Khamis, 3 April 2014

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Jet pengarah

Posted:

Jet pengarah <i>Lord of The Rings</i> <b>cari MH370</b>

Jet pengarah Lord of The Rings cari MH370


GAMBAR menunjukkan bentuk jet Gulfstream G650.


PERTH - Sebuah jet peribadi milik pengarah filem Lord of The Rings, Sir Peter Jackson turut terlibat dalam misi mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac lalu.

Seorang jurucakap Jackson semalam mengesahkan bahawa pesawat jenis Gulfstream G650 itu telah disewa oleh pihak berkuasa Australia dan beroperasi di luar Perth.

Pesawat itu berharga AS$80 juta (RM261 juta).

Kata jurucakap itu, jet berkenaan mampu terbang jauh dan sesuai beroperasi di kawasan pencarian pesawat MH370 yang terletak di satu kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.


JACKSON


Jelas jurucakap itu lagi, jet berkenaan memang diiklankan untuk disewa.

Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) yang menyelaras operasi mencari pesawat MH370 itu sebelum ini memberitahu sebuah jet awam digunakan sebagai satu pusat komunikasi antara pesawat tentera yang menyertai misi berkenaan.

Jet G650 mampu terbang lebih laju berbanding mana-mana pesawat yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja New Zealand.

Ia mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 1,140 kilometer sejam hampir menyamai kelajuan bunyi iaitu 1,234 kilometer sejam.

Keistimewaan jet G650 buatan syarikat Gulfstream Aerospace dari Amerika Syarikat itu adalah ia mempunyai jarak penerbangan sejauh 12,960 kilometer yang membolehkannya terbang tanpa henti dari Wellington, New Zealand ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China hilang pada 8 Mac lalu sebelum dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.


GAMBAR yang disiarkan Pasukan Pertahanan Australia semalam menunjukkan seorang kru berada di atas bot dekat kapal HMAS Success bagi mencari serpihan pesawat MH370.


Usaha mencari kini tertumpu di kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi yang mengambil masa penerbangan kira-kira dua jam setengah dari sini.

Operasi mencari sehingga kini gagal menemui sebarang serpihan pesawat.

Beberapa objek yang dikesan di Lautan Hindi disahkan sebagai sampah serta peralatan menangkap ikan.

Pesawat itu dipandu juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan pembantunya, Fariq Abdul Hamid, 27.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 kru.

Seramai 153 penumpang dalam pesawat itu ialah warga China.

Sebanyak 38 warga Malaysia menaiki pesawat itu. - Agensi

Letupan berlaku di luar Universiti Kaherah

Posted:

Letupan berlaku di luar Universiti Kaherah

Letupan berlaku di luar Universiti Kaherah


BEBERAPA orang terkejut melihat sebutir bom meletup di luar Universiti Kaherah di Kaherah semalam.


KAHERAH - Sebuah stesen televisyen di Mesir semalam melaporkan letupan ketiga berlaku di luar kampus utama Universiti Kaherah di sini semalam.

Letupan tersebut merupakan yang ketiga di lokasi yang sama dalam tempoh tidak sampai dua jam.

Dua letupan awal itu menyebabkan seorang pegawai polis berpangkat jeneral dan seorang orang awam terbunuh.

Seramai tujuh orang lagi cedera termasuk tiga pegawai polis dalam siri serangan berkenaan.

Siri serangan bom itu disasarkan pada polis antirusuhan yang sering dihantar ke lokasi berkenaan bagi menghalang tunjuk perasaan oleh para pelajar yang menyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Dua bom itu disembunyikan di bawah sebatang pokok dan meletup selang satu minit.

Stesen televisyen di Mesir menyatakan kemungkinan bom itu buatan sendiri. - AP

Habuk dari Gurun Sahara punca Britain dilanda asbut tebal

Posted:

Habuk dari Gurun Sahara punca Britain dilanda asbut tebal

Habuk dari Gurun Sahara punca Britain dilanda asbut tebal


KAWASAN perniagaan Canary Wharf dilanda asbut di London, England semalam.


LONDON - Pihak berkuasa Britain semalam memberi amaran pencemaran udara daripada pelepasan sisa industri dan habuk yang diterbangkan dari Gurun Sahara di Afrika menyebabkan sebahagian besar Britain dilitupi asbut tebal.

Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran kepada orang ramai yang mempunyai masalah jantung atau paru-paru supaya tidak membuat sebarang aktiviti di luar rumah.

Asbut ialah campuran asap dengan kabus.

Jabatan Alam Sekitar United Kingdom memberitahu bahawa tahap pencemaran udara mungkin mencecah tahap tertinggi iaitu pada tahap 10.

Kata jabatan itu lagi, kabus itu berpunca daripada pencemaran dari Britain dan kawasan industri di benua berkenaan yang tidak bergerak kerana tiupan angin sederhana.

Satu ribut yang melanda Gurun Sahara turut menerbangkan habuk sekali gus memburukkan lagi keadaan.

Pada minggu ini, ramai penduduk terkejut selepas mendapati kenderaan mereka dilitupi habuk berwarna merah.

Seorang jurucakap Kesihatan Awam England, Paul Cosford memberitahu stesen televisyen BBC, mereka yang mempunyai masalah jantung atau pernafasan dinasihatkan mengurangkan aktiviti di luar selama beberapa hari.

Pencemaran udara itu dijangka berkurangan menjelang esok. - AP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Komen

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved