Isnin, 4 Julai 2011

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Parti Thaksin menang besar pilihan raya Thai

Posted:

Parti Thaksin menang besar pilihan raya Thai

Parti Thaksin menang besar pilihan raya Thai


YINGLUCK SHINAWATRA mengangkat tangan ke arah para penyokongnya di ibu pejabat parti Puea Thai di Bangkok semalam.


BANGKOK - Parti pembangkang Thailand, Puea Thai yang mencalonkan adik Thaksin Shinawatra, Yingluck Shinawatra sebagai bakal perdana menteri wanita pertama menang besar dalam pilihan raya umum negara itu semalam.

Setakat pukul 8 malam tadi, parti Puea Thai memperoleh majoriti mudah dengan memperoleh 255 daripada 500 kerusi parlimen.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Thailand, sebanyak 83.69 peratus undi sudah dikira pada pukul 8 malam.

Parti Demokrat yang dianggotai Perdana Menteri Abhisit Abhisit Vejjajiva memperoleh 163 kerusi, parti Bhumjai Thai memenangi 35 kerusi, parti Chart Thai Pattana mendapat 21 kerusi dan parti Chart Thai Pattana Phea Pandin menang di 10 kerusi parlimen.

Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand mendapat empat kerusi, parti Matubhum cuma membolot dua kerusi manakala Rak Santi dan Parti Demokrat Baharu masing-masing memperoleh satu kerusi.

Yingluck yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun yang memperoleh status sebagai bintang rock berjaya menawan hati berjuta-juta pekerja dalam undi tersebut.

Wanita itu dianggap sebagai satu-satunya pemimpin yang akan membantu masalah penduduk miskin di negara tersebut.

"Yingluck telah membantu kita dan kini parti Puea Thai boleh menyelesaikan masalah kami dan mereka (ahli-ahli parlimen parti itu) akan menyelesaikan kemelut negara ini," kata seorang kakitangan kerajaan, Saiksa Chankerd.

"Orang ramai mahukan perubahan dan mereka memperolehnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekuriti Asia Plus di Bangkok.

Kemenangan parti itu mungkin dapat menstabilkan semula Thailand selepas enam tahun negara ini dilanda ketegangan termasuk keganasan sehingga para penunjuk perasaan menawan dua buah lapangan terbang utama di Bangkok. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hari Lady Gaga di bandar Taiwan

Posted:

Hari Lady Gaga di bandar Taiwan

Hari Lady Gaga di bandar Taiwan


LADY GAGA disambut pada satu majlis
meraikan kedatangannya di bandar Taichung, Taiwan semalam.


TAIPEI - Bandar Taichung di Taiwan mengisytiharkan semalam sebagai Hari Lady Gaga kerana penyanyi berimej pelik itu merupakan diva pop yang pertama mengadakan lawatan ke bandar itu sekali gus mencetuskan kegilaan dalam kalangan peminat dan media tempatan.

Tampil dengan memakai rambut palsu berwarna hitam dan putih, seluar dan baju berwarna merah berserta baju tanpa lengan bercorak harimau belang, Lady Gaga diberi penghargaan oleh Datuk Bandar Taichung, Jason Hu pada majlis yang dihadiri oleh ratusan penyokong penuh semangat.

"Sebagai sebahagian dari Taichung, hari ini saya mengisytiharkan Hari Lady Gaga yang ditujukan kepada seluruh peminatnya," jelas Hu.

Ratusan peminat Lady Gaga berada di tepi jalan dengan memakai kostum dan rambut palsu ala penyanyi itu.

Salah seorang peminat lelaki memakai kostum kepala babi bagi memberi penghormatan ke atas pakaian penyanyi itu yang sebelum ini diperbuat daripada daging mentah, lapor stesen televisyen TVBS.

Lady Gaga yang berusia 25 tahun merupakan salah seornag penyanyi yang paling popular di Taiwan.

Kehadirannya di Taiwan mendapat liputan di muka hadapan kebanyakan akhbar utama.

Dia turut membuat persembahan malam semalam sebagai sebahagian daripada promosi album terbaharunya, Born This Way. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majlis perkahwinan diraja Monaco meriah

Posted:

Majlis perkahwinan diraja Monaco meriah

Majlis perkahwinan diraja Monaco meriah


PUTERA ALBERT II menari dengan isterinya, Puteri Charlene di Opera Garnier, Monaco kelmarin.


MONACO - Pemerintah Monaco, Putera Albert II dan Puteri Charlene berkahwin dalam majlis gilang-gemilang yang dihadiri oleh sejumlah selebriti antarabangsa dan anggota-anggota kerabat diraja dari beberapa buah negara di dunia kelmarin .

Putera Albert, 53, berkahwin dengan Charlene yang merupakan bekas perenang skuad Sukan Olimpik Afrika Selatan yang berusia 33 tahun.

Charlene memakai gaun rekaan Giorgio Armani Prive dengan rambutnya diikat dengan gaya Perancis serta mengenakan solekan yang tipis dalam majlis perkahwinan tersebut.

Bekas atlet itu memakai gelaran puteri selepas berkahwin dengan Putera Albert II.

Kali terakhir majlis perkahwinan diraja diadakan melibatkan kerabat diraja Monaco ialah pada tahun 1959 membabitkan aktres Hollywood, Grace Kelly.

Kelly berkahwin dengan bapa Putera Albert II, Putera Rainer III.

Majlis kelmarin turut dihadiri tetamu kenamaan termasuk bekas pelakon yang melakonkan watak James Bond, Sir Roger Moore, Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy dan pereka fesyen, Roberto Cavalli dari Itali.

Ribuan rakyat Monaco gembira dengan perkahwinan tersebut.

Mereka menyaksikan majlis tersebut menerusi layar besar yang diletakkan luar halaman istana, di mana majlis diadakan.

Perkahwinan itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana Charlene dikatakan mahu meninggalkan Putera Albert II beberapa hari sebelum kedua-duanya berkahwin.

Menurut beberapa khabar angin, Charlene dikatakan tidak selesa dengan sejarah silam Putera Albert II yang mempunyai beberapa anak luar nikah.

Turut hadir ialah anggota kerabat diraja Thailand, Puteri Sirivannavari Nariratana, bekas isteri Shah Iran, Farah Pahlavi dan Putera Mahkota Bahrain, Prince Salman bin Hamad bin Isa Al Khalifa. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved