Jumaat, 16 Mei 2014

Kosmo Online - Pesona


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Tukar pandangan geopolitik dunia

Posted:

Tukar pandangan geopolitik dunia

Tukar pandangan geopolitik dunia

SEKERAS-KERAS hati ketua kabilah Taliban, namun beliau berjaya mendapatkan kebenarannya untuk memberi penjagaan perubatan kepada kaum wanita dalam kabilah itu.

Ketika bertugas di sebuah kawasan kampung di Iraq, pinggulnya ditembusi peluru. Dengan pantas beliau menjahit luka tembakan dan meneruskan tugasnya untuk membantu seorang wanita yang hendak bersalin.

Wanita yang tersemat keberanian dalam dirinya, cabaran tersebut merupakan rutin hariannya.

Beliau betah berada di zon perang. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood seorang pakar ginekologi yang juga pejuang kemanusiaan. Perang Kosovo meletus di selatan Eropah semasa berakhirnya satu lagi alaf.

Di tanah air, bisnes klinik Jemilah dan suaminya, Dr. Ashar Abdullah berjalan lancar.

Bagaimanapun, ia tidak cukup untuk memuaskan hatinya. Jauh di lubuk hatinya, ada misi lebih besar yang perlu dilakukannya. Beliau membuat keputusan untuk ke Kosovo bagi membantu mangsa perang di sana.

Penubuhan

Jemilah menghubungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkenaan untuk menyatakan hasratnya. Namun, tidak ada satu pun yang memberi jawapan, justeru suaminya mencadangkan kepadanya agar menubuhkan sebuah badan dan menyusun sendiri pasukan sukarelawannya.

Cadangan suaminya itu menjadi titik tolak kepada penubuhan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia).

"Satu daripada kelebihan menjadi pejuang kemanusiaan dan membentuk pertubuhan ialah saya boleh menyakinkan rakyat Malaysia bahawa sekiranya kita mahu menjadi negara maju, ia bukan tentang membina bangunan atau lebuh raya.

"Ia tentang membantu orang, berbelas kasihan terhadap semua orang. Kenapa mesti mengehadkan diri kita sebagai orang Asia atau rakyat Malaysia untuk memainkan peranan di peringkat global?" soalnya pada sebuah forum di Kelab Golf Diraja Selangor sewaktu berlangsungnya Kejohanan Tenis WTA Terbuka Malaysia BMW di Kuala Lumpur baru-baru ini.


JEMILAH menjadi model Doktor Tanpa Sempadan dan menabur bakti di segenap dunia.


Bermula secara sederhana dengan beroperasi dari klinik Jemilah, Mercy Malaysia kini disegani sebagai sebuah badan yang banyak menabur jasa kepada masyarakat dan usaha murni tersebut masih berterusan.

Selepas Kosovo, tenaga sukarelawan yang diketuai oleh Jemilah bergerak ke Iraq, Afghanistan, Indonesia (Acheh), Somalia, Kemboja dan banyak lagi negara yang dilanda masalah untuk menghulurkan bantuan.

Jemilah mendedahkan, beliau membesar dalam keluarga daripada ibu bapa yang berlainan kaum dengan 13 adik-beradik termasuk saudara tiri. Keluarganya mengamalkan pelbagai kepercayaan seperti Islam, Kristian dan Buddha yang membolehkan beliau menyesuaikan diri dengan semua orang.

Erti kemanusiaan

Baginya, hormat menghormati, kasih sayang amat penting, tanpa mengira warna kulit, agama atau kepercayaan.

Semasa berusia belasan tahun, ibunya mengajar beliau erti kemanusiaan dengan menyuruhnya melakukan beberapa urusan. Menurut Jemilah, beliau diminta ke Singapura untuk membantu membeli buku sekolah dan keperluan lain untuk diberikan kepada saudara-mara sebelah ayahnya.

Ini berlaku selepas ayahnya meninggal dunia dan ketika itu beliau berusia sembilan tahun.

"Pada mulanya, saya memang memberontak. Saya fikir ibu tidak sayangkan saya kerana menyuruh saya pergi semasa cuti sekolah. Pada saya, ibu tidak mahu saya berada di rumah.

"Fikiran saya berubah apabila mengetahui tindakan ibu itu kerana beliau nampak kelainan dalam diri saya. Semasa ibu nazak, dia beritahu amat sayangkan saya dan dia tahu saya ini lain daripada yang lain.

"Ibu beritahu buatlah ikut kata hati nurani saya. Katanya, memang saya seorang doktor tetapi beliau tahu apa yang saya cari," cerita Jemilah mengenang kisah silamnya.

Ibu kepada dua anak lelaki itu menyifatkan cabaran paling hebat sebagai pejuang kemanusiaan dan kehidupan ialah mengekalkan motivasi.

Beliau berkongsi kisahnya semasa dilanda kemurungan akibat kejadian tembakan di Iraq.


WAJAH kanak-kanak yang menjadi mangsa persengketaan kuasa dunia menguatkan lagi semangat Jemilah yang menghulurkan bantuan.


Dua pekerjanya terbunuh dan beberapa orang lagi cedera.

"Berkali-kali saya mengenang kembali apa yang telah kami lakukan dan baru saya boleh terima hakikat, apa yang berlaku bukan salah saya. Malah, pasukan Palang Merah PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) pernah dibom dan mereka itu diberi kawalan keselamatan yang ketat.

"Bagi saya, apa yang terus memotivasi saya ialah mereka yang terkorban dan cedera semasa misi. Saya tidak boleh mengecewakan mereka. Saya lakukan untuk pertubuhan ini dan untuk mereka yang saya cuba bantu dan kami akan teruskan usaha ini," katanya.

Menurut Jemilah, agama memberinya kekuatan dalam menjalankan misinya di samping suami yang senantiasa memberi sokongan.

Beliau juga amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memahami keperluannya untuk berada jauh dari mereka.

Penghargaan

Tidak lupa juga, beliau menyatakan penghargaan kepada ramai pihak yang yakin dengan visinya.

Pada tahun 2009, sedekad selepas beliau mengasaskan Mercy Malaysia, Jemilah menyerahkan pertubuhan itu kepada orang lain untuk membolehkannya memberi bimbingan kepada para pemimpin muda di samping menulis.

"Kini, saya amat teruja dengan kepimpinan, tentang memupuk orang muda. Saya juga ingin menukar pandangan geopolitik dunia.

"Saya mahu kita yang dikenali sebagai global Selatan, mempunyai suara dalam isu global. Saya mahu kita mempengaruhi polisi selain mampu membentuk masa hadapan," tegas Jemilah.

Beliau akan meninggalkan Malaysia kerana ditawarkan jawatan yang membolehkannya melakukan tugas itu. Jemilah telah dilantik bagi mengetuai Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di ibu pejabat PBB di New York.

BELIAU menjadi Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 2009.


Kepada anak-anak muda, beliau menggesa mereka mencari sesuatu yang mahu dilakukan.

Mungkin proses itu akan mengambil masa kerana beliau sendiri mengalaminya.

Beliau menasihatkan mereka supaya jangan takut untuk menukar karier apabila melakukan sesuatu yang mereka tidak suka.

"Walaupun masyarakat berasa skeptikal, lakukanlah. Dalam kehidupan, anda perlu mengambil risiko, risiko yang sudah difikir dengan semasak-masaknya.

Sekiranya anda tidak mengambilnya, sudah tentu anda akan terlepas peluang," nasihat Jemilah. - Bernama

Bait-bait puisi menggetar hati ibu

Posted:

Bait-bait puisi menggetar hati ibu

Bait-bait puisi menggetar hati ibu

Oleh MOHD. SHAZWAN YUSOP


ROHANI (kanan) bersama Ketua Setiausaha, Datuk Seri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur (tengah) dan Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Dr. Siti Norlasiah Ismail bergambar kenangan selepas merasmikan sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan di Suria KLCC.


SEAWAL pukul 9 pagi 10 Mei lalu, orang ramai telah berpusu-pusu ke ruang legar pusat beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur bagi meraikan upacara perasmian sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2014.

Suasana pada pagi itu bertambah gamat dan meriah selepas ketibaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Sebelum ucapan perasmian berlangsung, sambutan dimulakan dengan bacaan puisi buat ibu-ibu yang disampaikan oleh Amira Aishah Ahmad Tarmizi.

Bait-bait puisi yang menyentuh perasaan ternyata berjaya menggetarkan hati-hati pengunjung yang hadir sekali gus mengalirkan air mata.

Dalam ucapan perasmian, Rohani menyatakan bahawa majlis sambutan tersebut diharap dapat menyuburkan nilai kekeluargaan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga, masyarakat dan negara.

"Sambutan ini sengaja diadakan awal sehari sebelum sambutan Hari Ibu seluruh dunia.

"Ia bertujuan memberi ruang kepada anda semua meraikannya bersama-sama ibu anda pada keesokan harinya," kata Rohani.

Kesedaran

Sambutan Hari Ibu diadakan pada minggu kedua bulan Mei setiap tahun bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pengorbanan ibu selama ini dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Dalam ucapannya Rohani berkata, bertepatan dengan tema sambutan Hari Ibu kali ini, Ibu Di Hati Syurga Menanti, ia diharapkan dapat menjadi pendorong kepada generasi muda untuk menghargai jasa ibu mereka.

Tambahnya lagi, peranan yang dimainkan oleh ibu-ibu amatlah besar dalam membentuk hala tuju sesebuah keluarga serta sebagai pengukuh ikatan kekeluargaan.

Bagi memeriahkan majlis sambutan tersebut, pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak urus setia sambutan yang terdiri daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Suria KLCC, Petrosains, Avon serta Kosmo!.


STUDIO Mini Kosmo! di Suria KLCC, dipenuhi orang ramai yang ingin mengabadikan potret istimewa sempena Hari Ibu.


Antara aktiviti yang diadakan termasuklah Sesi mengabadikan Potret Istimewa Hari Ibu, penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Selfie Bersama Ibu, edaran bunga dan gelagat badut Awang De Clown yang turut mengagihkan belon percuma di sekitar ruang legar KLCC. Ia juga diserikan aktiviti membuat kek cawan di Petrosains.

Menurut Pengurus Perhubungan Korporat Avon Malaysia, Elain Aisyah, Avon turut sama-sama memeriahkan sambutan kerana ia bersesuaian dengan produk syarikatnya yang khusus untuk wanita.

"Bersesuaian dengan tema kami, Making women's lives beautiful, kami rasa bertanggungjawab untuk mencantikkan ibu-ibu yang mengambil bahagian dalam aktiviti di Studio Mini Kosmo!," katanya.

Jurusolek

Pada sambutan tersebut, pihak Avon telah membawa jurusolek untuk mencantikkan ibu-ibu secara percuma.

Sementara itu, salah seorang pengunjung Lizza Imelia Solana, 32, berkata, dia berada di Suria KLCC sejak pukul 8.30 pagi semata-mata untuk meraikan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan.

Dia yang datang bersama ibunya, Maimunah Latiff, 67, memaklumkan, antara aktiviti yang menjadi tarikannya ialah sesi mengabadikan potret istimewa Hari Ibu di Studio Mini Kosmo!.

"Hari ini merupakan hari yang istimewa, saya tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk bergambar bersama ibu saya, walaupun terpaksa berbaris panjang," katanya.

Menurutnya, dia sangat berpuas hati dengan sambutan Hari Ibu kali ini dan berharap sambutan yang lebih besar diadakan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, beberapa artis popular tempatan turut memeriahkan sambutan tersebut, antaranya Lana Nodin, Amyra Rosli, Nurul Kamarudin dan Dazrin Kamaruddin.

Program Studio Mini Kosmo! mendapat kerjasama daripada rakan penaja seperti BuraqOil Supply, Nouvelles Visages, Canon, One Drop Perfumes, Rafflesia, Ariani, Superbest Power, Mia Mikhail, Al-Humaira, Redpen Communications dan Buena Vista International.

Turut hadir memeriahkan program itu ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin.

Peluang menyertai pencarian model Damara

Posted:

Peluang menyertai pencarian model Damara

Peluang menyertai pencarian model Damara

DUTA Damara Care & Herbs, Ashraf Muslim dan Maria Tunku Sabri memegang sampel produk kecantikan Damara.


ANDA mahu menjadi model tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Apatah lagi, anda tidak memiliki kulit wajah yang sempurna disebabkan masalah seperti jerawat, bintik hitam atau jeragat.

Situasi itu pastinya membantutkan impian anda untuk bergelar seorang model. Namun, jangan bimbang kerana setiap masalah tentu ada penyelesaiannya.

Terbaharu, syarikat Damara Care & Herbs Sdn. Bhd. tampil mengeluarkan set produk kecantikan yang terdiri daripada Damara Miracle Essence dan Damara Facial Soap dengan khasiat ekstrak yis.

Yis yang terhasil daripada air perapan beras mampu memberi nutrisi pada kulit sekali gus menjadikan kulit lebih bersih dan cerah serta pori wajah lebih kecil.

Set Damara Beauty Care ini diformulasikan melalui teknologi Korea dan dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi yang diimport dari Korea dan Itali.

Pelbagai lapisan masyarakat termasuk remaja telah mencuba produk ini dan hasilnya diperoleh dalam tempoh 28 hari mengikut kitaran kulit normal untuk menggantikan tisu kulit yang baharu.

Produk ini juga selamat digunakan dan mempunyai pengesahan dari Kementerian Kesihatan. Justeru, para pengguna tidak perlu bimbang terhadap kualiti yang ada pada produk ini.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Set Damara Beauty Care, hubungi talian 016-417 6868 bagi mendapatkan maklumat senarai stokis yang berhampiran.

Pelanggan yang menyertai pencarian model Damara berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai serta peluang berlakon di bawah produksi Ashraf Muslim.

Para pemenang mingguan akan disiarkan gambarnya di akhbar Kosmo! dan menerima hadiah berupa set Damara Beauty Care.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved