Jumaat, 16 Mei 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Azimat purba zaman Majapahit

Posted:

Azimat purba zaman Majapahit

Azimat purba zaman Majapahit

Muhammad Foad menunjukkan dua keping artifak purba yang ditemui di Pulau Nangka baru-baru ini.


MELAKA - Dua keping artifak berbentuk syiling yang ditemui di Pulau Nangka pada 30 April lepas merupakan azimat purba dipercayai berasal daripada kerajaan Majapahit, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Kerajaan Majapahit wujud antara 1,293 hingga 1,500 dan berpusat di Pulau Jawa Timur manakala kerajaan Kesultanan Melayu Melaka wujud antara 1,402 hingga 1511.

Kedua-dua kerajaan ini menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan yang erat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Selangor ambil alih tiga syarikat konsesi air

Posted:

Selangor ambil alih tiga syarikat konsesi air

Selangor ambil alih tiga syarikat konsesi air

Oleh NURUL ANUAR KARI
berita@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Tiga daripada empat syarikat konsesi air di Selangor bersetuju menerima tawaran pengambilalihan oleh kerajaan negeri tersebut dengan jumlah jualan ekuiti, aset dan liabiliti berjumlah RM6.57 bilion.

Syarikat tersebut ialah Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd. (ABBAS).

Berikutan itu, Kerajaan Persekutuan menangguhkan penguatkuasaan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Anggota KDN peras ugut diberkas

Posted:

Anggota KDN peras ugut diberkas

Anggota KDN peras ugut diberkas


DUA lelaki termasuk seorang anggota penguat kuasa KDN yang ditahan SPRM di sekitar Butterworth, Pulau Pinang kelmarin.


GEORGE TOWN - Seorang pembantu penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta wang perlindungan bagi melindungi kegiatan haram penjualan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) haram di negeri ini.

Lelaki itu ditangkap pada pukul 3 petang di Butterworth kelmarin menerusi tindakan susulan Ops Power SPRM selepas menerima beberapa aduan daripada pengusaha DVD dan VCD yang mendakwa menanggung kerugian pada setiap bulan ekoran kegiatan peras ugut dilakukan pihak tertentu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved