiga pasukan teratas terus bersaing memburu gelaran. Paling hampir untuk mencipta sejarah adalah Kelantan yang hanya memerlukan satu mata ketika mereka dijadualkan berkunjung ke Kota Kina- balu menentang Sabah untuk perlawanan terakhir bagi memastikan piala Liga Super dibawa pulang ke Kota Bharu.

Kelantan dilihat berada pada kedudukan terbaik selepas mereka menerima semula khidmat lima tonggak utama, Norshahrul Idlan Talaha, S. Chanturu, Khairul Fahmi Che Mat, Fari- sham Ismail dan Shakir Shaari yang baru pulang menunaikan tugas bersama pasukan kebangsaan. Kelibat Norshahrul yang beraksi pada perlawanan antara Malaysia dan Taiwan malam kelmarin melegakan peminat- peminat The Red Warriors selepas bintang mereka itu dilaporkan mengalami kecederaan sebelum ini.

Perlawanan malam esok bukan sahaja menyaksikan persaingan merebut piala Liga Super tetapi juga gelaran penjaring terbanyak antara Norshahrul dan Abdul Hadi Yahya dari Terengganu apabila mereka hanya dipisahkan dengan satu gol sahaja. Berdasarkan rekod pertemuan, Sabah adalah antara tiga pasukan yang gagal ditumpaskan Kelantan ketika aksi di 'stadium keramat' mereka, Stadium Sultan Muhammed IV apabila perlawanan hanya berkesudahan seri tanpa jaringan pada 16 April lalu.

Beraksi di Stadium Likas, The Red Warriors perlu berhati- hati kerana pasukan tuan rumah turut memiliki rekod yang cukup baik termasuk pernah menewaskan Perak dan Kedah, manakala Kelantan memerlukan kemenangan untuk mengesahkan mereka sebagai juara baru Liga Super dan menambah koleksi kemenangan di gelanggang lawan. Kelibat penjaring terbanyak Sabah, Razlan Oto dan penyerang veteran, Zainizam Mar- jam perlu diberi perhatian oleh anak-anak buah Datuk M. Karathu kerana kedua-duanya mempunyai keupayaan untuk meledakkan gol. Ketua Pasukan Kelantan, Badri Radzi ketika dihubungi bagaimanapun percaya dia dan rakan-rakan lain sudah bersedia untuk membawa pulang tiga mata penuh bagi dinobatkan sebagai juara baharu pertandingan bola sepak paling berprestij tanah air itu.

Menurutnya, kejayaan membawa pulang Piala Liga Super sudah tentu mengubat kekecewaan peminat selepas The Red Warriors terpaksa merelakan Terengganu mendakap Piala FA selepas kecundang 2-1 pada perlawanan akhir 11 Jun lalu. "Kita pergi untuk menang walaupun satu mata sudah cukup untuk kita mengesahkan kejuaraan. Apabila bermain untuk seri, kita dalam bahaya, Selangor dan Terengganu hanya tunggu masa dan kita tidak mahu berputih mata sekali lagi. "Perlawanan ini sangat penting. Saya gembira apabila lima rakan yang menyertai skuad kebangsaan akan bersama kami semua. Ia sudah tentu perlawanan yang sengit tetapi kita mahu memenanginya," ujarnya. Tambahnya, ketiadaan Nurul Azwan Roya yang mengutip tiga kad kuning sedikit merencatkan perancangan, namun beberapa pemain lain seperti Mohd. Izuan Solahuddin mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved