Khamis, 3 April 2014

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Disambar api ketika jamu selera

Posted:

Disambar api ketika jamu selera

Disambar api ketika jamu selera

Oleh ADHAM SHADAN, YATIMIN ABDULLAH dan AIMUNI TUAN LAH
berita@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba dan penyelamat memeriksa sebuah kereta yang terbakar di Gua Musang malam kelmarin.


GUA MUSANG - Seramai 11 pelanggan yang menjamu selera dan berada berhampiran sebuah kedai makan yang terletak kira-kira 20 meter dari sebuah stesen minyak Shell di Dataran Kesedar Putra di sini malam kelmarin melecur selepas kedai tersebut dan sebuah gerai burger meletup dan terbakar.

Dalam kejadian pukul 10.10 malam itu, dua mangsa cedera parah akibat melecur disambar api. Kedua-dua mangsa yang cedera parah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Empat daripada 11 mangsa yang cedera itu merupakan pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Gua Musang.

Kejadian secara tiba-tiba itu turut menyebabkan empat buah kenderaan iaitu dua buah kereta Proton Wira dan masing-masing sebuah kenderaan Toyota Harrier dan Grand Livina terbakar.

Turut mengalami kerosakan tiga buah motosikal iaitu dua buah motosikal Honda EX5 dan sebuah skuter Ego.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mangsa panik bertempiaran lari

Posted:

Mangsa panik bertempiaran lari

Mangsa panik bertempiaran lari


AZIZ (kanan) melihat kaki Mohd. Fariz yang melecur ketika melawat mangsa di rumahnya di Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG - Suasana panik menyelubungi kebakaran kedai makan berhampiran Dataran Kesedar Putra malam kelmarin apabila ada mangsa yang rebah malah ada yang terpaksa merangkak bagi menyelamatkan diri daripada lautan api yang tercetus.

Penjual burger, Mohd. Fariz Ikhwan, 25, berkata, ketika kejadian pukul 10.10 malam itu, dia sedang menyiapkan burger dipesan pelanggan sebelum menyedari terdapat minyak mengalir dari arah stesen minyak ke gerai burgernya.

"Saya bagaimanapun tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan pantas, alih-alih gerai telah disambar api dan pakaian saya terbakar.

"Suasana ketika itu begitu kelam-kabut apabila orang ramai berhampiran bertempiaran cuba menyelamatkan diri," ceritanyanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, A. Aziz Yusof di rumahnya di Taman Wangi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dua hari lagi cari kotak hitam

Posted:

Dua hari lagi cari kotak hitam

Dua hari lagi cari kotak hitam


Waris penumpang pesawat MH370 dari China sugul ketika menanti perkembangan terbaharu di sebuah hotel di Beijing, China semalam.


KUALA LUMPUR - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini berdepan tempoh kritikal kerana jangka hayat bateri kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dicari hanya tinggal dua hari.

Kotak hitam berkenaan yang kini dipercayai berada di selatan Lautan Hindi memancarkan isyarat ping bertujuan membantu mengesan kedudukan.

Bagaimanapun isyarat itu akan menjadi lemah apabila tempoh hayat bateri kotak hitam itu berkurangan dalam tempoh dua hari lagi.

Operasi akan menjadi lebih sukar sekiranya kotak hitam itu mula berhenti memancarkan isyarat.

Penemuan kotak hitam penting bagi merungkai misteri mengapa penerbangan pesawat itu tiba-tiba melencong dari laluan asal pada awal pagi 8 Mac lalu.

Pakar memberitahu, meskipun berjaya mengesan serpihan pesawat, operasi mencari tetap mengalami kesukaran kerana ia mungkin telah dihanyutkan arus laut beratus-ratus kilometer jauhnya dari titik asal pesawat itu dikesan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved