Isnin, 13 Jun 2011

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Peguam dipenjara, didenda kesalahan rasuah

Posted:

Peguam dipenjara, didenda kesalahan rasuah

Peguam dipenjara, didenda kesalahan rasuah

13/06/2011 8:58pm

KUALA LUMPUR – Seorang peguam dihukum penjara empat tahun dan didenda RM235,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan meminta dan menerima suapan daripada anak guamnya, seorang doktor, kononnya untuk menyogok polis bagi menyelesaikan siasatan kes ugut, enam tahun lepas.

Bagi tuduhan pertama, Ranjit Singh, 57, dikenakan hukuman penjara empat tahun dan didenda RM200,000 oleh Hakim Rozilah Salleh kerana kesalahan meminta suapan wang tunai RM40,000 daripada Dr Chong Kuck Meng, 46, bagi menyelesaikan siasatan kes ugutan jenayah terhadap seorang pelajar Lee Khai Yin, 26, di Lobi Hotel Le Meridien, Jalan Stesen Sentral pada 11.45 malam 22 April 2005.

Sekiranya gagal menjelaskan denda itu, Ranjit boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun.

Bagi pertuduhan kedua, dia turut dihukum penjara setahun dan didenda RM35,000 kerana menerima suapan wang tunai RM7,000 daripada Kuck Meng kononnya untuk menyogok polis bagi menyelesaikan siasatan kes ugutan jenayah terhadap Khai Yin.

Ranjit boleh dipenjara dua bulan lagi, jika gagal menjelaskan denda itu.

Bapa kepada empat anak itu, yang pernah bertugas sebagai pegawai polis, didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Twin Happiness, Slim River, di Perak pada 8.30 malam 28 Jun 2005. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis marin rampas rokok dalam serbuan

Posted:

Polis marin rampas rokok dalam serbuan

Polis marin rampas rokok dalam serbuan

13/06/2011 8:56pm

LUMUT – Pasukan Gerakan Marin (PGM) Perak merampas sebanyak 270 karton rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM18,900 dalam serbuan ke sebuah kedai runcit di Taman Bernam Baru, Hutan Melintang hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM, DSP Shaari Ariffin berkata, serbuan pada kira-kira 10 pagi tadi adalah hasil maklumat daripada orang awam mengenai penjualan rokok putih dan kretek seludup.

"Sepasukan lima anggota telah dihantar ke lokasi untuk menyiasat dan mengintip aktiviti penjualan haram itu semalam sebelum menyerbu premis berkenaan pagi ini.

"Hasil serbuan itu, anggota PGM berjaya menemui sebanyak 270 karton rokok putih dan kretek pelbagai jenama bernilai RM18,900 dipercayai dijual kepada pelanggan tetap," katanya kepada pemberita di Markas Operasi PGM, Kampung Acheh di sini.

Beliau berkata, seorang lelaki berumur 52 tahun turut ditahan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana kesalahan memiliki barang-barang belum lulus cukai kastam. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Juruwang pecah amanah dipenjara, disebat

Posted:

Juruwang pecah amanah dipenjara, disebat

Juruwang pecah amanah dipenjara, disebat

13/06/2011 6:52pm

MELAKA – Seorang juruwang Bank Islam Malaysia Berhad dihukum penjara 10 tahun dan dikenakan 12 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana kesalahan pecah amanah melibatkan deposit cek tidak wujud bernilai RM1,925,500.

Roslizam Zabar, 40, dari Kampung Batu Gajah, Merlimau, Jasin, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan, melakukan kesalahan itu di cawangan bank berkenaan di Kompleks Perniagaan Masjid Tanah, Alor Gajah.

Bagi pertuduhan pilihan pertama, Roslizam yang diamanahkan kepadanya semua urusan kaunter bank itu, dengan curang dan tanpa pengetahuan serta kebenaran bank, membuat deposit cek-cek yang tidak wujud berjumlah RM95,000 dan dimasukkan ke dalam akaun Roslen Enterprise, sebuah syarikat yang tubuhkannya, antara 5 Disember dan 26 Disember 2008.

Bagi pertuduhan pilihan kedua, dia membuat deposit cek-cek yang tidak wujud berjumlah RM1,578,000 dan dimasukkan ke dalam akaun Roslen Enterprise antara 9 Januari dan 25 Ogos 2009, manakala bagi pertuduhan pilihan ketiga, dia membuat deposit cek-cek yang tidak wujud berjumlah RM252,500 dan dimasukkan ke dalam akaun Roslen Enterprise antara 2 Ogos dan 17 Ogos 2010.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan rotan bagi setiap tiga pertuduhan itu dan mengarahkan hukuman berjalan serentak mulai hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved