Khamis, 3 Oktober 2013

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lelaki didakwa tembak Hussain

Posted:

Lelaki didakwa tembak Hussain

Lelaki didakwa tembak Hussain

Oleh WAZIHA WAHID
Waziha@kosmo.com.my

TOKONG Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang menjadi tempat pembunuhan Hussain (gambar kecil) pada 29 Julai lalu.


KUALA LUMPUR - Kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi dan cubaan membunuh isterinya pada hujung Julai lalu sampai ke kemuncaknya apabila seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam berhubung kejadian tersebut.

Penarik kereta, Koong Swee Kwan, 44, atau lebih dikenali sebagai Sei Ngan Chai (bermaksud Empat Mata dalam bahasa Kantonis) bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan ketika kes itu disebut di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Rosmaniar Zainuddin.

Dia didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi di sini antara pukul 1.30 petang dan pukul 2 petang 29 Julai lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suri rumah rugi RM1.7 juta ditipu sindiket Hong Kong

Posted:

Suri rumah rugi RM1.7 juta ditipu sindiket Hong Kong

Suri rumah rugi RM1.7 juta ditipu sindiket Hong Kong

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

SIBU – Seorang suri rumah berusia 54 tahun kerugian RM1,746,434 selepas menjadi mangsa satu sindiket penipuan yang mendakwa mangsa kini menjadi buruan pihak berkuasa Hong Kong kerana terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai Ling menerima panggilan pada Mei lalu daripada empat individu yang mendakwa masing-masing daripada Hang Seng Bank, Jabatan Kastam dan Eksais, Jabatan Hasil Dalam Negeri serta daripada peguam yang berasal dari Hong Kong.

Kesemua empat suspek tersebut mendakwa Ling terlibat dalam penggubahan wang haram.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Shabery: Tiada pembaziran berlaku

Posted:

Shabery: Tiada pembaziran berlaku

Shabery: Tiada pembaziran berlaku

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan meneliti setiap laporan mengenai kementerian seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ahmad Shabery berkata, beliau telah meminta pegawai kementerian itu untuk memberikan laporan tambahan bagi membolehkan beliau mengambil tindakan bersesuaian.

"Penelitian ini untuk membolehkan sebarang penjelasan dikemukakan jika perlu. Ini bukannya masa untuk menuding jari tetapi menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

"Sesuatu acara yang dibuat oleh kerajaan perlu dilihat secara holistik," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rasa hebat lakukan jenayah

Posted:

Rasa hebat lakukan jenayah

Rasa hebat lakukan jenayah

ADA penjenayah sanggup membunuh diri kerana tidak tahan menanggung perasaan bersalah. - Gambar hiasan


MUTAKHIR ini, kita dikejutkan dengan begitu banyak berita berkaitan jenayah termasuk pembunuh upahan dan kumpulan kongsi gelap.

Ia menimbulkan tanda tanya kepada kita mengapa manusia cenderung melakukan jenayah? Adakah jenayah merupakan satu cara baharu untuk manusia mendapatkan keseronokan?

Itulah antara persoalan yang belum dapat dirungkaikan dalam kajian-kajian psikologi. Sekiranya salah laku jenayah atau keganasan mampu memuaskan hati manusia, ia mungkin hanyalah ilusi.

Kita selalu mendapati bahawa penjenayah yang dimomokkan sebagai bengis dan kejam, biasanya terpaksa menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika hukuman dijatuhkan ke atas mereka oleh mahkamah.

Malah, walaupun ada yang sanggup membunuh orang lain, pada akhirnya mereka rela membunuh diri kerana tidak lagi mampu menanggung perasaan bersalah.

Semua ini jelas menunjukkan bahawa penjenayah yang ganas sekali pun hanyalah manusia biasa.

Umumnya, kajian-kajian psikologi mendapati bahawa penjenayah selalunya datang daripada kelompok yang mempunyai 'penghargaan kendiri' yang rendah.

Bagi meningkatkan keyakinan diri, mereka menyertai kumpulan tertentu atau terlibat dengan jenayah yang membolehkan mereka dinilai sebagai manusia hebat dan luar biasa.

Kelemahan

Berdasarkan tanggapan ini, cubaan menutup kelemahan itulah yang menjebakkan diri mereka dengan jenayah. Sekiranya mereka lemah, mengapa mereka mampu melakukan keganasan dan kekerasan?

Seolah-olah mereka yakin terhadap perkara yang dilakukan, sedangkan bagi majoriti lain, mereka sangat takut untuk melanggar undang-undang. Apatah lagi untuk merompak atau membunuh orang tanpa rasa kasihan.

Dalam konteks ini, ahli psikologi menganggapnya sebagai satu bentuk 'ego diri'. Penjenayah ini perlu menunjukkan kekuatan mereka bagi memberitahu orang lain bahawa mereka bukanlah individu lemah, sebaliknya mereka adalah manusia unik.

Tekanan hidup turut mendorong seseorang melakukan jenayah. - Gambar hiasan


Mereka mahu menunjukkan bahawa mereka mampu melakukan apa yang tidak boleh dilakukan orang lain, walaupun tindakan itu mungkin bertentangan dengan norma dan peraturan hidup manusia.

Penyertaan dalam kumpulan jenayah tertentu juga mungkin ada kaitan dengan pengiktirafan psikologi ini. Semakin besar dan terkenal satu-satu kumpulan itu menyebabkan mereka berasa memiliki kehebatan tersendiri.

Sebab itulah, kita dapati aktiviti jenayah banyak berlaku dalam kelompok masyarakat minoriti, kumpulan berpendapatan rendah dan mereka yang tidak berpendidikan tinggi.

Kelemahan diri telah ditukar kepada bentuk lain bagi membolehkan mereka mendapat pengiktirafan. Adakah undang-undang sedia ada tidak cukup untuk menakutkan manusia?

Hukuman

Sebenarnya, inilah juga antara isu yang sering dibahaskan dalam kajian-kajian psikologi. Umumnya, kajian mendapati ramai penjenayah tidak menghiraukan bentuk undang-undang atau hukuman bagi tindakan mereka.

Mereka juga tidak melakukan pertimbangan untung rugi dalam setiap tindakan jenayah, khususnya hukuman yang bakal diterima.

Mereka hanya mempertimbangkan apa yang bakal diperoleh sekarang dan bukannya musibah pada masa hadapan.

Bagi sesetengah penjenayah, mereka cuma mempertimbangkan sama ada mereka akan ditangkap ketika melakukan jenayah atau berjaya menghindarkan diri daripada dihidu oleh pihak berkuasa.

Ego diri memperteguhkan perlakuan mereka tadi. Bagi segelintir penjenayah, mereka dikatakan mempunyai personaliti yang sukakan risiko. Semakin besar hukuman, semakin 'seronok' mereka melakukan jenayah terbabit.

Ini bukanlah bermakna undang-undang tidak diperlukan. Undang-undang diperlukan bagi mengawal perilaku mereka yang tidak mempunyai personaliti mudah melakukan jenayah.

Undang-undang diperlukan bagi membolehkan majoriti masyarakat yang tidak terlibat dengan jenayah berasa gerun dan menghindarkan mereka daripada terjebak.

Sebab itulah, penjenayah mesti dihadapkan ke mahkamah dan dihukum setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Sekalipun mereka tidak takut atau menyesal, sekurang-kurangnya mereka menerima balasan atas perbuatan tersebut.

Kecenderungan segelintir ahli masyarakat menganggap penjenayah sebagai wira dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa sebenarnya tidak memberikan sebarang manfaat.

Ia hanya akan meninggikan ego diri penjenayah untuk terus melakukan jenayah yang mengancam nyawa dan keselamatan negara.

Mengelilingi dunia di Intermark Mall

Posted:

Mengelilingi dunia di Intermark Mall

Mengelilingi dunia di Intermark Mall


KANAK-KANAK yang menyertai peraduan mewarna peti harta karun di Intermark Mall berpeluang memenangi percutian menyeronokkan di taman-taman tema terkemuka seperti Sunway Lagoon (kiri) dan Universal Studios.


BAGI anda yang mempunyai anak-anak kecil, jangan ketinggalan membawa mereka menyertai peraduan mewarna peti harta karun di Intermark Mall, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Oktober ini.

Pelbagai hadiah menarik seperti tiket masuk dan penginapan untuk empat orang ke Taman Tema Universal Studios di Singapura, Legoland di Johor dan Sunway Lagoon di Selangor sedia untuk dimenangi.

Pengarah The Intermark, Patrick Liau berkata, peraduan tersebut merupakan sebahagian daripada promosi Mengelilingi Dunia pusat beli-belah tersebut yang berlangsung pada 3 hingga 6 Oktober ini.

"Promosi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepelbagaian barangan dan cita rasa antarabangsa dari kedai, restoran dan rangkaian kesihatan dan gaya hidup yang disediakan The Intermark," katanya.

Dengan perbelanjaan serendah RM10, pengunjung boleh menikmati hidangan restoran-restoran dan kafe terkenal di podium melalui gerai-gerai promosi mereka di tingkat bawah dan tingkat satu. Para pengunjung juga berpeluang merasa pelbagai jenis keju di gerai-gerai tersebut.

Selain itu, pengunjung berpeluang mendapat baucar bernilai RM50 untuk dibelanjakan di Intermark Mall jika "pasport" mereka dicop sebanyak enam kali di gerai-gerai promosi yang disediakan. "Pasport" ini boleh didapati di kaunter penerangan di tingkat bawah.

Mereka yang menjamu selera di sana juga diberi potongan harga antara 20 sehingga 50 peratus bagi hidangan terkenal di restoran dan kafe yang mengambil bahagian.

Selaras dengan tema mengelilingi dunia, para pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik termasuklah samurai Jepun, nyanyian tenor; dendangan lagu-lagu klasik Cina dari Shanghai; pukulan kompang; tarian kipas Korea dan Flamenco dari Sepanyol.

Intermark Mall merupakan sebahagian daripada pembangunan bersepadu The Intermark yang turut merangkumi Menara Integra, Menara Vista dan Hotel Double-Tree by Hilton.

Rekaan tema Malaysia pada cawan Starbucks

Posted:

Rekaan tema Malaysia pada cawan Starbucks

Rekaan tema Malaysia pada cawan Starbucks

Saleharon (dua dari kiri) melihat pelbagai hasil seni yang dihasilkan pelajar-pelajar.


SEMPENA sambutan ulang tahun ke-50 Hari Malaysia tahun ini, jenama kopi terkemuka di Malaysia, Starbucks dengan kerjasama Kolej Saito, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini telah menganjurkan program Colors of Malaysia.

Melalui program itu, seramai 53 pelajar dari Fakulti Reka Bentuk, Kolej Saito berpeluang menunjukkan kreativiti masing-masing di atas cawan Starbucks.

Pengurus Hal Ehwal Awam dan Strategi Digital Starbucks Malaysia, Salleharon Ahmad berkata, program yang julung-julung kali diadakan itu bertujuan memberi platform kepada golongan muda untuk mengetengahkan bakat-bakat mereka.

Pihaknya sengaja memilih tema Malaysia bertujuan memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan golongan muda lebih-lebih lagi sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-50.

"Setiap pelajar diberi sebanyak enam cawan Starbucks dan tempoh selama seminggu untuk menyiapkan kesemua rekaan dan lukisan yang bertemakan Malaysia.

"Ada yang mengangkat kebudayaan, muzik, kepelbagaian kaum, lokasi-lokasi pelancongan, karnival dan perayaan bagi mencerminkan keunikan serta kepelbagaian negara ini," katanya pada majlis penghargaan kepada para peserta di cawangan Starbucks Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Reka Bentuk Kolej Saito, Mok Chuang Yung.


Program Colors of Malaysia merupakan kerjasama antara Starbucks dan Kolej Saito bertujuan memeriahkan sambutan Hari Malaysia tahun ini.


Kagum

Tambah Saleharon, kesemua cawan-cawan itu kemudiannya dipamerkan selama dua minggu kepada orang ramai di cawangan tersebut.

"Setakat ini, ia mendapat maklum balas positif daripada masyarakat dan pelancong asing yang kagum dengan lukisan dan rekaan yang dihasilkan.

"Siapa sangka, sebiji cawan mampu menceritakan segala-galanya mengenai Malaysia dan secara tidak langsung mempromosikan inti pati negara ini kepada pelancong asing," ujarnya.

Sementara itu, pelajar tahun pertama jurusan seni reka dalaman, Chiew Burk Soon, 19, berkata, dia mengambil masa selama empat hari untuk menyiapkan kesemua lukisan berlatar belakang kepelbagaian kaum di negara ini.

"Ia merupakan sumbangan kecil saya sempena sambutan ulang tahun Hari Malaysia pada tahun ini. Tema-tema yang diangkat dalam program ini secara tidak langsung membolehkan saya lebih memahami, mengenali keunikan dan kepelbagaian negara kita," ujarnya.

Rakannya, Wang Jing Wen, 19, pula berkata, program itu memberi peluang kepadanya untuk mengembangkan bakat dalam bidang rekaan dan lukisan.

"Biarpun sibuk dengan tugasan dan kuliah, saya gunakan masa luang sebaik mungkin untuk menyiapkannya. Walaupun tampak mudah, melukis di atas cawan kertas yang mempunyai ruang terhad sememangnya menguji kreativiti seseorang," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rajagobal tenang hadapi musibah

Posted:

Rajagobal tenang hadapi musibah

Rajagobal tenang hadapi musibah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

BARISAN pelatih Harimau Malaya mula menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin.


PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal (gambar kecil) tidak rela lagi kehilangan khidmat tonggak utama menjelang aksi menentang Bahrain pada kempen kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober ini.

Terdahulu, Rajagobal kehilangan tiga pemain – Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Fadhli Shas dan Azamud- din Akil – yang ditimpa masalah kecederaan.

Justeru Rajagobal berkata, beliau akan cuba mencari pengganti tempat Wan Zack yang dijangka berehat sekurang-kurangnya enam bulan ekoran kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada lutut kanan.

"Sebelum ini, Fadhli mengalami kecederaan MCL (Medial Collateral Ligament) dan terbaharu, Wan Zack pula ditimpa kecederaan ACL.

"Sudah tentu ia mengganggu perancangan pasukan selepas kehilangan dua tonggak utama ini.

"Namun, saya kena fikir pemain mana mampu menggantikan tempat mereka pada perlawanan menentang Bahrain nanti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Rajagobal berkata, beliau juga masih memantau perkembangan Azamuddin yang dilaporkan mengalami kecederaan pangkal paha.

"Kita masih ada Khyril (Muhymeen Zambri), Fakri Saaraani dan saya akan tengok siapa yang sesuai ganti (tempat) Wan Zack.

"Saya mahu bagi kelonggaran kepada pemain-pemain (beraksi pada suku akhir Piala Malaysia) kerana saya tidak mahu lagi kehilangan pemain utama.

"Sebaik mereka kembali bersama pasukan, baru saya akan lihat siapa yang mampu beraksi menentang Bahrain nanti," tambahnya.

Ketika ini, Rajagobal hanya dapat mengumpul 11 pelatih bagi mengikuti kem latihan Harimau Malaya.

Ini kerana 17 lagi pemain masih mempunyai tugasan bersama pasukan masing-masing bagi mengharungi aksi suku akhir Piala Malaysia.

Ditanya mengapa beliau tidak memilih untuk mengadakan latihan bersama skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee, Rajagobal memberitahu: "Saya ada cara tersendiri untuk mengatasi situasi tersebut.

"Saya hanya mahu memberi tumpuan kepada pasukan. Bukan kita tidak mahu main (dengan Harimau Muda) tetapi saya ada perancangan tersendiri.

"Kecederaan bila-bila masa boleh berlaku. Saya tidak mahu gangguan kepada para pemain dan cukuplah latihan ini buat sementara."

Harap tuah gelanggang keramat

Posted:

Harap tuah gelanggang keramat

Harap tuah gelanggang keramat

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

INDRA menjadi sandaran terbaik Kelantan bagi merobek gawang Johor DT di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini.


PARA penyokong Kelantan bakal menentukan nasib The Red Warriors yang akan turun melayan kunjungan Johor Darul Takzim (Johor DT) pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini.

Penggempur Kelantan, Indra Putra Mahayuddin percaya puluhan ribu penyokong The Red Warriors yang akan membanjiri stadium keramat mereka itu mampu menjadi 'pemain ke-12' serta memberikan impak besar terhadap prestasi skuad kendalian Bojan Hodak itu.

Menurut Indra, Stadium Sultan Muhammad IV masih lagi menjadi gelanggang yang digeruni pihak lawan bersandarkan kepada sokongan padu daripada penyokong setia Kelantan.

"Kami ketinggalan dua gol dan perlu mencarinya di sini (Kota Bharu) untuk layak (ke separuh akhir) selain tidak boleh membenarkan Johor DT mencipta jaringan.

"Saya harap dengan doa dan sokongan para peminat dapat memberikan motivasi kepada para pemain untuk menewaskan Johor DT nanti.

"Sejak sekian lama, stadium ini memberikan kita kelebihan. Banyak pasukan yang datang ke sini dan pulang dengan kekecewaan.

"Saya fikir ia (Stadium Sultan Muhammad IV) masih lagi keramat. Saya menjangkakan tidak mudah untuk pemain Johor DT meraikan sesuatu di sini dan kami akan memberikan yang terbaik," kata Indra ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas mengenai kekalahan 2-4 pada aksi suku akhir pertama di Larkin, Sabtu lalu, Indra berkata, ia merupakan isyarat penting kepada Kelantan bahawa saingan Piala

"Banyak kesilapan yang dilakukan pada perlawanan pertama sehingga menyebabkan kami terpaksa menerima hakikat kekalahan itu.

"Tidak ada lagi kompromi, kami kena turun Sabtu ini dengan memberikan aksi yang terbaik tanpa melakukan kesilapan, itu sangat penting.

"Kami mempunyai banyak peluang pada perlawanan pertama, saya fikir tidak kurang daripada lima tetapi nasib tidak begitu menyebelahi kami.

"Kali ini para pemain kena bermain seperti biasa, tiada sebarang tekanan dan gol pasti akan datang," ujarnya.

Indra menambah, Johor DT mungkin melakukan kesilapan besar sekiranya menganggap bekalan dua gol yang dibawa skuad Harimau Selatan itu mampu memberikan kelebihan untuk mereka layak ke saingan separuh akhir.

"Kini kami harus mengurangkan kesilapan di hadapan gawang sendiri sebagaimana yang berlaku di Larkin," katanya.

Giger pamer kayuhan sebenar

Posted:

Giger pamer kayuhan sebenar

Giger pamer kayuhan sebenar

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

GIGER mengawal basikalnya ketika menuruni bukit pada perlumbaan peringkat kedua LIMBC 2013 di Padang Mat Sirat, Kuah, Langkawi semalam.


PENYANDANG juara, Fabian Giger mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi peringkat kedua Cabaran Lumba Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2013 semalam.

Pada aksi sejauh 45 kilometer (km) dari Taman Legenda ke Perkampungan Oriental itu, Giger mencatatkan masa terpantas iaitu 1 jam 55 minit 49 saat.

Tempat kedua pula diraih rakan sepasukannya daripada Giant Pro XC, Emil Lindgren dengan masa 1:58:14s manakala pelumba pasukan Elettroveneta-Corratec, Kristian Hynek ketiga (1:58:28s).

Lindgren turut merampas Jersi Kuning daripada pendahulu keseluruhan sebelum ini, Maxime Marotte.

Giger berkata, kelancaran perlumbaan semalam telah memberi peluang kepadanya untuk mendominasi saingan seperti yang dilakukan pada peringkat pertama yang dimenangi Lindgren kelmarin.

"Saya sangat kecewa semalam (kelmarin) kerana tayar basikal saya pancit pada penghujung perlumbaan dan ketinggalan lebih 30 minit.

"Saya rasa peluang saya untuk pertahankan gelaran juara tahun ini nampak sukar.

"Begitupun, saya tetap akan memberikan aksi yang terbaik untuk pasukan, sekali gus membantu Lindgren kekal berada di kedudukan teratas," kata Giger.

Bagi kategori wanita pula, juara bertahan, Lea Davison turut menyerlah selepas mencatatkan masa terpantas 2:19:28s.

Kemenangan tersebut turut membantu pelumba Specialized Factory Racing itu untuk mengungguli kedudukan keseluruhan, sekali gus merampas Jersi Merah Jambu daripada Eva Lechner (Colnago Sudtirol).

Tempat kedua pula diraih pencabar terdekatnya, Maja Wloszczowska (Giant Pro XC) selepas mencatatkan masa 2:19:28s.

Pemenang peringkat pertama, Adelheid Morath (Sabine Spitz Haibike Pro) yang menghuni tempat ketiga sekadar merekodkan 2:23:46s.

Dalam pada itu, pelumba Kedah SBS Giant, Shahrin Amir terpaksa berpuas hati dengan catatan masa 2:28:48s untuk berada di tangga ke-32 apabila tersilap jalan kira-kira 10 kilometer selepas perlumbaan.

"Ketika itu saya dalam kelompok yang besar membabitkan 14 hingga hingga 15 pelumba termasuk beberapa pelumba profesional, jadi saya tidak perasan dengan penunjuk arah.

"Saya rasa sudah terlajak dalam empat hingga lima kilometer sebelum terpaksa berpatah balik ke laluan yang betul selepas melihat beberapa pelumba lain yang sebelum ini berada di belakang kami sudah berada di hadapan," kata Shahrin.

Pelumba pasukan Endurance, Saiful Khohar Abdul Halim pula meraih tempat ke-27, sekali gus muncul pelumba pertama negara yang melintasi garisan penamat dengan catatan masa 2:27:31s.

Para pelumba akan menghadapi ujian lebih sukar hari ini bagi mengharungi peringkat ketiga sejauh 81 kilometer yang bermula dan berakhir di Perkampungan Oriental.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Keracunan makanan: 25 pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah duduki PMR di hospital

Posted:

Keracunan makanan: 25 pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah duduki PMR di hospital

Keracunan makanan: 25 pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah duduki PMR di hospital

03/10/2013 7:50pm

IPOH - Seramai 25 pelajar Sekolah Menengah Sains Tapah yang mengalami keracunan makanan terpaksa menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Hospital Tapah hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Chenderiang, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, mereka terpaksa menjawab kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Geografi di hospital sehingga dibenarkan keluar pada pukul 5 petang tadi.

Beliau berkata, kesemua mereka merupakan antara 66 pelajar yang dihantar ke hospital pada pukul 9 pagi tadi selepas mengalami simptom keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada ayam masak kurma yang tercemar.

"Sejak malam tadi selepas menikmati makan malam di dewan asrama pada pukul 6 petang, pelajar mengadu sakit perut, pening kepala dan muntah- muntah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hang Soon berkata, daripada jumlah itu, dua pelajar masing-masing dari Tingkatan Lima dan Dua dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut dan kini mereka dilaporkan stabil.

"Pelajar perempuan yang dimasukkan ke wad mengalami cirit-birit dan muntah sejak pukul 10 malam tadi, manakala seorang lagi pelajar lelaki mengalami sakit perut dan cirit-birit," katanya. - Bernama

Dua pelajar nyaris jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia

Posted:

Dua pelajar nyaris jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia

Dua pelajar nyaris jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia

03/10/2013 7:41pm

KOTA KINABALU - Dua pelajar perempuan hampir terperangkap dalam sindiket pemerdagangan manusia dan diselamatkan polis pada malam Selasa.

Kedua-dua gadis yang masih bersekolah dan berasal dari Kota Belud itu kini di bawah jagaan polis sehingga siasatan selesai.

Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Deputi Superitendan Peter Anak Umbuas berkata, susulan itu seorang lelaki berjaya ditahan selepas anggota polis bergegas ke lokasi kejadian hasil maklumat daripada Bernama.

"Lelaki ini masih ditahan untuk siasatan sama ada suspek terlibat seperti yang didakwa kedua-dua mangsa," katanya ketika mengesahkan kes berkenaan kepada Bernama.

Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menimbulkan keadaan panik di lokasi berkenaan di Jalan Bandaran di sini.

Difahamkan kejadian itu bermula apabila seorang wanita yang tinggal di lot bangunan di Bandaran Berjaya di sini terkejut apabila kediamannya yang ketika itu tidak berkunci dimasuki dua gadis berkenaan dalam keadaan cemas.

"Selepas saya bertanya tujuan mereka masuk ke rumah saya, mangsa beritahu 'mereka mungkin akan dijual' oleh tiga lelaki," kata wanita itu yang enggan dikenali.

Katanya, mangsa berjaya melarikan diri selepas berpura-pura mahu membeli barang di kedai 7-eleven dan terus menyusuri bangunan kediaman itu untuk meminta bantuan.

Wanita itu berkata, kedua-dua mangsa baru tiba dari Kota Belud mengikuti seorang lelaki yang didakwa sebagai bapa angkat.

"Ketika berada di sebuah kedai makan berdekatan rumah saya, kedua-dua gadis ini terdengar perbualan ketiga-tiga lelaki berkenaan yang mereka ini akan dijual, menyebabkan mangsa berusaha untuk melarikan diri sehinggalah mereka menyelinap masuk ke rumah saya. Syukurlah mereka selamat," katanya. - Bernama

JPJ Selangor mulakan operasi khas anggota berpakaian preman

Posted:

JPJ Selangor mulakan operasi khas anggota berpakaian preman

JPJ Selangor mulakan operasi khas anggota berpakaian preman

03/10/2013 7:37pm

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan menempatkan anggota berpakaian preman di beberapa lokasi strategik bagi merakam kesalahan pengguna jalan raya terutama ketika waktu puncak setiap hari.

Pengarah JPJ negeri, V.Valluvan Vello berkata, operasi khas itu telah pun bermula di laluan Putrajaya ke Salah Tinggi dan Padang Jawa ke Shah Alam.

Beliau berkata, operasi khas itu bertujuan membendung kesalahan yang menyebabkan kemalangan dan kematian seperti melanggar lampu isyarat, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan kenderaan membawa lebih had muatan.

"Orang ramai yang ingin JPJ melakukan operasi penguatkuasaan di kawasan mereka boleh menghubungi pejabat cawangan JPJ berhampiran," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Valluvan Veloo berkata JPJ negeri telah mengeluarkan sebanyak 18,967 saman termasuk 6,165 saman membabitkan kesalahan melanggar lampu isyarat dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas.

Selain kesalahan gagal mematuhi peraturan lampu isyarat, beliau berkata sebanyak 4,422 saman dikeluarkan kerana kesalahan membawa lebih had muatan dan 2,104 saman kerana tidak memakai topi keledar. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Mr. Bean masuk Islam?

Posted:

Mr. Bean masuk Islam?

Mr. Bean masuk Islam?

Mr. Bean dikatakan memeluk Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.- Agensi


LONDON - Pelakon komedi yang terkenal dengan watak Mr.Bean, Rowan Atkinson dilaporkan memeluk agama Islam pada 1 Oktober.

Berdasarkan kepada dua media sosial, sadabladi.com dan israellycool.com, Mr. Bean berkata, dia memilih Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Sementara itu, laman web, Islampos.com pula berkata, pelakon itu tidak banyak bercakap apabila pihak media bertanya mengenai perkara itu.

Dia hanya mengangkat jari sebagai isyarat dia bersyahadah.

Bagaimanapun, sehingga kini media-media di United Kingdom masih belum menyiarkan khabar angin itu, biarpun media Arab sudah heboh mengenainya. - Agensi

Operasi kerajaan pusat AS masih ditutup

Posted:

Operasi kerajaan pusat AS masih ditutup

Operasi kerajaan pusat AS masih ditutup


PEMANDANGAN kafeteria Senat di Capitol Hill, Washington yang ditutup kelmarin.- AFP


WASHINGTON - Kemelut politik yang melanda Kongres tidak menunjukkan tanda akan reda dengan operasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) terus lumpuh.

Setakat ini, pemimpin parti pemerintah, Parti Demokrat dan pembangkang, Parti Republikan membayangkan penutupan operasi kerajaan itu mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Penutupan tersebut bermula kelmarin apabila Kongres gagal meluluskan bajet bagi membiayai perbelanjaan negara menjelang tarikh akhir berbuat demikian pada 30 September lalu.

Penutupan operasi kerajaan pusat itu menyebabkan taman negara, laman web kerajaan dan agensi kerajaan ditutup manakala 800,000 kakitangan awam terpaksa bercuti tanpa gaji.

Jumlah tersebut merupakan satu pertiga daripada keseluruhan kakitangan kerajaan persekutuan AS.

Impak penutupan operasi kerajaan itu tertumpu di ibu negara AS, di sini yang mana kerajaan persekutuan menjadi majikan utama.

Di bandar raya yang dihuni 600,000 orang ini, kawasan Capitol Hill dan The Mall yang menjadi destinasi utama pelancong telah ditutup.

Dalam pada itu, situasi tersebut menyebabkan Presiden Barack Obama membatalkan lawatannya ke beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Walaupun sebahagian besar operasi kerajaan lumpuh, perbelanjaan untuk fungsi penting seperti keselamatan negara dan awam masih diteruskan termasuk bayaran gaji anggota tentera.

Turut menerima gaji mereka termasuk anggota Senat dan Dewan Perwakilan di Kongres.

Mereka dibayar gaji ketika terus bercakaran berhubung isu bajet tersementara hampir sejuta kakitangan kerajaan pula terus terjejas.

"Penutupan ini menjejaskan daerah saya termasuk kakitangan awam yang berkerja keras tetapi terpaksa bercuti ekoran percakaran ini," kata wakil rakyat Virginia, Scott Rigell. - Agensi

Ratu cantik ayam akan diadakan di Arab Saudi

Posted:

Ratu cantik ayam akan diadakan di Arab Saudi

Ratu cantik ayam akan diadakan di Arab Saudi


PERTANDINGAN ratu cantik ayam ini julug kali diadakan berbanding haiwan ternakan lain di negara Teluk tersebut.- Agensi


RIYADH - Satu pertandingan ratu cantik untuk ayam akan diadakan di ibu kota Arab Saudi pada Jumaat ini, lapor akhbar berbahasa Arab, Sabq kelmarin.

Acara itu akan diadakan oleh seorang peladang di Arab Saudi yang turut menjemput peladang-peladang di beberapa negara Teluk lain ke pertandingan berkenaan.

Puluhan ekor ayam betina dan jantan akan berhimpun di ladang tersebut untuk pertandingan ratu cantik ayam yang julug kali diadakan di negara berkenaan.

Peladang itu, Mutaab Al-Othman berkata, pertandingan tersebut diadakan di ladang miliknya dekat ibu kota Riyadh pada hari Jumaat.

"Pertandingan ini akan melibatkan satu acara lelongan untuk ayam yang jarang ditemui. Sebahagian ayam ini pernah menyertai pertandingan yang sama di Jerman dan mendapat kedudukan yang baik," katanya

Al-Othman berkata, ayam yang dipertandingkan mampu mencecah harga di antara SR$2,000 hingga SR$10,000 (RM1,726 hingga RM8,630) setiap seekor di acara lelongan tersebut.

"Sebahagian baka ayam pernah dijual lebih dari SR$35,000 (RM30,208) pada satu acara lelongan sebelum ini," tambahnya yang tidak menjelaskan bagaimana ratu ayam itu akan dipilih kelak dalam acara berkenaan. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Johan, Aishah tidak tayang tubuh

Posted:

Johan, Aishah tidak tayang tubuh

Johan, Aishah tidak tayang tubuh

Biarpun filem seram, Paku belum ditayangkan buat khalayak, barisan pelakon utamanya, Johan As'ari dan Aishah Ilias sudah panas punggung gara-gara adegan panas yang diperkatakan dalam filem tersebut.

Semuanya gara-gara pengarah P. Ramesh membocorkan tentang adegan panas yang terdapat dalam filem tersebut pada sesi sidang akhbar selepas tayangan trailer filem terbitan Nusantara Seni Karya itu.

Terserlah kebimbangan pada mata Johan kerana dia tidak mahu penonton salah sangka sebelum menonton keseluruhan filem seram pertama lakonannya.

"Memang saya bimbang apabila pengarah menyentuh tentang adegan panas kerana takut penonton salah anggap.

"Sebenarnya selepas dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem Negara, hanya terdapat satu adegan panas sahaja. Adegan itu dilakonkan ketika wajah Aishah bertukar menjadi hantu, jadi tidak ada elemen ghairah melampau seperti yang difikirkan," kata Johan.

Tambahnya, dia telah mengetahui tentang kewujudan adegan panas itu sejak menerima skrip filem dan agak berat hati untuk melakonkannya.

Bagaimanapun, selepas diyakinkan oleh pengarah tentang keperluan babak tersebut dan teknik pembuatannya, akhirnya Johan, 26, memberi persetujuan.

"Ikutkan skrip asal filem ini dari Indonesia terlalu banyak adegan yang melampau tetapi selepas skrip diolah dan disesuaikan dengan sentimen masyarakat tempatan, adegan itu dikurangkan.

"Saya setuju melakonkan adegan panas itu kerana keperluan jalan cerita dan saya serta Aishah berada dalam keadaan berpakaian," jelasnya panjang lebar.

PROFESIONAL... Johan dan Aisyah memberikan sepenuh jiwa bagi memantapkan tenaga dan aura lakonan bagi merealisasikan perjalanan cerita filem Paku.


Syarat ketat Aishah

Berbicara lanjut tentang adegan tersebut, Aishah, 26, mengakui yang dia rasa malu, bahkan ketika adegan panas itu dirakamkan, Aishah telah meletakkan syarat pada pihak produksi.

Syaratnya, ketika adegan panas itu menjalani proses penggambaran, dia enggan terlalu banyak mata yang memandangnya.

Justeru, hanya terdapat sekitar tujuh orang penting yang menyaksikannya secara langsung.

"Ini kali pertama saya membawakan adegan seperti ini. Bagi saya, adegan itu sangat susah kerana saya belum berkahwin dan tidak tahu bagaimana untuk melontarkan perasaan yang dikehendaki pengarah.

"Selepas berbincang, hanya ada tujuh orang kru penting sahaja sewaktu penggambaran dan mereka semua tidak dibenarkan langsung membawa sebarang kamera atau telefon.

"Saya bukannya berbogel kerana masih mengenakan tube tetapi saya akui waktu itu memang saya malu," balasnya yang juga bakal muncul dengan filem Pilot Cafe dan Usin UFO.

Johan, syarat ketat itu dikenakan kepada produksi kerana bimbang fitnah dan impak negatif pada kemudian hari.

"Dalam adegan itu kami berpelukan, jika ada yang mengambil gambar dan tidak tahu hujung pangkalnya, pasti akan timbul fitnah.

"Sebab itu hanya orang penting sahaja dibenarkan berada di lokasi ketika penggambaran dilakukan," jelasnya.

Kisah benar

Ketepikan sebentar kisah adegan panas, hanya menerusi trailer yang ditayangkan kepada pihak media, filem ini kelihatan agak seram dan sarat dengan teknik janaan komputer (CGI) sebanyak 30 peratus.

Walaupun filem seram ini tentang hantu pontianak tetapi pengarahnya menyelitkan kisah benar iaitu tragedi Highland Towers sebagai latar filem yang mengejutkan rakyat Malaysia pada 11 Disember 1993.

JOHAN dan Aisyah mengakui perlu berpelukan dalam satu adegan filem Paku.


"Saya setuju berlakon dalam filem ini kerana jalan ceritanya yang menarik dan kreatif. Bayangkan, kami melakukan penggambaran di tempat 'keras' seperti di runtuhan bangunan Highland Towers dan saya juga terpaksa membayangkan bangunan itu runtuh di depan mata.

"Memang sukar tetapi bagi saya, terlibat dalam filem Paku satu pengalaman yang cukup berbaloi. Semua orang memberi komitmen yang tinggi dan pengarahnya tahu apa yang diinginkan," kata Johan.

Menariknya, sepanjang penggambaran berlangsung, semua aksi babak ngeri dilakonkan sendiri oleh pelakonnya terutama Aishah yang memegang watak Riana dan pada masa yang sama sebagai puntianak.

Aishah yang melakukan aksi lagak ngeri sebanyak 50 peratus dalam filem ini terpaksa disolek sehingga enam jam untuk mendapatkan wajah hantu yang sebenar.

"Setiap kali jadi hantu, saya akan melakukan aksi lagak ngeri sendiri seperti terbang dari atas bumbung dan bangunan.

"Pada mulanya takut juga sebab saya gayat tetapi lama-lama jadi seronok kerana saya seorang yang lasak dan sukakan cabaran.

"Paku merupakan filem pertama saya dan semuanya saya dapat lakukan dalam satu filem," katanya yang mula berlakon pada tahun 2011.

Kejutan khas Fizo Omar

Posted:

Kejutan khas Fizo Omar

Kejutan khas Fizo Omar

Oleh HARYATI KARIM

FIZO bakal mengadakan sidang akhbar mengenai perkahwinannya dengan Mawar pada hujung bulan ini.


PELAKON Fizo Omar yang bakal bertunang dengan model tudung Fareeda pada awal November depan memberitahu, dia bakal memberi kejutan khas pada sesi sidang akhbar mengenai perkahwinannya yang dirancang sekitar hujung bulan ini.

Menurutnya yang ditemui pada majlis Usahanita Hot Burger di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Kuala Lumpur baru-baru ini, kejutan itu sudah lama dirancangnya. Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan butiran kejutan itu secara terperinci.

"Apa yang boleh saya katakan, bakal ada kejutan, untuk siapa dan apa kejutannya, nantikan pada majlis sidang akhbar pengumuman pertunangan dan perkahwinan yang akan diadakan tidak lama lagi. Nama pun kejutan, jika saya beritahu sekarang bukanlah kejutan namanya. Harap semua dapat bersabar," katanya.

Tambahnya yang bakal bergelar suami kepada Mawar Abdul Karim iatu anak kepada pemilik tudung Fareeda, dia tidak pernah berniat untuk menyembunyikan hubungannya dengan gadis berusia 24 tahun itu.

Sudah menjadi prinsipnya sejak bergelar pelakon, dia hanya berkongsi kisah kerjayanya sahaja bersama peminat.

"Saya tidak sorok, apa lagi kami akan bertunang kerana itu perkara baik. Cuma saya lebih selesa berkongsi kisah kerjaya dan kisah yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain.

"Namun, apabila ramai yang sudah tahu, saya kongsikan sahaja mana yang termampu," ujarnya yang teruja dengan hari bahagianya.

MAWAR bakal disunting oleh Fizo untuk menjadi teman hidup pelakon itu.


Disoal tentang persiapan pertunangan, jelas Fizo, kesibukan kerjanya serta Mawar membataskan perjumpaan untuk persiapan pertunangan.

"Cincin sudah dibeli, cuma kami berdua terlalu sibuk. Jumpa pun tidak sempat, semuanya berbincang menerusi telefon sahaja.

"Kadang-kadang sebagai lelaki, saya rasa bersalah kerana tidak dapat meluangkan masa untuk memilih barang hantaran dan persiapan yang lain bersama. Mawar seorang yang sangat memahami, jadi tidak timbul sebarang masalah di situ," katanya.

Pakar motivasi

Dalam pada itu, Fizo mengakui yang dia sudah lama mengidamkan untuk bergelar seorang pakar motivasi pada masa hadapan.

Bahkan, Fizo yang hangat dengan perniagaan Hot Burger juga bakal mengeluarkan buku autobiografi yang ditulisnya sendiri pada penghujung tahun ini.

"Selepas saya menjalankan perniagaan Hot Burger dan membantu orang lain, secara automatik saya rasa berminat untuk menjadi pakar motivasi dan penulis.

"Saya bukanlah pakar motivasi yang mempunyai ijazah kedoktoran tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam hidup saya sendiri.

"Mungkin pada masa hadapan saya akan sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk mempertingkatkan ilmu sebagai pakar motivasi kerana saya seronok dapat memberi inspirasi dan semangat kepada orang lain," ucapnya.

Jelas Fizo, selain buku, dia juga kini ligat menulis di blognya, www.fizoomar.blogspot.com sebagai medan untuknya berkongsi pengalaman bersama peminat dan orang ramai.

"Saya tidak tahu kenapa sekarang saya suka menulis. Walaupun sibuk, saya tetap luangkan masa menulis buku autobiografi kerana saya ingin kongsi apa yang saya lalui sehingga saya berada di tahap hari ini.

"Blog pula tempat saya mengemas kini aktiviti serta apa yang berlaku di sekeliling saya. Kiranya, blog tempat saya mengasah kemahiran menulis," terangnya yang semakin kurang berlakon.


BANTU WANITA... Fizo menjalinkan kerjasama dengan jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita bagi memilih 10 ibu tunggal di setiap negeri di Malaysia bagi mengusahakan bisnes Hot Burger yang diasaskannya.


Bantu ibu tunggal

Perniagaan Hot Burger yang diasaskan Fizo bersama tiga rakan kongsi yang lain kini mendapat sambutan yang luar biasa. Biarpun hanya setahun lebih beroperasi, Hot Burger telah memiliki 60 cawangan gerai di seluruh negara.

Menariknya, selain membantu belia untuk berniaga, Hot Burger juga membantu ibu-ibu tunggal untuk menambahkan pendapatan bulanan mereka.

Menerusi program Usahanita Hot Burger dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita dan disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, seramai 10 ibu tunggal di setiap negeri dipilih untuk memiliki gerai Hot Burger mereka sendiri secara percuma.

"Pihak Jabatan Pembangunan Wanita akan mengenal pasti ibu-ibu tunggal yang layak dan kami akan mengadakan sesi temu ramah terlebih dahulu sebelum mereka terpilih.

"Kami akan memberi latihan, kelengkapan gerai dan juga wang saku sebanyak RM500 ketika latihan sebagai bantuan untuk ibu tunggal yang layak," katanya.

Beritahu Fizo, setakat hari ini, bantuan Hot Burger untuk ibu tunggal baru sahaja bermula di Kuala Lumpur dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

"Contoh di Kelantan, kami menerima 1,000 permohonan tetapi kami harus saring dan membantu mereka yang benar-benar susah sahaja.

"Saya rasa bangga dan gembira melihat orang yang dibantu telah berjaya dan mendapat pulangan pendapatan yang lumayan," ujarnya.

'Drama' CN Blue lawan Crying Nut

Posted:

'Drama' CN Blue lawan Crying Nut

'Drama' CN Blue lawan Crying Nut

CRYING NUT


KES saman menyaman antara dua band popular Korea Selatan iaitu CN Blue dan Crying Nut memasuki episod baharu apabila Mahkamah Daerah Tengah Seoul telah menolak saman tersebut.

CN Blue sebelum ini memfailkan saman dalam usaha mereka menghalang anggota Crying Nut yang didakwa telah menyebarkan gosip negatif tentang ahli CN Blue,

Ujar sumber: "Pada 25 September lalu, Hakim Kang Hyung-joo telah mengumumkan bahawa mahkamah telah menolak permohonan CN Blue dan agensi yang menaungi mereka, FNC Entertainment untuk menyaman dan menghalang Crying Nut yang didakwa menyebarkan gosip negatif tentang CN Blue."

Konflik antara dua CN Blue dan Crying Nut mula tercetus pada Jun 2010 apabila CN Blue membuat persembahan di stesen TV, Pilsal Offside dengan Crying Nut bertindak sebagai band pengiring.

Bagaimanapun, video cakera digital (DVD) persembahan kolaborasi kedua-dua band tersebut dengan lagu oleh Crying Nut turut diselitkan telah dijual di Jepun.

CN Blue bagaimanapun tidak berpuas hati dengan tindakan Crying Nut itu. Mereka mendakwa, Pilsal Offside sebelum ini telah menetapkan bahawa DVD tersebut seharusnya hanya menggunakan lagu Crying Nut.

Ekoran dakwaan CN Blue itu, Crying Nut lalu mengambil tindakan menyaman CN Blue pada Februari tahun ini.

CN Blue pula membuat saman balas terhadap Crying Nut dengan mendakwa Crying Nut telah menyebarkan dakwaan palsu terhadap mereka.

Kredit: www.kosmo.com.my

Rabu, 2 Oktober 2013

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Bilik kecik, sempit tapi selesa

Posted:

Bilik kecik, sempit tapi selesa

Bilik kecik, sempit tapi selesa

PELUANG bermalam di Hotel Container sebulan lalu mengubah persepsi Wilhelmina Wee, 26, mengenai penginapan di rumah tumpangan atau hotel butik. Baginya, hotel butik yang terletak di Jalan Delima, Kuala Lumpur itu menyediakan kelengkapan asas yang mencukupi sepanjang dua kali dia menginap di hotel tersebut.

Sebelum ini, rumah tumpangan atau hotel butik bukanlah pilihan utama beliau apabila bercuti sama ada di dalam mahupun di luar negara. Alasan beliau mudah, bimbang mengenai tahap kebersihan tempat penginapan tersebut.

Namun, setelah bermalam di Hotel Container, tanggapannya ternyata salah. Walaupun ruang bilik yang disediakan agak terhad dan sempit, dia cukup gembira dan selesa sewaktu menginap di hotel yang baru sahaja dibuka kepada umum pada awal Ogos lalu.

"Saya menginap di hotel itu sebanyak dua kali bersama rakan. Bilik Konservatif merupakan pilihan pertama saya sewaktu menginap di sini. Kemudian pada penginapan kali kedua, saya memilih bilik Cabaran. Kedua-dua bilik mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan ia amat bersesuaian untuk para pengembara yang datang ke ibu kota," ujar konsultan ketua projek di salah satu organisasi swasta di Lembah Klang itu.

Menurutnya, dia lebih sukakan konsep bilik Cabaran yang diperbuat daripada paip konkrit walaupun ruang biliknya agak sempit dan tandasnya di luar.

"Hanya ada katil, pendingin hawa dan lampu disediakan di bilik Cabaran tetapi ia memadai pada harga yang ditawarkan. Paip konkrit yang diubah suai menjadi bilik itu mempunyai suhu sejuk dan kalis bunyi," ujarnya ketika ditemui Kosmo! di hotel tersebut baru-baru ini.

Bilik Cabaran dibina di dalam paip konkrit boleh memuatkan dua orang tetamu manakala dorm pula menempatkan sehingga lapan orang.


LANDSKAP tumbuh-tumbuhan sekitar kawasan hotel dijaga rapi oleh pihak pengurusan.


Konsep hotel

Walaupun kediamannya terletak di Petaling Jaya, dia tidak mahu melepaskan peluang bermalam di Hotel Container selepas mendapat maklumat mengenai hotel itu daripada kenalannya.

Konsep Hotel Container yang menggunakan kontena iaitu sebuah peti besar yang diperbuat daripada logam itu merupakan salah satu faktor Wilhelmina mahu bermalam di sana.

Menurutnya, kontena yang diubah suai menjadi hotel itu ternyata unik dan jarang diketahui umum terutamanya dalam konteks rakyat Malaysia.

Kedudukan hotel yang terletak berdekatan kawasan segi tiga emas ibu kota iaitu Bukit Bintang merupakan faktor yang menarik pelancong asing untuk bermalam di situ.

"Pihak pengurusan hotel juga menyediakan ruang di aras bawah dan aras tiga untuk tetamu beristirehat. Walaupun hanya menyediakan kelengkapan asas, tetapi kadar harga yang ditawarkan menjadikannya sebuah penginapan yang selesa," ujarnya.

Hotel Container menawarkan tiga pakej utama iaitu Konservatif, Cabaran dan Dorm. Ketiga-tiga pakej itu mempunyai kelebihan dan kesesuaian mengikut bajet dan kemahuan tetamu.

Hotel yang menggunakan tujuh kontena berwarna jingga itu dibahagikan kepada tiga tingkat di dalam kawasan seluas 465 meter persegi. Namun, hanya 279 meter persegi tanah sahaja digunakan untuk memuatkan kontena tiga tingkat itu manakala selebih dijadikan kawasan istirehat dan tujuh buah paip konkrit untuk bilik Cabaran.

Pemilik hotel itu, Ryan Loo Chung Fong, 30, memberitahu, hotel tersebut merupakan idea baharu dalam bidang perkhidmatan perhotelan di Malaysia.

RYAN menganggap kewujudan Hotel Container di ibu kota memberi idea baharu kepada industri pelancongan di Malaysia.


Menurutnya, hotel kontena telah digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dan Eropah untuk penginapan para pelancong yang mengembara di negara-negara itu.

"Hotel Container merupakan satu-satunya hotel kontena yang dibina untuk tujuan pelancongan dan penginapan di tengah-tengah ibu kota. Ia merupakan salah satu daya tarikan baharu kepada pelancong asing terutamanya kepada pengembara yang berkunjung ke ibu kota," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai idea kontena yang diubah menjadi hotel, Ryan memberitahu, dia percaya kepada konsep menggunakan bahan-bahan kitar semula.

Menurutnya, selepas membuat kajian sebelum memulakan projek itu, dia mendapati syarikat-syarikat besar akan mula menjual kontena syarikat selepas menggunakannya selama 10 tahun.

Lambakan kontena

"Saya melihat lambakan kontena-kontena terpakai milik syarikat-syarikat besar tetapi tidak digunakan dengan sebaiknya. Selepas mengadakan perbincangan bersama keluarga dan rakan-rakan, idea untuk menjadikan kontena sebagai hotel itu mula timbul.

"Melalui kaedah yang dilakukan dalam pembinaan Hotel Container, sekurang-kurangnya saya dapat mengurangkan pembaziran bahan-bahan besi yang tidak digunakan," ujar pemegang Ijazah Kejuruteraan Mekatronik, Universiti Monash, Australia itu.

Tambah Ryan, bapanya yang memiliki perniagaan dalam industri pembinaan di Perlis dan ibu negara juga merupakan salah satu pemangkin untuk dia mencuba nasib dalam industri itu.

Idea Ryan dalam pembinaan hotel daripada kontena itu juga merupakan salah satu kaedah untuk menghadapi harga tanah yang semakin melonjak. Melalui tanah yang disewa secara kontrak selama sembilan tahun itu, dia menggunakan tanah yang ada untuk menjayakan projek itu.


REKAAN bilik cabaran yang berasaskan paip konkrit merupakan pilihan penginapan lain untuk tetamu di Hotel Kontena.


Dalam tempoh sebulan, hotel yang bernilai kira-kira RM1 juta itu dibuka kepada umum, Ryan menerima kira-kira 50 tetamu dari dalam dan luar negara. Dua pelancong dari Jepun merupakan tetamu pertama yang menginap di situ pada hari pertama hotel itu dibuka.

Pihaknya kini dalam perancangan untuk membuka sebuah lagi hotel yang menggunakan kontena sebagai bahan asas di Jalan Yap Kwan Seng dalam masa tiga tahun akan datang.

"Hotel tersebut dibina setinggi 10 tingkat. Ia merupakan idea yang berteraskan hibrid dengan menggabungkan besi dan bahan kitar semula. Ia masih dalam peringkat perancangan. Segala persediaan sudah siap dan hanya menunggu projek itu terlaksana," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Trend baharu pelancongan negara

Posted:

Trend baharu pelancongan negara

Trend baharu pelancongan negara


SELAIN daripada penginapan, kontena juga diubah suai menjadi sebuah pejabat di kebanyakan negara Eropah.


HARGA berpatutan yang ditawarkan Hotel Container dan Ladang ar-Raudhah antara faktor yang menarik pelancong untuk singgah sewaktu mengembara di Malaysia.

Selain itu, pelancong asing yang biasa mengembara di kebanyakan negara di Eropah, mereka lazimnya menginap di hotel kontena selain rumah tumpangan.

Dalam konteks masyarakat Malaysia, penginapan kontena kurang mendapat sambutan kerana tidak ramai menyedari kewujudannya.

Naib Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Ab. Rahman Mohd. Ali memberitahu, pakej penginapan di hotel kontena mungkin mengambil tempoh yang panjang untuk diperkenalkan.

"Hotel Container di Jalan Delima, Kuala Lumpur misalnya, perlu bersaing dengan deretan hotel lima bintang di sekitar Jalan Bukit Bintang. Tidak semua pelancong akan menginap di situ. Hanya pengembara tegar sahaja yang berminat kerana harga yang ditawarkan sesuai dengan bajet mereka.

"Penginapan berkonsepkan kontena ini merupakan idea baharu yang dapat membantu industri pelancongan negara. Pengusaha hotel kontena juga perlu melakukan strategi pemasaran dan pengiklanan yang agresif bagi menarik perhatian pelancong tempatan dan asing," ujarnya ketika dihubungi.

Tambah beliau, penginapan kontena seharusnya mempunyai ciri-ciri yang melambangkan masyarakat Malaysia sama ada dari segi rekaan hotel atau aktiviti yang ditawarkan.

Mengambil contoh inap desa, penginapan di kawasan kampung itu mempunyai pelbagai pakej dan produk pelancongan yang melambangkan identiti masyarakat di Malaysia.

Golongan sasaran

"Sekiranya kelengkapan asas yang disediakan memenuhi cita rasa pengembara, saya pasti bukan pengembara sahaja yang menginap di situ malah pelancong berkeluarga juga memilih menginap di hotel itu," jelasnya.

Sementara itu, Pensyarah dan Koordinator Latihan Industri Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka, Shareenie Shera Abdul Hamid, 33, memberitahu, kewujudan penginapan kontena merupakan trend baharu dalam industri pelancongan Malaysia.


KELENGKAPAN perabot dan bilik yang selesa disediakan untuk tetamu yang menginap di ladang ar-Raudhah.


Menurutnya, pengusaha-pengusaha hotel kontena perlu mengetahui golongan sasaran untuk mempromosikan pakej penginapan yang mereka tawarkan.

"Dalam psikologi pelancongan, pelancong terdiri daripada tiga kategori iaitu psikosentrik, alosentrik dan midsentrik. Kebanyakan pelancong asing yang mengembara di Malaysia mempunyai pemikiran alosentrik dan midsentrik," ujarnya ketika dihubungi.

Pelancong yang biasa menginap di hotel lima bintang dikategorikan sebagai psikosentrik manakala pemikiran alosentrik terdiri daripada pengembara yang gemarkan penginapan asas sahaja. Midsentrik pula terdiri daripada pelancong yang berfikiran fleksibel tanpa menghiraukan aspek penginapan mereka.

Jelas Shareenie, pengusaha hotel kontena perlu memupuk semangat hospitaliti dalam perniagaan mereka untuk membantu meningkatkan industri pelancongan negara.

Servis dan layanan yang baik kepada tetamu mampu mencerminkan perkembangan industri pelancongan bagi sesebuah negara.

Selain itu, penginapan kabin lebih sesuai di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor kerana ia merupakan destinasi persinggahan pelancong sebelum meneruskan pengembaraan mereka.

Seorang pengembara, Siti Noridah Ab. Rahman, 30, memberitahu, kewujudan penginapan di dalam kontena di ibu kota memberi idea kepadanya untuk menginap di hotel berkonsepkan seumpamanya sewaktu mengembara ke luar negara.

"Kebiasaannya saya akan menginap di dorm kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada hotel. Destinasi di kawasan pedalaman sesebuah negara menjadi pilihan saya sewaktu mengembara. Jadi saya jarang melihat kontena dijadikan tempat penginapan," ujarnya yang pernah mengembara ke Vietnam, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Pakistan.

Baginya, ciri-ciri yang ditawarkan oleh penginapan kontena sesuai untuk pengembara yang melancong ke Malaysia. - MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

200 bahasa lenyap di India

Posted:

200 bahasa lenyap di India

200 bahasa lenyap di India


PARA pelajar beratur panjang di hadapan guru mereka sambil memegang papan hitam yang tertera huruf-huruf bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Hyderabad.


KAJIAN mendedahkan lebih 200 bahasa telah lenyap di India sejak lima dekad lalu. Migrasi ke bandar dan kebimbangan puak nomad untuk bertutur dalam bahasa ibunda mereka dilihat sebagai punca kepupusan itu.

Kajian yang dijalankan di seluruh negara sejak empat tahun lalu mendapati, sebanyak 230 bahasa ibunda lenyap sementara 870 bahasa masih terselamat daripada ujian masa di India yang kaya dengan kepelbagaian termasuk dari aspek penduduk asli dan puak serta kepesatan pembangunan negara.

Ganesh Devy, yang mengetuai tinjauan itu berkata, terdapat 480 bahasa puak yang masih digunakan di India, manakala bahasa Hindi dan Inggeris terus mengukuh dalam dunia mudah alih dan saling berhubungan masa ini.

"Saya bimbang apabila melihat sejumlah besar bahasa berkurangan secara mendadak di India," kata Ganesh, penulis dan Pengasas Bhasha Trust, satu organisasi bukan kerajaan yang berjuang memulihara bahasa ibunda di India.

Kajian

Pasukan beliau, yang terdiri daripada 3,000 orang sukarelawan di seluruh India telah mengunjungi masyarakat di kebanyakan bahagian terpencil negara yang mempunyai 1.2 bilion penduduk itu. Tujuan mereka adalah untuk mengkaji dan mendokumen bahasa yang masih dipertuturkan dan ditulis pada hari ini.

Kajian tersebut melibatkan penelitian bukti kewujudan suatu bahasa asal melalui penggunaan dalam lagu dan kisah rakyat serta istilah-istilah mengenai persekitaran mereka.

Pasukan itu membandingkan penemuan mereka dengan keputusan bancian yang dijalankan kerajaan pada tahun 1961 yang menyatakan kira-kira 1,100 bahasa ibunda wujud di seluruh negara tersebut.

Lima jilid pertama daripada 50 jilid terperinci Tinjauan Linguistik Rakyat India telah didedahkan di New Delhi baru-baru ini.

ANAK seorang pekerja buruh yang berhijrah ke bandar berinteraksi dengan gurunya di sebuah sekolah di Bangalore.


Sembunyi identiti

Ganesh memberitahu, bahasa-bahasa penduduk pesisiran pantai juga telah terhakis sejak beberapa tahun lalu dengan golongan nelayan tradisional yang berhadapan dengan kekurangan hasil pendapatan, terpaksa berpindah ke kawasan bandar mencari pekerjaan.

"Bagi komuniti-komuniti pesisiran pantai yang terkesan daripada perubahan teknologi penternakan laut, kekayaan terminologi untuk ikan dan ombak tidak lagi berguna di kawasan darat," jelasnya.

Tambah beliau, loghat juga kian hilang dalam kalangan puak nomad yang sering dilabelkan sebagai penjenayah di masa silam. Mereka juga dianggap sebagai masyarakat di paras terendah sistem kasta India.

"Ramai dalam kalangan puak ini cuba menyembunyikan identiti mereka, termasuk tidak berbahasa dalam dialek tradisi, agar tidak diganggu.

"Ada juga antara mereka yang meninggalkan gaya hidup nomad dan berhijrah ke bandar raya, tidak mahu terikat dengan amalan, budaya dan bahasa ibunda mereka kerana bimbang ditolak oleh masyarakat sekeliling," ujarnya.

Kajian turut mendapati, hubungan kekeluargaan kian menyusut bersama-sama dengan terma-terma dalam upacara keagamaan, tulis Ganesh dalam akhbar The Hindu baru-baru ini.

Jelas beliau, kelemahan dalam hubungan dengan ekosistem juga digambarkan melalui ketidakupayaan masyarakat dalam menamakan pokok atau burung dalam bahasa ibunda mereka.

Walau bagaimanapun, tambahnya, terdapat pengecualian antara puak nomad terutamanya yang tidak terkecuali dalam pertumbuhan ekonomi negara itu.

"Ini dapat dilihat pada bahagian wilayah timur, Jharkhand, yang mana 30 peratus penduduk di situ masih mengamalkan warisan budaya mereka," ujarnya.

Kepelbagaian puak

Kira-kira 190 kumpulan puak didapati di seluruh India, merangkumi kawasan Andaman dan Pulau Nicobar ke Himalaya sehingga kawasan timur laut bersempadan dengan Bhutan dan China, dengan jumlah penduduk kira-kira 60 juta orang.

"Kehadiran kumpulan pribumi bermakna India terus menikmati kepelbagaian bahasa walaupun dilambung pembangunan ekonomi dan kesan penjajahan British.

"Sungguhpun dijajah selama lebih dua abad, lebih 800 bahasa masih terselamat," ujar Ganesh.

Perlembagaan India menggariskan sebanyak 22 bahasa rasmi, dengan bahasa Hindi sebagai bahasa utama. Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa pilihan untuk perniagaan dan ahli akademik diberikan status bersekutu.

Masyarakat yang berpendidikan dan fasih berbahasa Inggeris telah menjadi salah satu faktor utama di sebalik ledakan penyumberan luar ke India, yang menyaksikan syarikat-syarikat Barat mewujudkan sistem sokongan teknologi maklumat atau pusat panggilan di seluruh negara itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved