Isnin, 5 Mei 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


11 orang maut jambatan batu haram runtuh

Posted:

11 orang maut jambatan batu haram runtuh

11 orang maut jambatan batu haram runtuh


ANGGOTA penyelamat mengusung seorang pekerja yang cedera dalam kejadian jambatan runtuh ketika pembinaan di sebuah kampung di Maoming, wilayah Guangdong kelmarin.


BEIJING - Sebuah jambatan batu yang dibina secara haram di sebuah kampung di selatan China runtuh dengan menyebabkan 11 orang maut manakala sejumlah yang lain cedera, lapor media rasmi negara itu semalam.

Seorang pegawai di pejabat pentadbiran bandar Maoming berkata, pekerja-pekerja penyelamat mengeluarkan 26 orang dengan kebanyakan mereka buruh binaan selepas jambatan itu runtuh tengah hari kelmarin di kampung Liangkengkou, dalam wilayah Guangdong.

"Lima mangsa berkenaan disahkan mati di tempat kejadian manakala lapan orang lagi parah dengan enam daripada mereka meninggal dunia di hospital tidak lama kemudian," katanya.

Menurut pegawai itu, seorang pekerja berkenaan - berjaya melarikan diri ketika infrastruktur itu runtuh.

"Jawatankuasa kampung memutuskan untuk membina jambatan itu yang menyeberangi sebuah parit tidak berair tetapi gagal mendapat kelulusan pihak berkuasa," tambahnya.

Pihak pentadbiran tempatan memberitahu, tiga orang yang bertanggungjawab berhubung projek tersebut kini ditahan untuk siasatan manakala punca kemalangan masih disiasat. - AP

Ukraine ikrar tawan bandar dikuasai kumpulan pro-Rusia

Posted:

Ukraine ikrar tawan bandar dikuasai kumpulan pro-Rusia

Ukraine ikrar tawan bandar dikuasai kumpulan pro-Rusia


SEORANG lelaki dan anaknya berjalan melintasi sebuah bas yang terbakar di bandar Kramatorsk selepas pertempuran antara kumpulan bersenjata pro-Rusia dan tentera Ukraine kelmarin.


KIEV - Pihak berkuasa Ukraine semalam berikrar untuk meluaskan operasi ketenteraan terhadap kumpulan bersenjata pro-Rusia yang menawan beberapa buah bandar di negara itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan beberapa hari selepas satu pergaduhan antara penduduk pro-Rusia dan Ukraine yang meragut lebih 50 nyawa.

Ketua Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan, Andriy Parubiy berkata, pasukan bersenjata negara itu akan meluaskan operasi di beberapa bandar yang kini dikuasai 'kumpulan ekstrem dan pengganas'.

Sementara itu, dalam satu kejadian kelmarin, seramai 42 orang dilaporkan terbunuh dalam pergaduhan antara kumpulan pro-Rusia dan pendudk Uraine di bandar Odessa manakala di bandar Slavyansk pula, seramai 10 orang dilaporkan terbunuh.

Presiden sementara Ukraine, Oleksandr Turchynov kelmarin mengumumkan negara itu berkabung selama dua hari bagi mengingati tragedi itu yang merupakan pertumpahan darah terburuk sejak Ukraine dilanda krisis politik awal tahun ini.

Dalam pada itu, beberapa pertempuran tercetus di timur Ukraine selepas tentera menyerang sekatan jalan raya yang dibuat kumpulan bersenjata pro-Rusia se,lain cuba menawan semula bandar-bandar yang dikuasai mereka.

Beberapa wartawan agensi berita AFP di bandar Kostyantynivka, melaporkan kumpulan bersenjata pro-Rusia meninggalkan sekatan jalan raya dibuat mereka dan meletakkan penghalang di sekitar bandarcitu untuk menghalang kemaraan tentera Ukraine.

Di bandar Kramatorsk pula, kumpulan bersenjata pro-Rusia berkubu di sebuah bangunan di pusat bandr.

Mereka turut membakar beberapa buah bas serta kenderaan di tengah bandar tersebut. - AFP

Mangsa tanah runtuh Afghanistan mula terima bantuan

Posted:

Mangsa tanah runtuh Afghanistan mula terima bantuan

Mangsa tanah runtuh Afghanistan mula terima bantuan


SEORANG wanita menangis sambil membelakangi kediamannya yang musnah akibat kejadian tanah runtuh di kampung Aab Bareek di wilayah Badakhshan pada Jumaat lalu.


KABUL - Pasukan bantuan mula tiba bagi membantu mangsa yang terselamat dalam satu kejadian tanah runtuh di kampung Aab Bareek di wilayah Badakhshan yang mengakibatkan beratus-ratus penduduk maut.

Lebih 700 keluarga dilaporkan hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah akibat ditengelami lumpur tebal dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku pada Jumaat lalu.

Lebih 300 kediaman dilaporkan ditenggelami lumpur tebal dan batu selepas tebing sebuah bukit berhampiran kampung berkenaan runtuh.

Laporan awal sebelum ini menyebut seramai 2,500 penduduk dipercayai maut akibat tertimbus dalam tragedi berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa pegawai kerajaan menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 300 penduduk dilaporkan terkorban dan jumlah itu mungkin meningkat apabila usaha mencari serta menyelamat diteruskan.

Pasukan bantuan yang mula tiba membawa khemah, makanan dan keperluan asas lain untuk semua mangsa yang terjejas

Usaha mencari dan menyelamat ditangguhkan sementara semalam kerana lumpur yang banyak masih melitupi sebahagian besar kampung berkenaan.

Sehingga kini hanya beberapa mayat yang berjaya dikeluarkan daripada timbunan kediaman mereka.

Agensi Koordinasi Hal-ehwal Kemanusiaan bagi Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu sebanyak 300 kediaman musnah dan lebih 1,000 keluarga terjejas dalam bencana itu. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved