Isnin, 4 Julai 2011

Kosmo Online - Stailo


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Model muda ke Hollywood

Posted:

Model muda ke Hollywood

Model muda ke Hollywood



"SAYA memulakan kerjaya modeling ketika berusia 15 tahun apabila dipilih menjalani latihan praktikal di sebuah agensi model West End di London. Di situ, semua orang menghisap rokok dan minum wain pada pukul 11 pagi setiap hari."

Itulah pandangan naif mengenai realiti dunia peragaan daripada Rosie Alice Huntington-Whiteley, atau Rosie yang kini begitu dikenali sebagai watak wanita utama dalam filem Transformers: Dark of the Moon yang sedang ditayangkan di pawagam ketika ini.

Menurut Rosie, kerjayanya sebagai model pentas peragaan bermula selepas dia kembali semula ke agensi West End untuk mengucapkan terima kasih di atas peluang yang mereka berikan. Tanpa disangka, seorang ejen di situ menawarkannya peluang menjadi seorang model.

"Keesokan harinya, saya terus menjalani penggambaran pertama dan sehingga Krismas, saya menyertai persembahan untuk Japanese Vouge. Pada musim bunga pula, saya di Amerika untuk persembahan Teen Vouge, Teen Elle, Tommy Hilfiger Jeans dan French Connection.

bHasil pertama

"Saya masih ingat ketika mendapat cek pertama saya, ibu bapa saya menolong saya membeli sebuah kereta tetapi kereta itu tersadai selama dua tahun kerana saya tidak berkesempatan belajar memandu kereta," katanya menceritakan detik permulaan kehidupannya sebagai seorang model remaja.

Menurut Rosie, dia rasa dihargai apabila diberi dengan pelbagai peluang tetapi dia perlu bekerja keras untuk mengekalkan pencapaiannya, sama ada di dalam bidang modeling mahupun lakonan.

"Saya bekerja keras kerana tiada sesiapa pun yang mahu mengambil mereka yang tidak profesional dan tidak bersedia. Ramai orang yang menantikan peluang seperti yang saya peroleh," katanya.

Menceritakan pembabitannya dengan sekuel ketiga Transformers itu, dia perlu mengikuti proses penggambaran selama tujuh bulan dan ia merupakan penggambaran yang panjang. Namun menurutnya, ia suatu pengalaman baharu yang sangat menarik dan juga teruk buatnya.

"Saya berpeluang berjumpa dengan ramai orang yang hebat dan mereka menerima saya dengan baik sekali. Saya berasa seperti bekerja dengan sebuah keluarga besar.

"Padahal pada mulanya, ketika saya dipilih untuk terbabit dengan filem ini, saya sangkakan ia hanyalah untuk penampilan kecil. Tetapi setelah diberitahu saya akan memegang watak wanita utama, saya mula berasa gelisah," katanya.


ROSIE mempunyai daya tarikan yang hebat dalam setiap sesi peragaan dan penggambaran fesyen.


Ketika mengetahui tentang pemilihan itu, Rosie memberitahu dia berada di sebuah bilik hotel di Los Angeles (LA). Pengarah uji bakat bertanya sekiranya dia berminat untuk uji bakat watak wanita utama dan menyuruhnya bertemu dengan Shia LaBeouf. Pengarah Michael Bay pula dikatakan akan menelefonnya dalam masa lima minit.

"Saya jadi terkedu. Memang tak sangka akan dipilih untuk memegang watak tersebut. Saya keliru dan bingung sekejap," katanya.

Korbankan bidang modeling

"Saya terpaksa menolak banyak tugasan modeling tetapi saya beruntung kerana saya menerima sokongan daripada klien dan ejen-ejen saya. Saya rasa mereka tahu bahawa pemilihan watak ini merupakan peluang yang besar dan saya tidak patut menolaknya," ujar Rosie.

Menurut Rosie, pada mulanya dia menganggarkan penggambaran tersebut hanya memakan masa tiga bulan, tetapi tujuh bulan kemudiannya dia masih di set penggambaran.

"Saya suka melakukan aktiviti fizikal dan membuat pelbagai aksi dan ketika itu barulah saya rasa dapat menonjolkan diri saya.

"Di dalam filem ini, terdapat banyak adegan letupan dan tembakan seolah-olah dunia mahu kiamat. Saya perlu berlari melalui api dan melompat ke atas kereta yang rosak di samping suara pengarah yang menjerit melalui pembesar suara menyuruh saya bergerak pantas.

"Justeru, saya melakukan latihan sebelum melalui proses penggambaran. Jurulatih saya di LA mengajar saya cara untuk berlari dengan betul. Ia kedengaran lucu tetapi saya perlu berlari dengan betul di set filem menggunakan sepasang kasut tinggi yang cantik," katanya.

Tambahnya, aktiviti lasak yang dilalui semasa penggambaran filem menyebabkan dia mengalami kecederaan kecil tetapi dia tidak mengeluh mengenainya.

"Saya rasa semua pelakon mengalami sedikit lebam dan cedera ringan semasa penggambaran. Saya terseliuh beberapa kali dan perlu meletakkan beg ais untuk melegakannya. Saya juga mengalami lebam-lebam tetapi kemudiannya saya disuruh meletakkan pad untuk aksi lagak ngeri," katanya.

Anak peladang

Menceritakan kehidupan lampaunya, Rosie memberitahu, dia membesar di sebuah ladang di Devon, England. Di situ, dia tidak mempunyai banyak permainan dan tidak menonton banyak rancangan televisyen.


ANAK peladang ini sudah merentas glamor dunia peragaan dan Hollywood.


"Kami adalah anak peladang dan aktiviti kami lebih kepada aktiviti luar bermain bersama haiwan dan menaiki basikal," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia pernah didedahkan dengan bidang lakonan semasa zaman persekolahan tetapi tidak pernah berpeluang melakonkan watak penting akibat terlalu malu.

"Dulu terdapat sebuah kumpulan teater di kampung halaman saya dan setiap hari Sabtu selama empat bulan setiap tahun, kami akan berlatih dan mempersembahkan sebuah teater sekitar sambutan Krismas.

"Antara teater yang dipersembahkan ialah Snow White, Babes in the Wood dan Robin Hood. Saya pernah berlakon untuk teater Joseph and the Amazing Technicolor Dreamcoat di sekolah tetapi saya sering mendapat watak sampingan.

"Saya seorang yang sangat pemalu ketika kecil dan pendiam, malah tidak pernah memiliki dres yang cantik," katanya.

Bagaimanapun, katanya, seperti gadis remaja lain, dia juga menyimpan impian untuk terbabit dalam bidang fesyen dan filem.

"Saya berfikir bahawa suatu hari nanti peluang akan datang kepada saya. Dalam pada itu, dunia fesyen dan filem sebenarnya begitu dekat. Saya pernah diberikan skrip tetapi tiada yang benar-benar membuka hati saya.

"Saya tidak pernah berfikir akan terbabit dengan sebuah filem yang besar seperti Transformers. Saya fikir kalau berpeluang sekali pun hanyalah diberikan watak kecil atau kemunculan kecil di dalam filem," katanya.

Tambahnya, dia juga pernah berangan menjadi gadis Bond, tetapi tidak memikirkannya secara serius apatah lagi ketika itu dia terlalu sibuk dengan kerjaya modeling.

"Keluarga dan rakan-rakan di kampung halaman saya amat gembira dengan pencapaian saya.

"Sebenarnya, keluarga saya sangat bangga dengan saya. Semasa pulang ke rumah pada Krismas lalu, ayah saya bertanya, sebesar mana filem ini? Saya berkata, adakah ayah ingat filem Star Wars?" selorohnya sambil tertawa kecil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Eksperimen Mea Sukri

Posted:

Eksperimen Mea Sukri

Eksperimen Mea Sukri

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF
izyanliyana.darif@kosmo.com.my


BARISAN model memperagakan koleksi rekaan anggun Mea Sukri.


MEMBESAR dalam keluarga yang menjalankan perniagaan fabrik dan jahitan telah menyemai minat Siti Sumera Deyana Sukri, 26, untuk melibatkan diri dalam bidang yang sama secara serius.

Sebaik saja menamatkan pengajian di Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan empat tahun lalu, dia mula berjinak-jinak mengusahakan perniagaan pakaian secara dalam talian iaitu di meaonlineshoppe.com.

Pada peringkat permulaan, Siti Sumera atau mesra dengan panggilan Mea, menawarkan koleksi busana kasual, seleksi jubah moden dan dres labuh yang hadir dalam pelbagai warna serta potongan.

Tidak ketinggalan, para pelanggan turut berpeluang membeli bermacam-macam corak dan jenis kain sari yang diimport khas dari Dubai, Pakistan dan India.

"Kini saya melibatkan diri dalam bisnes solekan dan busana pengantin di bawah label Mea Sukri Make Up. Pengalaman membantu ibu di butik sewaktu kecil seperti pemilihan kualiti dan warna fabrik serta menjahit manik saya praktikkan sebaik mungkin. Lagipun, saya memang meminati bidang fesyen dan kecantikan sejak menuntut di sekolah menengah.

"Biarpun terpaksa bersaing dengan kelompok pereka fesyen dan mak andam tempatan yang senior tetapi saya tidak gusar. Saya melihat bisnes solekan dan pakaian pengantin sentiasa mendapat permintaan tinggi kerana kini ramai yang merancang untuk berumah tangga," jelas Mea sambil menunjukkan taburan manik jahitannya yang menghiasi baju pengantin rona coklat lembut.

Berbicara lanjut, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menyatakan perincian dan hiasan bagi sepasang busana pengantin wajar dititikberatkan.

Manik dan labuci


BERMULA dengan bisnes dalam talian, Mea Sukri kini memiliki butik dengan label Mea Sukri Make Up.


Ia membantu menyerlahkan penampilan pengantin wanita agar tampak anggun dan menawan pada hari bahagia. Selain batu permata, bahagian kaki baju, pergelangan tangan dan leher baju turut diserikan dengan labuci dan manik.

"Tetapi ini tidak bermakna saya bebas meletakkan perincian pada semua koleksi pakaian pengantin yang dihasilkan. Taburan manik atau labuci sebenarnya bergantung pada fabrik dan personaliti si mempelai.

"Lazimnya, saya memilih perincian bagi fabrik polos atau rona yang lembut. Bagi kain renda atau sutera yang sudah sarat dengan perincian pula saya hanya fokus pada rekaan dan potongan," tutur Mea yang gemar memilih fabrik sifon dan kain renda Perancis kerana kedua-dua jenis kain tersebut menyerlahkan konsep glamor dan elegan.

Menyentuh mengenai rekaan pakaian pengantin yang ditawarkan, Mea memberitahu dia mengetengahkan busana pengantin yang berkonsepkan moden kontemporari dan tradisional.

Buktinya, selain baju kebaya labuh, pendek dan baju kurung moden, Mea turut mereka dres moden meleret serta gaun kembang nuansa putih.

Jelas Mea, penghasilan busana pelbagai konsep bertujuan memberi banyak pilihan kepada si pengantin untuk bergaya pada majlis perkahwinan.

"Jika inginkan kelainan ketika adat merenjis, pengantin boleh menyarungkan busana berunsurkan tradisional kerana ia bersesuaian dengan gelaran raja sehari.

"Namun, bagi acara memotong kek, penampilan pengantin boleh diserlahkan dengan memakai gaun kembang yang digayakan bersama topi atau layah," terang Mea yang gemarkan warna-warna lembut dan pastel seperti coklat, biru dan hijau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siri jelajah Clinique

Posted:

Siri jelajah Clinique

Siri jelajah Clinique


MEREKA yang mengunjungi trak Mobile Makeover Studio bakal disambut oleh jurusolek yang berpengalaman.


PERTANDINGAN Clinique Star Tour musim kedua kembali lagi pada tahun ini. Cabaran yang dianjurkan oleh rangkaian produk penjagaan kulit itu bertujuan membawa wanita mengembara ke dunia kecantikan dan fesyen dalam suasana yang menyeronokkan.

Dengan kerjasama majalah Cleo, Clinique Star Tour 2 bakal menemui peserta di beberapa lokasi utama dengan membawa trak Mobile Makeover Studio yang direka khas bagaikan sebuah rumah supermodel popular.

Selain dilengkapi set perabot konsep urban, trak tersebut turut menempatkan lapan stesen solekan, meja dandanan rambut dan studio mini.

Ruang dan konsep dekorasi trak yang menarik itu adalah untuk memberi keselesaan kepada peserta sepanjang siri jelajah Clinique Star Tour 2 yang berlangsung pada 2 Julai hingga 2 Ogos 2011.

Sebaik saja menaiki trak berwarna putih tersebut, para peserta akan menjalani sesi taklimat ringkas mengenai kulit wajah, teknik solekan dan dandanan rambut yang dikendalikan kumpulan jurusolek profesional.

Pada masa yang sama, peserta turut diajar panduan aplikasi produk daripada pakar The Clinique Star Tour yang akan menyediakan rawatan terbaik.

Ini termasuklah sesi fotografi di mini studio oleh jurugambar, bagi memberikan peserta merasai pengalaman sebenar bak supermodel dan selebriti.

Menurut Pengurus Besar Jenama Clinique, Sharyn Wong, Clinique Star Tour 2 adalah usaha strategik Clinique untuk mencari dan menemui wanita muda menerusi sebuah program yang menyeronokkan.


WANITA muda bakal dilayan bak seorang selebriti.


Apatah lagi, intipati cabaran berkenaan adalah untuk memberi pendedahan mengenai ilmu kecantikan peribadi.

"Berdasarkan sambutan dan sokongan yang menggalakkan, tahun ini kami bercadang untuk menganjurkan program yang serupa kerana menerima permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

"Kami difahamkan, rata-rata gadis ingin menikmati layanan seterusnya memahami rutin kehidupan model profesional yang bukan saja beraksi di depan lensa kamera malah dirias cantik dan menawan," jelas Sharyn.

Tambah Sharyn, program Clinique Star Tour 2 akan menjelajah di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Ia melibatkan 17 kolej dan universiti serta lima pusat beli-belah utama.

Pada penghujung siri jelajah, pemenang berpeluang menjadi gadis majalah Cleo dan memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM5,000.

Adakah anda layak bergelar pemenang bertuah The Clinique Star Tour 2? Jangan lupa untuk mengunjungi trak Mobile Makeover Studio.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved