Rabu, 26 Disember 2012

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chelsea singkir Lampard

Posted:

Chelsea singkir Lampard

Chelsea singkir Lampard

LAMPARD diarah untuk mencari pasukan baharu sebaik musim perpindahan pemain dibuka 1 Januari 2013.


LONDON - Pemain tengah England, Frank Lampard dijangka meninggalkan Chelsea.

Karier Lampard, 34, bersama skuad The Blues sampai ke penghujungnya selepas dia diarah untuk mencari pasukan baharu sebaik musim perpindahan pemain dibuka 1 Januari 2013.

"Lampard sangat tertekan," menurut satu sumber dalaman kelab yang berpangkalan di Stamford Bridge itu.

"Dia mahu terus bermain untuk Chelsea tetapi mereka memberitahunya supaya mencari kelab lain pada Januari depan. Dia tidak mempercayainya. Apa yang dia mahu lakukan adalah bermain untuk Chelsea. Kelab ini sungguh bermakna buatnya."

Lampard menerima berita yang mengejutkan itu sebelum dia meledakkan gol dari jarak 25 meter dan mendapat tepukan gemuruh daripada para penyokong di Stamford Bridge sebaik mengetuai pasukan itu mencatat kemenangan besar 8-0 ke atas Aston Villa pada aksi Liga Perdana England, Ahad lalu.

Bagaimanapun, kesetiaan Lampard kepada Chelsea sejak dia menyertai kelab itu pada tahun 2001, 'diragut' dengan kejam.

Sepanjang tempoh itu, dia membantu Chelsea memenangi satu trofi Liga Juara- Juara, tiga Liga Perdana England, empat Piala FA dan dua Piala Liga.

Kontrak asal Lampard akan berakhir pada musim panas depan dan dia berharap persembahannya di padang mampu mendorong kelab untuk menyambung perjanjian tersebut.

Begitupun, Chelsea memberitahu Lampard bahawa dia boleh mencari kelab lain sebelum perlawanan menentang Villa.

"Lampard telah 'menghambakan diri' kepada kelab, terutamanya para peminat dan dia gembira untuk mengakhiri karier di Stamford Bridge," menurut sumber itu lagi.

"Selepas apa yang dilakukannya untuk Chelsea, dia tidak percaya dengan cara kelab membuangnya.

"Sesiapa sahaja yang melihat persembahannya ketika menentang Aston Villa mengakui dia sepatutnya berada dalam kesebelasan utama pasukan itu.

"Lampard sangat profesional kerana dia masih mampu bermain dengan baik meskipun mengetahui kelab tidak lagi memerlukan khidmatnya." - Agensi

Perpindahan tidak berbaloi

Posted:

Perpindahan tidak berbaloi

Perpindahan tidak berbaloi


LAMPARD (kiri) dijangka akan mengikut jejak langkah Anelka (kanan) dan Drogba (tengah) ke Shanghai Shenhua di China.


SHANGHAI, China - Sekiranya Frank Lampard mahu berkelana ke China, dia perlu mengambil iktibar daripada pengalaman 'pahit manis' dua bekas rakan sepasukan di Chelsea, Nicolas Anelka dan Didier Drogba.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pemain tengah England itu.

Tidak hanya gaya kehidupan di luar padang tetapi perbezaan budaya yang begitu ketara menyebabkan ramai bintang bola sepak asing, terutamanya dari Eropah yang bermain pada saingan Liga Perdana China, kecundang separuh jalan.

Mereka terpaksa mencari jalan keluar dan ada yang hanya baru tiba beberapa bulan sahaja terpaksa meninggalkan China kerana tidak mampu menyesuaikan diri.

Bekas penyerang Perancis, Anelka menjadi antara pelopor pemain bertaraf bintang yang berhijrah ke China dan dia telah ditawarkan gaji £175,000 (RM865,198) seminggu oleh kelab Shanghai Shenhua kira-kira 10 bulan lalu.

Pada musim panas lalu, penyerang 'kembarnya' di Chelsea, Drogba turut menyertainya di Shanghai dengan bayaran gaji £200,000 (RM988,849) seminggu.

Anelka, 33, tekad untuk meninggalkan Shanghai dan dia telah menyuarakan perkara itu kepada pihak pengurusan kelab serta satu sumber juga memberitahu, Drogba bakal mengikut jejak langkah sahabat baiknya itu.

Oriental Sports Daily melaporkan bahawa Drogba masih belum menerima gaji pada bulan Disember kerana krisis pihak lembaga pengarah dan Shenhua juga dikatakan dalam proses bagi membatalkan kontrak Anelka.

Dalam pada itu, aksi Drogba di atas padang tetap tidak mengecewakan apabila dia menjaringkan lapan gol daripada 11 penampilan musim ini dan membantu Shanghai berada di kedudukan kesembilan liga daripada 16 pasukan.

Bagaimanapun, aksi Anelka sedikit menghampakan apabila sekadar meledak tiga gol sepanjang musim ini.

Apa yang pasti, kedatangan Anelka ke China seperti tidak dirasai dan dia juga dilihat gagal menambat hati peminat-peminat di sana sejak tiba pada Februari.

Namun, Anelka menegaskan, dia berpindah ke China bukan kerana wang dan perkara-perkara yang menjadi persoalan itu akan terlerai tidak lama lagi.

Ketua jurulatih Shenhua, Jean Tigana yang juga merupakan bekas pengurus Fulham telah dipecat selepas mengendalikan pasukan itu untuk lima perlawanan kerana pemberontakan pemain-pemain.

Anelka yang terkenal dengan sikap pendiam serta tidak mesra media mungkin terkejut dengan keputusan memecat Tigana sebagai ketua jurulatih Shenhua.

Beberapa minggu selepas Anelka membuat pengumuman mengugut untuk meninggalkan Shenhua, para pemilik kelab itu seperti mahu memujuk Anelka dan berjanji akan membawa bekas pengurus Argentina, Sergio Batista ke kelab tersebut.

Sementara itu, terdapat satu lagi kes pelik membabitkan pemain dari Argentina, Dario Conca.

Conca dipilih sebagai pemain terbaik Liga Brazil selama dua tahun berturut-turut ketika beraksi untuk Fluminense apabila dia kemudian membuat keputusan menyertai juara China, Guangzhou Ever- grande.

Penyerang tengah itu menyertai Guangzhou pada musim panas 2011 dengan rekod perpindahan China sebanyak AS$10 juta (RM30 juta) dengan kontrak selama tiga tahun dengan gaji AS$1.3 juta (RM3.98 juta) sebulan.

Sekarang, dia juga dilihat sedang berusaha mencari jalan untuk keluar daripada kelab itu.

Pada bulan lalu, dia meninggalkan satu nota yang tertulis perkataan bahawa dia telah pergi dan tidak akan kembali.

Conca memberitahu bahawa dia tidak gembira berada di kelab itu dan banyak perkara pelik yang sentiasa berlaku, namun dia enggan menyata- kan sebab-sebab tersebut.

Untuk rekod, antara kes yang sama pernah dihadapi pemain-pemain Eropah yang berkelana ke negara lain terutama di Asia adalah bekas bintang England, Spurs dan Lazio, Paul Gascoigne yang menyertai Gansu Tianma pada 2003 tetapi hanya bermain empat perlawanan sebelum bertindak meninggalkan kelab itu atas alasan tidak dibayar gaji.

Lampard, 34, ketika ini masih belum menerima tawaran kontrak baharu bersama Chelsea dan dia dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke China pada musim depan dan mungkin dia ingin bersama bekas penjaga gol Spurs, Ian Walker yang kini melatih Shanghai Shenhua.

Walker secara terbuka mengkritik kesukaran untuk memulakan kehidupan baharu di China dengan perbezaan cara hidup, budaya dan makanan.

"Perkara paling merumitkan adalah makanan. Saya masih belum dihidangkan dengan menu anjing lagi. Mereka berkata tidak akan berbuat demikian, namun saya beberapa kali dihidangkan dengan burger yang sangat meragukan.

"Saya menghabiskan masa duduk di rumah. Saya bertuah kerana dapat duduk di rumah sambil menonton televisyen walaupun hanya terdapat satu saluran sukan," kata Walker. - AFP

Raihan tekad buat penampilan semula

Posted:

Raihan tekad buat penampilan semula

Raihan tekad buat penampilan semula


RAIHAN bertekad untuk membuat penampilan semula pada Sukan SEA 2013 di Myanmar, Disember tahun depan.


BEKAS atlet angkat berat wanita kebangsaan, Raihan Yusoff bertekad untuk membuat penampilan semula pada Sukan SEA 2013 di Myanmar selepas tempoh penggantungan terhadapnya tamat November tahun depan.

Raihan menaruh harapan yang tinggi untuk mewakili negara pada temasya dwitahunan itu setelah sekian lama tidak menyertai pertandingan.

"Saya meletakkan sasaran untuk menyertai Sukan SEA buat kali ketiga di Myanmar selepas tempoh penggantungan saya tamat.

"Namun, saya menyerahkan kepada Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berhubung nasib saya ini," katanya semalam.

Pemenang pingat gangsa acara 53 kilogram (kg) pada Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India itu dikenakan penggantungan dua tahun dan didenda AS$5,000 (RM15,100) oleh Persekutuan Angkat Berat Dunia (IWF) setelah gagal dalam ujian antidoping ketika menyertai Kejohanan Dunia Kelayakan Olimpik di Paris pada November 2011.

Raihan yang kini bertugas di Kem Tentera Darat Batu 5, Mentakab, Pahang berkata, sepanjang tempoh penggantungan tersebut, dia tidak menjalani latihan intensif kerana kesibukan tugas sebagai anggota tentera.

"Memang ada kelengkapan bersenam di gimnasium di sini (Mentakab) namun tiada peralatan angkat berat disediakan. Kesibukan bekerja juga membataskan saya untuk menjalani latihan intensif," katanya.

Ditanya mengenai kemelut yang melanda PABM ketika ini, Raihan berharap isu tersebut dapat diselesaikan segera bagi memastikan persediaan atlet untuk menghadapi kejohanan utama pada tahun depan tidak terjejas.

Untuk rekod, anak jati kelahiran Kelantan berusia 24 tahun itu meraih tempat keempat (Sukan SEA 2007) di Korat, Thailand dalam kategori 58kg sebelum merangkul pingat perak acara 53kg pada Sukan SEA 2009 di Laos. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mesej ambulans merah jambu

Posted:

Mesej ambulans merah jambu

Mesej ambulans merah jambu

ORANG perseorangan mahupun syarikat korporat turut sama menyumbangkan dana bagi tabung BCWA.


KEINDAHAN Hotel Grand Hyatt, Jalan Pinang, Kuala Lumpur bertambah meriah dengan kehadiran tetamu yang hadir dengan persalinan rona merah jambu bagi meraikan malam Pink Jazzy Affair yang dianjurkan oleh Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) baru-baru ini.

Ia merupakan tahun kedua GKL mengadakan malam amal yang bertemakan warna merah jambu bagi meraikan Hari Kanser Sedunia selain mengumpul dana bagi Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) dan program A Heart for A Heart.

Malam itu, pihak GKL berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM150,000 apabila kesemua meja habis terjual dengan kehadiran tetamu seramai 400 orang.

"A Pink Jazzy Affair merupakan acara kebajikan yang meraikan harapan, kesihatan dan cabaran menghadapi hidup. Kami amat berbesar hati dengan kemurnian hati setiap tetamu dan penyokong yang hadir pada acara ini," ujar Ketua Pegawai Eksekutif GNK, Amir Firdaus Abdullah dalam ucapan pada majlis perasmian.

BCWA menerima bantuan sebanyak RM100,000 sebagai dana dalam membantu program kesedaran kanser dan penghidap barah. Sementara itu, program inisiatif GKL iaitu A Heart for A Heart menerima dana sebanyak RM50,000 untuk membantu kanak-kanak yang berdepan dengan kecacatan jantung kongenital.

Pada masa sama, GKL turut melancarkan kereta ambulans pertama berwarna merah jambu. Ia selamat dirasmikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Kenderaan tersebut dilengkapi fasiliti kecemasan yang komprehensif, paramedik terlatih dan jururawat selain jalinan kerjasama antara GKL dan First Ambulance.


SULTAN AHMAD SHAH menurunkan tandatangan baginda sebagai merasmikan pelancaran ambulans merah jambu GKL.


Ambulans GKL itu juga bertujuan menggalakkan sokongan kepada kesedaran kanser payudara dan pesakit.

"Ambulans merah jambu GNK merupakan salah satu komitmen jangka panjang kami dalam menyokong program kesedaran kanser payudara. Ia bakal beroperasi di sekitar Lembah Klang dan sebahagian kutipan daripada servis perkhidmatannya bakal disumbangkan kepada persatuan-persatuan kanser payudara.

"Ia bukan sahaja membantu menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan malah menyelamatkan nyawa pesakit kanser payudara," jelas Amir.

Acara kemuncak pada malam itu adalah persembahan istimewa daripada penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza yang mendendangkan seleksi lagu-lagu malar segarnya. Istimewanya, setiap lagu-lagu itu digubah dengan mengikut rentak jazz bagi mengekalkan tema pada malam tersebut.

Penyanyi, Atillia dan Donne Ray Radford turut hadir menyampaikan lagu-lagu berentak jazz. - HAFIZ AHMAD

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Banjir jejaskan pendaratan ikan di Terengganu

Posted:

Banjir jejaskan pendaratan ikan di Terengganu

Banjir jejaskan pendaratan ikan di Terengganu

26/12/2012 6:27pm

KUALA TERENGGANU — Tangkapan ikan di Terengganu semasa musim banjir ini sejak dua minggu lepas terjejas disebabkan banyak bot tidak keluar ke laut.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu), Marzuki Abdul Jalil berkata, daripada 72,000 metrik tan tangkapan sebulan, hanya baru 48 metrik tan didaratkan dalam tempoh dua minggu ini.

"Sekarang ini kita bergantung kepada bekalan dari luar Terengganu untuk menampung keperluan orang ramai di sini," katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, Terengganu telah membawa masuk kira-kira 500 metrik tan atau 30 peratus ikan beku dari negeri lain di Semenanjung termasuk dari Thailand sejak dua minggu ini.

Jelas beliau, pada musim biasa, kesemua bot laut dalamnya daripada jenis pukat jerut itu mampu mendaratkan kira-kira 60 metrik tan ikan setiap minggu.

"Biasanya ikan yang bermutu tinggi saya hantar ke Kuala Lumpur dan Johor sementara ikan kurang bermutu seperti ikan selayang saya pasar di sini," katanya.

Beliau berkata, berikutan kekurangan bekalan ikan tempatan secara tidak langsung harga ikan meningkat. — BERNAMA

Tanah runtuh di Jabor: Tiada yang terkorban

Posted:

Tanah runtuh di Jabor: Tiada yang terkorban

Tanah runtuh di Jabor: Tiada yang terkorban

26/12/2012 6:25pm

KEMAMAN — Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Che Suza Che Hitam ketika dihubungi pemberita berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Menurut beliau, runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah. — BERNAMA

Jumlah pelancong ke Perak meningkat

Posted:

Jumlah pelancong ke Perak meningkat

Jumlah pelancong ke Perak meningkat

26/12/2012 6:23pm

IPOH — Jumlah kedatangan pelancong asing ke Perak meningkat kepada 800,000 orang bagi tempoh Januari hingga kini berbanding 400,000 orang bagi tempoh sama pada tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, daripada jumlah itu, kedatangan pelancong Singapura meningkat tujuh kali ganda berbanding hun lepas.

"Pelancong luar negara yang datang ke Negeri Perak meningkat, dan ini merupakan satu petanda baik untuk Program Tahun Melawat Malaysia yang akan diadakan dalam tempoh dua tahun lagi," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, rata-rata pelancong memberi maklum balas yang baik. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lagi kejadian tembakan di AS

Posted:

Lagi kejadian tembakan di AS

Lagi kejadian tembakan di AS

RUMAH dibakar Spengler bagi mengumpan anggota-anggota bomba supaya datang ke rumahnya di Webster, New York.


WEBSTER, New York – Seorang bekas banduan membakar sebuah rumah dan kereta di kejiranannya di sini, dalam negeri New York, untuk mengumpan pihak bomba sebelum menembak mati dua anggota pasukan berkenaan.

Penyerang kemudian bertindak membunuh diri selepas berbalas tembakan dengan pihak polis.

Dalam kejadian tersebut, pihak berkuasa terpaksa menggunakan kereta perisai untuk memindahkan mangsa-mangsa yang terbunuh serta 33 orang penduduk sekitarnya.

Ketua polis bandar ini, Gerald Pickering berkata, penyerang bersenjata itu, William Spengler telah dipenjara lebih 17 tahun kerana memukul sampai mati neneknya yang berusia 92 tahun pada tahun 1980.

Menurutnya, pembunuhan tersebut berlaku di sebuah rumah bersebelahan kediaman tempat serangan kelmarin berlaku.

Pihak berkuasa memberitahu, Spengler, 62, memperoleh parol pada 1998 dan menyepikan diri sejak dia dibebaskan.

"Kebakaran itu satu perangkap," kata Pickering pada satu sidang media.

"Mereka ini (anggota-anggota bomba) bangun di tengah malam demi memadamkan kebakaran. Mereka tidak menyangka akan ditembak dan terbunuh," tambahnya.

Setakat ini, polis masih menyiasat motif serangan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, satu rakaman audio yang disiarkan di laman web RadioReference.com menunjukkan seseorang melaporkan bahawa penyerang menggunakan sepucuk raifal atau senapang.

Dia melepaskan tembakan dari atas sebuah rabung di luar kediaman tersebut.

Jelas pihak berkuasa, dua anggota bomba mati di tempat kejadian manakala dua yang lain dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan.

Seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu turut cedera dalam insiden tersebut.

Menurut Pickering, sebanyak tujuh buah rumah musnah dengan polis masih belum dapat mengesahkan sama ada terdapat mangsa lain yang maut dalam serangan tersebut. Dalam perkembangan yang sama, seorang anggota polis Bellaire dan seorang penduduk ditembak dan dibunuh seorang suspek di tempat letak kereta kedai barangan penjagaan diri di barat daya bandar raya Houston kelmarin, kata beberapa

pegawai.

Pihak berkuasa menyatakan, Koperal Jimmie Norman, 53, sedang mengejar suspek berusia 21 tahun itu, Harlem Harold Lewis apabila dia menaiki kereta ke tempat pakir pada pukul 8.55 pagi waktu tempatan.

Beberapa saksi berkata, Lewis keluar dari kenderaannya dan mula melepaskan berdas-das tembakan.

"Lelaki itu mula menembak dengan tembakan dilepaskan ketika saya melarikan diri. Kira-kira 10 minit kemudian saya terfikir pistol apa yang digunakan lelaki itu," kata sorang saksi, Stephanie Pacheco.

Seorang saksi lain, Selvin Romero memberitahu Lewis melanggar trak pikap miliknya.

Menurut Romero, dia mengekori Lewis ke laluan di hadapan kedai itu.

Katanya, dia melihat Norman menghampiri kereta Lewis untuk memaksa dia menyerah diri. Namun, beberapa saat kemudian, Lewis melepaskan tembakan ke arah anggota polis itu.

"Suspek mula menembak anggota polis itu dan seterusnya menembak pemilik kedai berkenaan," kata Romero.

Pemilik kedai itu, Terry Taylor ditembak pada jarak dekat di kepala. Menurut polis, dia mati di tempat kejadian.

Polis menyatakan, Norman dibawa ke Hospital Ben Taub di sini dan meninggal dunia tidak lama kemudian. Dia tidak berbalas tembakan dengan suspek.

Lewis cedera dan melarikan diri tetapi dia ditemui di belakang sebuah premis perniagaan tidak jauh dari lokasi kejadian. Menurut polis, sepucuk senjata api ditemui di tempat kejadian.

Lewis kemudian dibawa ke sebuah hospital berhampiran dan berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Beberapa doktor memberitahu, dia dijangka pulih. Suspek kini berdepan dakwaan membunuh seorang anggota polis dan melakukan pembunuhan.

Sementara itu, seorang lelaki Seattle berusia 30 tahun terbunuh dan seorang lelaki cedera dalam insiden tembakan di sebuah bar di Bellevue dalam negeri Washington juga kelmarin.

Polis Washington mengeluarkan waran tangkap pada hari yang sama terhadap seorang remaja berusia 19 tahun berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, kejadian tembakan berlaku di Sekolah Rendah Newton, Connecticut pada 14 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, seorang pemuda berusia 20 tahun, Adam Lanza menembak ibunya dan 20 kanak-kanak termasuk enam kakitangan sekolah tersebut.

Lanza kemudian membunuh diri.

– Agensi

Kereta sport hibrid Ferrari akan dikeluarkan

Posted:

Kereta sport hibrid Ferrari akan dikeluarkan

Kereta sport hibrid Ferrari akan dikeluarkan


SEORANG pekerja memeriksa sebuah kereta Ferrari di kilang kenderaan itu di Maranello, Itali pada 5 Disember lalu.


MARANELLO - Gergasi perlumbaan Itali, Ferrari akan mengeluarkan model kereta sport hibrid untuk memenuhi cita rasa peminat kereta berkelajuan tinggi dan pada masa yang sama, peka terhadap penjagaan alam sekitar dalam tempoh beberapa bulan lagi.

"Kami sedang berusaha mengurangkan pengunaan tenaga tanpa menjejaskan prestasi Ferrari," kata ketua pembangunan kereta berkenaan, Matteo Lanzavecchia di sini.

"Kami juga berjaya meningkatkan kuasa kuda kereta Ferrari serta mengurangkan pengeluaran gas karbon dioksida sebanyak 30 peratus," katanya.

Model California 30 yang berharga AS$239,000 (RM731,340) keluaran Ferrari kini lebih berkuasa dan dilengkapi teknologi terbaharu tetapi beratnya telah dikurangkan sebanyak 30 kilogram berbanding versi sebelum ini.

Pada tahun lalu, sebanyak 7,200 kereta Ferarri telah dijual di seluruh dunia, meningkat 10 peratus berbanding 2010.

Pengarah Komersial Ferrari, Enrico Galliera berkata, pihaknya turut meminati pasaran di Malaysia.

"Terdapat banyak peluang di serata dunia. Ya, pastinya kami amat berhati-hati dengan beberapa pasaran seperti Eropah tetapi terdapat ekonomi lain yang sedang berkembang iaitu China, Indonesia, Malaysia dan Amerika Syarikat," katanya. - AFP

Bekas ibu pejabat syarikat Hainan diruntuhkan

Posted:

Bekas ibu pejabat syarikat Hainan diruntuhkan

Bekas ibu pejabat syarikat Hainan diruntuhkan


BANGUNAN yang pernah menjadi ibu pejabat syarikat Hainan Airlines diruntuhkan di Haikou, China semalam.


HAIKOU, China - Sebuah bangunan yang pernah menjadi ibu pejabat syarikat penerbangan Hainan Airlines diruntuhkan di sini semalam.

Bangunan yang dibina pada tahun 1996 itu diruntuhkan dengan menggunakan bahan letupan.

Pihak syarikat penerbangan itu memutuskan untuk meruntuhkan bangunan berkenaan selepas ibu pejabat baharu Hainan Airlines siap dibina pada tahun lalu. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Simpulan 2012, sasaran 2013

Posted:

Simpulan 2012, sasaran 2013

Simpulan 2012, sasaran 2013

BERTEMU mata dengan dua pemilik nama Shah Indrawan Ismail atau Tomok dan Hanifah Mohd Hanafiah (Black) di Restoran Nosh, Bangsar baru-baru ini tidak mengubah pemikiran bahawa kedua-duanya masih memiliki aura untuk menarik mata sekeliling seraya mohon bergambar bersama.

Masih jelas pesona yang dimiliki seorang juara pertandingan realiti nyanyian One In A Million dan seorang lagi juara Mentor musim ketiga tidak terhakis walau sedikit pun meski masa beredar dan sisi kehidupan kedua-duanya kian beralih fasa.

Tomok, 28, yang kini sedang meniti detik indah bersama cahaya masa sulungnya, Arrian Shah Akid, 7 bulan, tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menambah bilangan ahli keluarganya buat masa sekarang.

Katanya, fokus utama perlu diberikan untuk Arrian sehingga masa membenarkan pasangan Tomok dan Rahayu Abas betul-betul bersedia.

"Kami tidak merancang untuk menambah anak tapi jika ada rezeki kami tak tolak. Cuma buat masa sekarang biar kami besarkan Arrian sebaik mungkin memandangkan Ayu juga telah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada kariernya.

"Semahunya kami ingin menjaga Arrian dengan cara kami sendiri tanpa bantuan pengasuh atau pembantu rumah, biar dia membesar di depan mata kami dan pastinya kami lebih berpuas hati.

"Saya tidak menghalang Ayu untuk menyambung kerjayanya semula tapi syukur Alhamdulillah, rezeki saya mampu menyara kehidupan kami sekeluarga," jelasnya.

Arrian, kata Tomok kini sudah boleh meniarap dan cuba untuk merangkak perlahan-lahan. Lebih indah, adakalanya mendengar gelak tawa Arrian sudah cukup mengubat resah dan tekanan bekerja.

Melihat perkembangan kerjayanya sepanjang tahun 2012, ujar Tomok perjalanan yang dilaluinya tidak terlalu pahit untuk ditempuh.

"Alhamdulillah, tahun 2012 tahun yang gembira buat saya. Keluarga sudah semakin berkembang begitu juga kerjaya. Senang cerita penutup tahun 2012 adalah penutup yang berjaya," panjat Tomok bersyukur.

Rangka karier Tomok

Mengharapkan lebih banyak kejayaan dan pengalaman manis pada tahun 2013 yang bakal menyusul tidak lama lagi, Tomok mendoakan kebahagiaan keluarga dan rezeki kerjayanya.

Perkembangan terkini jelas Tomok, dia sedang dalam rangka kerja untuk menyudahkan produksi album keduanya yang dijangka keluar pada tahun depan.

"Saya baru merakamkan single terbaharu berjudul Penipu yang bakal keluar tidak lama lagi hasil komposer AG Coco dan lirik pula oleh saya sendiri.


BLACK dan Tomok, masing-masing memperkembangkan karier seni mereka daripada seorang penyanyi kepada pelakon. Mereka bakal terlibat dengan projek filem baharu pada tahun hadapan.


"Untuk album yang akan datang, saya mungkin akan memuatkan tujuh buah lagu termasuk single Aku Datang. Konsep album itu masih sama iaitu pop," katanya.

Tidak gusar mempertaruhkan album terbaharu tahun depan ketika era perkembangan dan sambutan album penyanyi sedang berdepan krisis penjualan, Tomok ada sasarannya.

"Saya yakin masih ada pembeli dan masih ramai yang menyokong industri tempatan. Tugas berat untuk saya sebenarnya meyakinkan peminat supaya membeli album saya tapi sejujurnya, album ini berbaloi untuk dimiliki," tambahnya yang menggunakan bajet sendiri untuk keseluruhan album ini hasil kemenangannya dalam One In A Million.

Selektif dan mahukan kualiti, Tomok mengaku dia terpaksa cerewet memilih lagu daripada para komposer terbaik supaya tidak menghampakan peminat dan dalam masa yang sama memuaskan hatinya.

Beralih kepada bidang lakonan pula, anak kelahiran Kuala Lumpur itu mendedahkan dia baru disunting untuk berlakon dalam sebuah filem pada awal tahun depan.

"Ramai yang memberikan komen positif hasil daripada lakonan menerusi filem Istanbul Aku Datang dan syukur Alhamdulillah rezeki berlakon masih terbuka untuk saya tahun depan," ujar Tomok.

Azam Tomok tahun 2013, bekerja lebih kuat dan meningkatkan kualiti dalam setiap lapangan yang diceburinya. Tidak berjaya melangkah ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu bukan penamat karier nyanyiannya, sasaran Tomok, memandang ke hadapan dan melangkah lebih laju.

Black ketepi kontroversi

Usai menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Longkai terbitan Metrowealth baru-baru ini, kata Black dia tidak menduga pertama kali menerima tawaran berlakon filem daripada pengarah Hashim Rejab.

"Babak saya cuma menuntut saya berada di set penggambaran selama tiga hari saja dan penampilan saya pun sebagai cameo, tapi watak bernama Ketum itu berat kerana harus memberikan impak biar sekejap.

"Saya mencuba peluang yang datang dan tidak salah rasanya, memandangkan watak itu juga kena dengan saya. Selain itu, saya turut mendapat tawaran berlakon teater muzikal Tirai Merah arahan Pat Ibrahim awal tahun depan," kata Black membuka bicara.

Prioriti masih kepada bidang nyanyian dan tambah Black dia enggan dinilai sebagai seorang penyanyi yang cuba menyekat peluang pelakon lain cari makan.

"Keutamaan saya masih menyanyi dan untuk berlakon, rasanya masih jauh lagi. Tidak salah untuk cuba terbang tinggi tapi semahu-mahunya saya masih ingin kekal menjadi diri saya sekarang.

"Alhamdulillah karier saya masih berada di atas dan sedang meningkat naik, jadi tidak perlu saya kacau perjalanan yang sedang saya lalui kini," ulasnya.

Black bakal tampil dengan sebuah single baharu yang menjadi runut bunyi filem Lemak Kampung Santan lakonan Hans Isaac dan Neelofa yang belum diberikan judul.

Selain itu, pelantun lagu Sofea Jane itu sedang mengumpul material untuk album terbaharunya yang bakal keluar penghujung tahun 2013.

Anugerah Juara Lagu

Ditanya mengenai persiapannya menjelang Anugerah Jura Lagu 27 pada 6 Januari nanti, kata Black dia menyerahkan tanggungjawab merancang dan membuat keputusan kepada pengurus merangkap rakan duetnya dalam lagu Teman Pengganti, RJ (Rapper Jambang).

"Mujur saya ada pembantu peribadi yang sangat memahami dan hampir keseluruhan persiapan dibuat oleh RJ.

"Sejujurnya saya melihat lagu ini memberikan impak yang sangat luar biasa pada tahun ini, pengikut saya di Twitter juga bertambah mendadak semenjak lagu ini mula popular," tuturnya bersulam tawa.


DIHARGAI. Tomok dan Black dikelilingi peminatnya yang menghargai bakat seni mereka berdua.


Black bakal mempersembahkan lagu ciptaan Malique berjudul Teman Pengganti bersama RJ yang menggantikan tempat penyanyi asalnya iaitu Malique.

Tahun 2012 mengikut pandangan Black merupakan tahun yang mendewasakannya dalam kehidupan mahupun kerjaya.

"Saya sudah lebih bersedia untuk menghadapi lebih banyak cabaran dan kemungkinan yang akan datang pada tahun depan dan secara ringkasnya boleh dikatakan tahun 2012 mematangkan saya.

"Tapi lebih elok kalau kita selalu beringat. Seperti kata orang lama, sediakan payung sebelum hujan dan sentiasa beringat sebelum kena," kata Black.

Menyelak kembali lembaran tahun 2012, Black tidak terlepas daripada kontroversi atau kejayaan karier. Menyertai program realiti Versus berbekalkan kudrat Black & Parallax memberikan pengalaman berharga baginya.

Tidak juga terlepas daripada kontroversi tinggal sebilik bersama teman wanita ketika bercuti pertengahan tahun ini, Black melihat isu itu memberikan tamparan hebat baginya.

Begitu pun, tahun 2013 kata Black bakal dimulakan dengan langkah yang lebih yakin dan berwaspada.

"Saya akan memulakan perniagaan servis hidraulik bersama bapa saudara saya dan hujung tahun 2013 akan muncul dengan album baharu. Saya juga sudah membelikan sebuah rumah untuk keluarga saya. Semoga tahun 2013 tidak mencacatkan landasan seni saya," ujar Black penuh harapan.

Suntikan elemen moden

Posted:

Suntikan elemen moden

Suntikan elemen moden

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


UNSUR humor daripada trend terkini menjadikan teater Ali Baba kali ini agak segardan berjaya menarik fokus penonton.


PEMENTASAN teater muzikal Ali Baba yang telah bermula sejak Jumaat lalu sehingga 29 Disember ini di Istana Budaya ternyata agak berlainan daripada apa yang telah dipentaskan buat pertama kali pada tahun 2006 lalu.

Versi kali ini lebih kepada sasaran untuk penonton remaja hingga kanak-kanak kerana tenaga utama lakonan teater kali ini merupakan pelakon pelapis terkenal seperti Fizo Omar sebagai Ali Baba dan Elfira Loy sebagai Marjina.

Berbanding versi 2006, teater Ali Baba lebih tertumpu kepada pelakon kanak-kanak apabila seramai 80 orang kanak-kanak yang berusia antara lima sehingga 12 tahun telah menjayakan pementasan berkenaan.

Dalam kedua-dua versi teater berkenaan, pengacara dan selebriti terkenal Aznil Nawawi masih menjadi tulang belakang kepada pementasan itu apabila menggalas tugas sebagai ketua penyamun.

Aznil boleh dikatakan menjadi tulang belakang kepada pementasan itu kerana lakonannya cukup menghiburkan dan berjaya mencuit hati penonton dengan lawak bersahaja dan beberapa elemen kejutan yang ditonjolkan.

Teater muzikal hasil adaptasi filem karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ali Babab Bujang Lapuk ini mengandungi banyak kelainan yang cuba ditonjolkan dan unsur humor yang ditampilkan juga mengikut trend zaman sekarang.

Mana tidaknya, apabila babak ketua penyamun lakonan Aznil bersama 40 orang penyamun tiba-tiba menari lagu Gangnam Sytle yang dipopularkan oleh penyanyi rap, Korea Selatan, Psy yang cukup menjadi fenomena sekarang.

Mereka telah menari bersama irama lagu berkenaan ketika babak ketua penyamun hendak membuka pintu gua yang menjadi tempat menyimpan hasil samun mereka.

Babak tidak diduga itu cukup mencuit hati penonton di samping Aznil sendiri dengan solekan ketua penyamun ala Kapten Jack Sparrow seperti pelakon Johnny Depp dalam siri filem pecah panggung Hollywood, Pirates of the Caribbean.

Bagi memberi suntikan moden dan lebih dekat dengan hati penonton yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja, menerusi pementasan Ali Baba itu, ketua penyamun tidak lagi menggunakan basikal asal seperti yang dilakonkan oleh P. Ramlee iaitu jenis Chopper Raleigh.

Sebaliknya, ketua penyamun yang direalisasikan Aznil dalam teater muzikal itu telah menggunakan skuter elektrik dan Ali Baba semasa kaya pula telah menggunakan motosikal serbaguna atau jenis ATV.

Kata pengarah pementasan teater berkenaan, Lokman Ghani, beberapa elemen itu diterapkan dalam teater itu bagi memberi suasana keseronokan kepada kanak-kanak walaupun babak itu sekejap sahaja.

"Tarian Gangnam itu walaupun sekejap, ia akan diingati, kami memang sengaja buat begitu kerana kami tahu ia akan membuatkan penonton terhibur," jelasnya ketika ditemui selepas pementasan pertama teater muzikal itu.

Ujarnya lagi, dia cuba lari daripada babak yang sedia diketahui ramai dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk bagi mengelakkan penonton bosan.

"Semua orang tahu babak yang sedia ada dalam filem jadi bila ada elemen kejutan ia memberi kelainan," katanya yang turut menukar babak Kassim Baba lakonan Ebby Yus mati kena pancung dengan mati akibat gas beracun.

Dalam teater itu juga hanya Aznil, Ebby dan Najua P. Ramlee (sebagai Aloyah) menggunakan suara mereka sendiri untuk menyanyi dalam pementasan berkenaan.

Bagi Fizo pula, dia mengakui telah jatuh cinta dengan dunia pementasan teater sejak memegang watak Ali Baba.

"Walaupun gemuruh pada awalnya, rasa satu kepuasan selepas menjayakan satu pementasan, saya rasa lega sangat," ujarnya yang tidak mahu disamakan dengan lakonan Ali Baba yang dibawakan oleh Datuk Aziz Satar.

Tiket bagi menyaksikan pementasan teater muzikal ini yang berharga RM30, RM50, RM70 dan RM100 boleh ditempah menerusi talian 03-4026 5558 atau layari www.ticket2u.biz.

Victoria tak laku

Posted:

Victoria tak laku

Victoria tak laku


VICTORIA BECKHAM


HARI ini, Victoria Beckham merupakan wanita yang paling dicemburui banyak wanita lain di seluruh dunia.

Selain begitu masyhur sebagai anggota grup Spice Girls, selebriti dan ikon fesyen, Victoria yang dikenali sebagai Posh Spice punya sebab utama untuk dicemburui iaitu sebagai isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham.

Bagaimanapun, Victoria yang kini merupakan ibu kepada empat cahaya mata itu memberitahu bahawa sebelum bercinta dengan Beckham, tidak ada lelaki yang sudi menjadi kekasihnya.

"Sewaktu saya bersama grup Spice Girls, khalayak melihat kami begitu popular dan dikejar banyak lelaki.

"Sayangnya, saya tidak bernasib baik dalam bab bercinta. Tak ada lelaki yang mahu menjadi kekasih saya," ujar Victoria.

Walaupun tidak didekati oleh lelaki, ternyata penantian cinta wanita berusia 38 tahun itu berbaloi apabila Beckham tertarik kepadanya.

Mereka mula bercinta pada tahun 1997 dan berkahwin dua tahun kemudian. Pasangan Victoria dan Beckham kini memiliki tiga anak lelaki iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz serta seorang anak perempuan, Harper Seven.

Kredit: www.kosmo.com.my

Selasa, 25 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Perubahan hidup melalui Majudiri

Posted:

Perubahan hidup melalui Majudiri

Perubahan hidup melalui Majudiri

KEPAYAHAN hidup berjauhan dari keluarga mebuatkan Puspavalli Narayansamy, 35, nekad mahu pulang ke tanah kelahirannya di Tapah, Perak.

Sewaktu mula-mula berhajat untuk bekerja sebagai penganalisis kewangan di Singapura, ibu tunggal itu hanya berniat untuk mengubah kehidupan keluarganya memandangkan menerima gaji bulanan yang lebih tinggi mengikut nilai mata wang republik itu.

Segala kerisauan dan ketakutan yang bersarang dalam hati tidak diendahkan malah dia melangkah penuh berani untuk mencabar kemampuan dirinya.

Sepanjang bekerja di tanah asing dari tahun 2009 hingga awal 2012, segala pahit maung kehidupan ditelan sendiri. Berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura, dia tetap menggagahkan dirinya hanya kerana satu niat iaitu untuk mengubah nasib keluarganya.

Begitupun, sebuah peristiwa hitam terjadi hingga hampir meragut nyawa ibu kepada dua orang anak itu.

"Sewaktu sedang menunggu bas untuk ke tempat kerja, beg tangan saya telah diragut oleh manusia berhati binatang," ujarnya yang mengimbas kembali insiden ngeri tersebut.

Tangan kirinya telah patah lalu menyebabkan segala upayanya untuk bekerja terjejas. Ditambah pula dengan beberapa masalah lain, motivasi hidupnya dirasakan berkecai sama sekali. Puspavalli yang patah hati, terus pulang ke kampung halamannya.

Hidupnya terus terumbang-ambing lantaran kehilangan punca pendapatan. Namun, melihatkan dua anak lelakinya yang sedang membesar dan memerlukan perhatian dan penjagaan sewajarnya, wanita cekal itu menyusun kembali langkahnya.

"Pada mulanya, saya merasakan kehidupan saya telah musnah hingga terpaksa meminjam wang untuk perbelanjaan makanan dan keperluan anak-anak saya," ujarnya.

Rumah ibu

Mujur Puspavalli masih memiliki tempat berteduh iaitu di rumah ibunya di Chenderiang, Tapah. Kelangsungan hidup mereka sekeluarga hanya bergantung kepada penjualan makanan ringan tradisional India, muruku, yang dijual secara kecil-kecilan kepada jiran tetangga dan teman-teman yang memahami keadaan hidupnya.

"Setiap hari, saya dan ibu sentiasa memikirkan cara untuk mengembangkan perniagaan kerana merasakan ia boleh dimajukan jika diberi peluang," jelas Puspavalli.

Dalam mencari solusi cuba merungkai permasalahan, dia didatangi teman rapatnya yang memperkenalkan Puspavalli pada projek Majudiri yang dianjurkan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MBD).


PENDAPATAN bulanan Puspavalli meningkat selepas menyertai program Majudiri.


"Pada awalnya, saya sedikti skeptikal malah kurang keyakinan diri untuk mencuba. Namun, selepas dipujuk oleh ibu, baru saya tergerak untuk turut serta dalam program tersebut.

Program dua hari itu banyak mengubah persepsi diri dan pemikirannya ke arah lebih positif. Dalam masa sama, kepercayaan pada diri semakin meningkat malah bersedia berdepan dengan segala kemungkinan.

"Tidak dinafikan, episod duka akibat perceraian dahulu sedikit sebanyak telah mengubah corak kehidupan saya. Kini, emosi itu beransur hilang dan berganti dengan kesungguhan untuk mengubah nasib hidup," ujarnya optimis.

Diiringi doa dan harapan ibunya yang mahukan Puspavalli kembali tegar meneruskan kehidupan, dia kini mula mengorak langkah memajukan bisnes muruku dan beberapa jenis makanan manis tradisi India.

Cari penyelesaian

"Projek Majudiri tersebut banyak mengajar saya mencari penyelesaian atas setiap permasalahan perniagaan yang saya hadapi.

"Malah, setiap peserta turut diberi panduan untuk memajukan bisnes dengan lebih meluas dan lari daripada kepompong lama," jelasnya.

Usai program tersebut, Puspavalli dapat merasakan peluang yang terbentang luas sedia menanti dirinya untuk diterokai dan mengembangkan jenama syarikatnya, Chellam Sweets ke peringkat lebih tinggi.

"Jika sebelum ini, saya tercari-cari peluang, rupanya saya tidak sedar yang ia telah tersedia di hadapan saya sejak sekian lama," tambahnya.

Ruang niaganya semakin mendapat tempat bukan sahaja dalam kalangan penghuni kejiranannya malah turut melangkau hingga ke luar negeri.

"Saya ada menerima pesanan dari Johor hingga ke Singapura. Saya kini sedang menunggu pengesahan daripada seorang kawan untuk memasarkan muruku buatan saya ke China," ujarnya bersungguh-sungguh.

Kelengkapan membuat manisan juga sedang dalam proses untuk digantikan ke peralatan yang lebih canggih. Selain daripada itu, dia turut berkira-kira untuk membesarkan lagi ruang dapurnya untuk memudahkan kerja-kerja pembuatan.


SHAHABUDIN terus berusaha dalam memajukan diri dalam bisnes pembinaan yang telah dilakukan sejak usia remaja.


"Jika dahulu, kadar pendapatan keluarga kami hanya sekitar RM1,000 sebulan, tetapi kini ia mencecah sehingga RM3,000 hingga RM4,000 walaupun bukan pada musim perayaan.

"Saya juga mempunyai dua orang pembantu bagi meringankan beban pekerjaan jika mendapat tempahan yang lebih," jelasnya.

Motivasi seorang bapa

Perubahan hidup yang lebih selesa turut diimpikan oleh seorang tukang pembuat rumah, Shahabudin Ismail, 60.

Dengan hampir separuh daripada hidupnya berkecimpung dalam bidang pembinaan, Shahabudin sebelum ini hanya mampu menampung tujuh anaknya dengan pendapatan tidak tetap iaitu sekadar RM350 seminggu.

Semua itu bergantung kepada permintaan kerja yang tidak menentu malah ditambah dengan keadaan dirinya yang semakin berusia.

"Kalau dapat projek, dapatlah saya memberi sedikit wang kepada isteri untuk dibuat perbelanjaan seharian," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Membantu mengurangkan beban keluarga, isterinya turut bersama-sama mencari rezeki dengan bekerja sebagai tukang masak di Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berdekatan rumahnya yang terletak di PPRT Kampung Tok Sirat, Lintang, Sungai Siput, Perak.

"Saya masih ada empat orang anak yang masih bersekolah dan memerlukan sumber kewangan bagi menampung belanja harian dan persekolahan mereka," ujarnya.

Shahabudin pada awalnya hairan kerana peluang masih belum terbuka buat dirinya walau sudah bertahun lama berkecimpung dalam kerjaya tersebut dan banyak kali cuba memajukan perniagaannya.

"Mungkin disebabkan saya hanya menanti peluang tanpa mencari ruang untuk melangkah lebih jauh, membuatkan perniagaan saya masih di takuk lama," jelasnya.

Komunikasi berkesan

Atas saranan daripada ketua kampung yang menasihatkannya untuk mengikuti program Majudiri, dia mula merasai perubahan dalam diri.

"Program tersebut membuka minda saya untuk mencari peluang dalam memajukan lagi ruang perniagaan saya," ujarnya.

Antara yang dipelajari dalam program itu adalah latihan komunikasi, kaedah pemasaran bisnes, mengenal pasti sasaran niaga dan asas keusahawanan.

"Salah satu skil yang berguna pada saya adalah komunikasi secara berkesan ketika berjumpa pelanggan. Ia meningkatkan lagi cara pergaulan agar tampil lebih yakin dalam sebarang perbincangan," jelas Shahabudin.

Tambahnya, jika sebelum ini dia hanya mampu memberi cadangan atau pandangan cara lama, kini Shahabudin lebih terbuka dalam memberi idea dan pendapat yang lebih segar dan meyakinkan.

"Kami diajar untuk mengurus syarikat dengan strategi yang lebih praktikal mengikut keadaan semasa. Jika dalam kebuntuan akibat berhadapan dengan masalah, cari jalan penyelesaian melalui pelan kedua," ujarnya.


MURUKU Puspavalli kini mendapat tempahan dari dalam dan luar negeri.


Keterbukaan dirinya mula membuahkan hasil apabila dia semakin banyak mendapat projek. Ia turut merangkumi pembinaan dalam skala yang lebih besar sehingga mampu untuk mengupah beberapa pekerja tempatan. Dia juga menumpukan prospek perniagaan yang lebih luas berbanding sebelumnya.

"Boleh dikatakan saya kini mampu menarik nafas lega kerana banyak mendapat projek. Jika saya masih berfikiran seperti dahulu dan tidak menyertai program Majudiri tersebut, pendapatan keluarga saya tentunya tetap seperti dahulu," ujarnya.

Dia sudah mampu tersenyum apabila mampu mendapat sumber pendapatan sekitar RM10,000 hingga RM20,000 untuk sesebuah projek. Bersyukur dengan rezeki yang kini terbentang luas, Shahabudin mahu mendedikasikan hasil usha itu untuk ahli keluarganya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


CMCF kawal kandungan siaran Malaysia

Posted:

CMCF kawal kandungan siaran Malaysia

CMCF kawal kandungan siaran Malaysia

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

PADA usia 15 tahun, Shahrul (bukan nama sebenar) mengakui, dirinya ketagih untuk melayari laman web yang memaparkan kandungan pornografi seperti gambar-gambar lucah. Kecanggihan teknologi masa kini memudahkan lagi proses untuknya berbuat demikian.

Apatah lagi memiliki telefon pintar yang dihadiahkan oleh ibu bapa, membolehkan Shahrul mengakses laman tersebut tanpa sebarang kekangan. Bukan itu sahaja, komputer riba yang diletakkan di dalam bilik turut memudahkan pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di ibu kota itu melayan nafsu kotornya.

"Pada mulanya saya sekadar suka-suka atas ajakan rakan sebaya. Lama-kelamaan saya terus ketagih hingga setiap hari saya pasti akan melayari laman lucah tersebut. Tambahan pula, laman yang dilayari tiada sebarang kawalan untuk menyekat pengguna daripada menontonnya," ujar Shahrul tanpa sebarang rasa kesal atau malu.

Situasi yang dihadapi Shahrul mungkin turut dialami oleh ramai remaja di negara ini. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memantau setiap anak mereka daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat tersebut.

Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mohd. Mustaffa Fazil Mohd. Abdan, 39, berkata, bagi mereka yang mementingkan nilai kesopanan dan adab menjaga kehormatan, kandungan lucah boleh menimbulkan rasa jijik lantaran gambaran memberahikan yang bertentangan dengan hukum agama serta norma masyarakat Timur.

Pengaruh negatif


TEKNOLOGI yang semakin canggih membolehkan masyarakat memperoleh maklumat di hujung jari. - Gambar hiasan


Kandungan lucah sebenarnya mendatangkan pengaruh negatif dan merosakkan pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda.

"Teknologi kini berkembang pesat pada kadar yang terlalu pantas. Di sebalik kelangsungan proses ini, pasti ada bahaya yang menanti. Justeru, CMCF mahu mendidik orang ramai tentang kepentingan mengamalkan kawalan kendiri dalam mengakses kandungan multimedia.

"Pada waktu dahulu, kandungan disiarkan hanya melalui radio atau televisyen, tetapi sekarang terdapat pelbagai cara penyampaian pesanan dan kandungan.

"Kami di CMCF menggesa semua pengguna multimedia supaya berwaspada apabila mengakses sesuatu kandungan multimedia," ungkap Mustaffa dalam satu temu bual bersama Kosmo! di Petaling Jaya baru-baru ini.

Tambahnya, dengan pengenalan TV kabel dan internet (IPTV, Video on Demand dan lain-lain), khalayak kini terdedah kepada liputan kandungan yang lebih luas. Maka, pertimbangan yang sewajarnya perlu bagi memastikan masyarakat hanya mengakses kandungan yang positif dan sihat.

"Saya amat berharap orang ramai akan memainkan peranan aktif dalam memastikan masyarakat kita khususnya generasi muda bebas daripada kandungan negatif, berbahaya dan merosakkan," ujarnya.

Badan pemantau

Mula ditubuhkan secara rasmi pada 2001, CMCF adalah sebuah badan pemantau di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang terletak di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Ia bertanggungjawab menggubal dan membangunkan satu Kod Kandungan negara yang bukan sahaja untuk pengamal industri malah buat pengguna awam.

Tujuan utama Kod Kandungan adalah untuk mencadangkan garis panduan dan tatacara berhubung peruntukan kandungan melalui kawalan diri oleh industri dengan cara yang praktikal.

Selain itu, ia boleh dilaksanakan secara komersial. Pada masa yang sama, ia merangsang, mempromosi dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan industri.


ANTARA contoh iklan CMCF yang dipaparkan melalui medium internet dan televisyen yang bertujuan mendidik masyarakat agar lebih memahami kepentingan Kod Kandungan.


"Pada tahun 2004, Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Kod Kandungan) telah didaftar oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan berkuat kuasa pada tahun yang sama.

"Pembangunan Kod Kandungan mengambil masa selama tiga tahun hasil kerjasama semua pihak yang menggembleng tenaga. Secara am, mereka terdiri daripada pihak yang terlibat dalam industri elektronik dan khusus bagi pengamal, pembekal serta pengguna.

"Kod Kandungan ini menggabungkan semua tatacara dan jenis panduan sedia ada dimasuk dan diolah semula. Ia membantu usaha industri komunikasi dan multimedia ke arah kawalan kendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA)," jelas beliau.

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai kewujudan Kod Kandungan, CMCF telah melaksanakan pelbagai program.

"Antaranya untuk menjadikan Kod Kandungan lebih mudah difahami, pihak kami telah menerbitkan buku dalam empat bahasa iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil secara dalam talian.

"Selain itu, sejak ditubuhkan lebih 11 tahun lalu, CMCF telah mencapai beberapa sasaran penting yang membantu khalayak memahami dengan jelas mengenai Kod Kandungan terutamanya dari segi mengenal pasti kandungan yang tidak sesuai dan melanggar undang-undang," katanya lagi.

Tidak ketinggalan, CMCF juga telah berjaya mewujudkan Biro Aduan serta menganjurkan program kesedaran untuk pelbagai sektor sama ada awam mahupun swasta.

Operasi Biro Aduan adalah untuk menerima dan menyelesaikan aduan yang diterima daripada orang awam. Secara purata setiap tahun terdapat lebih 100 aduan yang diterima merangkumi pelbagai medium utama seperti televisyen, internet dan radio.

Program kesedaran

CMCF turut mengadakan sesi jelajah program kesedaran di seluruh negara dengan kerjasama SKMM serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

"Di samping itu, pelaksanaan Program Kluster Sekolah pula bertujuan untuk mendidik pelajar tentang Kod Kandungan agar mereka lebih bertanggungjawab dan berhati-hati ketika memuat turun atau menghantar sesuatu kandungan yang negatif.


DUA kakitangan Biro Aduan CMCF meneliti aduan yang diterima daripada orang ramai.


"Terdapat dua fasa dalam program ini iaitu Fasa I bagi pelajar sekolah menengah manakala Fasa II untuk pelajar sekolah rendah," ujar Mustaffa lebih lanjut.

Tegas beliau, penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak kecil atau pelajar tidak patut disekat, tetapi mereka perlu dibimbing untuk menggunakannya ke arah kebaikan.

"Oleh itu, kawalan kendiri sebenarnya bermula di rumah yang memerlukan pembabitan ibu bapa secara langsung dalam memantau aktiviti pelayaran internet anak-anak.

"Sebagai contoh, ibu bapa perlu membeli perisian yang boleh menyekat anak-anak daripada menonton atau melihat kandungan lucah yang banyak terdapat di pasaran. Jangan sesekali membiarkan mereka melayari internet sendirian. Walaupun sedikit kawalan kendiri dapat diamalkan, ia mampu memberi kesan besar dalam kehidupan anak-anak," tuturnya melahirkan harapan terhadap ibu bapa agar tidak memandang remeh tentang perkara ini.

Kelangsungan hidup enggang di Thailand

Posted:

Kelangsungan hidup enggang di Thailand

Kelangsungan hidup enggang di Thailand

Oleh ADLAN JAAFAR


TERDAPAT 13 spesies enggang di Thailand, manakala 10 jenis di Malaysia.


PROF. DR. PILAI POONSWAD, 66, dari Jabatan Mikrobiologi, Fakulti Sains, Universiti Mahidol, Thailand sudah mengabdikan diri selama 34 tahun daripada keseluruhan usianya dengan melakukan kajian terhadap burung enggang.

Baru-baru ini, beliau bertandang ke Malaysia untuk berkongsi pengalaman menjalankan usaha memelihara dan memulihara burung tersebut di sana.

Menurut Pilai, burung enggang sangat istimewa kerana beberapa ciri yang dimilikinya iaitu saiznya yang besar antara 60 hingga 150 sentimeter.

Burung enggang juga merupakan sejenis haiwan yang bersifat monogami dan terkenal dengan sifat kejujuran terhadap pasangannya.

"Paling menarik ialah burung enggang betina mengurung dirinya sendiri dalam sarang manakala burung jantan memberi makan kepada pasangan," katanya dalam sebuah seminar yang diadakan di ibu pejabat Pencinta Alam Sekitar Malaysia (MNS), Kuala Lumpur.

Di Thailand terdapat 13 spesies yang boleh ditemui antaranya seperti burung enggang papan (Buceros bicornis) yang berukuran 15 sentimeter, burung enggang kedut (Aceros leucocephalus), dan burung enggang jambul putih (Berenicornis comatus).

Musuh semula jadi burung enggang ialah marten berleher kuning, musang dan binturong.

Ancaman yang sering dihadapi oleh enggang ialah kegiatan memburu, pembalakan haram dan pencerobohan kawasan hutan selain kehilangan pokok-pokok berongga yang sesuai untuk sarang enggang.

Cabaran terbesar yang dihadapi pasukan Pilai adalah untuk meyakinkan pihak pemburu berdekatan Taman Negara Budo-Sungai Padi yang berkeluasan 340 kilometer persegi agar meninggalkan pekerjaan mereka.

Siri penerangan mengenai kepentingan tidak memburu enggang dan tanggungjawab para pemburu untuk tidak memperdagang burung tersebut juga giat dijalankan.

Kemudian, para pemburu yang telah meninggalkan pekerjaan mereka diberi tunjuk ajar supaya dapat menjadi pembantu penyelidik.

"Kami juga menjalankan pelancongan eko dan program anak angkat terhadap burung enggang. Mereka juga sudah menurunkan ilmu kepada anak-anak masing-masing," ceritanya lagi.

Ubah suai pokok

Dalam pemantauan yang dilakukan dari tahun 1994 hingga 2008, bilangan pokok yang ditemui menjadi sarang burung enggang adalah sebanyak 168 batang.

Bagi memudahkan pembiakan burung enggang, pasukan Pilai dan orang kampung banyak melakukan pengubahsuaian pada pokok-pokok yang sedia ada.

Mereka menambah baik atau mengubah suai sarang dengan meletakkan platform pada rongga pokok supaya senang dihinggapi enggang jantan.

Bagi rongga yang terlalu besar, pihaknya memasang papan bagi mengecilkan sedikit, manakala bahagian lantai yang terlalu dalam, pasir diisikan ke dalam rongga itu supaya arasnya dapat dinaikkan, terang Pilai.


MARTEN berleher kuning ini merupakan antara musuh semula jadi enggang di Thailand.


Bagi pokok yang sesuai untuk dijadikan sarang tetapi tidak mempunyai rongga, pasukan pengkaji itu memasang sarang buatan supaya memudahkan enggang membiak.

Terdapat juga rongga pokok yang semakin mengecil kerana sarang burung enggang itu merupakan tumbuhan hidup yang membesar seiring masa.

"Kamu mungkin tidak kaya sekarang tetapi anak-anak anda akan berterima kasih atas apa yang telah dilakukan pada hari ini," kata Pilai ketika memberi nasihat kepada penduduk tempatan.

Sepanjang berada di Malaysia, Pilai turut mengadakan sesi taklimat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan di jabatan-jabatan perhutanan di sini.

Misi jejak kekasih lama

Posted:

Misi jejak kekasih lama

Misi jejak kekasih lama

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI


DESTINIA mengajak pemain menyempurnakan misi dalam plot cerita yang menarik.


PERMAINAN video role playing game (RPG) merupakan salah satu genre yang mungkin mengajak pemain untuk bermain lebih lama.

Ini adalah tidak ganjil kerana permainan video RPG adalah salah satu genre yang sangat imersif dan pemain boleh melakukan pelbagai perkara seperti misi-misi sampingan selain objektif utama permainan.

Untuk itu, Gamevil Inc., sebuah syarikat yang terletak di Seoul, Korea telah melancarkan satu lagi permainan video mereka iaitu Destinia, sebuah RPG yang juga mampu memberi kesemua nilai-nilai RPG yang ada pada konsol aliran utama seperti Final Fantasy. Dilancarkan pada penghujung 2011, Destinia boleh didapati pada platform sistem operasi Android.

Plot

Permainan video ini berkisarkan tentang seorang Imperial Guard, iaitu Duke yang telah dipenjarakan atas sebab mengingkari arahan untuk membunuh orang yang tidak bersalah.

Dari sinilah plot permainan bermula. Duke kemudiannya diselamatkan dan dirawat oleh puteri puak penentang iaitu Princess Crystal. Tiba di kem utama, Duke membalas jasa tersebut dengan mendapatkan sejenis herba yang mampu menghidupkan orang yang telah mati dan kemudiannya bercadang untuk pulang ke tanah air.

Namun, Duke terkejut kerana rumahnya kini dikuasai Imperial Army. Akibatnya, Duke kebingungan lantas cuba mencari kekasih lamanya iaitu Lena. Dari situ, plot semakin menebal.

Mekanisme permainan

Pemain harus menunggu peluang untuk menyerang pihak musuh. Mereka (pemain) diberikan kawalan sepenuhnya ke atas watak Duke dari sudut kamera third person view yang memberikan penglihatan ke atas sesuatu kawasan dengan terperinci.

Kawalan pada skrin sesentuh juga amat mudah untuk difahami dan dioperasi. Terdapat satu joystick maya di sebelah kiri skrin dan pada bahagian kanan skrin pula terdapat slot-slot hot key yang membolehkan pemain mencapai barang mahupun skil dengan mudah.

Ia bertujuan untuk melancarkan lagi fasa permainan kerana pemain tidak perlu membuka menu untuk melihat senarai skil yang ada.

Destinia ialah sebuah RPG hack and slash seperti siri God of War dan Devil May Cry cuma aspek grafik permainan ini tidak semantap siri berkenaan.

Bagi peminat genre ini, mereka pasti akan menghargai fakta bahawa platform mudah alih mereka kini mempunyai permainan video yang mampu memberikan kepuasan yang sama.

Kelas utama

Pada awal permainan, pemain diberi pilihan untuk memilih antara tiga kelas iaitu Warrior, Thief dan Gunner dengan setiap kelas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Seperti nama mereka, Warrior adalah sesuai untuk mereka yang meminati pertempuran jarak dekat dan menggemari senjata-senjata yang besar.

Thief pula adalah sesuai untuk mereka yang mementingkan ketangkasan dan bergantung kepada skala parameter Agility (kelincahan) Duke.

Kelas Gunner pula adalah sesuai untuk pemain yang ingin bermain secara selamat kerana kelas ini mampu menyerang dari jarak jauh dan adalah mudah untuk mengelak serangan pihak musuh.

Sistem unik

Destinia mempunyai system yang membolehkan pemain mencipta dan meningkatkan kemampuan senjata serta kelengkapan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan mentah yang boleh dijumpai sepanjang perjalanan.

Lebih memudahkan, tidak seperti RPG yang tipikal, pemain tidak perlu mencari resipi untuk mencipta barang yang spesifik kerana kesemuanya telah disenaraikan.

Paling penting, penciptaan mahupun pelupusan kelengkapan boleh dilakukan di mana-mana bahagian permainan. Haiwan belaan atau seperti yang digunakan dalam Destinia, iaitu Pet juga boleh dibela.

Pet berfungsi untuk membantu pemain sepanjang permainan dan setiap Pet mempunyai kemahiran aktif dan kemahiran pasif yang berbeza. Mereka juga boleh berubah menjadi lebih kuat dengan mengorbankan Pet yang lain.

Grafik dan audio

Walaupun Destinia tampil dengan grafik yang sederhana, pemain pasti akan menghargai perkara-perkara kecil seperti perubahan penampilan Duke setiap kali pemain mengubah kelengkapan. Paling menarik, kelengkapan seperti pedang yang telah ditingkatkan kemampuannya akan bersinar sepanjang permainan.

Audio yang ditawarkan juga adalah sederhana dan agak baik untuk permainan video seperti Destinia, walaupun audio yang digunakan adalah pendek dan diulang dengan jelas di beberapa bahagian.

Secara keseluruhannya, Destinia merupakan sebuah permainan video RPG yang berkualiti keluaran Gamevil Inc. Judul ini adalah sebagai alternatif bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk duduk dan bermain RPG di platform konsol. Paling penting, Destinia boleh didapati di Google Play secara percuma.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved