Kosmo Online - Pemotoran |
Model Mazda terbaik sudah tiba Posted: Model Mazda terbaik sudah tibaOleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
JENAMA Mazda cukup popular dengan deretan siri Familia pada tahun 1963. Familia generasi pertama ketika itu didatangkan dalam lima jenis bentuk badan seperti dua pintu sedan, empat pintu sedan, dua pintu coupe, tiga pintu wagon dan pikap dua pintu. Selang empat tahun selepas itu Mazda memperkenalkan pula generasi kedua Familia dengan menggunakan enjin Rotary berkapasiti 1.3 liter. Sejak itu Mazda sentiasa menaik taraf model Familia sehingga generasi kelapan yang turut dikenali sebagai Protege. Mazda Familia merupakan generasi terakhir keluarga itu yang bertahan dalam arena permotoran global sehingga tahun 2003. Pada tahun 2003, Mazda melaksanakan penjenamaan semula dengan memperkenalkan Mazda3 untuk menggantikan keluarga Familia yang bertapak sejak 40 tahun lalu. Generasi pertama Mazda3 mendapat sambutan yang menggalakkan selepas diperkenalkan dan mencatatkan jualan lebih satu juta unit sehingga tahun 2009. Generasi kedua menemui para peminat antarabangsa sehingga 2013. Kereta jenama Jepun itu turut menggondol sebanyak 150 anugerah dari seluruh dunia. ![]() PENGGUNAAN enjin SKYACTIV-G memberikan keseronokan pemanduan di samping penjimatan bahan api. Teknologi SKYACTIV Baru-baru ini, generasi ketiga Mazda3 dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pengedar rasminya Bermaz Motor Sdn. Bhd. (Bermaz Motor). Mazda3 kali ini dicipta berdasarkan falsafah rekaan Soul of Motion dan ia merupakan model Mazda ketiga di negara ini yang dilengkapi teknologi SKYACTIV selepas model CX-5 dan Mazda6. Sebelum ini, Bermaz Motor ada menayangkan Mazda3 kepada umum sewaktu majlis pelancaran model Biante dan CX-9 di ibu negara sekitar akhir tahun lalu. Menurut Pengarah Eksekutif Kanan Mazda Motor, Yuji Nakamine, Mazda3 SKYACTIV menerima pujian sejak debut global pada akhir tahun lepas. Kata Nakamine, pada Pameran Motor Geneva beberapa minggu lalu Mazda3 SKYACTIV dipilih sebagai World Car of The Year 2014 bersama Audi A3 dan BMW 4 Series. "Model ini juga menjadi finalis World Car Design of The Year 2014 disamping Mercedes-Benz C-Class dan BMW 1 Series. "Pihak kami mencurahkan segalanya untuk menghasilkan Mazda3 SKYACTIV baharu ini. Saya pasti bahawa sesiapa yang menaikinya akan merasai perbezaan Mazda3 SKYACTIV ini," katanya. Kereta sedan segmen C itu menggunakan enjin SKYAC TIV-G 2.0 liter dan kotak gear SKYACTIV-DRIVE enam kelajuan automatik. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 162hp dan tork maksimum 210Nm. ![]() STERENG Mazda3 SKYACTIV ini kelihatan ringkas tetapi masih mampu menyerlahkan imej sporty. Jimat bahan api Walaupun menghasilkan kuasa besar, kadar penggunaan bahan apinya agak cekap sehingga dikategorikan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV). Fungsi i-Stop yang terdapat pada Mazda3 SKYACTIV ini juga mampu menjimatkan petrol ketika kesesakan jalan raya kerana enjin akan dimatikan apabila kereta berhenti sepenuhnya. Ruang kabin berwarna gelap yang mencerminkan imej sporty kelihatan sempurna dengan skrin paparan tujuh inci. Papan pemuka kereta itu juga tidak padat dengan pelbagai butang sekali gus kelihatan agak kemas. Lampu hadapannya menggunakan Xenon dengan Adaptive Front Lighting System dan lampu belakang jenis LED. Mazda3 SKYACTIV ini menggunakan rim bersaiz 18 inci dengan tayar 215/45. Sebanyak empat warna menarik ditawarkan seperti merah, putih, coklat dan kelabu pada model ini. | |
Posted: Altis baharu gaya EropahOleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR ![]() KEMASAN akhir Toyota Altis ini agak jelas kelihatan di bahagian gril dan lampu hadapan yang nampak bergaya. TOYOTA Altis generasi ke-11 diperkenalkan ke dalam pasaran tempatan pada awal tahun ini dengan sedikit pembaharuan berbanding model yang sama sebelum ini. Pada majlis pelancaran di ibu negara baru-baru ini, pihak UMW Toyota Sdn. Bhd. memperkenalkan tiga varian seperti 1.8E (standard), 2.0G (sederhana) dan 2.0V (premium) untuk dijual di negara ini. Bagi menguji model terbaharu Toyota ini, penulis telah diberi peluang pihak UMW Toyota untuk melakukan pandu uji Tayota Altis 2.0V baru-baru ini. Varian yang dipandu uji ini merupakan gred tertinggi untuk model ini. Ruang kabin Altis 2.0V dilengkapi sistem navigasi yang disepadukan dengan sistem audio skrin sesentuh tujuh inci. Alat kawalan jauh juga turut disertakan dengan sistem audio kereta ini. Fungsi ini memberi kebebasan penumpang di belakang untuk menukar atau menentukan audio tanpa terlalu berharap kepada pemandu. Tempat duduk yang dibalut kulit itu juga disertakan dengan fungsi elektrik lapan cara laras di bahagian pemandu sahaja. ![]() REKAAN papan pemuka kontemporari memberikan imej premium pada model ini. Bahagian tempat duduk penumpang belakang juga selesa memandangkan darjah rebahan yang lebih tinggi membuatkan penumpang tidak duduk tegak seperti di dalam bas. Tidak adil untuk menyatakan model ini benar-benar sporty memandangkan unit diberikan UMW Toyota berkenaan sudah dilengkapi aerokit yang merupakan aksesori tambahan. Rekaan lampu hadapan dengan ekor tirus memberi aura garang manakala gril berwarna krom membuatkan Altis ini nampak lebih tegap. Lampu belakang yang menggunakan LED satu jalur dengan lampu brek LED pula memberikan pesona sebuah sedan buatan Eropah. Bagi melakukan pandu uji model ini, penulis hanya memandu ke Seremban dan pulang semula ke Kuala Lumpur kerana sesi yang diberikan kepada penulis hanya pada hari berkerja. Sepanjang perjalanan di lebuh raya, tahap bunyi daripada luar yang masuk ke dalam kabin Altis ini agak minimum tetapi faktor ini banyak bergantung kepada usia getah penebat bunyi. Volum radio juga berada pada paras sedap halwa telinga sahaja. ![]() ENJIN Dual VVT-i dengan ACIS dapat menghasilkan kuasa dinamik di samping menjimatkan bahan api. Perjalanan pada waktu malam itu cukup melegakan berikutan cermin pandang belakang yang dilengkapi fungsi Auto Electro Chromic Mirror membuatkan silau berkurangan secar drastik. Enjin 2.0 liter Dual VVT-i ini juga memberikan kuasa yang diperlukan untuk memotong dalam mod automatik tetapi pertukaran ke gear manual sebenarnya mendedahkan kuasa sebenar Altis 2.0V. Transmisi CVT tujuh kelajuan juga memberikan tindak balas yang baik ketika padel minyak ditekan lebih. Bagi mahukan pemanduan secara manual, Altis ini juga turut dilengkapi Padle Shifter. Perjalanan pulang penulis menggunakan jalan lama melalui Labu, Nilai, Jenderam dan Bangi. Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) yang merupakan ciri standard dalam Altis 2.0V banyak membantu jentera dalam meredah jalan berselekoh itu. Varian 2.0V ini menggunakan rim bersaiz 17 inci dengan tayar 215/45 jenama Michelin jenis Pilot Sport 3 yeng membuatkan kereta ini nampak sporty dan melekat di jalan ketika mengambil selekoh. | |
Kuasa skuter TMax bagai superbike Posted: Kuasa skuter TMax |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan