Jumaat, 16 Mei 2014

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Imigresen Sabah tahan lima individu, tumpas sindiket keluar dokumen palsu untuk warga asing

Posted:

Imigresen Sabah tahan lima individu, tumpas sindiket keluar dokumen palsu untuk warga asing

Imigresen Sabah tahan lima individu, tumpas sindiket keluar dokumen palsu untuk warga asing

16/05/2014 10:07pm

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Sabah menumpaskan sindiket yang membawa masuk dan keluar warga asing dengan menggunakan dokumen pengenalan diri palsu.

Pengarahnya, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan berkata, pihaknya menahan lima individu dalam tiga kes berasingan yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebagai transit untuk membawa warga asing ke negara ketiga.

"Dalam kes terbaharu, dua individu warga Turki yang berhasrat ke Kuala Lumpur ditahan di Terminal 1, KKIA Rabu lepas kerana disyaki memiliki pasport Turki palsu," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Pasport 1966 dan masih menunggu pengesahan ketulenan pasport dari Kedutaan Besar Turki di Kuala Lumpur. - Bernama

Kemenangan Modi buka era baharu di India

Posted:

Kemenangan Modi buka era baharu di India

Kemenangan Modi buka era baharu di India

16/05/2014 9:27pm

NEW DELHI - Calon Perdana Menteri, Narendra Modi mengisytiharkan India kini memasuki satu `era baharu' selepas parti pembangkang, Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinannya mencipta kemenangan paling besar pada pilihan raya negara itu dalam tempoh 30 tahun.

Keputusan awal dalam pilihan raya yang berlangsung selama enam minggu tersebut menunjukkan BJP yang diketuai Modi bakal menjadi parti tunggal pertama yang menang majoriti kerusi parlimen sejak tahun 1984.

Kemenangan yang diperoleh Modi, 63, yang merupakan anak seorang penjual teh tersebut menjangkaui semua ramalan yang dibuat para penganalisis sebelum ini.

Kejayaan itu juga dijangka mengubah lanskap politik India apabila Modi memperoleh mandat yang besar untuk membuat perubahan ekonomi yang dijanjikan beliau sebelum ini.

Modi yang merupakan Ketua Menteri Gujarat sebelum ini menerima pujian kerana berjaya mengukuhkan perkembangan ekonomi di negeri tersebut.

Apabila keputusan pilihan raya itu disahkan beliau bakal menjadi Perdana Menteri India ke-15 menggantikan Perdana Menteri, Manmohan Singh.

Keputusan awal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan BJP memperoleh undi majoriti apabila memenangi lebih 272 kerusi daripada 543 kerusi yang dipertandingkan.

Parti itu dijangka mudah melepasi angka 330 kerusi apabila parti sekutu BJP turut memenangi beberapa kerusi parlimen.

Parti Kongres yang dikuasai oleh keluarga Ghandhi yang memerintah negara itu selama 13 tahun bakal mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah apabila hanya memperoleh tidak sampai 50 kerusi.

Parti itu sebelum ini hilang kepercayaan rakyat berikutan skandal rasuah, persengketan dalaman serta kegagalan untuk mengendali masalah ekonomi, kemiskinan infrastruktur dan pendidikan negara. - AFP

Bekas pengurus JDT II digantung 20 tahun daripada aktiviti bola sepak

Posted:

Bekas pengurus JDT II digantung 20 tahun daripada aktiviti bola sepak

Bekas pengurus JDT II digantung 20 tahun daripada aktiviti bola sepak

16/05/2014 9:23pm

PETALING JAYA - Bekas pengurus Johor Darul Takzim II (JDT II), On Jabbar dikenakan hukuman gantung selama 20 tahun daripada sebarang akitiviti bola sepak dan denda RM50,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas mengaku bersalah mengasari pengadil pada aksi Liga Perdana, 19 April lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, keputusan dibuat selepas mempertimbangkan rayuan On.

Selain itu, kami juga melihat semula video perlawanan antara JDT II dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FA, di sini hari ini.

"Kita telah bincangkan perkara ini dengan begitu panjang lebar dan mengambil kira rayuan On dan kita memandang kesalahan berkenaan adalah satu perkara yang serius," katanya.

Dalam kejadian itu, On didakwa menumbuk muka pengadil, Sukri Abd. Rahman selepas tamat perlawanan yang berkesudahan seri 2-2. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved