Rabu, 8 Januari 2014

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kediaman 270 spesies haiwan

Posted:

Kediaman 270 spesies haiwan

Kediaman 270 spesies haiwan

KEHENINGAN dataran savana tanpa deruman enjin kenderaan mahupun hiruk-pikuk kota dan hanya ditemani hingar-bingar penghuninya cukup menggambarkan suasana alam safari.

Bayangkan pula suasana safari di bumi Afrika Selatan diterbangkan sejauh 8,381 kilometer ke Malaysia. Sudah tentu ia menjimatkan masa dan wang kerana anda tidak lagi perlu mengeluarkan kos belanja sebanyak RM4,000 untuk tiket penerbangan ke sana.

Segalanya ada di Taman Safari Bukit Gambang (TSBG), Kuantan, Pahang. Begitulah sedikit sebanyak apa yang dirasakan kru Kosmo! ketika berpeluang berkunjung ke bandar resort tersebut baru-baru ini.

Pemanduan sejauh 213 kilometer yang memakan masa dua jam 30 minit dari ibu negara ke TSBG terasa amat berbaloi. Pada mulanya, kami tertanya-tanya, di manakah lokasi taman safari yang dikatakan?

Ia disebabkan persekitaran luaran kelihatan tidak ubah seperti hutan tebal yang biasa kita lihat. Namun, perasaan seperti berada di satu dunia lain sebaik memasuki zon TSBG yang terpisah dengan taman tema air Bukit Gambang.

Pengunjung, Muhammad Azraei Yahya, 25, berkata, TSBG menyediakan hab keriangan sehenti bagi mereka yang menggemari sukan air sambil menikmati keindahan flora dan fauna.

"Saya memang teruja semasa kali pertama berkunjung ke TSBG kerana sebelum ini, saya tidak pernah melihat kanggaru, hyena dan singa putih di depan mata. Jika ada pun, hanya di kaca televisyen sewaktu menonton dokumentari National Geographic.


KUDA belang merupakan salah satu spesies haiwan dari benua Afrika yang diterbangkan ke TSBG.


Menyeronokkan

"Sudah tentu pengalaman tersebut sungguh berharga kerana saya turut berpeluang memberi zirafah makan," ujarnya yang sudah dua kali berkunjung ke taman safari tersebut.

Tambah Azraei yang mesra disapa Ayai itu, taman safari berkenaan lebih menyeronokkan kerana ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung pada waktu siang dan malam berbanding zoo lain di negara ini.

Bagaimanapun, Ayai berpendapat masih terdapat kekurangan pada infrastruktur dan facade bangunan yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Difahamkan, kekurangan tersebut disebabkan TSBG belum siap sepenuhnya tetapi sudah mendapat permintaan orang awam untuk berkunjung ke sana.

TSBG memiliki lebih 1,000 ekor haiwan yang terdiri daripada 270 spesies buat masa ini. Difahamkan, dalam masa terdekat jumlah tersebut akan meningkat kepada 3,200 ekor haiwan daripada 486 spesies.

Duta Taman, Nurul Nadwani Adawiyah Ghazali, 24, berkata, tugasnya adalah sebagai penyalur maklumat kepada pengunjung tentang semua perkara yang berkaitan dengan taman safari.

"Tugas utama saya adalah memberikan maklumat berkenaan setiap haiwan yang ada di sini. Kebanyakan pengunjung teruja apabila masuk ke zon savana binatang liar kerana bukan senang untuk melihat haiwan tersebut secara dekat.

"Selain itu, pengunjung turut gembira apabila berpeluang masuk ke dalam kandang haiwan walaupun hanya melihat dari dalam tram. Mereka ditegah untuk membuka tingkap tram bagi tujuan keselamatan," ujar gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu.

Nurul Nadwani Adawiyah bijak menangani situasi apabila berdepan dengan pengunjung yang tidak mematuhi peraturan. Beliau akan cuba menasihatkan pengunjung dalam nada gurauan agar pengunjung tidak berkecil hati.


KAMBING turut dilatih untuk membuat pertunjukan di TSBG.


Pelatih burung

Dalam pada itu, penjaga dan pelatih burung, Mohd. Izuan Ramli, 25, memberitahu, minatnya terhadap burung membawanya berkelana ke bumi Kuantan biarpun terpaksa meninggalkan kampung halamannya di Kuala Krai, Kelantan.

"Dahulu, saya bekerja di Taman Negara Pahang Sungai Relau dan bertugas menjaga ikan kelah di sana. Majikan dahulu yang mencadangkan saya berpindah ke TSBG selepas dia mendapat tahu taman burung akan dibuka di sini.

"Di sini, saya perlu memberi makan dan melatih burung bagi tujuan persembahan. Pengunjung turut dibenarkan memberi makanan yang disediakan iaitu kuaci kepada burung-burung," katanya.

Jangan terkejut, burung juga makhluk yang boleh haus jika makan kuaci terlalu banyak. Selain diberi minum air, burung-burung akan diberikan buah pada sebelah petang sebagai penghilang rasa haus tersebut.

Lemah lembut

Seperti haiwan lain, penjagaan burung perlu dilakukan dengan lemah lembut kerana mereka tidak mudah mempercayai manusia. Tingkah laku burung ketika berkomunikasi dengan manusia bergantung kepada pengalaman masa lalu burung tersebut dengan orang ramai.

Burung yang tidak diberikan makanan, dijinakkan atau pernah dianiayai dikatakan sukar mempercayai orang.

Buat masa ini, terdapat kira-kira 100 spesies burung dari seluruh dunia ditempatkan di taman burung TSBG. Taman safari tersebut merupakan yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 55.84 hektar.

Tidak cukup dengan itu, pengunjung berpeluang menikmati pengalaman makan tengah hari yang paling istimewa di ruang makan mewah sambil ditemani Raja Rimba.


BAGI melengkapkan lagi percutian ala safari anda, Bukit Gambang menyediakan pakej penginapan menarik di Arabian Bay Resort yang terletak berdekatan TSBG.


Raja Rimba tersebut bukan calang-calang singa yang biasa kita lihat kerana ia merupakan seekor singa putih yang ditempatkan di taman mini di bahagian luar dinding kaca dewan gourmet Plaza Bukit Simba.

Pada sebelah petangnya pula, pengunjung berpeluang menyaksikan pertunjukan haiwan dan drama pergelutan alam rimba antara haiwan terlatih dengan si penjahat di Arena Desa.

Tidak sah kunjungan anda ke TSBG jika tidak menonton aksi 'orang api' dalam persembahan mendebarkan sambil menari tarian api dan makan api oleh pelagak aksi ngeri profesional di Laman Desa pada sebelah malam.

Survival alat permainan Playmobil

Posted:

Survival alat permainan Playmobil

Survival alat permainan Playmobil


ANTARA figura permainan Playmobil yang menjadi pujaan kanak-kanak di seluruh dunia.


BAVARIA merupakan sebuah daerah luar bandar di negara Jerman. Kewujudan sebuah kilang pembuatan permainan dari negara itu, Playmobil merupakan signatur kawasan tersebut sehingga dikenali di seluruh dunia.

Playmobil merupakan sebuah jenama permainan plastik berbentuk manusia yang telah berada di pasaran sejak 40 tahun lalu.

Karakter figura setinggi 7.5 sentimeter itu dihasilkan di bangunan yang tidak mempunyai sebarang daya tarikan di Zindorf. Figura permainan Playmobil itu terkenal dengan rekaan manusia berkepala bulat yang tersenyum seperti mana yang digambarkan dalam lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak.

Tiga karakter figura antara terawal dicipta oleh Playmobil ialah Pahlawan Amerika, Kesatria Medieval dan pekerja binaan yang memakai topi yang menjengah pasaran pada tahun 1974.

Playmobil juga menjadi kegilaan kanak-kanak waktu itu setelah tampil dengan puluhan tema dan karakter seperti polis sehingga ke watak jahat seperti lanun.

Syarikat itu juga memperkenalkan sebanyak 30 tema figura permainan dan telah dipasarkan di lebih 80 buah negara.

"Dalam usaha untuk mencipta empayar Playmobil, ia mengambil masa selama dua tahun," ujar Ketua Pembangunan Playmobil, Bernhard Hane.

Di dalam kilang itu, setiap koridor dipenuhi deretan laci yang mengandungi kira-kira 35,000 aksesori bersaiz kecil untuk pelbagai karakter figura seperti pedang dan perisai. Setiap rekaan senjata itu diletakkan pada bahagian tangan setiap karakter yang berwarna-warni.


SELAIN figura permainan, taman tema Playmobil juga merupakan antara tumpuan pelancong di Zindorf.


Mesin

Di bengkel pula, pekerja Playmobil menggunakan mesin sebagai peralatan utama membuat acuan bagi set permainan baharu yang bernilai 180,000 Euro (RM811,935).

Ia merupakan salah satu kaedah untuk mengelakkan pemalsuan produk syarikat itu. Ketepatan pada setiap rekaan figura amat dititikberatkan oleh syarikat tersebut.

Sehingga kini, dianggarkan 2.6 juta unit figura telah dihasilkan oleh Playmobil. Setiap figura perlu sepadan dengan aksesori dan set rekaan latar belakang pemandangan seperti bandar Wild West, istana, zoo dan stesen angkasa.

Playmobil dihasilkan sepenuhnya di Eropah tidak seperti kebanyakan jenama permainan yang menjadikan Asia sebagai pangkalan utama untuk pembuatan produk mereka.

Figura karakter manusia Playmobil dikilangkan di Republik Malta manakala haiwan dan bahagian yang bersaiz besar seperti kapal lanun dihasilkan di sebuah kilang di Dietenhofen, Bavaria.

Kemudian, figura itu dipasang di Republik Czech dan dihantar kembali ke Dietenhofen untuk dibungkus dan disimpan di kilang setinggi 12 tingkat.

Muzium

Tidak jauh dari kawasan itu, di Speyer, terdapat sebuah muzium yang mempamerkan figura Playmobil selepas empat dekad bertahan di pasaran dunia. Jualan pada tahun 2012 telah mencatat rekod baharu dengan kutipan sebanyak RM2.4 bilion dan dijangka meningkat sebanyak lima peratus pada tahun lalu.

Dua pertiga daripada hasil jualan itu diperoleh dari negara Jerman dan Perancis manakala angka jualan di Asia pula telah dihadkan setakat ini. Syarikat itu juga melihat pertumbuhan prospek jualan produk itu di negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Sejak tahun 2000, syarikat itu telah menghasilkan pasu plastik berkualiti tinggi berjenama Lechuza yang terjual sebanyak RM211.7 juta pada tahun 2012.

Figura Playmobil sesuai untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun malah, ada juga permainan yang direka khas untuk anak kecil.


MESIN-MESIN automatik yang digunakan untuk memasang alat permainan di kilang syarikat Playmobil di Dietenhofen, Jerman.


Syarikat itu juga sedang mengorak langkah baharu untuk melebarkan lagi sayap Playmobil pada tahun ini dengan penciptaan permainan video dan cakera video digital. Selain itu, siri televisyen yang dibintangi oleh karakter figura itu juga merupakan antara kejutan kepada peminat permainan tersebut pada tahun ini.

Playmobil merupakan sebuah syarikat keluarga Geobra Brandstaetter dan kini mempunyai kira-kira 3,700 kakitangan yang berkhidmat dalam pembikinan figura jenama itu.

Syarikat berkenaan telah memberi penyelesaian kepada penggunaan plastik pada tahun 1970-an ketika krisis minyak yang meningkatkan kos pembuatan produk plastik.

Rekaan figura itu telah dihasilkan oleh pereka acuan, Hans Beck yang meminimumkan penggunaan plastik.

"Figura permainan Playmobil telah menemui kunci imaginasi kanak-kanak sejak tahun 1974 dan masih memegangnya sehingga ke hari ini," ujar Ketua Eksekutif Playmobil, Andrea Schauer.

Jelasnya, kemampuan syarikat itu berkekalan dalam sektor tersebut kerana sektor alat permainan kanak-kanak adalah berdaya saing.

Dunia masa kini penuh dengan bunyi-bunyian berteknologi dan paparan skrin definisi tinggi, namun jenama itu terus membina kesederhanaan menerusi karakter imaginasi.

"Nyawa untuk figura Playmobil hadir ketika bermain. Kanak-kanak memberi kehidupan dalam setiap cerita yang ada dalam fikiran mereka," ujar Schauer. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Kehidupan tradisi pukau pelancong

Posted:

Kehidupan tradisi pukau pelancong

Kehidupan tradisi pukau pelancong

Oleh NUR AISHAH AMIN

SUASANA kawasan rumah bot di Allepey, Kochi, India, pagi itu kelihatan tenang. Kelihatan kira-kira 30 rumah bot yang diperbuat daripada jerami terdapat di situ.

Penulis dan sekumpulan wartawan dari Malaysia tertarik melihat keunikan bot tersebut. Apabila melangkah masuk ke 'perut' bot berhiasan sederhana itu, penulis semakin teruja untuk menikmati pelayaran itu.

Bot unik itu mempunyai tiga bilik tidur, berkelajuan 10 kilometer sejam dan pelayaran biasanya memakan masa selama tiga jam. Sepanjang perjalanan pelancong bukan sahaja disajikan keindahan kawasan tersebut malah akan dijamu hidangan makan tengah hari dan minum petang.

Menu yang dihidangkan ala-ala masakan Melayu itu dimasak di dalam rumah bot tersebut oleh seorang tukang masak lelaki.

"Setiap rumah bot ini dilengkapi tiga buah bilik tidur, tandas dan sebuah dapur. Ia dikendalikan oleh tiga orang kru iaitu tukang masak, pemandu bot dan pembantu teknikal.

"Rumah bot ini adalah destinasi wajib kepada mereka yang melancong di India selain monumen Taj Mahal yang terletak di Agra, India," kata Nadakrishnan, 40, tukang masak di rumah bot itu.

Suasana damai

Dia yang berpengalaman memasak di atas bot itu selama 13 tahun berkata, pelayaran rumah bot mampu memberi suasana damai dan romantik kepada penumpang terutamanya pasangan yang berbulan madu.

"Selepas 30 minit rumah bot berlayar, para penumpang akan dihidangkan makan tengah hari seperti ikan bakar, sayur masala dan kari ayam.

"Pelancong juga boleh melihat aktiviti harian penduduk Kochi yang tinggal berhampiran tasik. Mereka melakukan aktiviti seperti menangkap ikan sama ada untuk dijual atau kegunaan sendiri. Kumpulan kanak-kanak bersekolah dan bermain di tepi tasik juga boleh disaksikan pengunjung.

"Mereka tidak terpinggir daripada arus kemodenan, sebaliknya menggunakan peluang tersebut untuk menyara keluarga termasuk terlibat dalam sektor pelancongan," kata Nadakrishnan.

Bercerita mengenai pengalaman memasak, dia mengatakan dirinya amat bertuah kerana melakukan tugas memasak dalam suasana unik.

"Memasak di atas rumah bot tentunya satu pengalaman yang unik. Saya memasak dalam keadaan bot bergerak," ujar lelaki itu sambil membancuh kopi untuk penumpang.


KUMPULAN media Malaysia yang mengunjungi Kochi bergambar bersama penari Katakali.


Hasil laut

Kochi ialah sebuah bandar yang terletak dalam daerah Ernakulam di negeri Kerala, India. Selain rumah bot, Kochi juga cukup kaya dengan makanan laut. Hasil laut merupakan punca pendapatan utama penduduk Kochi.

Kata pemandu pelancong rombongan media ke Kochi yang mesra dipanggil Shine, penduduk di Kochi menggunakan jala besar yang dipasang di tepi laut untuk menangkap ikan.

"Hasil tangkapan dijual kepada pengusaha restoran selain dieksport ke luar negara," katanya.

Kochi mempunyai penduduk seramai 1.3 juta orang dan kebanyakan adalah golongan terpelajar.

Banyak pusat pendidikan dan universiti boleh ditemui di Kochi. Selain itu, sukar untuk melihat pengemis di bandar ini.

"Kehidupan penduduk Kochi adalah sederhana, tetapi kebanyakan mereka golongan terpelajar dan mempunyai pekerjaan. Apa sahaja peluang pekerjaan, mereka akan ambil. Memang susah untuk jumpa orang tua menjadi pengemis di Kochi ini," katanya.

Pusat dobi

Kata-kata Shine itu ternyata benar apabila penulis berkunjung ke sebuah pusat dobi kelihatan golongan warga emas bertungkus-lumus menyara hidup tanpa mengharapkan belas ehsan orang lain.

Di pusat dobi itu, mereka melakukan kerja-kerja mencuci, menjemur dan menggosok pakaian dengan cara tradisional.

Salah seorang pekerja di situ, Kumaresan, 52, berkata, dobi cara tradisional itu masih mendapat sambutan biarpun ada mesin basuh pelbagai jenama di pasaran.

"Kami ada lebih kurang 20 pekerja lelaki dan perempuan melakukan kerja mencuci pakaian secara tradisional. Ia masih mendapat sambutan daripada pelanggan.

"Pelanggan kami terdiri daripada pekerja kilang, pusat perubatan dan hotel-hotel," katanya yang pernah bekerja di Pelabuhan Klang, Selangor pada awal tahun 2000.


KOCHI terkenal dengan rempah-ratus.


Ujarnya, perkhidmatan cuci kain tradisional itu juga dijamin lebih bersih selain memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

"Kami mencuci, mengering, menggosok dan melipat. Kami menggosok baju menggunakan seterika arang lama," katanya.

Penulis kagum menyaksikan seorang wanita warga emas yang mampu mengangkat seterika lama yang mempunyai berat lebih tiga kilogram, malah melakukan kerja menggosok pakaian dengan pantas dan cekap. Bahkan pelancong yang mencuba menggosok pakaian mengeluh kerana seterika yang digunakan agak berat.

Tarian Katakali

Kunjungan ke Kochi bagaikan tidak lengkap jika tidak menonton tarian Katakali yang disifatkan sebagai satu persembahan yang memukau mata.

Tarian Katakali dipersembahkan kepada pengunjung setiap hari pada pukul 7 petang. Menariknya, tarian ini bukan sahaja kerana solekan mahupun kostum tetapi maksud di sebalik gerak tari itu sendiri.

Sekitar jam 5 petang, para penari mula disolek oleh seorang juru andam lelaki yang berusia awal 50-an. Solekan itu menjadi perkara wajib dalam tarian tersebut.

Penari Katakali diiringi pemuzik yang menggunakan alat muzik tradisional seperti gendang bulat, kesi, sangkakala, trompet kecil dan gendang kecil dan muzik itu pula seiring dengan tarian skrip dalam tarian tersebut.

"Tarian Katakali ini, satu skrip lakonan tetapi tidak menggunakan percakapan sebaliknya menggunakan mimik muka dalam menyampaikan sesuatu maksud," kata Shine.

Tarian dipersembahkan kepada penonton mengambil masa sekitar dua jam.

Salah seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Richard, 40, mengakui terpesona dengan persembahan tersebut, malah turut serta menari tarian Katakali.

"Muzik yang dialunkan seiring dengan lakonan mereka. Ia sangat menarik dan saya kagum melihat solekan, pakaian, tarian dan persembahan kumpulan ini," katanya.

Selepas tarian, penari Katakali memberi peluang kepada penonton untuk mendekati mereka dan melihat lebih dekat kostum dan solekan yang dipakai semasa tarian.


SEORANG lelaki warga emas menggosok baju seorang pelanggan di sebuah pusat dobi tradisional.


Ayurveda

Kochi juga terkenal dengan perubatan tradisional dengan cara urutan yang dipanggil sebagai Ayurveda. Urutan itu dilakukan individu yang pakar dan dipantau seorang pegawai perubatan.

Urutan itu dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit termasuk batuk, selesema dan demam. Cara urutan Ayurveda sungguh unik. Pesakit dibaringkan dan urutan dilakukan seluruh badan menggunakan minyak yang telah dicampur dengan ubat.

Minyak itu dimasak terlebih dahulu. Suhu minyak yang dilumur pada badan pula sederhana panas memberi ketenangan kepada pesakit.

Usai urutan, pesakit mandi wap sebelum dibenarkan mandi untuk membuang semua minyak di badan. Percayalah urutan Ayuerveda cukup berbeza.

Cabaran Taman Negara Sungai Relau

Posted:

Cabaran Taman Negara Sungai Relau

Cabaran Taman Negara Sungai Relau

Oleh MOHD. NOOR MAT AMIN
rencana@kosmo.com.my


PESERTA-PESERTA program mengambil gambar kenangan selepas melakukan aktiviti di Santuari Ikan Kelah.


EKSPEDISI di Taman Negara, Pahang ternyata menuntut kecergasan mental dan fizikal yang tinggi. Hutan hujan tropika yang terletak di banjaran Titiwangsa itu menyediakan pelbagai medan dan trek bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak.

Kebiasaannya, pendaki gunung melalui Kuala Tahan sebagai pintu masuk utama untuk memulakan pendakian ke puncak Gunung Tahan yang merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Namun, jarang yang mengetahui laluan alternatif ke Taman Negara melalui Sungai Relau iaitu tujuh kilometer dari pekan Merapoh, Pahang.

Sehubungan itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama Rakan Alam sekitar (RAS) baru-baru ini menganjurkan Program Jejak Mesra RAS Bersama Media 2013 di sekitar Sungai Relau selama tiga hari. Program tersebut bertujuan untuk memperkenalkan aktiviti yang berkaitan alam sekitar.

Turut serta, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JAS, Datuk Abu Hasan Mohd. Isa.

Peserta memulakan perjalanan dari pekarangan bangunan JAS, Presint 4, Putrajaya menuju tempatan penginapan di Kesedar Inn, Gua Musang, Kelantan yang mengambil masa selama tujuh jam.

Kami tidak berpeluang menginap di calet berdekatan Taman Negara Sungai Relau kerana ia masih dalam proses pengubahsuaian dan ditutup kepada umum.

Perjalanan dari Gua Musang ke Merapoh hanya 20 kilometer (km).

Pada sebelah malam, para peserta diberi taklimat mengenai Taman Negara Sungai Relau oleh pegawai taman negara tersebut.

LALUAN sempit di Gua Katak tidak mematahkan semangat para peserta program.


Bersemangat

Keesokan harinya, kesemua peserta kelihatan amat bersemangat untuk memulakan aktiviti. Kami menaiki bas menuju ke pekan Merapoh.

Setibanya di pekan Merapoh, sebanyak lima buah kenderaan pacuan empat roda siap sedia menunggu kami. Petugas program turut menyediakan peralatan seperti topi keselamatan yang dilengkapi lampu suluh kepada semua peserta.

Abu Hasan mengetuai perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda menuju Gua Katak yang merupakan destinasi pertama ekspedisi itu. Jarak gua itu hanya 14km dari pekan Merapoh.

Peserta perlu berjalan sejauh 800 meter sebelum sampai di pintu gua. Jurupandu arah turut memberi taklimat ringkas kepada kami sebelum meneroka gua sempit itu.

Sepanjang perjalanan 200 meter itu, peserta perlu menempuh laluan air sehingga paras perut, merangkak, meniarap dan melalui lubang. Ia ternyata menguji ketahanan fizikal setiap peserta.

Peserta juga dapat melihat banyak katak jinak di kawasan berair di dalam gua itu. Melalui ekspedisi selama sejam itu, peserta berpeluang melihat keindahan alam semula jadi yang masih terjaga sehingga kini.

Ikan kelah

Usai ekspedisi di gua itu, peserta kembali ke pekan Merapoh dengan pakaian yang basah untuk berkonvoi dengan menaiki pacuan empat roda menuju ke Santuari Ikan Kelah di Sungai Juram.

Perjalanan menuju ke Santuari Ikan Kelah mengambil masa selama 45 minit dengan melalui laluan berbukit dan berliku sebelum tiba di kawasan itu.

Peserta berpeluang mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar bersama ikan yang mendapat jolokan Raja Sungai itu dengan bantuan kakitangan Santuari Ikan Kelah.

Menurut kakitangan di situ, ikan kelah amat jinak dan ia akan berkumpul berdekatan pengunjung apabila makanan ditaburkan di permukaan sungai.

Selepas hampir dua jam bersama ikan kelah, semua peserta menikmati bekalan hidangan makan tengah hari sebelum memulakan aktiviti seterusnya.

Para peserta juga diberi peluang menaiki Menara Pandang Bukit Seraya di Bukit Tinggi untuk melihat pemandangan kawasan sekitar.

Kami bergegas ke pekarangan pejabat Taman Negara untuk melakukan aktiviti menaiki tiub merentasi Sungai Relau. Selepas sesi taklimat, peserta bergerak menuju ke hulu sungai sejauh hampir dua km.

Petugas turut memberi tunjuk ajar kepada peserta agar menaiki tiub mengikut arus anak sungai. Ia merupakan pengalaman pertama bagi kebanyakan peserta malah ada antara mereka hampir terlanggar tebing sungai terutamanya ketika melalui kawasan air deras.

Selepas aktiviti itu, semua peserta kembali ke pekan Merapoh dan menaiki bas untuk kembali ke penginapan di Gua Musang untuk beristirehat.

PESERTA sedaya upaya memanjat cenuram setinggi 20 meter yang menguji ketahanan fizikal mereka.


Aktiviti bertali

Pada hari terakhir program itu, para peserta diberi peluang melakukan aktiviti bertali iaitu memanjat tembok, flying fox dan abseiling di Taman Etnobotani.

Aktiviti itu ternyata mencabar ketahanan fizikal peserta terutama ketika memanjat tembok dinding setinggi 20 meter. Dengan bantuan jurulatih berpengalaman, banyak manfaat yang diperoleh peserta melalui aktiviti itu.

Peserta-peserta menghabiskan masa selama lima jam untuk mencuba ketiga-tiga aktiviti itu.

Pujian harus diberikan kepada pihak JAS, RAS dan Taman Negara atas inisiatif penganjuran program itu yang memberi banyak manfaat kepada peserta.

Bagi penganjur usaha tersebut dapat membangkitkan kesedaran kepada orang ramai supaya menghargai keindahan dan kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat

di negara ini.

Meneroka alam Kampung Peruas

Posted:

Meneroka alam Kampung Peruas

Meneroka alam Kampung Peruas


KEDAMAIAN dan keindahan Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang menjadi tarikan kepada pelancong.


LENA diulit mimpi dalam alam semula jadi menjadi taruhan Homestay Kampung Peruas bagi menggamit pengunjung bertandang di 14 calet yang terletak Ulu Dong, Raub, Pahang itu.

Kedinginan waktu pagi dan kicauan burung yang merdu pasti menambah keasyikan percutian tersebut.

Tidak ketinggalan keramahan penduduk yang sering menjadi buah mulut pengunjung di kampung ini.

Bahkan pengunjung pasti terpesona dengan hidangan wajib calet berkenaan iaitu pisang wap.

Penyelaras merangkap Koordinator Homestay Kampung Peruas, Amran Husin berkata, Kampung Peruas mempunyai khazanah alam semula jadi yang menarik untuk diterokai.

"Kita mempunyai beberapa pakej yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

"Pakej pertama ialah pakej lawatan sehari berharga RM90 seorang, pakej kedua pula penginapan dua hari satu malam (RM180) dan pakej ketiga ialah penginapan tiga hari dua malam (RM260)," jelasnya ketika ditemui di kampung berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, kesemua pakej tersebut turut merangkumi makanan dan aktiviti.


PENGUNJUNG seronok menikmati kesejukan air sungai di Hutan Lipur Lata Jarum, Hulu Dong, Raub, Pahang.


"Ketiga-tiga pakej itu sesuai untuk kumpulan 20 orang hingga 40 orang dalam satu-satu masa.

"Antara aktiviti yang kami tawarkan ialah melawat sekeliling kampung menggunakan kenderaan khas iaitu Kampung Joy Ride," katanya.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan sendiri bunga Rafflesia yang terletak di kawasan Hutan Lipur Lata Jarum.

Malah, pengunjung juga berpeluang merasai kesejukan dan kesegaran air terjun di situ sama ada untuk berkelah atau mandi-manda bersama keluarga.

Anugerah

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Peruas, Jamaluddin Husin berkata, Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2013 yang diterima pada November tahun lalu sebagai bukti penduduk luar bandar turut berpeluang menjana ekonomi yang mapan.

Katanya, ramai dalam kalangan pelancong teruja dengan keindahan semula jadi yang ditawarkan selain keramahan penduduk di kampung ini.

"Kami menganggap pelancong sebagai saudara kandung sendiri sekali gus membuatkan mereka lebih gembira dan selesa berada di sini.

"Walaupun ada dalam kalangan pelancong asing bertutur dalam bahasa Inggeris, ia tidak menjadi halangan untuk kami meneruskan program.

"Meskipun begitu, berlaku juga kejadian lucu apabila melihat penduduk kampung gigih untuk berturut dalam bahasa Inggeris," katanya.

Jamaluddin berkata, pelaksanaan program inap desa ini juga membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia di kawasan itu.

"Selepas ini, anak jati di kampung ini tidak perlu lagi ke bandar untuk mencari pekerjaan sebaliknya boleh memulakan kerjaya di sini terutama dalam bidang perniagaan dan pelancongan," jelasnya ringkas.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Bekas pelajar SMK Tun Sharifah Rodziah berkumpul

Posted:

Bekas pelajar SMK Tun Sharifah Rodziah berkumpul

Bekas pelajar SMK Tun Sharifah Rodziah berkumpul

SEBAHAGIAN daripada bekas pelajar SMK Tun Sharifah Rodziah, Alor Setar bergambar selepas majlis ramah mesra alummi sekolah itu di Jitra, Kedah baru-baru ini.


BERKUMPUL. Seramai 61 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Sharifah Rodziah, Alor Setar berkumpul pada majlis ramah mesra alumni sekolah tersebut yang diadakan di Darul Aman Golf Club, Jitra, Kedah baru-baru ini.

Pengarah program, Che Wan Abdullah, 48, berkata, tujuan program tersebut diadakan untuk mengeratkan hubungan antara bekas pelajar di samping membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan.

"Saya dan rakan-rakan yang merancang program itu juga bersedia menyumbangkan tenaga sekiranya diperlukan dalam membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti demi kepentingan pelajar di sekolah berkenaan," katanya.

S1M, AADK agih bantuan kepada mangsa banjir

Posted:

S1M, AADK agih bantuan kepada mangsa banjir

S1M, AADK agih bantuan kepada mangsa banjir


SEBAHAGIAN daripada anggota S1M dan AADK bergambar bersama mangsa banjir di Balai Raya Kampung Jerantut Feri, Jerantut, Pahang baru-baru ini.


SUMBANGAN. Skuad 1Malaysia (S1M) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang telah mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa S1M, Muhammad Akmal Md. Osman berkata, seramai 15 ahli skuad itu turun padang bersama AADK Jerantut dan Pertubuhan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KRA1M) cawangan Jerantut untuk mengagihkan sumbangan kepada lebih 200 mangsa banjir yang tinggal Balai Raya Kampung Jerantut Feri dan Pondok al-Imaniah, Jerantut.

"Kami membawa bekalan bantuan berupa makanan dan barangan keperluan harian sebanyak dua tan yang disumbangkan oleh pelbagai pihak di Pulau Pinang termasuk pertubuhan bukan kerajaan, syarikat korporat dan individu," katanya.

Ahli KRT dirai pada majlis makan malam

Posted:

Ahli KRT dirai pada majlis makan malam

Ahli KRT dirai pada majlis makan malam


ABDULLAH (tiga dari kanan) memotong kek sambutan ulang tahun ke-62 sempena majlis makan malam di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini


RAI. Seramai 30 ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pasir Pekan Hilir, Tumpat diraikan pada satu majlis makan malam di sebuah restoran di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan baru-baru ini.

Majlis tersebut diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada ahli KRT yang telah memberi komitmen tinggi dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan di kawasan itu.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan sambutan ulang tahun ke-62, Pengerusi KRT Pasir Pekan Hilir, Abdullah Ismail.

Menurut Abdullah, tanpa sokongan serta kerjasama ahli KRT Pasir Pekan Hilir dan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan, tidak mungkin KRT itu dapat bertahan sehingga sekarang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Lapor pekerja asing dalam 14 hari

Posted:

Lapor pekerja asing dalam 14 hari

Lapor pekerja asing dalam 14 hari

SALAH sebuah rangkaian restoran makanan segera yang popular di Malaysia. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Para majikan diwajibkan memaklumkan pengambilan pekerja asing kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam tempoh 14 hari selepas mereka diambil bekerja.

Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (KPTKSM), Mohd. Jeffrey Joakim berkata, majikan yang ingkar boleh didakwa mengikut Akta Kerja (Pindaan) 2011 yang berkuat kuasa 1 April 2012 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Majikan juga diwajibkan memaklumkan sebarang penamatan perkhidmatan sama ada oleh mereka atau pekerja asing berkenaan, selain disebabkan tamat tempoh pas pekerjaan, penghantaran balik atau pengusiran pekerja asing itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penamatan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nedim nafi bakal nikahi Nora Danish

Posted:

Nedim nafi bakal nikahi Nora Danish

Nedim nafi bakal nikahi Nora Danish


NEDIM (kiri) hadir pada majlis ulang tahun anak Nora (kanan) di rumah pelakon itu di Ampang, Hulu Klang semalam.


KUALA LUMPUR - Lelaki yang dikaitkan sebagai kekasih aktres Nora Danish, Mohamed Nedim Nazri atau lebih mesra dengan panggilan Nedim menafikan desas-desus mereka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Nedim, 31, juga menegaskan, dia dan Nora tidak pernah membincangkan rancangan tersebut.

Anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu menegaskan demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat sempena ulang tahun kelima anak Nora, Putera Rayqal Rizal Ashram di Ampang, Hulu Klang di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Skandal rasuah RM2 juta KLIA2

Posted:

Skandal rasuah RM2 juta KLIA2

Skandal rasuah RM2 juta KLIA2

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my


INILAH terminal KLIA2 yang akan memulakan operasi pada Mei tahun ini.


PUTRAJAYA – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan rakannya direman selama lima hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung penerimaan rasuah sebanyak RM2 juta daripada kontraktor.

Kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an tersebut diberkas ketika datang untuk memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 8.30 malam kelmarin.

Mereka diberkas oleh pasukan Bahagian Operasi Khas SPRM yang telah mengintip pergerakan suspek sebaik mendapat maklumat awam beberapa bulan lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Sunderland tambah derita United

Posted:

Sunderland tambah derita United

Sunderland tambah derita United

BARDSLEY (dua dari kanan) menerima pujian daripada rakan-rakan sepasukannya selepas Sunderland menewaskan United 2-1 awal pagi semalam.


SUNDERLAND - Manchester United mencatatkan kekalahan ketiga berturut-turut buat pertama kalinya dalam tempoh hampir 13 tahun awal pagi semalam.

Derita skuad bimbingan David Moyes itu bertambah selepas tewas 1-2 kepada Sunderland pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium of Light.

Kekalahan kepada pasukan di tangga tercorot Liga Perdana England itu merupakan yang ketiga buat Moyes pada awal tahun 2014 ini iaitu musim pertama beliau membimbing skuad The Red Devils sejak menggantikan tempat Alex Ferguson.

United yang memenangi trofi Liga Perdana England dengan kelebihan 11 mata musim lalu, kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Arsenal selepas tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur di Old Trafford pada Tahun Baru lalu.

Empat hari kemudian, United tersingkir daripada pusingan ketiga Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Swansea City di hadapan penyokong sendiri.

"Para penyokong sedar bahawa kami melalui detik yang sukar.

"Mereka sudah lama tidak melihat aksi yang seburuk ini tetapi saya berazam untuk kembali ke landasan yang tepat. Saya yakin mampu melakukannya," kata Moyes.

Bagaimanapun, skuad The Red Devils masih mampu menempah slot ke final Piala Liga di Stadium Wembley sekiranya mereka berjaya menewaskan Sunderland pada aksi kedua di Old Trafford, 22 Januari ini.

Pada aksi semalam, gol kemenangan Sunderland diperoleh menerusi satu sepakan penalti yang disempurnakan Fabio Borini pada minit ke-64 selepas pemain tengah, Tom Cleverley mengasari Adam Johnson.

Sunderland memperoleh gol pertama pada masa kecederaan babak pertama menerusi jaringan sendiri pemain veteran United, Ryan Giggs yang diasak Phil Bardsley.

Nemanja Vidic pula menanduk masuk gol penyamaan 1-1 United tujuh minit selepas rehat. - AP

'Saya tidak takut dipanggil FAM'

Posted:

'Saya tidak takut dipanggil FAM'

'Saya tidak takut dipanggil FAM'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


BEBERAPA pemain Kuala Lumpur hadir ke Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin bagi memberi keterangan masing-masing.


BEKAS pengurus Kuala Lumpur, Datuk George Frederick (gambar kecil) tidak takut dipanggil untuk menghadiri perbicaraan yang melibatkan skandal rasuah skuad warga kota itu pada aksi Liga Premier musim lalu.

Sebaliknya, Frederick yang kini memangku tugas sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) bersedia bersemuka dengan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kosmo! semalam melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak mahu memanggil 10 lagi individu bagi melakukan penyiasatan lebih lanjut.

Taufek menegaskan, nasib tujuh pemain - Azizon Abdul Khadir, Benedict Martin, Muhammad Syazwan Mohamed Rani, J. Mughilan Kartik, Muhammad Azwan Jatin, S. Sivaraj dan Mohamad Amirul Asraf Mohd. Noor - hanya akan diputuskan selepas pihaknya membuat siasatan menyeluruh membabitkan pasukan itu.

Taufek turut memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil enam lagi pemain dan empat pegawai Kuala Lumpur termasuk Frederick dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Frederick berkata, beliau akan membuat penjelasan sebenar apabila dipanggil menghadap Jawatankuasa Tatatertib FAM.

"Saya enggan mengulas lebih lanjut di sini mengapa saya melepaskan jawatan.

"Buat masa ini saya masih belum menerima sebarang surat daripada pihak FAM.

"Saya, selaku Timbalan Presiden KLFA tidak boleh berasa takut. Sebaliknya, KLFA telah memberikan sokongan penuh kepada pihak Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk menyelesaikan masalah bookie ini.

"Saya telah bersedia untuk memberikan keterangan kepada pihak FAM bila-bila masa dan kita tidak perlu takut jika kita benar-benar tidak bersalah," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam perkembangan sama, Frederick berharap kemelut yang melanda itu akan memperkuatkan lagi semangat Kuala Lumpur untuk terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

Beliau turut berharap Kuala Lumpur tidak lagi dihimpit kontroversi musim ini.

"Saya mahu cerita-cerita bookie ini diselesaikan dengan segera... biarlah kami bermain bola sepak dengan lebih aman.

"Apa yang terjadi tahun lepas, biarkan ia berlalu dan paling mustahak, kami akan membuka buku baharu dengan harapan imej Kuala Lumpur lebih bersih tahun ini.

"Saya yakin pihak pengurusan KLFA akan sentiasa berusaha untuk maju ke depan," katanya.

Gergasi Merah tampil rentak 'Tika-Taka' hadapi Liga M

Posted:

Gergasi Merah tampil rentak 'Tika-Taka' hadapi Liga M

Gergasi Merah tampil rentak 'Tika-Taka' hadapi Liga M

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


SHUKOR (depan) menjalani sesi latihan bersama rakan-rakan sepasukannya di Padang SUK, Shah Alam baru-baru ini.


SELANGOR dijangka menyajikan corak permainan menghiburkan terutama kepada penyokong setia skuad Gergasi Merah bagi menghadapi Liga Malaysia musim ini.

Ini kerana Selangor sudah mula mempraktikkan corak permainan hantaran pendek, 'Tika-Taka' yang cukup sinonim dengan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Pemain tengah Selangor, Abdul Shukor Jusoh memberitahu, 'Tika-Taka' yang merupakan corak menyerang dan bertahan dengan menggunakan lebih banyak hantaran pendek berbanding hantaran jauh, menjadi fokus utama Gergasi Merah.

"Jurulatih (Mehmet Durokovic) banyak menerapkan corak hantaran pendek dalam sesi latihan.

"Setiap hari kami akan lakukan latihan hantaran pendek berbanding hantaran jauh.

"Jurulatih seperti mahu kami bermain ala-ala 'Tika-Taka' Barcelona. Walaupun mungkin kami tidak mampu semantap teknik hantaran Barcelona, jurulatih mahu kami mengekalkan corak permainan hantaran pendek," katanya semalam.

Dalam pada itu, Shukor turut memuji persembahan perancang baharu Selangor, Junior Aparecido Guimaro de Souza dari Brazil yang lebih dikenali sebagai Juninho.

"Persembahan Junior dalam sesi latihan begitu menakjubkan sekali.

"Dalam sesi latihan, dia selalu memberikan motivasi kepada rakan-rakan untuk mempamerkan aksi lebih kemas.

"Saya yakin Junior akan memberikan sumbangan cukup penting kepada pasukan musim ini dan tidak lupa juga kepada Andik Vermansah, dia juga memiliki kelebihan dari segi kelajuan.

"Saya berharap dengan Selangor berwajah baharu musim ini, kami dapat merangkul sekurang-kurangnya satu piala. Kami sudah bersedia untuk merealisasikan misi tersebut," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Keterujaan bersanding buat kali kedua

Posted:

Keterujaan bersanding buat kali kedua

Keterujaan bersanding buat kali kedua

Oleh ZAKI SALLEH

PASANGAN Faizal Arabi dan Nooriyah bertuah kerana diraikan dengan perkahwinan tradisi India Muslim.


PALUAN gendang yang dialun rancak kedengaran bergema di sekitar kawasan Tingkat Sungai Gelugor 8, Sungai Gelugor, Pulau Pinang.

Pemukulnya, iaitu dua pemuda memakai baju potongan ala Punjabi tersenyum sambil kedua-dua tangan mereka rancak memukul belulang gendang dengan bilah rotan kecil.

Beberapa wanita separuh abad menuruti di belakang membawa tujuh dulang yang antaranya berisi sepersalinan pakaian, barang-barang dandanan wanita, kuih-muih, manisan, buah-buahan dan lima biji kelapa yang telah dibuang sabut.

Mata orang ramai pula tertancap kepada seorang lelaki berpakaian kurta, iaitu pakaian tradisional bagi lelaki kaum India lengkap dengan turban yang di hadapannya dihiasi juraian bunga melor.

Dia diarak menaiki seekor kuda yang dihias cantik dengan juraian bunga.

Kemeriahan itu merupakan majlis perkahwinan Faizal Arabi Mohamed Firthouse, 31, seorang pengurus jualan di sebuah bank tempatan di George Town, Pulau Pinang.

Berbeza

Walaupun bergelar pengantin buat kali kedua, majlis tersebut cukup berbeza bagi Faizal Arabi yang disatukan di pentas pelamin bersama isterinya, Nooriyah Mohd. Tvani, 30.

Majlis serba meriah itu dijalankan mengikut adat tradisional masyarakat India Muslim Pulau Pinang sepertimana diamalkan nenek moyang pasangan tersebut kira-kira 200 tahun lalu.

Ianya inisiatif Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang (JKKN) untuk tujuan dokumentasi bagi menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014).

JKKN dengan kerjasama Liga Muslim Pulau Pinang (LMPP) menganjurkan majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada Festival Majlis Tradisional Perkahwinan Masyarakat India Muslim Pulau Pinang.


SEGAK menggayakan kurta, pengantin lelaki diarak menggunakan seekor kuda berhias.


Majlis kenduri dijalankan di rumah Julaiha Begum Md. Sultan yang juga Pengerusi Bahagian Wanita LMPP.

"Kami telah berkahwin pada 24 Jun 2011 dan ketika itu hampir 90 peratus majlis perkahwinan kami mengikut cara tradisional India Muslim.

"Bezanya, ketika itu saya menaiki kereta tetapi hari ini saya diarak menaiki kuda," kata Faizal.

Nooriyah yang merupakan pengurus firma undang-undang berkata, beliau begitu gembira kerana dapat melalui majlis perkahwinan buat kali kedua.

"Majlis ini turut dihadiri sahabat handai yang tidak berpeluang menyaksikan majlis persandingan kami dahulu.

"Tetapi majlis kali ini lebih menarik kerana diadakan secara besar-besaran selain mendapat liputan media," ujarnya sambil mengukir senyuman.

Upacara tradisional

Pasangan itu menjalani upacara tradisional seperti merisik, bertunang, akad nikah dan majlis persandingan.

Pengantin perempuan juga menjalani majlis berinai yang diadakan sebelum majlis akad nikah.

Perjalanan majlis itu mengikut susun atur sebenar perkahwinan mempelai masyarakat India Muslim.

Difahamkan, ada antara adat tradisi itu tidak lagi diamalkan dalam kebanyakan majlis perkahwinan masyarakat India Muslim Pulau Pinang selain ada keluarga memilih mengikut adat istiadat perkahwinan orang Melayu.

Perasmian majlis perkahwinan itu disempurnakan Puan Seri Fawziah Begum Mohd. Abu Bakar, isteri bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Turut hadir, Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Pulau Pinang, Ong Hui Guan.

Sementara itu, Pengarah JKKN Mohd. Rizal Ismail berkata, majlis perkahwinan itu adalah yang pertama untuk didokumentasikan oleh jabatan itu sebagai persediaan untuk TMM 2014.

"Dokumentari ini akan disimpan sebagai bahan rujukan dan akan disalin ke dalam bentuk video cakera padat digital untuk diberikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

"Ini adalah salah satu tarikan yang unik di Pulau Pinang yang kaya dengan khazanah tradisi masyarakatnya. Selain itu, generasi hari ini juga perlu mengetahui adat resam mereka yang mempunyai makna tersendiri," ujar beliau.

Tropfest berkunjung ke Malaysia

Posted:

Tropfest berkunjung ke Malaysia

Tropfest berkunjung ke Malaysia


PENGANJURAN Tropfest memberi peluang kepada karyawan muda mempamerkan produk-produk mereka dan diadili oleh ahli profesional industri filem.


BUAT julung-julung kalinya, Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara dipilih sebagai lokasi festival filem pendek berprestij, Tropfest yang akan diadakan di Georgetown, Pulau Pinang pada 20 hingga 25 Januari 2014.

Edisi Tropfest Asia Tenggara itu disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Negara Malaysia dan Malaysia Major Events iaitu sebahagian daripada Malaysia Convention and Exhibition Bureau, sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Ia bertujuan untuk memartabatkan Malaysia sebagai pusat serantau dalam usaha mendorong pembangunan industri pembuatan filem dengan menghargai dan mengiktiraf hasil karya para pembuat filem baharu.

"Kami rasa bertuah kerana diberi peluang untuk menganjurkan festival yang berprestij dan menjadi platform untuk mencungkil bakat.

"Pada masa sama, memperlihat dan menyediakan pentas kepada pembuat filem baharu untuk melancarkan kerjaya profesional mereka," kata Pengarah Urusan Tropfest Asia Tenggara, Joe Sidek pada satu kenyataan kepada media.

Beliau menambah, Tropfest Asia Tenggara menerima lebih 180 penyertaan yang ditutup pada Oktober 2013. Ia merupakan karya-karya oleh peserta dari 11 negara serantau seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

"Ini menunjukkan industri filem pendek serantau sedang berkembang pesat dan bersedia untuk bersaing di arena global," katanya.

Setiap tahun Tropfest akan memberikan tema unik kepada peserta, kali ini, Nasi menjadi kriteria utama yang perlu ada dalam setiap karya mereka.

Dalam pada itu, pengarah filem bebas dari Thailand, Apichatpong Weerasethakul dipilih sebagai duta Tropfest Asia Tenggara.

Pemenang akan menerima hadiah berupa pakej lawatan industri selama lima hari ke Los Angeles, Amerika Syarikat tajaan Motion Picture Association dan wang tunai AS$10,000 (RM32,900) sumbangan Tropfest Asia Tenggara.


LEBIH 180 penyertaan diterima pada Tropfest edisi Asia Tenggara. - Gambar hiasan


Segmen baharu

Tropfest Asia Tenggara akan dibuka dengan satu segmen baharu iaitu Pertunjukan Filem yang mempertontonkan pilihan filem mencerminkan pembangunan dan kejayaan industri filem Asia Tenggara. Tayangan itu akan disusuli dengan sesi soal jawab bersama pengarah atau kurator filem.

Satu lagi tambahan dalam festival tahun ini ialah Anugerah Pilihan Penonton yang dikendalikan oleh Viddsee.com, rakan rasmi tayangan dalam talian.

Orang ramai boleh menonton filem Finalis Tropfest Asia Tenggara di saluran khas www.viddsee.com/tropfestsea dan mengundi filem pendek kegemaran mereka. Pemenang keseluruhan akan dipilih berdasarkan undian tertinggi.

Setiap acara festival terbuka secara percuma kepada orang ramai. Ia turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan muzik dan hiburan secara langsung dan kehadiran bintang terkenal.

"Kita mempunyai komuniti kreatif yang sedang berkembang pesat di Asia Tenggara dan berhak mendapat pengiktirafan.

"Kami yakin Tropfest adalah platform yang sesuai untuk memberi peluang kepada para pembuat filem bebas memperlihatkan hasil karya mereka dan melontarkan suara hati mereka," ujar Sidek.

Sidek berkata, jurang antara gergasi hiburan dunia dan Asia semakin kecil apabila lebih ramai pembuat filem Asia berjaya memenangi anugerah dan mencipta nama dalam industri pengiklanan, televisyen, filem dan muzik di peringkat antarabangsa.

"Sebagai tuan rumah Tropfest Asia Tenggara, Malaysia berpeluang untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pusat seni kreatif terbaharu," kata Sidek.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bayi nyaris lemas akibat asap tebal, rumah nenek terbakar

Posted:

Bayi nyaris lemas akibat asap tebal, rumah nenek terbakar

Bayi nyaris lemas akibat asap tebal, rumah nenek terbakar

08/01/2014 11:57pm

ALOR SETAR - Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan nyaris lemas akibat asap tebal apabila rumah neneknya musnah dalam kebakaran di

Jalan Biru, Kampung Berjaya di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, Lee Kar Haw yang sedang

tidur, diselamatkan ibunya Bok Wan Ying, 36, selepas menyedari rumah mertuanya yang terletak bersebelahan rumah mereka terbakar.

Wan Ying berkata, ketika itu dia bersama suami Lee See Kheng, 42, sedang memasak di belakang rumah sebelum tiba-tiba terdengar jeritan jiran memberitahu rumah ibu mertuanya terbakar.

"Saya teringat anak saya ada dalam bilik bawah dekat dengan rumah ibu yang terbakar.

"Rumah kami rumah kayu berkembar, kalau tak dengar orang jerit tak tau

apa yang jadi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Katanya dia juga bersyukur kerana ketika kejadian ibu mertuanya pergi ke

sebuah klinik berhampiran. - Bernama

Sarawak Energy perkasa skuad Bujang Senang

Posted:

Sarawak Energy perkasa skuad Bujang Senang

Sarawak Energy perkasa skuad Bujang Senang

08/01/2014 10:51pm

KUCHING - Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman optimis skuad Liga Super Bujang Senang musim ini mampu menggegar saingan Liga Malaysia 2014 yang bakal bermula 18 Januari ini.

Menurut Sudarsono, hakikat itu diperkukuhkan lagi selepas Sarawak Energy bertindak sebagai penaja utama skuad Bujang Senang pada musim ini.

"Kejayaan kita menjulang Liga Premier dengan rekod tanpa kalah dan menjadi semifinalis Piala Malaysia 2013 adalah berkat komitmen seluruh pihak termasuk pengurusan, pemain, penyokong dan para penaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran jersi baharu, pengenalan pemain dan pengumuman penaja-penaja untuk skuad Sarawak di Stadium Perpaduan di sini malam ini.

Selain Sarawak Energy selaku penaja utama, penaja lain adalah Shin Yang, Ibraco, Lea Sport Center, Titanium, Marina Parkcity, HSL, DD Plantations dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). - KOSMO!

MIC Melaka jamin Kampung Chetti terus dipelihara

Posted:

MIC Melaka jamin Kampung Chetti terus dipelihara

MIC Melaka jamin Kampung Chetti terus dipelihara

08/01/2014 10:29pm

MELAKA - MIC Melaka memberi jaminan akan memastikan Kampung Chetti di Gajah Berang di sini terus dipelihara sebagai warisan sejarah negara.

Pengerusinya, Datuk M.S. Mahadevan berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial Facebook berhubung perkampungan yang wujud sejak tahun 1414 itu akan lenyap berikutan projek pembangunan adalah tidak berasas.

"Memang benar ada projek dibangunkan di kawasan berhampiran namun ia bukan di dalam kampung tersebut sebaliknya di atas tanah milik persendirian bersebelahan Kampung Chetti," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini.

Menurut Mahadevan, projek tersebut merangkumi pembangunan dua blok kondominium 22 tingkat, hotel 12 tingkat dan tempat letak kereta setinggi enam tingkat yang diluluskan pada 2009.

Bagaimanapun, Mahadevan berkata, tiga kuil lama diperbuat daripada batu kapur yang berusia lebih 300 tahun di kampung tersebut dikhuatiri mengalami kerosakan akibat pembangunan itu.

Justeru, katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bagi mencari langkah memelihara kampung yang mendapat status kampung warisan pada 2002 itu. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


AS dilanda sejuk melampau

Posted:

AS dilanda sejuk melampau

AS dilanda sejuk melampau

TASIK Michigan beku akibat suhu sejuk melampau di Chicago, Illinois kelmarin.- AFP


INDIANAPOLIS - Aliran udara sejuk berbahaya yang melanda bahagian tengah hingga selatan dan timur Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan banyak sekolah serta perniagaan ditutup manakala 16 orang dilaporkan meninggal dunia.

Suhu di kawasan tersebut semalam mencecah negatif 27 darjah Celsius sekali gus memecah rekod suhu paling sejuk yang pernah dicatatkan di negara berkenaan.

Di Toronto, seorang pegawai di Lapangan Terbang Antarbangsa Pearson memberitahu, suhu sejuk yang ekstrem menyebabkan amaran keselamatan telah dikeluarkan kepada para petugas.

Seramai 187 juta penduduk di kawasan terbabit akan terjejas akibat 'pusaran polar' itu apabila ia merebak ke seluruh AS.

Sebuah syarikat utiliti, PJM Interconnection yang membekalkan tenaga elektrik kepada lebih 61 juta pengguna di tengah Atlantik, tengah dan selatan AS semalam meminta para pengguna menjimatkan penggunaan tenaga ekoran cuaca sejuk.

Dalam pada itu, di Indiana pula lebih 30,000 terpaksa bergelap selepas bekalan elektrik di beberapa kawasan terputus kelmarin.

Lebih 500 penumpang terpaksa bermalam di dalam gerabak kereta api apabila tiga perkhidmatan berkenaan yang menuju ke Chicago terpaksa berhenti akibat salji tebal di Illinois.

Seorang kakitangan meteorologi, Bob Oravec di Pusat Ramalan Cuaca di College Park, Maryland berkata, aliran udara sejuk meningkatkan kebimbangan jalan raya yang basah akibat salji yang cair pada minggu lalu akan membeku semula.

"Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda keadaan akan kembali normal apabila suhu kembali meningkat diramalkan di tengah AS,'' katanya. - Agensi

Run Run Shaw meninggal dunia

Posted:

Run Run Shaw meninggal dunia

Run Run Shaw meninggal dunia


RUN RUN SHAW (dua dari kanan) menghadiri parti ulang tahun kelahirannya pada 19 November 2001 di Hong Kong.- REUTERS


HONG KONG - Pengasas Studio Jalan Ampas di Singapura dan bapa filem kung fu, Sir Run Run Shaw (gambar) meninggal dunia di kediamannya di sini semalam pada usia 106 tahun.

Satu kenyataan daripada syarikat milik beliau, Television Broadcasts Limited (TVB) memberitahu, mendiang meninggal dunia pada pukul 6.55 pagi waktu tempatan.

"Mendiang menghabiskan hayatnya mempromosikan industri hiburan di Hong Kong dan sikap dermawan beliau tidak terhad hanya di bandar ini serta di China tetapi tersebar di seluruh dunia," kata, Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying.

Mendiang mengasaskan syarikat televisyen TVB pada tahun 1967 yang banyak melahirkan para pelakon berbakat termasuklah Chow Yun-fat, Wong Kar-wai, Andy Lau dan Stephen Chow.

Anak bongsu daripada enam beradik itu dilahirkan di Shanghai pada tahun 1907.

Bapanya, Shaw Yuh Hsuen merupakan seorang ahli perniagaan tekstil yang kaya.

Pada tahun 1937, Shaw yang ketika itu berusia 19 tahun dan abangnya, Runme melebarkan perniagaan mereka dengan mengasaskan studio perfileman di Singapura dan menghasilkan 10 buah filem Melayu tetapi terganggu akibat Perang Dunia Kedua.

Runme meninggal dunia pada tahun 1985 pada usia 84 tahun.

Selepas Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1947, dia dan Runme menubuhkan syarikat Malay Film Productions di Jalan Ampas yang selepas itu lebih dikenali sebagai Studio Jalan Ampas.

Kegemilangan studio berkenaan dianggap sebagai pencetus zaman emas perfileman Melayu.

Bintang filem Melayu yang terkenal, Tan Sri P. Ramlee pernah berlakon dalam beberapa filem keluaran Run Run antaranya Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.

Pada tahun 1958, Run Run menubuhkan Syarikat Shaw Brothers di Hong Kong yang menghasilkan filem-filem kung fu popular, antaranya The One-Armed Swordsman dan The Magnificent Concubine.

Shaw Brothers yang mempunyai kompleks studio yang ketika itu antara terbesar di dunia turut menghasilkan filem untuk Amerika Syarikat seperti Blade Runner yang dibintangi oleh aktor terkenal, Harrison Ford pada tahun 1982.

Bagaimanapun, mendiang gagal membawa aktor legenda kung fu, Bruce Lee menyertai syarikat itu kerana masalah kontrak sebelum pelakon berkenaan menandatangani kontrak dengan syarikat Golden Harvest.

Mendiang mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Lily Wong Mee-chun yang meninggal dunia pada tahun 1987.

Dia kemudian berkahwin dengan seorang penyanyi, Mona Fong. - Agensi

Cari kekasih dengan cara yang unik

Posted:

Cari kekasih dengan cara yang unik

Cari kekasih dengan cara yang unik

ABRAHAMS membawa sepanduk yang tertulis ayat yang menyatakan hasratnya untuk mencari wanita berambut perang untuk dijadikan kekasihnya di London baru-baru ini.- TWITTER


LONDON - Sejumlah pengguna Twitter telah merakamkan gambar seorang lelaki, Gerald Abrahams membawa sepanduk bagi mencari seorang wanita yang sudi untuk dijadikan kekasihnya di sini, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin.

Abrahams yang berusia 39 tahun merayau-rayau di sekitar kota raya ini dengan membawa sepanduk yang tertera ayat yang menyatakan hasratnya untuk dijadikan kekasih.

Namun, dia hanya mahu mencari wanita yang berambut perang sahaja untuk dijadikan kekasihnya.

Abrahams pernah memberitahu stesen radio Absolute bahawa dia tidak menyukai laman mencari kekasih di internet.

"Saya berpendapat, saya perlu melakukan sesuatu yang lebih kreatif (untuk mencari kekasih)," katanya. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved