Khamis, 3 April 2014

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Hanez mahu raih kembali kepercayaan

Posted:

Hanez mahu raih kembali kepercayaan

Hanez mahu raih kembali kepercayaan

HANEZ SURAYA kini mempunyai seorang pengawal peribadi selepas dia diancam dibaling selipar dan dilempar telur kerana kontroversi bercinta serta berkahwin dengan kekasihnya, Romie yang merupakan suami orang.


SUASANA sidang akhbar teater Projek Kahwin yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur petang Selasa itu agak tegang. Teater tersebut akan mula dipentaskan bermula 6 hingga hingga 14 Jun depan.

Ramai yang sedia maklum, tempat Hanez sebagai pelakon utama teater terbitan Mask Team Productions itu akan digantikan dengan pelakon cantik Kilafairy.

Namun, bagaimana pula dengan status Hanez dalam teater tersebut selepas pelakon itu menarik diri?

Lalu, kehadiran pelakon berusia 29 tahun itu ke sidang akhbar tersebut selepas mendiamkan diri daripada kontroversi bercinta dan bakal berkahwin dengan suami orang yang melanda dirinya, menghurai segala keluh-kesah yang bermain di minda media.

Biarpun hadir dikawal seorang pengawal peribadi bertubuh sasa, ada raut risau dan gementar pada wajah pelakon drama popular Love You Mr. Arrogant itu.

Berjalan ke meja sidang akhbar sambil menunduk, saya simpulkan bahawa Hanez masih menanggung rasa beban dalam dirinya.

Kemudian, usai sidang media, saya bertemu secara sendirian dengan Hanez selepas sidang akhbar. Hanez mengakui tebakan saya bahawa hatinya masih sarat seribu rasa.

"Sebenarnya saya tidak minta perkara ini (kontroversi bercinta dengan suami orang) terjadi. Benda ini datang secara tiba-tiba. Sebelum ini ia berlaku kepada orang lain tetapi kali ini ia berlaku pada saya. Saya merasainya," ungkapnya lemah.

Dikecam dan ditohmah pelbagai kata-kata nista orang ramai, terutamanya kaum wanita, Hanez akui tertekan dan tidak percaya dengan hakikat tersebut.

Termanggu-manggu dan menyepikan diri seketika, fikirannya ligat memikirkan kejadian yang berlaku. Selama 10 tahun membina nama dan mula disukai orang ramai, namanya terus jatuh dek kontroversi tersebut. Lalu, air mata mengalir tanpa dapat ditahan-tahan.

"Memang saya akui pernah menangis ketika mula-mula kontroversi ini melanda. Sebabnya, selama 10 tahun menjadi pelakon dan dilantik sebagai duta produk, saya meraih kepercayaan peminat. Namun, semua itu tidak lagi mereka nampak setelah kontroversi ini terjadi," luahnya kecewa apabila kontroversi yang melanda melenyapkan rasa minat peminat kepada dirinya.

Apa yang boleh dilakukannya, akui Hanez, dia perlu berusaha bangkit semula untuk menjernihkan semua kemelut itu. Dia juga sedar, perkara yang terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya.

"Dalam industri ini, kalau tidak belajar sabar, mungkin sudah lama saya mengundur diri. Saya sangat sayangkan karier lakonan saya," tuturnya sambil berharap agar dirinya kembali meraih kepercayaan peminat.


SEDIA BERAKSI... Kilafairy (dua dari kiri) bersama Hanez dan Kaka akan ditemani oleh grup Forteen dalam menjayakan teater Projek Kahwin.


Makan masa

Disoal sama ada dia menyesal membuka mulut mengenai perkahwinannya sehingga menyebabkan ramai orang yang mengorek siapakah bakal suaminya, Hanez akui perkara itu sudah terjadi dan tidak mampu berpatah balik.

"Pada asalnya saya bercerita dengan kawan-kawan sahaja. Tidak sangka pula, keluar cerita di dada akhbar dan portal hiburan mengatakan saya bakal berkahwin.

"Benda jadi lebih besar apabila ramai yang ingin tahu siapakah gerangan lelaki itu sehingga menyebabkan pihak di sana (isteri Romie, Nurliyana) membuka mulut. Tidak perlu lagi saya bercerita lanjut kerana ia hanya mengeruhkan lagi keadaan," ungkapnya.

Mengakui ramai yang membencinya, terutamanya daripada golongan wanita yang sudah berumah tangga, Hanez sedar dan faham perasaan sensitif mengenai hubungan bersama suami orang.

Malah, Hanez juga tahu perkara ini memakan masa yang lama untuk membuatkan orang ramai, terutamanya wanita menerima dirinya kembali.

Mengambil pendekatan mendiamkan diri dengan menolak semua tawaran yang hadir termasuk teater Projek Kahwin, kata Hanez, dia ingin meredakan kontroversi itu terlebih dahulu selain tidak mahu ia memberi tempias kepada pihak produksi teater tersebut.

Bagaimanapun, Hanez bersyukur kerana diberi peluang untuk terus menjayakan projek teater itu.

"Memang saya pernah bersuara sanggup berdepan dengan apa jua dan tidak akan mengalah. Namun, apabila memikirkan kontroversi ini boleh menjejaskan orang lain, saya mengambil pendekatan mengundur diri kerana tidak mahu produksi ini terjejas dengan kontroversi saya.

"Bagaimanapun, mereka tidak benarkan saya mengundur diri dan mahu saya terus menjayakan pementasan ini. Jadi, saya fikir ini satu peluang yang besar dan tidak sepatutnya saya tolak lagi. Sementelah memang saya sudah lama teringin beraksi dalam sebuah teater besar seperti ini," ulasnya yang akan terlibat dalam empat hari pementasan iaitu 11 hingga 14 Jun mana- kala enam hari pementasan awal iaitu pada 6 hingga 10 Jun akan dilakonkan oleh Kilafairy.

Sukar jadi positif

Mengulas lanjut mengenai sikap berdiam diri yang diambil, Hanez akui seorang yang sukar untuk menjadi positif. Malah, kerana terlalu memikirkan tohmahan orang ramai, dia menjadi tertekan.

Lebih teruk apabila dia menerima beberapa ugutan yang ingin mencederakannya dengan selipar dan juga mahu dilempar telur.

Itu alasan mengapa dia kini ditemani seorang pengawal peribadi.

"Keluarga tidak membenarkan saya keluar bersendirian dan meminta seseorang menemani saya.

"Saya sebenarnya tidak selesa ada orang mengikut saya. Saya takut akan menyusahkan dia (pengawal peribadi itu). Bagaimanapun, perkhidmatan ini hanya bersifat sementara bukan untuk selama-lamanya," tuturnya yang mengakui ugutan yang diterima tidak sampai ingin mengancam nyawanya.

Bagaimanapun Hanez memberitahu, kini dia berasa lega kerana sedikit demi sedikit peminat mula menerimanya kembali.

Malah, di laman sosial Instagramnya juga tidak lagi banyak kata-kata caci dan nista daripada orang ramai, sebaliknya kata-kata semangat kepadanya.

Yana tubuh syarikat sendiri

Posted:

Yana tubuh syarikat sendiri

Yana tubuh syarikat sendiri

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

SELEPAS tidak lagi bernaungdi bawah payung MIG Talent, Yana kini menguruskan sendiri kariernya melalui syarikat miliknya, Yanasuperfriend Talent.


SETELAH bernaung selama 10 tahun di bawah syarikat Metrowealth (MIG) menerusi MIG Talent, akhirnya pelakon Yana Samsudin mengambil keputusan untuk membawa haluan dan menguruskan sendiri kerjaya seninya.

Pesona Cinta, pengalaman manis buat Dayang

Posted:

Pesona Cinta, pengalaman manis buat Dayang

Pesona Cinta, pengalaman manis buat Dayang

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI

SEBAGAI penyanyi senior, Dayang tidak memerlukan masa yang lama untuk memikat peminatnya.


TEPAT pukul 9 malam, penantian peminat setianya terubat apabila melihat kemunculan penyanyi kesayangan mereka, Dayang Nurfaizah pada malam yang penuh bermakna itu.

Menyarung busana merah, Dayang tampil dengan penuh anggun pada malam itu dengan tujuan untuk menghiburkan peminat tegarnya.

Berjaya mencuri tumpuan dengan sifat rendah dirinya, lagu Seandainya Masih Ada Cinta menjadi pembuka tirai kepada Konsert Pesona Cinta Dayang Nurfaizah dan nama besar dari tanah seberang, Marcell di Panggung Sari, Istana Budaya baru-baru ini.

Mengimbau kembali lagu-lagu malar segar yang pernah mengangkat namanya dalam dunia seni nyanyian, Dayang tidak menghampakan penonton apabila berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik.

Kelantangan vokal Dayang pada malam tersebut sememangnya tiada tandingan apabila seluruh penonton di Panggung Sari seakan-akan terpukau dek pesona gadis kelahiran Kuching, Sarawak itu.

Berjaya menambat hati penonton pada slot pertama konsert tersebut dengan lagu medley nyanyian artis terkenal seperti Raja Ema. Satu jam yang diperuntukkan seperti tidak terasa ia berlalu.

Satu jam pertama berlalu pantas, namun penonton masih belum puas berhibur dengan Dayang.

Pada saat khalayak masih ghairah untuk berhibur, di atas pentas, seorang penyanyi lelaki yang ditunggu-tunggu kehadirannya. Dia, Marcell, penyanyi kelahiran Indonesia yang menjadi teman sepentas Dayang pada malam itu telah membuat isi dewan gemuruh.

Bakatnya sebagai seorang penghibur ternyata tidak dapat dipertikaikan lagi apabila bijak mencuri hati penonton dengan lawak jenakanya, membuka tirai lagu pertamanya iaitu Peri Cintaku.

Malam tersebut sememangnya memberi pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat penonton yang hadir apabila runut lagu yang pernah melonjakkan nama Marcell iaitu Hanya Memuji dimainkan. Lagu tersebut disampaikan dengan baik sekali oleh Marcell dan Dayang.

Ternyata, gandingan mereka yang telah lama tidak berkongsi pentas masih berbisa. Mendendangkan lagu hit tersebut bersama, sesekali Dayang dan Marcell kelihatan begitu serasi dan romantik.

Sementara itu, Dayang yang ditemui usai konsert tersebut menyatakan, dia merasa puas hati dengan konsert tersebut. Baginya, dia telah menyerahkan seluruh jiwanya menyampaikan keseluruhan 21 buah lagu.

"Saya bersyukur konsert ini dapat berjalan dengan lancar. Persiapan rapi sebelum ini ternyata bukan sesuatu yang sia-sia dan strategi saya untuk merehatkan diri seminggu sebelum konsert boleh dikatakan berjaya.

"Sebelum konsert berlangsung, timbul perasaan gusar dalam hati saya kerana bimbang vokal saya tidak sampai ke tahap yang dikehendaki, terutamanya apabila menyampaikan lagu Miley Cyrus tetapi Alhamdulillah segalanya sampai ke tahap seperti yang saya jangkakan sebelum ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Marcell yang turut melahirkan keterujaan dek sambutan hangat yang diterima daripada penonton juga menghargai semangat mereka pada malam tersebut.

"Saya tidak sangka menerima sambutan yang begitu hangat sekali walaupun saya sudah bertapak dalam industri Malaysia sejak tahun 2002.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat, terutamanya di Malaysia kerana masih menerima saya dalam industri muzik di Malaysia," ujarnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved