Jumaat, 16 Mei 2014

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


On dihukum gantung 20 tahun

Posted:

On dihukum gantung 20 tahun

On dihukum gantung 20 tahun

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

IMBAS KEMBALI... On (tengah) hadir ke IPD Seri Alam di Pasir Gudang, Johor pada 22 April lalu untuk memberi keterangan.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menjatuhkan hukuman gantung 20 tahun ke atas bekas pengurus Johor Darul Takzim (Johor DT) II, On Jabbar daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak serta denda RM50,000.

Ia ekoran kesalahan tingkah laku yang dilakukan On pada aksi Liga Premier antara Johor DT II dan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor 19 April lalu.

On didapati bersalah kerana menumbuk muka pengadil perlawanan, Sukri Abd. Rahman sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 2-2.

Tiga hari selepas insiden tersebut iaitu pada 22 April lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah melucutkan jawatan On sebagai pengurus Johor DT II selain denda RM25,000.

Bagaimanapun, semalam giliran FAM pula menjatuhkan hukuman terhadap On berdasarkan Kod Tatatertib Perkara 2.4 selepas beliau mengaku salah atas kesalahan yang dilakukannya itu.

"On mengaku salah atas tindakannya tetapi FAM tetap memandang serius insiden tersebut. Atas kesalahan itu, On digantung 20 tahun dan denda RM50,000.

"Hukuman maksimum adalah gantung seumur hidup, jadi On masih dibenarkan membuat rayuan sebaik menerima surat daripada FAM. Beliau ada tempoh tujuh hari untuk membalas surat tersebut.

"Memandangkan On juga adalah salah seorang Exco PBNJ, maka persatuan negeri itu didenda RM40,000," kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Taufek menegaskan bahawa PBNJ turut tidak terlepas daripada hukuman pada pertemuan menentang UiTM FC tersebut.

Ini kerana PBNJ didapati bersalah selepas penyokong tuan rumah, Johor DT II didapati bersalah membaling air kepada para pegawai dan pemain UiTM FC.

"Untuk kes itu pula, PBNJ dikenakan denda RM10,000 dan denda RM20,000 atas kegagalan menyediakan kawalan keselamatan mencukupi," katanya.

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha Agung FAM, Lazarus Xavier mengesahkan, pihaknya telah menghantar surat pertuduhan kepada Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya berhubung insiden pada aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin 5 Mei lalu.

Difahamkan, Fahmy sepatutnya tidak dibenarkan berada di kawasan bangku simpanan pemain tetapi beliau dilihat membuat aduan mengenai mutu pengadilan kepada pegawai pertandingan pada aksi tersebut.

"Jabatan Undang-Undang FAM telah mengeluarkan surat pertuduhan hari ini (semalam). Pihak kami akan menunggu respons daripada beliau," katanya.

FAM tetap buru calon import

Posted:

FAM tetap buru calon import

FAM tetap buru calon import

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


MILLA antara calon jurulatih asing yang dikatakan berada dalam senarai pendek FAM ketika ini.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap akan meneruskan usaha melantik pengendali baharu Harimau Malaya dalam kalangan calon-calon dari luar negara.

Ini kerana, FAM tidak akan sesekali melantik anak tempatan biarpun ada yang mula mencadangkan Datuk Ong Kim Swee dan Dollah Salleh sebagai gabungan yang serasi untuk membimbing Harimau Malaya.

Ketika ditanya tentang idea tersebut, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah terlintas untuk menggabungkan kedua-dua jurulatih itu sebagai pengendali baharu Harimau Malaya.

"Kalau kita lihat, ada jurulatih tempatan mempamerkan prestasi cemerlang tetapi kami perlu melihat daripada semua aspek sebelum membuat pemilihan.

"FAM mahu (ketua jurulatih baharu) mengenal pasti pemain-pemain daripada peringkat akar umbi melibatkan skuad Harimau Muda C sehingga Harimau Muda A. Mungkin jurulatih-jurulatih negeri tidak begitu arif dalam hal ini.

"Bagaimanapun, kita akan mengambil jurulatih (dari luar negara) ini setelah mengambil semua aspek. Kita juga mahu memastikan kontrak (pengendali baharu Harimau Malaya) itu berbaloi kepada FAM," kata Hamidin ketika ditemui pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kosmo! semalam melaporkan, ada dalam kalangan pemerhati bola sepak tempatan menganggap sudah tiba masanya FAM mengambil pendekatan berbeza untuk melantik pengendali baharu Harimau Malaya selepas badan induk itu dilihat lebih ghairah memburu khidmat jurulatih asing.

Satu cadangan ditujukan kepada FAM adalah melantik Kim Swee yang juga pengendali Harimau Muda A dan Dollah (Polis Diraja Malaysia) untuk mereka bersama-sama membimbing skuad senior negara.

"Kita mempunyai beberapa perancangan lain walaupun mungkin ada pihak mengatakan pengambil jurulatih import satu langkah membazir tetapi ia bukan satu masalah buat FAM.

"Jadi FAM akan tetap berusaha mendapatkan calon terbaik yang mana mungkin beliau (pengendali baharu) akan membawa barisan pegawainya sendiri untuk membimbing skuad negara ke tahap lebih tinggi," tambah Hamidin.

Kerusi 'panas' selaku pengendali baharu Harimau Malaya terus menjadi topik hangat ketika ini selepas FAM tidak lagi menyambung kontrak Datuk K. Rajagobal yang tamat penghujung tahun lalu.

Beberapa calon jurulatih import yang dikatakan berada dalam senarai pendek FAM ialah Luis Milla Aspas yang juga bekas pemain Real Madrid dan Barcelona dan Gern Engles (jurulatih skuad kebangsaan Mozambique).

Terbaharu, bekas pengendali skuad kebangsaan Iraq, Wolfgang Sidka muncul sebagai calon yang dilaporkan berada dalam radar FAM.

Tok Gajah ikat Johor DT

Posted:

Tok Gajah ikat Johor DT

Tok Gajah ikat Johor DT


FIGUEROA (kiri) cuba melepasi pemain pertahanan Pahang, Mohd. Shahrizan Salleh pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.


KESILAPAN penjaga gol, Izham Tarmizi Roslan pada penghujung perlawanan menyaksikan Johor Darul Takzim (Johor DT) kempunan meraih kemenangan apabila sekadar seri 2-2 dengan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Strategi Harimau Selatan mengasak benteng pertahanan Tok Gajah ternyata membuahkan hasil apabila bintang import Johor DT, Luciano Figueroa meledak gol pertama pada minit ke-27.

Bagaimanapun, kelebihan Johor DT hanya bertahan seketika apabila pemain sayap lincah, Mohd. Azamuddin Akil kembali menyamakan kedudukan buat Pahang pada minit ke-36.

Kem Pahang cemas seketika apabila pemain tengah, Azidan Sarudin terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan gara-gara bertembung dengan rakan sepasukannya, Mohd. Saiful Nizam Miswan.

Bersambung babak kedua, Johor DT sekali lagi mendahului perlawanan menerusi jaringan Safiq Rahim pada minit ke-49.

Tersentak dengan jaringan tersebut, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan kembali menampilkan corak menyerang untuk memburu gol penyamaan.

Saat-saat yang dinanti-nantikan Tok Gajah akhirnya tiba apabila R. Gopinathan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89.

Gopinathan bijak melepasi benteng pertahanan Johor DT sebelum melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan Izham Tarmizi yang tertampan bola ke gawang sendiri.

Pada 5 Mei lalu, Pahang berjaya mengikat Johor DT 1-1 pada pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Larkin.

Di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching, Sarawak bangkit semula untuk mencipta kemenangan apabila menewaskan PKNS 2-1.

Kemenangan skuad kendalian Robert Alberts itu berjaya menebus kekalahan 2-3 di tangan Sime Darby pada penghujung minggu lalu.

Awang import, Muamer Salibasic muncul wira Sarawak apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83.

Gol pertama skuad Bujang Senang dijaringkan oleh kapten, Joseph Kalang Tie pada minit ke-57 sebelum PKNS menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd. Fauzan Dzulkifli (78).

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved